“Kerana aku terlampau baik”. Isteri kerap minta cerrai. Ditengking nya aku. Tiada hormat, wpun aku suaminya

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum semua. Saya ingin berkongsi cerita tentang saya hadapi sekarang ini dan memerlukan pendapat semua mengenai isu saya ini.

Saya, 30an kerjaya professional. Isteri, 30an suri rumah. Kami sudah berkahwin lebih 5 tahun dan berkenalan sejak bekerja dan sudah dikurniakan putera puteri.

Alhamdulillah, saya buat macam macam kepada isteri saya dari pelbagai suprise dan jalan jalan melancong sana sini. Malah pernah membawanya honeymoon ke Eropah.

Atas media social, kenalan merasakan kami cukup bahagia. Dari segi agama, kami solat dan kadangkala berjemaah.

Balik raya, saya aturkan supaya adil dan selang seli dan kami tidak pernah bergaduh dalam isu ini.

Pulang ke kampung bulanan, saya aturkan supaya selang seli at least sebulan sekali mesti merasa balik kampung masing masing secara adil dan saksama. Dan kami tak bergaduh dalam isu ini malah dia sendiri puas hati.

Namun, ada perkara walaupun kecil, bila berlaku salah faham dan bergaduh, isteri saya minta putus dan dia sendiri meminta cerrai kepada saya.

Ya, saya jarang marah. Tapi saya sendiri yang kena sabar sebab dia tengking saya. Lama kelamaan, saya fikir sungguh sukar untuk melembutkan hatinya yang keras itu.

Saya seperi tidak dapat hormat sehebat hormat dirinya kepada ibu ayahnya, sedangkan saya adalah suaminya.

Entah beberapa kali terjadi dan saya sendiri selalu slow talk menasihatinya. Namun terjadi lagi.

Saya bukannya seorang aktif keluar rumah, bukannya jenis main game. Masak, kadang kala saya bantu walaupun saya penat balik bekerja.

Kemas rumah hujung minggu, InsyaAllah saya bantu walaupun terskip. Bagi saya, malam lepas balik kerja dan hujung minggu, adalah masa untuk keluarga.

Bila difikirkan, dayus saya bertahan dalam hubungan ini. Sedangkan perkataan cerrai itu sudah banyak kali keluar dari mulutnya.

Beratnya perkataan Cerrai itu, saya sendiri takut nak sebut walaupun ketika bersembang dengan rakan.

Walaupun saya banyak nasihat dan sabar, namun kesabaran saya pun ada hadnya. Apa yang saya perlu buat? Adakah dia deserve atau layak untuk CINTA saya?

Reaksi Warganet

Rinn Hanis –
Kahwin lain je tt, madukan isteri kau. Kalau dia minta cerrai jugak lepas tu, cerraikan dia terus… Huh….apooo..

Patut la ustazah kat sek dulu pernah cakap, kenapa lafaz cerrai diberi pada lelaki. Sebab kalau perempuan ada hak untuk lafaz cerrai, tiap tiap hari dia nak cerraikan suami dia… Perempuan ni terlampau emosi sangat.

Kadang kadang pelik, asal la lelaki suka perempuan yang emosi ni, sebab cantik je ke?

Aisyah Nur –
Biasanya isteri begini dia nak perhatian ja. Dia suka bila suami resah bila dia nak putus. Tapi percayalah, bila kena cerrai silap silap dia pegang kaki merayu mintak rujuk semula..

Saya bercakap atas apa yang saya lihat dari kalangan rakan rakan saya. Tambahan lagi dia suri rumah. Kebiasaannya kebanyakkan (tak semua) surirumah dia pikir panjang apa yang dia nak buat bila suami tinggalkan dia.

Tapi ada suri rumah yang nekad minta cerrai disebabkan sudah tidak tahan hidup dengan perangai suami yang menyakitkan hati dan dia dah tak rasa bahagia.

Hanazawa Rui –
Sabar bang. Isteri macam ni kena banyak pergi kelas agama dan usrah. Tak pun masa tengah drive balik kampung atau pergi mana mana, buka ceramah pasal syurga atau fadhilat rumahtangga.

Abang buat ja tanggungjawab sebagai seorang suami. Solat, mngaji, sedekah. Sebelum tdo maafkan isteri. Kita nak kahwin sebab nak dapat syurga.

Kalau isteri masih lagi nak minta cerrai, abang lepaskan lah dengan cara yang elok. Jangan tahan lagi. Anggap ja jodoh sampi situ. InsyaAllah Allah akan hadirkn jodoh yang lebih baik.

Diyana Amira –
Mostly bini pesen meroyan memang sesuka dia je mengugut sikit sikit minta cerrai kalau kemahuan nya tak diikut..

Dalam bahasa lain she want to be dominant baru bahagia rumah tangga. Ada jugak husband yang sabar sampai terlihat dayus membelakangkan ibu kandung yang baik.

Contohnya dari dia laki bini bercerrai dan bertahan demi anak anak yang ada. So yang bini makin syok ugut since dia tau dia tak kan di cerrai.. Complicated

Miera Wahab –
Saya penat macam mana sekalipun, moody macam mana sekalipun, work load bertambun macam mana sekalipun, TAK PERNAH sekalipun keluar perkataan cerrai tu, untuk tempoh 6 tahun lebih kahwin, anak dah nak masuk tiga orang

Bagi saya, penat, stress, dan burn out sekalipun, bukan alasan untuk ‘membenarkan’ seorang isteri sewenangnya sebut perkataan cerrai.

Kalau saya jadi suami pun, dah asyik menyebut aje, bagi sekali dia rasa. Nikmat ke tak lepas kena cerrai tu?

Lagipun, tempoh eddah bukan seminggu. Berpuluh hari. Dalam masa berpuluh hari tu, minta isteri muhasabah diri sendiri. Apa perasaan takde suami? Seronok ke? Kalau rasa bersuami lebih bahagia, rujuklah semula. Dan kalau sebaliknya, teruskanlah keputusan tu.

Allah tak haramkan cerrai cuma Allah benci. Tapi ingat, Allah tak redha isteri yang tak diredhai suami. So nak kekalkan juga ke perkahwinan yang jarang ada redha suami?

Sumber – Suami Kecewa (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *