Bila bekas suami nikah baru, aku bersyukur. Bila anak bermlm disana, pasti ada kesan pd badan anak

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum.. Terima kasih Allah swt kerana sudah temukan jodoh untuk bekas Suamiku. Inilah kebebasan jiwa untuk diri ini dan anak.

Syukur penantian bertahun lamanya untuk mendapatkan hak jagaan sepenuhnya dapat dilaksanakan dengan baik dengan izin Allah swt hanya kerana status bekas suami sudah Berkahwin.

Tak perlu lagi saya bertengkar dengan bekas suami tentang anak. Paling penting tiada lagi kebimbangan dihati saya tentang anak (Beberapa kali pulang dari bermalam dengan papanya, ada kesan luka di badan katanya jatuh.

Kalau lebih dari sekali ada rasa bimbang dihati seorang ibu. Kami pula berpisah kerana keluarga bekas suami. Papanya selalu bawa anak saya ke rumah ibu bapa dia.

Sebelum itu saya bersetuju dengan pihak mahkmah untuk bergilir gilir dengan papanya dalam soal menjaga anak. Saya ketepikan ego saya. Saya tak mahu bersoal jawab dengan Allah kelak.

Saya cuba positifkan fikiran saya, Tapi saya tidak sedar saya sedang mempertaruhkan keselematan anak saya kerana disana dia dikelilingi oleh orang orang yang tidak sukakan saya).

Syukur kini anak berada didepan mata saya. Membesar bersama saya. Saya tidak mahu terus menerus mempertaruhkan keselematan anak saya. Tambahan pula isteri bekas suami tidak menyukai saya. Banyak kemungkinan yang akan berlaku nanti.

Jadi, saya membuat rayuan demi rayuan (Sudah Tak kenal erti letih Masa itu) dengan pihak mahkmah sehingga anak saya berumur 21 tahun untuk tidak mendapat akses bermalam bersama papanya. Hanya mendapat akses lawatan, itupun dikawasan rumah saya, dan akhirnya diluluskan.

Saya bersetuju tentang akses hak lawatan kerana saya masih memahami agama. Dia tidak mahu melawat anak atau tidak, terpulang. Saya berjuang habis habisan demi anak saya.

Apa yang keluarga bekas suami dan bekas suami sendiri lakukan pada saya dahulu sehingga saya dicerraikan, saya serahkan kepada Allah swt untuk membalas. Tidak akan sempurna balasan dari manusia kepada manusia. Tetapi pembalasan dari Allah tidak ada cacat celanya.

Segala tuduhan keluarga dia dan dia sendiri keatas saya yang mengatakan saya ini isteri yang nusyuz, isteri yang mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu,

Yang setiap hari memaki hamun suami, isteri yang mengalami penyakit Gila, isteri yang jahat, isteri yang menggunakan bomoh untuk mendapatkan kasih sayang seorang suami dan pelbagai tuduhan lagi.

Dia sendiri mengetahui sejauh mana kebenaran dari setiap tuduhan dia ke atas saya. Maka, berurusanlah dia dengan Maha Pencipta.

Saya percaya segala pengorbanan yang Saya lakukan untuk dia sehingga dia boleh berada ditempat sekarang Allah pasti akan membalas dengan kebaikan dan kebahagian dunia akhirat,

Dan Saya tidak pernah menyesali menjadi isteri yang sanggup bersusah payah dengan suaminya walau ketika senang dia ditendang oleh suami dan keluarga mertua.

Dan isteri baru yang sentiasa rasa tidak selamat dengan saya, mungkin dia perlu tahu, saya tidak berminat dengan suami anda. Jika satu hari saya ditakdirkan berkahwin, pasti bukanlah dengan bekas suami.

Sungguh tidak terlintas untuk kembali. Hinaan mereka kepada Saya, Saya benamkan dalam dalam dalam hati dan fikiran saya. Sekarang tumpuan Saya hanya pada anak dan ibu bapa Saya. Mereka adalah gudang pahala saya.

Benar ada kata kata yang mengatakan, bagi seorang ibu anak adalah segalanya.

Ketika hak penjagaan diberikan kepada seorang ibu, dia merasakan seluruh dunia adalah miliknya meskipun ketika itu dia tidak punya wang walau sesen. Dia tidak kisah kudratnya di curahlan sepenuhnya untuk mencari rezeki yang halal buat anakknya.

Benar, bila berlaku pencerraian, seorang bapa akan sibuk mencari pengganti tetapi seorang ibu akan sibuk untuk membanting tulang.

Hakikatnya, kami seorang ibu yang ditakdirkan bercerrai dengan cara apa sekalipun, sama sekali tidak pernah kisah jika bekas suami berkahwin lagi walaupun mereka mengatakan telah mendapat pengganti yang jauh lebih baik dan lebih hebat.

Kami anggap segala kata kata itu hanya atas niat untuk menyakiti.

Maka, tidak perlu kami peduli. Bagi kami, anak anak adalah permata yang berharga. Kami boleh hidup tanpa suami, Tapi kami tidak boleh hidup tanpa anak disisi.

Jika kami dibuang kerana tidak berharga dan sebagainya, ketahuilah bahawa harga diri kami terlalu tinggi saat kami sedang berusaha menjadi ibu yang terbaik buat anak anak.

Salam sayang,

Single mother of one, Nur Ain

Reaksi Warganet

Shamsiah Rahmat –
Sya sudah lalui. Ibu tunggal untuk 3 anak, bekerja cari nafkah untuk anak anak, tanpa nafkah bekas suami, sekarang anak anak sudah besar..

Allah jaga kita, Allah yang beri rezeki pada kita. Jaga solat, berhati baik dengan semua orang dan sedekah..

Sarah Mohammed –
Saya dulu siap doakan depan kaabah supaya ex saya cepat jumpe jodoh baru dan dapat anak ramai supaya die tak berebut ank dengan saya.

Alhamdulillah. Die kawen dulu dan now dah ade 2 anak baru. Dulu kerap juga ambik anak, sekarang ni tanya hal anak pun takde dah. Nafkah anak apetah lagi.

Orang laki ni kalu dah berpisah sebenarnya bukan nak sangat jage anak. Tapi lebih kepada nak sakit kan hati kite. Konon nk fight hak penjagaan ank.

Azwa Ghazali –
Alhamdulillah. Semoga segala urusan Puan dan anak anak dipermudahkan.

Begitulah. Kadang bila berpisah, bila pihak ibu diberikan hak jagaan penuh, pihak bapa akan dapat untuk hak berjumpa (melawat) atau lawat dan bermalam.

Biasanya part bermalam itu yang banyak dipersoalkan atau dipertikaikan pihak ibu lebih lebih lagi jika anak perempuan bermalam bersama bapanya. Faktor keselamatan terutamanya (bukan saya kata bapa jahat) bukan. Cuma, kita ibu ibu ini memang akan sentiasa berjaga jaga.

Lebih lagi, jika kita tahu masalah masalah yang sering dihadapi. Sebab itu, memang ibu tunggal ini berjuang naik turun Mahkamah, demi hak anak anaknya.

Saya pun ibu tunggal. Setahun ke dua tahun lebih naik turun Mahkamah untuk Hak Jagaan dan Nafkah Anak. Alhamdulillah, hak jagaan sepenuhnya pada saya dan pihak bapa hanya dapat untuk hak melawat sahaja. Bermalam tiada. Ini Mahkamah yang berikan keputusan, bukan dari saya.

Nafkah Anak untuk 3 orang adalah sebanyak RM1000 sebulan. Diputuskan juga oleh Mahkamah mengikut dengan kemampuan pihak bapa.

Sebab itu, kita jangan putus asa. Teruskan berjuang demi anak anak kita.

Hazreena –
Ikut pengalaman saya, mula mula tempoh bercerrai tu je dugaan maha berat itu nak tuntut ini nak tuntut. Lepas 2-3 tahun percayalah semua akan smooth. Sebab masa tu dia pun dah tak kuasa nak menuntut.

So nasihat saya kuatkan hati diawal pencerraian, tuntut hak anak selagi boleh tuntut ye. Buat demi anak, bukan untuk diri sendiri. Lepas tu tutup buku dan move on lah

Nuru Azeera –
Alhamdulillah.. Moga dipermudahkan segala urusan puan dan anak selepas bertahun berjuang. Dari cara penulisan puan, puan seorang ibu yang cekal dan tabah.

Saya jugak sedang berjuang tuntut hadhanah di mahkamah dari tahun lepas tapi maklumla sekarang PKP, selalu bertangguh tapi saya tetap bersabar dan akan berjuang untuk dapatkan hak hadhanah anak.

Orang laki lepas bercerrai bukan nak tuntut sangat hak penjagaan anak tapi saja nak sakitkan emosi dan fizikal kita..

Jangan ingat orang permpuan akan lemah bila dah bercerrai. Saya sendiri dah lali nak hadap perangai psik0 dari ex..

Sumber – Nur Ain (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *