Lps resign, ayah bawa grab. Tp lps 3 dekad bernikah, mak nekad nk cerrai. Puas mak memendam

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum, semua. Nama aku Sally (bukan nama sebenar). Ya, seperti tajuk yang aku letak. Mak yang aku sayangi ingin bercerrai dengan ayah yang aku kasihi setelah 3 dekad berkahwin.

Untuk pengetahuan semua, aku sangat rapat dengan mak ayah aku dan juga adik beradikku. Aku sangat family person.

Mak aku bekerja sebagai pegawai kerajaan dan bakal pencen tahun ini. Manakala ayah aku bekerja sendiri dalam bidang pelancongan. Tetapi disebabkan PKP, ayah aku sekarang bekerja sebagai pemandu Grab.

Korang dah dapat tangkap tak apa masalah mak dan ayah aku? Huhu.

Sebelum ayah bekerja sendiri, ayah merupakan seorang pekerja berkolar di tengah tengah KL. Gaji alhamdulillah cukup untuk sara kami sekeluarga. Ditambah dengan mak aku memang pegawai kerajaan. Jadi kami adik beradik memang hidup selesa.

Tapi ayah telah membuat keputusan untuk berhenti kerja ketika kami adik beradik masih belum bersekolah menengah kerana ayah tidak berminat dengan kerja di ofis dan mahu berniaga dan bebas.

Waktu itu, ayah mempunyai dua loan rumah. Jadi ayah aku terpaksa menjual satu rumah. Rumah lagi satu alhamdulillah dah habis bayar sebab ayah aku beli sebelum dia berkahwin dengan mak aku. Rumah yang dah habis bayar ni ayah aku sewakan kepada orang.

Aku masih ingat selepas ayah berhenti kerja, kami selalu berpindah randah. Sebab kenapa kami hidup menyewa walaupun ayah ada rumah di Semenyih adalah kerana emak aku bekerja di tengah tengah KL, dan kami juga bersekolah di KL.

Jadinya kami hidup menyewa. Waktu ini bisnes yang ayah jalankan lebih banyak rugi berbanding hasil.

Jadinya yang bayar sewa tu mak aku. Yang tanggung hidup kami kebanyakkannya selepas ayah berhenti kerja adalah mak aku.

Ayah hanya akan beli barang barang dapur dan makanan untuk kami makan dan duit belanja sekolah. Itu pun kalau ada income. Kalau dapat extra, ayah akan bawak kami bercuti. Bila berkerja sendiri ni ada pasang surut kan. Lagi lagi dengan ayah aku yang skill dia biasa biasa sahaja.

Hasil duit daripada rumah sewa yang ayah aku ada tu hasilnya tak tinggi kerana kebanyakkan penyewa selalunya tidak dapat membayar walaupun harga sewa sangat sangat rendah.

Penyewa banyak melarikan diri daripada rumah itu dan tinggalkan segala barang barang dirumah itu. Savings ayah aku banyak habis kepada rumah itu sahaja untuk bersihkan semula. Sedihkan?

Emak aku sebelum ini tak pernah menceritakan semua ini kepada sesiapa yang dia tidak setuju dengan keputusan ayah berhenti kerja. Dia hanya memendam rasa. Mungkin kerana ayah juga merupakan ayah yang penyayang dan berlemah lembut kepada kami adik beradik.

Ayah juga sering memuji mak depan kami. “Mak masak sedap”, “mak tu bijak orangnya” dsb. Mak aku jugak seorang yang penyayang tapi tegas. Kadang kadang boleh jadi garang. Haha.

Bila sudah sampai umur pencen ini, mak aku berhasrat untuk membeli sebuah rumah untuk kami duduki memandangkan sekarang kami sekeluarga kini tinggal di kuarters kerajaan. Mak aku bakal pencen, jadi kami kena keluar daripada kuarters ini.

Dan tujuan mak aku hendak membeli rumah baru adalah kerana rumah yang ayah aku ada di Semenyih itu sangat kecil untuk diduduki dan hanya ada dua bilik.

Memandangkan aku ada 7 adik beradik, mak aku merasakan tidak sesuai untuk berpindah ke rumah ayah aku di Semenyih itu.

Untuk pengetahuan semua, rumah kuarters ini sangat besar dan ada 4 bilik. Jadi kami sangat selesa di sini. Mak aku berpendapat takkan la nak berpindah ke rumah yang kecil. Ditambah jugak kini aku dan adik aku dah ada anak anak sendiri.

Hasrat mak aku ini ditentang oleh ayah aku. Sebelum mak aku nak pencen ni pon, mak aku pernah nyatakan nak beli rumah tapi ditentang habis habisan oleh ayah aku. Mesti korang ingat sebab ayah aku rasa mak aku tak mampu kan?

Nope. Bukan sebab itu. Sebabnya adalah kerana ayah aku rasa pinjam duit daripada bank ni adalah bersistemkan riba. Ayah kata walaupun namanya sistem perbankan Islam, tapi mechanism masih sama dengan konvensional.

Buat pengetahuan semua, rumah rumah yang ayah aku beli sebelum ini menggunakan sistem perbankan Islam. Tapi Ayah aku sejak bekerja sendiri, dia ada banyak masa untuk membaca dan mengkaji sana sini.

Daripada hasil bacaan dan kajian dia, senangkan cerita sekarang, dia tak benarkan mak aku ambil Islamic financing sebab masih sama dengan konvensional dan of coz, riba.

Dia taknak mak aku ulangi kesilapan dia yang ambil loan rumah dulu. Mak aku sangat kecewa dan pernah kata, “Ayah kau tu dia saja semua betul. Ulama semua salah. Fatwa pun salah.”

Untuk melembuntkan hati mak aku, ayah aku berjanji untuk membuat mak aku sebijik rumah. Ayah aku ada sebidang tanah di Hulu Selangor dan dia ingin membina rumah di situ untuk mak aku. Mak aku tidak setuju untuk tinggal di kawasan hutan.

Mak aku jugak tidak bersetuju kerana mak kata ayah nak pakai duit sagu hati kerajaan yang mak aku bakal dapat selepas pencen dan sedikit simpanan yang ayah aku ada untuk bina rumah itu. Mak aku memang mengamuk disebabkan hal ini.

Sebab mak aku sangat sangat marah adalah kerana mak aku menanggung most of perbelanjaan keluarga ini selepas ayah aku bekerja sendiri. Savings yang ayah aku ada, dilaburkan kepada perniagaan yang tiada hasil dan mak aku tidak dapat merasa sedikit pon. Huhu.

Aku boleh nampak perubahan dari segi percakapan mak aku kepada ayah aku. Makin hari makin tinggi suara mak aku walaupun hanya cakap perkara bukan berkaitan beli rumah atau buat rumah.

Makin hari makin banyak perlian yang mak aku beri pada ayah aku. Ayah aku seperti biasa, dia akan nampak tenang depan kami semua dan ubah topik lain.

Walaupun ayah aku sejenis tenang dan releks, tapi dia masih tetap dengan pendirian dia dan tidak benarkan mak aku ambil Islamic financing.

Disebabkan aku nampak mak aku yang makin stress, aku ada bawak mak aku pergi beriadah masa PKPB hari tu untuk gembirakan hati dia. Hanya aku dan mak aku saja masa tu.

Lepas beriadah, kami pergi ke kedai makan dan mak aku confess nak mintak cerrai dengan ayah aku. Katanya tak tahan hidup terseksa emosi.

Bayangkan la, mak aku memang mampu untuk beli rumah baru, tapi disebabkan kajian ayah aku yang aku pun tak pasti betul atau pun tidak sumber yang dia refer, mak aku tak dapat beli rumah.

Mak aku kata bukan dia nak rumah besar macam istana. Tapi nak anak anak dan cucu cucu ada tempat yang selesa bila pulang ke rumah dia nanti.

Mak aku jugak penat apabila bisnes ayah sering tiada hasil dan akhirnya savings sudah makin kurang. Rumah yang ayah aku janji pun tiada bayang apa lagi. Mak ada kata jugak, kalau bercerrai, mak dah tak terikat nak kena ikut telunjuk suami.

Masa mak aku bagi tau tentang perancangan untuk cerrai, aku menangis terus di kedai makan itu. Dalam fikiran aku, mana ayah aku nak duduk kalau dia bercerrai.

Dia ada rumah di Semenyih tu tapi mana dia nak cari duit untuk makan sebab sekarangkan tiada job dalam sektor pelancongan. Bawak Grab pun berapa sangat la hasilnya.

Tapi aku jugak terfikir kekecewaan mak aku. Aku pernah nampak dia menangis lepas solat. Aku pun apa lagi, peluk dan nangis sama dengan mak aku. Huhu. Mak aku dah tekad nak suruh ayah aku buat pilihan, sama ada mak aku atau pun pendirian ayah aku tu.

Jadi gais, aku nak mintak pandangan korang semua dan bukan kecaman. Bagaimana aku nak selesaikan masalah ini ye? Betul ke Islam financing tu masih riba? Kepada siapa ye aku boleh rujuk mengenai benda ini?

Tolong guide aku kerana aku tiada ilmu sangat mengenai perkara ini dan apa yang harus aku lakukan selain daripada berdoa ayah dan mak aku lembut hati.

Aku pun jadi takut bila dengar perkataan riba tu sebab aku tahu tu adalah salah satu dosa dosa besar. Aku tak mahu parents aku bercerrai sebab aku tahu mak aku masih sayangkan ayah aku.

Dan sudah tentu, ayah aku memang sayangkan mak aku. Aku tahu itu. Harap korang semua tak kecam ayah atau mak aku. Aku sayang parents aku.

Help us…

Reaksi Warganet

Aminah Mahmood –
Tanah ayah, guna duit mak buat rumah. Hmmm kalau jodoh tak panjang, mak yang kena keluar dari rumah.

Pernah terbaca dulu ada menantu buat rumah atas tanah mentua. Bila isteri meninggal mentua halau menantu. Hhmmm

Mel Rahmat –
Orang lelaki ni macam mana bagus pon kalau tak berduit, tetap bini payah nak hormat. Lagi lagi bila dah buat keputusan berhenti. Bisness lak asyik rugi, bini pulak yang kena tanggung…

Orang perempuan ni tak susah nak menangi hatinya. Cukuplah dengan nafkah yang cukup dan tak kena menanggung suami. Rasanya mak TT tu dah lama pendam perasaan dan tak sanggup lagi nk jadi bank pada ayah TT…

Liniey –
Better beli rumah sederhana secara cash. Sebab duit pencen dan saguhati nanti maybe nak guna kalau in case lepas pencen kena penyakit etc. Biasanya ramai yang kena penyakit lepas pencen. Sebelum pencen, sihat ok je. Lepas pencen terus kena macam macam penyakit..

Beli rumah besar besar pun, susah nak kemas bila dah usia makin tua. Beli rumah sederhana, bilik dekat dengan tandas dan dapur dah cukup.

Kalau buat loan masa usia macamni, memang interest tinggi sangat dan bulanan pun tinggi. Lagi stress nanti nak kena bayar bulan bulan, sampai umur 80-90 taunn??

Be wise, jual rumah dan tanah ayah dan beli rumah cash untuk mak. Sebagai hadiah sebab mak dah banyak tanggung keluarga dulu.

Emam Ismail –
Cakap kat mak, tolong jangan meminta perpisahan kerana tinggal sedikit sahaja lagi kefahaman yang Allah SWT nak berikan kepada mak, ayah dan adik beradik TT sekeluarga.

Ujian ini hanyalah kerana Allah SWT inginkan hambaNya pulang menemuiNya nanti dengan keyakinan yang lurus tanpa ada sekutu bagiNya.

Sebab itulah perceraian itu adalah perkara halal yang dibenci kerana ujian di dalam perkahwinan itu adalah semata-mata untuk hambaNya kembali kepadaNya dengan sejahtera.

Jika memutuskannya hari ini, mungkin kefahaman itu tertangguh selepas mati.

Maka kerugianlah jika telah mengusahakannya selama ini berpuluh tahun.

Peringkat awal dan paling mudah untuk mak tt fahami, adalah dengan belajar hakikat rezeki. Kemudian sedikit demi sedikit akan Allah SWT berikan kefahaman berkadar dengan usaha hambaNya.

Tt boleh menyelamatkan kebahagiaan keluarga tt, insyaaAllah.

Sumber – Sally (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *