Bila lihat suami org drive, isteri disebelah layan anak. Hati aku tersentuh. Terdetik nk cari jodoh

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan hi semua. Pertama sekali, confession ini hanyalah untuk berkongsi cerita. Jika ada yang baik, bolehlah dijadikan teladan. Yang mana kurang baik, jadikan lah sempadan…

Aku perkenalkan diri aku sebagai Lily. Sudah tentu bukan nama sebenar. Aku seorang yang boleh dikatakan introvert. Tak pandai berkawan dengan lelaki, apatah lagi nak mulakan langkah untuk berkenalan.

Ketika usiaku 20-an, aku masih single. Tiada seseorang yang boleh aku katakan sebagai teman istimewa. Masa tu ada juga kawan kawan yang nak kenalkan aku dengan orang tu, orang ni lah.. tapi aku senyum je. Angguk tak, geleng pun tak. Malu lah kononnya.

Tapi, akhirnya benda tu senyap macam tu je. Masa tu aku taklah kisah sangat. Bagiku kalau jodoh tak ke mana. Jadi ketika itu, aku tak lah terlalu fikirkan jodoh. InsyaAllah, satu masa nanti adalah tu…

Hinggalah akhirnya usiaku mencecah hujung 20-an. Masa tu kawan kawan ramai yang dah berkahwin. Dah beranak pinak dah pun.

Ketika tu, barulah terdetik dalam hati rasa untuk ada pasangan hidup. Ada rasa sayu jauh di sudut hati bila melihat pasangan suami isteri berjalan bersama sama.

Bahkan, kalau berhenti di traffic light, tengok kereta sebelah. Ada suami sedang memandu. Isteri pula disebelah sedang layan anak anak.

Aku rasa tersentuh. Bila pula giliran aku ye. Mungkin ada yang rasa aku macam pathetic. Tapi rasanya naluri setiap orang inginkan pasangan kan…

Masa tu lah aku mula serius untuk mencari pasangan hidup. Tapi…. tiba tiba aku jadi buntu. Mana aku nak cari ni? Aku ni dah lah tak ramai kawan. Apatah lagi kawan lelaki.

Tapi aku usahakan jugalah minta tolong kawan kawan, keluarga yang aku rasa aku boleh percaya pandangan dan penilaian mereka untuk carikan aku jodoh.

Mereka kata ok, mereka cuba tanya tanyakan… Tapi, tunggu punya tunggu. Senyap. Tak ada apa apa.

Kemudian, aku lupa macam mana, aku boleh terjumpa laman web cari jodoh. Baitulmuslim.

Oh tidak, nak cari jodoh kat sini ke? Terdesak sangat ke aku ni? Tulah perkara pertama yang terlintas di fikiran aku masa tu. Jadi aku lupakan pasal Baitulmuslim tu.

Satu hari, aku jumpa seorang kakak ni. Dah macam mak mak dah sebenarnya. Tapi aku panggil dia akak sebab dia senior di tempat kerja. Takkan nak panggil makcik pula kan. Baik sangat orangnya. Solehah. Lembut kata katanya.

Pada mulanya, aku jumpa akak ni cuma nak minta nasihat. Macam mana nak ringankan jodoh. Ada la beberapa perkara yang beliau nasihatkan. Tapi, ada satu benda yang dia cerita yang telah mengubah pandanganku.

Beliau menceritakan bahawa anaknya (perempuan) bertemu jodoh di laman web Baitulmuslim. Aku terkejut. Sebab masa tu aku tak ada cakap pun pasal Baitulmuslim tu. Aku cuma minta nasihat je.

Anak akak tu aku pernah jumpa. Solehah juga orangnya. Hafizah. Muka lembut bercahaya. Tudung labuh. Memang baik sangat macam mak nya.

Jadi masa tulah aku terfikir, kalau orang baik macam tu pun usaha nak cari jodoh di laman web cari jodoh, kenapa tidak aku?

Jadi, malam tu. Aku solat istikharah. Mintak petunjuk dari Allah haruskah aku join Baitulmuslim ni untuk cari jodoh.

Yelah, risau juga kan. Entah siapa siapa yang kita jumpa dalam tu. Buaya darat ke, biawak hidup ke. Seminggu jugalah aku buat istikharah. Mintak petunjuk.

Lepas tu, hatiku mula rasa terdorong untuk cuba join Baitulmuslim. Masa tu aku letakkan niat betul betul dalam hati memang nak cari jodoh yang baik baik. Semoga dengan jodoh yang baik, lebih mudah laluan untukku menjadi isteri solehah. Mudah mudahan…

Sebelum aku tekan butang ‘daftar’ tu aku doa lagi dalam hati semoga Allah lorongkan hati orang yang betul betul ikhlas, orang yang baik baik je untuk berkenalan dengan aku. Jauhkan orang orang jahat, yang tidak ikhlas dari aku.

Sebab kita tak kenal siapa siapa pun kat dalam tu. Nak tanya siapa samada orang tu baik ke tak baik? Siapa yang kenal? Tiada sesiapa melainkan Allah….

Selain tu, aku niatkan juga, ini adalah salah satu usaha aku untuk cari jodoh. Sedangkan nak makan pun bukan main lagi kita usaha kan. Jodoh pun rezeki juga. Perlu diusahakan.

Jalan jalan lain yang aku cuba semua tak berhasil. Apa salahnya jika aku cuba pula jalan Baitulmuslim ni. Jika inilah jalan untuk aku bertemu jodoh, semoga Allah permudahkan dan redhai. Aku tawakkal…

Aku nak share beberapa perkara yang aku buat masa aku join Baitulmuslim ni:

1. Letak gambar sebenar tanpa filter.

Aku ni tak ada lah cantik mana. Biasa biasa saja. Jadi aku taknak jadi fake. Tak nak bagi harapan palsu. Tengok dalam gambar flawless. Tengok depan depan speechless. Biarlah orang terima aku seadanya.

2. Cerita lah serba sedikit pasal diri sendiri.

Kita pun kalau nak kenal orang nak tahu juga kan tentang orang tu serba sedikit. Janganlah sekadar tulis ‘insan biasa’, ‘hamba Allah yang hina’. Nak minta kerja tahu pula buat resume elok elok. Ni nak ‘minta’ hati orang. Tulis lah elok elok sikit kan…

3. Bagitahu juga apa ciri ciri jodoh yang kita nak. Tak perlulah detail sangat. Takut pula orang nanti. Tulislah contohnya, “Jaga solat, tak merkok, ada kerja tetap”.

Itu contohlah. Jangan lah biar kosong je. Sebab pada pandangan aku, bila kita tulis macam tu kita ada satu standard yang kita dah tetapkan. Jadi orang nak main cuba cuba atau suka suka pun fikir 2-3 kali.

Tak lama kemudian, aku terima salam perkenalan dari beberapa orang. Aku tak terus layan. Aku buat istikharah. Minta petunjuk. Lepas dah buat istikharah, aku rasa terbuka hati untuk terima salam perkenalan dari seorang mamat ni. Aku gelarkan dia A.

Jadi, kami pun berkenalan. Hinggalah akhirnya dialah yang menjadi suamiku sekarang. Alhamdulillah, anak kami pun dah nak masuk 3.

A memang suami yang baik dan bertanggungjawab. Syukur, Allah permudahkan jalanku, dan temukan aku dengan orang yang baik.

Jadi, bagi sesiapa yang belum bertemu jodoh, tak salah nak cuba laman web cari jodoh. Tapi nasihatku perbetulkan niat dulu. Kalau join sekadar suka suka, nak cari kawan, nak test market, baik lupakan saja. Lagi satu, jangan lupa minta tolong pada Allah.

Letakkan harapan sungguh sungguh pada Allah. Minta Allah bantu. Ringankan diri buat solat Istikharah. Hanya Dia yang lebih tahu hati budi seseorang. Allahu’alam…

Reaksi Warganet

Jawahir Kamarudin –
Saya dah biasa dengan Baitulmuslim tu,
Dalam tu ramai lelaki berminat dengan perempuan bekerjaya. Kalau saya letak location dekat Putrajaya, pergh.. Dia punya kejar.

Kalau dating tu rasa macam kene interviewed, sebab menyibuk sangat nak tahu saya kerja apa. Malas nak layan. Huhu

Orked Lee –
Saya bertemu jodoh di Baituljannah. Dah setahun kahwin. Doakan kami dikurniakan zuriat pula.

Sekarang masih mood honeymoon lagi, hehe. Alhamdulillah, setakat ni ckup bahagia. Saya doakan sesiapa yang belum berkahwin dikurniakan jodoh yang baik dari Allah.. aminnn

Ratu Sulaman –
Saya kenal suami pun melalui internet. Tapi bukanlah apps islamik macam sekarang. 15 tahun lalu, media social apa je yang ada. Filter filter ni jauh sekalilah.

So syukur sebab macam mana dalam gambar, macam tulah dekat luar. Kalau zaman sekarang, mampu gelak jelah tengok orang bukan main lawa sungguh kat media social.. Bila jumpa depan depan, hmm.. hehehehehe

Cik Puan Milo –
Bab letak gambar tanpa filter tu setuju. Macam saya dulu pernah jugak kawan kawan dekat socmed ajak jumpa. Masa tu bukan nak cari jodoh ke apa just berkawan.

Mostly yang jumpa saya akan cakap, ”eh..awak dalam pic dan reality sama je ek”. Masa tu (sampai hari ni) saya noob bab filter. So saya tanya dia orang balik..”ada ke jumpa muka tak sama macam dalam pic?”.. Haha

Rinn Hanis –
Bagus confession TT nih. Bab jodoh ni salah satu rezeki, perlu diusahkan kalau rasa susah nak dapat. Jangan sombong, jangan ingat cari jodoh ni desperate ye, ianya usaha.

Kalau ada makcik bawang kata desperate, ketuk sikit kepala diorg bagi sel otak berhubung. Kalau ada yang kata jodoh tak perlu dicari, cilo sikit mulut diorang tu, apoo… Ingat jodoh ni mai sendiri ka, lainlah kalau bertuah memang dia mai sendiri.

Ada orang bab jodoh ni kena usaha. So, girls out there, tolong betulkan mindset bila usaha cari jodoh desperate. Sekeh kepala orang tu kalau dia kata desperate. Kena usaha la kalau nak dapat jodoh baik baik.

Platform baitul baitul ni sesuai lah untuk orang yang tak rmai kenalan, yang memang betul betul niat nak cari jodoh, kena pandai pandai guna.

Ada orang dia tak minat nak kenal stranger, mungkin lebih suka yang kenal face to face. So pandai pandai la usaha kalau betul betul ada niat nak kahwin kerana Allah.

Bab jodoh ni fitrah ye, tak payah in denial nak menidakkan fitrah kecuali kalau you tu abnormal, takde rasa nak kahwin nak bekerluarga, ha takyah cari jodoh, hidup la single sampai mampos.

So apapun usaha la kalau ada niat nak kahwin. Usaha ni macam macam. Jangan ingat bila usaha je desperate, perbetul sikit mindset tu. Jangan negatif sangat

Nabilah Othman –
Alhamdulilah saya bertemu jodoh di Baitul Jannah. Dah masuk tahun ke 3 usia perkahwinan, anak sorang.

Mula mula masuk site tu cuma nak isi masa lapang. Last last memang ada jodoh kat situ. Kawan tak lama lepas tu terus kahwin. Alhamdulilah. Kawan kawan yang lain pun ramai bertemu jodoh kat Baitul Jannah.

Kepada yang masih mencari, boleh gunakan platform online ni. Tapi hati hati, buaya darat buaya tembaga, suami orang pun ramai je dekat situ. Pandai pandai lah tapis ye.

Good luck guys!

Sumber – Lily (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.