“Sekali dah merasa, jadi ketagih”. Tunangku kini ketagih awek yeye, rumah urut. Aku rahsiakan

Foto sekadar hiasan

Aku tidak tahu harus bermula dari mana.

Aku berkenalan dengan si dia yang beruniform melalui social media.

Diawal perkenalan semuanya indah belaka, dia banyak sangat menasihati aku, banyak bantu aku.

Tetapi perlahan lahan semuanya terbongkar setelah kami bertunang.

Aku difahamkan yang mereka yang sarungkan uniform ni dinormalisasikan dengan melanggan pelcur, pergi ke kelab malam, minum air kencing syaiitan dan sebagainya.

Untuk mereka yang kuat, selamat. Tapi untuk mereka yang lemah pasti tewas dan hanyut.

Aku tahu tak semua terlibat, dan tak di semua tempat kena macam ni.

Tapi boleh kata kan 50% atau lebih yang aku kenal mesti pernah terlibat secara langsung atau tidak dengan perbuatan terkutuk ni.

Aku cukup tak mengerti kenapa ada paksaaan sebegini.

Baru posting perlu belanja ke kelab malam. Kena paksa minum. Kena ada dinner bersama perempuan perempuan atau lebih dikenali sebagai awek yeye. Kena pergi rumah urut dan sebagai nya.

Semua perkara terkutuk ni pada awalnya atas dasar paksaaan (kalau tak buat, nama susah naik untuk apa apa kelebihan ????) atau boleh dipulaukan.

Jadi mereka banyak yang pada awalnya terpaksa buat supaya tidak ditaji, dipulaukan, disukarkan segala urusan.

Jangan percaya kalau mereka ada aplikasi michat, wechat segala ni. Tu semua tempat mereka “memancing” awek yeye untuk di bawa ke “majlis makan malam” mereka.

Aku pernah baca, buat dosa ni memang sedap. Sekali dah merasa jadi ketagih. Begitu juga dengan tunangku. Ketagihan rumah urut. Ketagihan awek yeye.

Aku banyak merahsiakan semuanya. Orang sekeliling selalu puji dia baik, selalu puji dia kuat pegangan.

Banyak sahabat sahabat yang lalui perkara sama dengan aku datang meluah padaku tentang hal yang sama sambil memuji aku untung kerana tunangku tidak seperti pasangan mereka.

Hati yang remuk ini hanya mampu tersenyum.

Terbongkar semua nya duit habis ke mana. Kadang kadang tugas malam boleh jadi tugas di “rumah urut”.

Aku banyak usaha, aku banyak guide dia. Tapi kadang kadang perkara tersebut menjadi sia sia kerana di paksa pegawai atasan. Perlu bawa orang atasan.

Tak perlu aku sebutkan uniform yang mana satu kerana yang tahu pasti tahu. Semoga semua perkara terkutuk ni mampu dihentikan.

Semoga tunang saya dapat berubah.

Doakan kami…

Reaksi Warganet

Aqila Imran –
Yes betoi puan. Suami saya pernah cita pasal hal ni. Asal naik pangkat sahaja mesti kena buat majlis, mesti ada perempuan. Orang atasan yang nak benda benda gini.

Gaji naik sikit ja, belanja buat majlis beribu ribu. Kalau terjebak jadi begitu la. Sebab tu ada orang takmaw naik pangkat, sebab kene hadap benda benda begini..

Tapi tak boleh pukul sama rata orang uniform semua sama. Banyak ja yang baik baik.

Semoga suami saya terhalang dari benda benda gini. Saya pun risau jugak. So far Alhmdulillah. Moga Allah halang benda benda jahat dari keluarga kita..

Ini baru orang bawahan kena. Bayangkan la orang atasan punya budaya. Lagi seram kalau dengar. Yang banyak argue ni, mesti tak tahu budaya ni.

Dan orang uniform ni memang pndai jaga rahsia ye.. Moga nanti budaya ni dapat dihapuskan la..

Anna Kirana –
Ada kawan yang saya kenal sanggup berenti badan beruniform dan keje kilang sebab tak mau terlibat.

Kalau pun kita tak nak terjebak kita akan dipulau, disisih dari naik pangkat. Kalau jiwa tak kental memang payah. Kawan saya memang jenis yang menjaga agama. Sanggup berhenti dah mencari rezeki lain Alhamdulilah Allah permudahkan.

Tepuk dada tanya hati, kalau sanggup nak teruskan bekerja dan beri keluarga makan hasil subahat atau tidak. Orang kata nak jadi baik, campur orang yang baik baik.

Labu Labi –
Bukan sisi gelap baju uniform, jangan salah disebabkan uniform. Semuanya terletak pada diri masing masing.

Kalau ko yang mencari, ko sendiri dapat. Cuba kalau ko tak mencari. Pedulikan apa kawan kawan nak kata…

Bab kenaikan pangkat atau apa apa pengaruh, itu pun salah. Jangan kita letak kan rezeki kita pada manusia. Tapi letakkan rezeki kita pada Allah…

Ruhaiza Samsudin –
Dari cara tulis, rasa macam tunang TT ni *****. Sebab sis punya suami pun *****. Selalu dengar pasal ni. Dan banyak rumah tangga tungang langgang, bercerrai berai sebab ni..

Yang kepala ke laut, anak anak bawah pun ke laut la. Apa pun bergantung pada tuan punya badan. Takut dekat orang, hanyut. Takut dekat Allah, InsyaAllah tak terjebak.

To be honest, aku nasihat kan kau supaya tak teruskan kahwin. Sungguh sungguh cakap ni. Tapi terpulang la. Dah kau harap dia berubah kan.. Moga berjaya la mengubah dia.. Jangan kau pulak berubah jadi macam dia.

SayurNara Kimchi –
Hanya yang tahu yang tahu. Ada yang baik ada sebaliknya. Bila melibatkan orang atasan benda benda macam ni adalah budaya sejak berzaman..

Sebab awal penubuhan pun direkrut oleh pihak british (contoh), so budaya tu berkembang dan berterusan walaupun tak cor seperti dulu. Benda ni biasa.. Sebab bila mana tangan 10 jari di cop maka jadi lah ia YES MAN!! Patuh, tabik dan follow je.

Jika tak pangkat, urusan dan boleh dikenakan tindakan tatatertib. Well orang boleh buatkan, lagipun mahkamah pun asing kan bagi sebahagian badan uniform ni.

Benda ni susah nak tinggal, so confessor kalau ko boleh angkat kaki tinggalkan, kelak dah kawin lagi menjeruk rasa hati dan diri.

Bukan pasal urutan ni sahaja, bahkan kerjanya no. 1 diutama, ko akan jadi seken wife, semua atas kepala ko.

So solat hajat istikharah semua, tanya pendapat orang alim serta bincang dengan tunang tu macam mana nak ubah ke arah lebih baik. Orang nak kawin nak hidup baik baik, ke arah lebih baik beragama, bukan nak teruskan zaman silam sebelum semasa dan selamanya.

Fikir fikirkan.. Insyallah. Doakan sama.

Sumber – Sabriah (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *