“Pergi panggil mak ayah dia, kutip anaknya”. Mak ayah sedap landing dlm bilik, anak biar kacau org

Foto sekadar hiasan

Hai Assalamuaikum. Ini adalah kisah luahan hati aku dan apa yang aku rasa selama ini semasa bercuti di kampung. Sebenar nya masa aku taip ini pon, aku masih berada di kampung lagi.

Cerita bermula apabila suami ajak pulang ke kampung beliau setelah sekian lama tak pulang. Tidak menjadi masalah aku untuk balik ke kampung beliau sebab aku pon suka balik ke sana.

Dekat kampung suami, ada adik ipar aku dan keluarganya yang dah menetap di situ dalam tiga bulan lepas. Adik ipar aku mempunyai dua orang anak yang berumur empat tahun dan seorang bayi tiga bulan.

Pada mula nya kami sampai semua okey, anak aku memang suka berkawan dengan sepupu dia.

Anak aku berumur dua tahun lebih, memang aktif dan boleh dengar kata terutama kalau orang dewasa bagi arahan walaupun dia tak mampu nak bercakap dengan ayat yang betul.

Tapi lain pula dengan anak adik ipar aku itu (anak saudara suamiku). Apa yang aku nampak, ibubapa dia tak bertegas langsung dengan sikap anak nya. Kesan daripada itu, anak nya jadi kurang adab dan tak dengar kata.

Ada suatu hari, aku suruh anak aku kemas mainan lepas bermain, anak aku pon mula mengemas bila tengok aku kemas barang mainan sebab memang cara aku didik anak aku, dah ambil barang, letak semula.

Bila anak saudara suamiku nampak kitorang kemas, boleh dia punggahkan balik mainan yang kami anak beranak sama sama mengemas tadi.

Fuhh.. dia punya rasa, menyirap macam nak tampar je.. haha. Kalau itu anak aku, memang dah kena habuan dah.

Sebelum itu, masa aku mengemas mainan, ada biras aku tegur (isteri adik ipar aku), tak payah kemas.. nanti dia sepahkan balik.

Dalam hati aku, patut lah pon anaknya tak pernah nak mengemas. Aku tak kisah lah dia budak lagi ke apa tapi sebagai ibubapa kena lah tunjuk dan ajar anak lepas main, tunjuk cara kemas.

Memang banyak hari dah aku nampak, dorang biarkan je mainan tersebut sepah sana sini. Sakit mata tengok, memang lumrah budak akan main dan sepah sepahkan barang tapi ajak kemas lepas bermain.

Anak aku pergi rumah siapa pon, lepas main, dia sendiri yang kutip dan kemas mainan sebelum kami beredar pulang dari rumah tersebut.

Ada satu lagi peristiwa, di mana budak tersebut berdiri atas meja, anak aku pon tunjuk tunjuk suruh turun dari meja (dengan bahasa dia sambil jari tunjuk suruh turun).

Bayangkan anak aku yang lebih muda dari budak tersebut pon tahu sikit sikit pasal adab.

Sepatut nya tengah umur masih budak lagi, kita tunjuk dan terapkan nilai nilai baik walaupun kita tahu budak takkan paham tapi percaya la kalau dia selalu nampak dan perhati, dia akan ikut dengan sendiri nya.

Yang ini paling aku geram sangat. Tengah taip pon bila teringat rasa menyirap je drah. Dah pukul 11 malam, memang time anak aku tidur, nampak dah anak aku mengantuk sangat tapi dia tahan mata sebab nak main juga dengam sepupu dia.

Sepupu dia tidur lambat dan kebetulan ayah nya bagi handphone, lagi lambat lah nak tidur. Ingat lagi, aku dalam bilik nak tidurkan anak aku nombor dua. Tiba tiba pintu bilik di buka dan anak saudara suamiku muncul dan buat bising.

Masa ini, aku geram sangat sebab anak kedua aku baru tidur dan terjaga. Tekanan rasa nya, aku panggil suamiku suruh bawak keluar.

Dua tiga kali jugak budak bertuah masuk bilik tidur kami sebab suamiku sendiri tak boleh nak handle. Aku cakap, pergi panggil mak ayah dia, kutip anaknya yang tak tidur lagi sebab kacau orang lain (at the time, jam menunjukkan pukul 11 lebih).

Jawapan paling tak masuk akal suamiku bagi, adik dia dan isterinya dah tidur dalam bilik.

Ehh… jenis ibubapa lain macam pernah aku jumpa, kau dah sedap landing dalam bilik, boleh biarkan anak kau kacau family orang lain sampai masuk bilik orang which is bagi aku kurang sopan! (even dia budak lagi)

Anak aku pon kalau masuk bilik orang especially kalau orang tengah rehat, memang aku panggil dan tegur tak elok masuk bilik orang.

Even kau tak boleh dah nak lentur anak sebab kedegilan dia, kau boleh fikir kot, dah malam. Apalah salah nya panggil anak masuk bilik.

Takkan kau nak tunggu semua orang berjaga sebab nak layankan anak kau sampai dia tertidur. Anak aku tak sama macam kau, lewat malam tidur main handphone.

Ajar anak speaking high level sekalipun tapi dengan adab tahap paling bawah, baik tak payah tunjuk lah.

Geram betul rasa nya. Memang tunggu masa nak kena dengan aku kalau budak bertuah buat hal, mak bapak kau taknak ambil tindakan, biar aku sendiri yang ajar anak kau macam mana.

Tolong lah mak ayah sekalian, jangan nak guna alasan “alah.. dia budak lagi” dan kau biarkan anak kau jadi makin kurang ajar.

Masih tak terlambat lagi adik ipar aku nak ajar anak dia pasal adab tapi kena struggle dan perlu ada kekerasan sedikit. Aku tak perfect pon didik anak tapi bagi aku penting tunjuk adab yang baik depan anak.

Ada juga anak aku buat perangai tapi aku dan suamiku memang marah depan depan, bukan guna konsep tegur ada fasa fasa. Tiada. Anak buat silap, direct tegur dan daripada itu anak belajar.

Cukup lah bebelan aku setakat ini. Anak aku pon tak sebaik mana, ada juga perangai nya tapi tugas ibubapa kena kawal pergerakan anak semua bukan biarkan sahaja.

Reaksi warganet

Faezah Za –
Ini tak teruk sangat. Setakat sepahkan mainan. Aku paling menyirap mak bapak biarkan anak lari lari dekat restoran kang terbalik mangkuk tomyam kat anak ko, ko jugak meroyan.

Aku memang pelik giler orang yang biar anak main lari lari dkat restoran. Mak bapak sedap mencekik. Alahai…

Shahinaz KN –
Adab memang perlu diajar. Tapi kita kena ingat juga. Upbringing setiap orang tu berbeza. Kalau balik rumah mertua tu beberapa hari je dalam setahun. Hadap dan telan je lah. Berapa hari je dalam setahun yang hari tu rasa terganggu.

Kita sendiri tak tahu dan tak sedar kalaukalau kita ni secara tak sengaja ada sakitkan hati ibu atau bapa mertua, ipar duai waktu di kampung.

Chill okay.

Cik Ros –
Dengan budak pun nak bergaduh. Budak 4 tahun pulak tu. Kalau dh tak tahan.. Kau tegur je la.

“Jangan buat camtu… Nanti acik jentik baru tau!”. Dengan muka serius mata jegil. Warning je. Budak ni kadang kadang dia buat suka hati sebab dia tak faham lagi dan tak ada orang larang sebelum ni.

Aku tak peduli anak sapa pn. Aku tegur je. Tapi tak de la kata kata yang melibatkan mak ayah dia. Kita sendiri warning.

Budak kat pasaraya buang sampah merata rata depan mak bapak dia pun aku tegur. Tapi ayat tu kena berhemah sikit la kalau depan parent dorang.

Naz Nazirah –
Anak aku umur 2y7mo. Perangai macam anak buah confessor ni lah. Mainan takleh kemas, tak faham instructions. Bukannya kami tak didik, tapi anak aku autistic. Memang tak faham simple instructions pun.

Kalau dia nak dengar dia dengar, kalau tak dia buat tak tahu. Gadget kami bagi sebab cara tu je nak bagi dia calm tak mengamuk. Kalau mengamuk orang maki jugak.

Sebelum sedap nak judge mak bapak tak pandai didik anak, kau ambil tahu dulu masalah orang tu. Ramai budak yang ada neuro atau learning dis0rder yang undiagn0sed. Jangan sedap nak kata kau sempurna sebab dapat rezeki anak dengar kata.

Pari Pari –
Betol la tuu., memang kena ajar adab walaupun kecil lagi.

Teringat anak sedara aku sendiri tapi sebelah suami. Umur diorang masa tu dah 8/9 tahun rasanya. Jarang jarang sangat jumpa.

Tapi ada sekali tu diorang datang ziarah rumah aku time raya. Diorang pon main la sama sama dengan anak aku dalam bilik anak aku..

Lepas aku sembang sembang aku pon masok bilik sebab nak solat. Sambil sambil tu aku masok bilik anak anak aku nak tengok diorg buat apa..

Punya la aku terperanjat sebab anak sedara aku tu dengan adik beradik dia (3 orang) sedang main lompat lompat atas tilam anak aku. Tilam tu macam ada spring diorang buat.
Aku pon apa lagi, aku jerkah kan jer.

Anak aku sebaya diorg.. Anak aku cakap, dah diberitau jangan buat camtu tapi diorang tetap gak melompat lompat. Ko rasa??

Tu sebab orang cakap, melentur buluh dari rebung.

Sumber – Acik D (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *