Loan kahwin 60k, renovate rumah sampai 150k. Hp dan kereta, nak mewah. Akhirnya, tak tertanggung

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Moga para pembaca sekalian sihat walafiat dan dimurahkan rezeki.

Bismillah, Nama saya Nur Atikah berumur 35 tahun sudah berkahwin dan ada anak 2 orang. Boleh panggil Nur je. Saya berasal daripada Utara dan dibesarkan dalam keluarga yang serba sederhana.

Tamat pengajian dalam bidang Ekonomi dan perniagaan di salah sebuah IPTA dan sekarang bekerja sebagai seorang pegawai Bank.

Bekerjaya hampir 10 tahun dan income Alhamdullilah sangat memuaskan. Namun Nur memilih hidup bersederhana sahaja. Santai santai dan banyakkan simpanan dan perlaburan.

Pelbagai ragam customer dan sedikit sebanyak dengan pengalaman dan pengetahuan dalam bidang kewangan Nur lebih berhati-hati dalam uruskan kewangan.

Nur seorang yang pemerhati, dan dekat sini Nur nak berkongsi bukan berniat untuk menunding jari atau merendahkan sesiapa.. Allahu.. Jauh sekali. Tetapi Nur nak share kesedaran kepada pembaca yang disayangi sekalian.

Okay dekat sini, apa yang Nur perhatikan baik perpektif terhadap customer dan kawan kawan, kebanyakan nya berpunca Lavish Lifetyle.

No 1 : Contoh, Loan kereta. Jika kita bergaji RM3000. Kita rasa kita layak nak beli kereta import seperti Honda atau Toyota dimana bulanan nya sekitar RM900-1500.

Memang layak untuk Loan kereta lulus namun adakah kita berfikir panjang… Bagaimana dengan maintainace nya?

Insurance nya? Hutang ini kita kena menghadap selama 9 tahun. Tidak kah itu membebankan???? Bagaimana kita nak menyimpan?

Sebaiknya kereta tidak menglebihi 20% daripada gaji bersih. Tidak berdosa pun pakai kereta tempatan yang mampu milik… sekurang kurang setiap bulan kita mampu menyimpan.

No 2 : Kesalahan bina hutang jahat untuk sesuatu luar kemampuan. Ada juga case yang saya jumpa pasangan muda masing masing berhutang personal loan RM30,000 untuk Majlis kenduri kawin.

Maaf lah saya nak tegur, berbaloi ke nak hutang RM60K untuk majlis sehari??? Adakah hari esok kita tiada pembelanjaan harian?

Jika yang betul betul berkempuan tak salah nak buat kenduri besar besaran. Namun jika ia luar daripada kemampuan, apa salahnya kita bersederhana.

Tanda kita perlu berhutang pun dah menujukkan kita kurang bekemampuan… ia tindakan kurang bijak bagi saya.

P/s : Banyak kes bercerrai sekarang salah satu kerana masalah kewangan, maka beringatlah adik adik.

No 3 : Tak Tahan mata depan rumah jiran buat construction tambah sana sini cantikkan dalaman rumah. Kita pun sanggup lah nak buat personal loan atau Remortgage untuk tambah hutang renovate rumah.

Ada satu case saya kesian dengan customer ni, 2 tahun lepas die Remortgage rumah nya (Tambahkan hutang untuk renovate), dan tak lama kemudian beberapa bulan suami nya kehilangan pekerjaan.

Oleh kerana tidak mampu menampung hutang mereka terpaksa menjual rumah, dan cost renovation bernilai RM150K..

Burn macam tu sahaja. Jualan tidak dapat cover total cost dan ada lebihan baki loan yang mereka perlu tanggung bersama cost renovation tu.

Oleh kerana mereka ada masalah kewangan, saya nasihatkan berbincang dengan AKPK. Untuk elak Muflis.

Sebaiknya focus macamana nak kurang kan hutang, kerana kita tak tahu tahap ekonomi kita macam mana akan datang.

No 4 : Gaji biasa biasa tapi lagak mewah sanggup berhutang demi IPhone 12 (contoh). Pakai tak sampai 2 tahun, lepastu tukar lain tambah hutang lagi. Suka betul berhutang naa…. Bila tiada saving, asyik salahkan orang lain.

Banyak customer yang Nur jumpa, pakai phone Anroid biasa ja… Takdelah sampai RM5-6K ke atas. Tapi simpanan dalam account beratus ribu… Very humble dan rileks sahaja orang nya.

Tapi kalau awak betul betul mampu tak salah pun… beli lah. Tapi kalau gaji tidak tinggi.. kita pakai phone biasa biasa je tapi yang elok.

No 5 : Takaful. Okay sekarang Nur tengok dah ramai ada kesedaran. Bagus teruskan.. sebab cuba kita tengok paper atau media social. Kaum kita yang asyik berminta minta dan meraih simpati bila berlaku musibah.

Kalau yang betul betul susah nak ambek Insurance murah murah pun takda duit, takpa orang macamni wajib kita bantu.

Tetapi kalau gaji menglebihi RM2000 Takaful RM70-100 tak mampu (Tapi pakai IPhone hutang2 RM200), memang Nur simpati kerana belum ada kesedaran.

Kaum cina tak banyak berminta minta kerana mereka tahu kebaikan Insurance. Mereka sendiri yang cari agent…

Customer Nur yang kaya raya pun ada takaful sebab mereka tidak mahu simpanan mereka licin sekelip mata. Ini kan kita yang biasa biasa.

Nur tak promote Takaful, tetapi Nur sarankan kena ada takaful walaupun murah. Percayalah kalau kita susah, saudara kita akan menjauhkan diri…

Time tu nak pinjam sana sini… tak malu ka? Ambek yang mampu je.. Tak payah ambek plan mahai mahai. Kalau mampu baru hangpa ambil yang bagus bagus.

N0 6 : Simpanan kecemasan, haaaaa bab ni memang ramai yang fail. Tetapi dengan setuasi cvid ni.. Nur paham lah.. memang mencabar.

Okay ni Nur nak bercerita sebelum C0vid …

Sekurang kurang nya kena ada simpanan 6 bulan gaji. Kena tutup mata menyimpan. Asingkan siap siap simpanan tu selepas dapat gaji. Kalau ada side income pun sama. Masuk dalam tabung simpanan.

Haaa simpan lah dekat ASB ke, Tabung Haji ke, Fix deposit ke mana mana yang low risk. Beli emas pon boleh juga… Tapi kalau harga emas jatuh naya…… untuk long term takpa.

P/s : Jika pendapatan bawah kemiskinan bandar, kena rajin cari side income tambah pendapatan untuk wujudkan tabung simpanan kecemasan.

Melainkan kita dah abes usaha tetapi tak dak juga sebab sebab tertentu… Itu bukan rezeki, jangan mengalah In sya Allah ada lah rezeki tu nanti. Rezeki orang tak sama.

No 7 : Okay ni selalu sangat Nur jumpa, jeng jeng jeng…. Kepada wanita bekerja Gov berhati hatilah.

Banyak kes Iniaya oleh suami atau bekas suami mengunakan nama isteri untuk loan rumah, kereta, atau peribadi. Kalau suami baik baik yang bertanggung jawap tu takpa..

Ni banyak kes, hutang untuk bekas suami.. tapi nama isteri, bekas suami buat buat lupa… nak bayar. Kesian isteri kena bayar hutang tolak sana sini… Tinggal berapa je. Ni yang kadang gaji RM4-7K.. Loan rumah tak lulus sebab hutang jahat dibuat untuk orang lain.

Okay banyak lagi point Nur nak berkongsi, tapi macam malas nak Menaip, hahahaha.

Kesimpulannya kita hidup ja cara bersederhana dan ikut kemampuan. Jangan mudah terpengaruh dengan Lavish atau fake lifestyle social media.

Banyakkan simpanan dan focus kepada asset, bukan hutang ya… Tudung Itik tu, sesekali oklah.. kalau tiap minggu shopping.. mana tak kering duit gaji oiiii.

Ukur baju pada badan sendiri, oh ya yang dapat keluarkan KWSP tu jangan terpengaruh dengan Scammer ya.

Konon nak bagi pulangan 200% la, Forex la.. apa la… Jangan. Melainkan kalau anda ni kaya tak kesah duit hangus begitu sahaja… itu pilihan anda sendiri.

Baik lah, Nur mohon maaf jika penulisan Nur menguris hati pembaca dan jika ia bermafaat, Alhamdullilah.

Jika ia mengundang rasa kurang senang… Again, Niat Nur baik. Pesan Nur hidup lah bersederhana ikot kemampuan.. kalau hangpa memang kaya. Ikotlah duit hangpa kan… hehehehe.

Bagi yang berkemampuan, jangan lupa berzakat dan bersedekah berkongsi rezeki bagi yang memerlukan dengan seikhlas hati.

Reaksi Warganet

Yous Yusnita –
Yang kwen loan tu aku tertarik. Sebab aku selalu tengok iklan post cari bilik sewa untuk laki bini. Dah kwen tapi cari bilik je.

Bila tengok FB dia, tengok gambar kawen, mana mana album kawen yang public..perh!! dia punya majlis kwen…pelamin mak aii.. Memang kaw kawa la. Memang macam orang hado hado.

Dekat kampung kawen bukan main bridemaid bagai. Majlis dekat dewan, katering. Last last abis kwen, blik bandar sewa bilik je baiii.. huhu

Cik Nad Hussin –
Tak salah beli Honda Civic, yang salah gaji baru RM3,000 dah gatal pakai civic.

Tak salah nak melancong ke Eropah, yang salah pegi melancong tapi hutang kawan tak bayar lagi.

Tak salah pakai iPhone X, yang salah harga iphone 2 kali ganda gaji.

Ingat guys, berbelanja ikut kemampuan. Tak perlu berkereta mewah diusia muda, tak perlu fancy life kalau benda tersebut menjadikan kita poket kosong dihujung bulan.

Hazirah Hj Hamzah –
Sebagai seorang ejen hartanah, saya juga jumpa client seperti dalam confession ni. Kadang kadang saya sendiri fikir macam mana diaorang nak survive selepas tolak semua hutang, gaji tinggal tak sampai 500.

Esspecially goverment servant. Banyakkkkkkk sangat personal loan sampaikan nak beli rumah pun tak lepas loan walaupun gaji pokok besar. Itupun nak markup lagi sebab nak dapatkan cash back tutup hutang lama. Tutup hutang dengan gali hutang baru.

Bunga –
Aku gaji 1300 je. Tapi kawan kawan yang gaji 3k keatas selalu je pinjm duit aku. Tataw nak cakap apooo. Sik baik reti bayo. Ada lah yang tak bayo siap beli flower coklat bagai dekat bini dia. Lifestyle mewah nak mampos. Bila kutip hutang macam hanat .

Dah lah biar orang cakap aku ni jahat tak de kawan lagi bagus sebab family aku susah susah mana pon xde hutang. Aku sendiri pon berhutang pon PTPTN je.

Duit gaji simpan. Kene rajin menyimpan supaya kaya. Beli gold bar yang 1grm yang di iktiraf bukan emas on9. Buat simpanan emergency .

Selalu orang macam ni suke acah acah positive dekat FB. Padahal nahhh, biar papa asal bergayaaa giteww.

Zanariyah BT Omar –
Rasanya dekat tempat kerja, kereta Avanza saya yang berusia 12 tahun paling lamaaa.. Sudah berkurap bumbungnya. Sabarlah tahun depan kita akan make over awak bagi cantik yer..

Walaupun dah lama.. Tak menyusahkan pun.. Bebas hutang. Mantanance dalam 2 ribu setahun. Lebih kurang. Tak perduli apa orang kata. Yg penting anak saya di IPTA tidak berhutang PTPTN..

Yg lain sangat sederhana. Ikan kembung paling kami suka. Makan dekat kedai yang biasa. Maklumlah dok Kedah. Murah berbelanja. Nasihat saya kalau boleh keluar dari kawasan yang kosnya tinggi hijrah..

Sumber – Nur Atikah (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *