SAYA melaungkan takbir dalam tidur, orang rumah kejutkan saya. Dalam keadaan mamai dan berat nak bukak mata saya berkata.
“Langsuir datang kacau.”
Orang rumah terkejut, dia cuba membaca ayatul Qursi. Tetapi hanya sekerat aje kedengaran diganti dengan dengkuran. Mengantuk luar biasa.
Saya bingkas bangun, mulut masih berzikir. Baru nak pasang orang mengaji dekat hp orang rumah. Hp pulak tak ada beteri. Saya capai hp saya dan laungkan surah pendinding.
Kepala ni rasa dah kebas. Rambut macam tercacak dah. Roma tangan ni berbintik bintik. Tak usah cakaplah, memang meremang kasar sangat sangat. Bermakna ‘benda’ tu ada berdekatan. Saya cuba bertahan berzikir, tetapi perut pulak buat hal.
Kerana perut memulas, saya ke tandas dan meninggalkan hp sekejap. Kat tandas makin kuat dirasakan. Macam benda tu ada duduk kat atas bumbung. Tak jadi duduk tandas lama lama saya keluar dan kembali ke bilik tidur.
Suara imam yang mengaji ayatul Qursi saya pasang kuat kuat. Tapi kepala saya masih lagi mengembang kasar.
“tak boleh jadi!”
Saya bukak tingkap bilik tidur dan membaca bacaan ayatul qursi berkali kali. Masih terasa meremang kasar. Mata saya melilau melihat ke setiap arah. Mencari betul ke ada syaiitan tu kacau.
Di saat mata saya menoleh ke arah rumah yang belum siap, (terbengkalai) jaraknya sekitar 10 meter dari tingkap bilik tidur saya. Mata saya yang tak memakai kaca mata terpandang sesuatu. Pandangan saya waktu tu tak berganjak daripada merenung kain putih bersulam kehitaman di dalam rumah terbengkalai tu.
Hati dah merusuh, tapi kuatkan semangat. Kain putih yang bersulam hitam bergerak gerak ditiup angin tu seperti berdiri. Bila mata saya melihat dan meneliti warna hitam panjang itu. Berderau drah saya, itu bukan kain hitam. Tapi juraian rambut panjang milik perempuan.
Sah! Langsuir!
Memikirkan anak anak saya yang sedang tidur, saya menutup tingkap dan membaca ayat ayat pendinding. Saya suarakan kepada orang rumah.
“Dia ada dekat rumah tak siap tu.” Terbeliak mata orang rumah.
Tapi dia terasa amat berat nak bangkit bangun. Dia terlelap, terasa berat benar kelopak matanya. Saya amik tasbih dan terus melaungkan zikir pendinding dan zikir lawan. Akhirnya orang rumah saya bangun dan terus mengambil wudhuk dan bersolat sunat.
Waktu menjengah ke pukul 4.30 pagi barulah reda meremang tu. Memang langsuir itu amat jelas berdiri di dalam rumah terbengkalai sambil membalas merenung dengan saya. Angin masih bertiup kencang, kain putih yg dipakainya bergerak gerak bersama juraian rambut hitamnya.
Memang jahat benda ni. Dalam banyak banyak setan, setan yang inilah yang jahat. Suka ganggu orang.
Sebelum itu saya ada bermimpi mendengar sayup sayup perempuan ketawa. Ketawa seperti orang di hospital mental. Sekejap ketawa, sekejap diam. Disebabkan itulah di dalam mimpi saya dah start membakar benda tu dengan ayat quran. Sampaikan terkejut orang rumah saya bila saya lafazkan takbir dan ayatul qursi dengan mata terpejam.
Saya tak tau. Kenapalah benda ni suka sangat mengganggu orang? Bermula pada pukul 3 pagi sampailah ke pukul 4.30 pagi. Waktu puncak dia berkeliaran agaknya.
Dan betul betul tak sangka, ini adalah kali pertama saya berhadapan dengan benda itu, berlawan tenung pandang. Nak saya gambarkan bentuk dan rupanya?
Rambut panjang mengurai sehingga ke paras peha. Menutupi keseluruhan wajahnya. Kain putih hampir kelabu sebagai pakaiannya. Tangannya lurus ke bawah. Kepalanya sedikit tertunduk. Tetapi saya yakin bola matanya sedang merenungi saya.
Apa yang buat saya yakin itu adalah langsuir. Badannya… Kecil seperti remaja. Senang cerita macam budak baru nak amik SPM. Dan ini adalah kali pertama dia berdiri hampir dengan saya. Dan kali pertama dia memperlihatkan dirinya. Mukanya aje tak tunjuk.
Sewaktu saya berzikir tadi, sayup sayup terdengar ada hilai seperti suara burung. Tapi saya yakin itu bukan suara burung. Sepertinya burung yang mengilai itu terbang menjauh ke arah kawasan perbukitan.
Sewaktu saya menaip ni angin masih menderu kuat dekat luar. Tiap kali saya menaip menggambarkan rupa benda tu, setiap kali itu jugalah kepala saya mengembang besar.
Nak kata saya menulis cerita seram, tak jugak. Sekarang ni saya dah ubah jadual menulis di siang hari. Malam saya banyak habiskan masa dengan anak anak dan layan Netflix aje. Malam waktu rehat, taknak bebankan tubuh dengan kerja. Tapi terganggu dengan kedatangan benda ni.
Saya pandang anak anak saya yang nyenyak tidur. Yanna anak bongsu saya berusia 3 tahun tidur berkelubung seperti kesejukan. Orang rumah saya cakap. Yanna tak pernah nak berkelubung. Mungkin reroma dia pun meremang sama. Tak lama lagi subuh tiba. Saya konpem tak tidur dah ni. Tunggu subuh aje datang.
Ya ALLAH Jauhilah perkara yang tidak diingini daripada mengganggu keluarga saya. Aamiin.
Wallahualam.
#Saideenorazam #SiriSeramSna #langsuir
Reaksi Warganet
Nabilla Tilla –
Penah kena kacau jugak. Dulu keja dekat KL, menyewa di Melawati. Dia datang menangis depan pintu, aku ingat laki bini bergaduh.
Makin lqma makin lain macam menangis dia tu. Rupanya dia mengilai. Aku letih balik keja mana la nak tau itu hantu. Nasib baik aku xbuka pintu.
Sampai ke subuh baca ayatul qursi sampai lah dia terbang, bunyi mengilai pergi macam burung terbang.
Na Gurun –
Kalau dengar bunyi atap rumah macam bunyi pasir dia la tu kalau tengah tengah malam. Langsuir liar Ni dia carik makan kalau dia datang ke rumah rumah.
Sebab tu pastikan pinggan mangkuk basuh dulu sebelum tidur. Kalau Ada sisa sisa tulang, buang ikat elok elok letak dalam tong sampah.
Pernah dulu terjadi dikampung Saya. Tengah tengah malam dengar bunyi macam binatang makan tulang. Ingatkan anjing liar ke, sekali suluh lampu Jin tengah meratah sisa tulang. Punca sebab buang sisa tulang tepi rumah. Orang cerita la. Tak pasti sahih ke tidak
Rofien Kadir –
Aku bermalam dekat rumah kawan aku di Segamat. Baru baru nak lelap mata bunyi mengilai dekat atas pokok mangga besar depan rumah dia.
Tiba tiba mak dia cakap dekat kawan aku ni, “Wan, jangan Wan. Wan jangan Wan….”
Kawan aku terus bangun sambil marah marah. Ambil mercun bola terus baling atas pokok tu 2x. Terus senyap, dalam hati aku, kering betol hati ko wan..
Balqis Johari –
Tak pernah nampak tapi pernah dengar dia menggilai dengan menangis. Memang ketaq mengigil satu badan time dengar tu.
Esok tu ada orang kampung cerita, nampak cik lang kat pokok tepi tingkp umah aku tu. Memang situ port dia. Sapa yang ternampak tu nasib laa. Tapi aku selalu dengar bunyi ja. Tak berani nak tengok.
Zaiton Zaini –
Maaf yea dulu saya pernah alami APA yang encik ni cerita. Mimpi dalam tido Ada langsuir mengganggu. Saya tido Rasa Di tarik tarik nak Di bawa ke mana tak taw.
Saya menjerit, bekas suami pun tak sedar. Saya cekau badan bekas suami pun dia tak bangun. Saya gagahkan badan baca lailahailla Anta subhanaka inni quntum minazzolim.
Alhamdulillah langsuir ni lepaskan saya. Terus saya menjerit dan terjaga. Bekas suami pun buka ayat alquran. Dan saya tidur lagi..
Langsuir Tu Masih datang lagi kacau dalam tidur saya. Kali ini dia mengganggu bekas suami Pula. Dalam tidur seakan roh saya bangun Terus pimpin tangan bekas suami Dan keluar Dari rumah. Dan kemudian Kami tak tidur sampai la selepas subuh..
Syuqran Syamie –
Tapi aku pulak penah kena ketika tidur. Time tu mak aku datang kejutkan aku suruh bangun sebab mak aku nak pi kerja. Jadi aku bangun jap pastu aku sambung tido balik..
Pastu kedengaran suara orang perempuan tua kejut aku suruh aku bgun. Bukan main berat rasa nak bukak kelopak mata time tu. Dia duk panggil panggil nama aku suh aku bgun. Aku kuat kan diri jugak untuk tengok benda tu.
Namun tak dapat sebab susah nak gerak kan badan dan mata rasa berat yang amat sangat. Aku azan je dalam hati dan baca ayat kursi.
Aku pom cuba lagi untuk lihat benda tu tapi dapat lihat sikit je. Kabur kabur gitu. Tapi nmpak lah susuk tubuh orang tua bongkok tak jauh dari tempat aku tido.
Lepastu aku terfikir kalau aku tengok benda tu kompem kompem malam ni tak dapat tido sebab terbayangkn benda tu. So aku putuskan untuk buat tak tahu je. Lantak kau lah nak kacau. Aku pom sambung tido.
Bangun bangun pun sebab terkejut dengar azan Zohor. Tapi tak tahu lah benda tu betul betul terjadi atau mimpi je. Tapi terasa berat sangat badan time tu.
Kredit Penulisan : Saidee Nor Azam