Mertua minta aku izinkan suami nikah lg, jgn tmbh anak. Bila balik, tengok suami xsendukkan nasi. Aku sentap

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum semua. Nak menulis sebab hati ni rasa sebu je. Semuanya sebab semalam. Sakit hati. Benci. Semua ada.

Sedikit background. Suami aku, penyabar, workaholic, dan boleh bagi kerjasama jaga anak. Tukar pampers anak, bagi anak tido, even masa sama-sama WFH, dia boleh lagi meeting sambil tidurkan dua dua anak aku. Yang tak boleh bagi kerjasama, jaga bapak aku.

Bapak aku, duda kematian isteri. Kahwin banyak. Ada 5 isteri semuanya. Ada cerrai hidup dan cerrai mati. Mak aku, bercerrai mati. Tapi sekarang dia keseorangan. Bini yang ramai semua dah tak da lagi.

Aku, cepat melenting. Cepat sejuk jugak. Mulut jahat, time hati panas je. Bila dah ok, semua yang aku cakap time panas tu, aku tak bermaksud macam tu pun.

Tapi sejahat mulut aku, tak adalah carutan. Itu pantang keluarga aku. Walaupun cakap “bdoh”, memang mendapat la lepas tu.

Aku kahwin 2016, dengan officemate aku sendiri. Kahwin sebab dia kata suka aku, and aku nak move on from my previous story. Masa pilih nak move on dengan dia, hampir tak dak keburukan yang aku nampak. Everything was perfect.

Sebab yang paling utama, nampak dia jaga solat. Masuk je waktu, mesti nampak dia dekat surau. Dah kahwin baru aku tau family dia tak suka aku, sebab diaorang dah ada calon lain. Sepupu dia sendiri.

Tapi aku layan elok je diaorang, cuba sayang macam family sendiri. Sampai satu masa, aku tengah pregnantkan anak kedua aku. Masa tu nak raya, aku dengan niat baik ikut la laki aku balik dengan niat nak tolong mak dia masak di samping nak belajar resepi mak dia. Sebab dia suka sangat rendang dan sup mak dia.

Hahaha tapi aku silap besar. Time aku kat dapur tu, mak dia boleh suruh aku izinkan laki aku kahwin lagi. Dan siap cakap lagi kenapa aku mengandung lagi, sebab dia tak suka cucu ramai ramai.

Padahal anak aku yang kedua ni adalah cucu yang kedua dalam family dia. Apa reaksi aku? Aku cuba tahan sampai kerja di dapur siap. Masuk bilik, aku nangis dan ajak laki aku balik, sebab aku tak mampu nak tahan emosi bila nak mengadap muka mak mentua aku lagi.

Start dari kejadian tu, aku dah tak balik lagi ke rumah mentua aku. Sampai la baru baru ni aku balik jugak bila bapak dia sakit. Dan bila dia nak bawak anak anak aku balik jumpa mak dia. Tapi, aku memang dah tak masuk dapur dia, dan memang tak akan tidur lagi dekat rumah dia.

Aku serik. Dan aku bukan macam yang dulu rajin berborak tanya khabar dan tolong apa yang patut. Sekarang aku lagi banyak buat hal sendri. Malas dah nak ambik berat lebih lebih. Jenis aku, kalau orang tak suka, takkan sekali kali aku terhegeh hegeh merayu.

Demi keselamatan mental dan hati aku jugak. Sekarang ni, kalau mak mentua aku cakap benda yang sama, tau tak apa aku nak cakap,

“Ambik la balik anak mak ni. Dah la susah nak sembahyang. Suruh suruh banyak kali pun tak mau sembahyang jugak. Baca quran pun tak pandai. Macam mana nak bimbing saya dan anak anak masuk syurga.

Mak cari la jodoh lain yang sekufu dengan dia. Tapi mak suruh la dia cerraikan saya. Sebab dia tak kan mampu bimbing dua dua bini masuk syurga. Sebab dia sendiri pun ke laut.” Macam jahat kan, tapi puas hati sangat kalau aku dapat cakap macam ni.

Walaupun aku dah tak balik rumah mak bapak dia, aku tetap suruh dia balik jenguk mak bapak dia. Tapi kalau dia sendiri yang tak nak, macam mana lagi aku nak suruh?. Aku ke yang jahat. Adik dia siap panggil aku, “babi”. Weh apa salah aku??

Sedangkan kalau mak bapak dia susah, adik adik aku yang datang hulurkan bantuan. Nak harap anak anak jantan dia yang lain, hmm harapan je la weh…

Aku siap baca lagi mesej dia dengan siblings dia, mak dia cakap aku guna gunakan laki aku. Simpang malaikat 44. Tak pernah ada niat nak main benda benda syirik.

Kalau family dia tak tau la kan. Sebab masa anak sulung aku lahir, siap bagi tangkal apa tah nak bagi anak pakai. Konon nak halau setan lah. Aku terus terang cakap kat laki aku, aku tak percaya benda benda ni dan aku buang benda tu.

Nasib baik laki aku tak paksa. Tu belum kira lagi uri anak sulung aku diaorang tanam dalam baldi, letak buku pensel, apa lagi. Bila aku tau aku memang marah sangat. Dan memang aku cakap aku tak redha keluarga dia uruskan uri anak sulung aku macam tu.

Anak kedua, aku warning siap siap laki aku, dia yang kena uruskan sendiri uri tu. Tanam la depan rumah sendiri walaupun tanah tu sekangkang kera cuma.

Sanggup ke aku bercerrai? Ntahla , perkahwinan kami dah tak ada sparks. Selalu rasa benci kat suami aku sendiri. Rasa tak bahagia even dia dah provide enough for the family.

Dia selalu cakap aku ni boring. Tak pasti dia main main atau betul betul maksudkan. Tapi benda tu aku simpan dalam otak aku, dan mungkin jadi trigger yang membuatkan aku tawar hati dengan dia.

Bila aku cakap boring dengan dia, the exact way dia cakap kat aku, boleh pulak dia terasa hati. Mungkin banyak lagi perempuan lain nak duduk tempat aku sekarang, suami yang penyabar, boleh tolong jaga anak anak, and kadang kala rasa sampai tak ada apa yang kurang.

Yang kurang nya bab solat, mengaji dan jaga orang tua aku. Sedia maklum bapak aku duda. Dan kami, anak anak dia bergilir gilir jaga abah aku. Bila sampai turn aku, mesti kitorang akan gaduh sampai aku rasa cerrai lebih baik untuk kitorang.

Kemuncaknya semalam lah, dia biarkan satu hari bapak aku tak makan. Sebelum pergi kerja, aku cuma mintak dia sendukkan nasi je untuk abah aku.

Lauk tengahari, minuman bapak aku semua aku dah hidangkan. Aku cuma mintak sendukkan nasi je. (Dia WFH). Kalau sendukkan awal awal, mesti la sejuk nasi nya kan?

Bila aku balik, aku tengok sisa ayam diratah. Tapi pinggan nasi yang aku letak bersih tak bersentuh pun. Tau la aku bapak aku tak makan. Memang aku panas hati, susah sangat ke nak sendukkan nasi?

Kalau ye pun ko tak suka aku jaga bapak aku, tak payah la ko biar dia kebuluran.

End up aku cakap, nanti bila sampai giliran mak bapak dia sakit, aku akan pastikan buat yang sama yang dia buat kat bapak aku.

Tapi hari ni bila hati aku dah sejuk, aku tau aku tak sampai hati pun nak buat macam tu. Cuma satu je, aku ni betul betul rasa nak berpisah. Sebab buat apa lagi nak bersama kalau dah tak sayang antara satu sama lain kan?

Dah tak capai objektif sesuatu perkahwinan. Mungkin aku lagi bahagia bila sorang sorang and dapat bahagiakan anak anak aku. Walaupun mulut aku kata nak berpisah, tapi hati aku sakit. Rasa macam tercekik. Kenapa eh, sebab aku ego ke? Aku sedih, sedih sangat sangat…

Btw, anak anak aku memang tak suka dengan family mentua aku. Sampai suami aku pernah tanya apa yang aku cakap kat anak sampai anak anak pun tak suka mak bapak dia. Sungguh, sekali pun aku tak pernah hasut anak anak aku untuk benci mak bapak dia.

Kalau pergi rumah mak bapak dia, aku siap suruh anak anak aku main dengan mak bapak dia. Tapi diaorang sendiri tak nak. Walaupun jumpak mak bapak dia lagi kerap dari jumpa abah aku.

Aku rasa mungkin budak budak ni sendiri boleh rasa nenek dia tak suka mak diaorang. Sebab tu diaorang tak rasa attach dengan nenek diaorang.

Lain pulak dengan bapak aku. Walaupun jarang jumpa, setiap kali jumpa, diaorang suka nak main dengan tokwan. Walaupun tok wan pun dah taka da kudrat nak melayan.

Now, aku dah rasa ok sikit. Terima kasih bagi aku peluang untuk meluah. Aku tak kisah orang kecam. Tapi aku harap sangat dalam kecaman, ada ayat ayat yang mampu ceriakan hari aku yang suram. Aku bukan nak buka aib. Aku Cuma ingin ringankan bebanan hati yang aku tanggung.

Luahan ni macam salah page kan. Sepatutnya post dekat KRT, tapi aku post kat sini sebab aku harapkan positive vibes dari orang orang yang matang. Bukan semata nak jadi bahan untuk makcik2 makcik membawang. Kisah ni sebelah pihak, mungkin berat sebelah.

Macam mana kalian nak adili, terserah. Andai kata jodoh kami masih panjang, tolong doakan laki aku redha bila aku jaga abah aku. Bukan lama lagi masa yang ada untuk aku berbakti. Sebab aku nak sangat jadi the best daughter, the best wife to him, and the best mom to my kids.

Sekian…

Reaksi Warganet

Rinn Hanis –
Allahu terkesannya bila baca. Sejahat mana pun orang tua kita dulu, jangan la dera bagi kebulur, tak makan. Kesian nya, itula nasib rumah tangga ni, selagi tak kahwin dan duduk dalam situasi tu, selagi tu tak tahu kisah rumah tangga kita macam mana.

Puan diuji sebegitu, saya pun tak ada nasihat melainkan puan fikirlah dan cari solusi terbaik. Moga yang baik baik saja.

Fydd Arsyat –
Sabarlah… bila dunia mentua tu terbalik, dah tak berdaya, barulah dia akan pandang kau sebagai menantu. Masa tu calon yg dia sibuk kejar, mesti lari lintang pukang selamatkan diri…

Tapi nak tunggu terbalik tu, entah bila kan. Jadi banyakkan sabar. Bertahan selagi mampu. Selagi suami kau berperanan sebagai suami. Setakat ayat ayat khianat dari mentua tu, masuk telinga kiri keluar telinga kanan… solat dia, mengaji dia, itu antara dia dgn tuhan..

Ko ingatkan je, tapi beringat jangan sampi jadi tuhan nak jatuhkan hukum. Tentang dia tak sendukkan bapak ko nasi tu, tu cuma ikhsan dari dia, tanggungjwb jaga bapak tu tetap jatuh kat ko.

Sepertimana ko pun dah malas nak tolong tolong mak dia, bergaul dengan mak dia, jadi jangan expect bapak ko dapat layanan yang berbeza. Mak bapak kita, kita je layan. Jangan harapkan pasangan. Pegang yang tu, hati kau akan lagi tenang..

Nur Mustikarahman –
Kuat kan je la amalan kau tu. Pelindung diri dan anak anak. Dah mak mertua kau menyampah dengan kau mesti lah dia tak suka anak kau.

Sebab tu dia cakap kenapa mengandung lagi tu. Saje je cakap macam tu, nnti bila kau mengandung satu je dia suruh la anak dia Kahwin lain sebab alasan nak cucu ramai. Pandai putar orang tua ni.

Hati hati tau dengan manusia macam ni, pandang dia dengan mata hati. Licik, berbisa manusia macam ni. Banyak kan berhati hati dan melindungi diri ya. Tak payah la bercerrai, pergi bercuti. Slow talk. Pasal ayah tu, kalau you kerja ada duit sikit panggil upah orang.. Benda boleh selesai kan jangan bawak gaduh.

Mawar Putih –
Puan tiap rumahtangga ada kelemahannya tersendiri. Puan berkeras taknak balik rumah mertua. Somi berkeras taknak jaga ayah puan. Pusing mana sama jer, punca hati sakit.

Dah sekian lama jika sayang rumahtangga bincang lagi hati ke hati. Somi puan tak jahat pun. Ibadah dia urusan dengan Allah. Puan fokus nak selesaikn benda yang paling beban sampi rasa tawar hati dekat somi dn rumahtangga. Masih ada jalan penyelesaian… Moga bahagia.

Sumber – Anne (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *