Pelik, bila toleh ada penumpang di kerusi blkg. Aku tenung, dia tiba2 pandang. Meremang lihat mukanya

Foto sekadar hiasan.

Penumpang Misteri

Assalamualaikum sahabat. Saya baru first time share dalam ni. Ini adalah salah satu pengalaman misteri yang saya sendiri alami sewaktu saya mahu pulang dari Perak ke Shah Alam, Selangor.

Masa kejadian, saya pulang bersendirian tanpa ditemani sesiapa dan waktu tu kalau tak silap bas yang saya naik adalah trip terakhir ke tempat yang saya nak pergi.

Kebetulan nombor tiket agak kebelakang dan di sebelah seat yg saya duduk tiada penumpang lain. Kebanyakkan penumpang banyak dibahagian hadapan. Mungkin di sebabkan bas ni adalah bas yang terakhir, jadi bilangan penumpang tak ramai sangat malam tu.

Saya pun tak kisah sangat, janji saya dapat balik malam tu jugak. Oleh kerana seat sebelah saya tiada orang, jadi saya letaklah beg saya di situ dan biasanya bila berjalan jauh, saya jarang tidur kecuali betul betul dah penat sangat sangat, baru terlelap.

Masa dalam bas tu saya lihat di sebelah bahagian kiri saya ada satu pasangan yang agak berumur manakala di seat yang belakang sekali, memang tiada sesiapa pun. So saya rasa agak selamat sebabnya di sebelah kiri saya ada penumpang lain.

Saya secara jujurnya memang tak suka sangat duk belah belakang ni sebabnya rasa tidak selesa dan takut tapi saya kuatkan semangat buat tak tahu je.

Tak lama lepas tu bas mulai bergerak. Dalam bas waktu tu kalau tak silap agak gelap, sebabnya tak banyak lampu yang dibuka. Jadi kebanyakkan penumpang saya lihat banyak yang tidur disebabkan perjalanan masa tu dah lewat malam.

Masa awal perjalanan tu tiada apa apa yang pelik berlaku sehinggalah bila bas dah mula keluar dan memasuki lebuhraya ada sesuatu yang pelik berlaku di dalam bas tersebut.

Semuanya bermula saat saya nak ambil barang di bag saya. Masa tu saya perasan ada seorang penumpang perempuan duduk di tempat duduk belakang bas. Setahu saya, memang tiada sesiapa duduk di situ.

Kiranya belah kanan, saya adalah bahagian last penumpang dan belah kiri adalah pasangan pakcik dan makcik tadi. Belah belakang memang tiada penumpang lain.

Saya cuba pandang penumpang perempuan tu. Saya lihat dia berseorangan. Mukanya saya tak nampak dengan jelas sebabnya suasana time tu gelap dan dia pulak kalau tak silap hanya tunduk sahaja.

Masa tu terfikir juga dalam hati, tak takut ke dia duduk seorang diri kat belakang tu. Niat di hati nak jugak saya pelawa dia duduk sebelah saya tapi perasaan waktu tu rasa agak berat tak tahu kenapa.

Sy pun abaikan perasaan tu dan buat tak tahu je lah. Tiba tiba, gerak hati saya seolah olah rasa nak lihat lagi penumpang perempuan tu. Saya pun tak tahu kenapa seolah olah macam ada sesuatu yang menyuruh saya pandang kebelakang.

Dan kali ni bila saya lihat je kebelakang, tak semena mena perempuan tu memalingkan mukanya ke arah saya. Kami bertentangan mata.

Tindakan perempuan tu membuatkan saya rasa betul betul terkejut. Bila saya lihat wajah dan senyuman perempuan tu perasaan saya tiba tiba je rasa semacam. Meremang juga rasa time tu. Cepat cepat saya alihkan pandangan saya.

Entah kenapa saya jadi takut bila melihat muka perempuan tu. Saya pun tak tahu mengapa. Nak kata perempuan tu nampak pelik bagi saya tiada apa yang pelik.

Sebabnya pakaiannya sama je dengan orang lain cuma pandangan dan senyuman perempuan tu buat saya rasa lain macam dan menakutkan bagi saya.

Lepas perempuan tu memandang saya tadi, dah tak berani saya nak lihat lagi hinggalah bas kami berhenti di perhentian bas. Masa tu lampu bas dipasang semuanya, jadi suasana dalam bas memang terang. Kesemua penumpang bangun dan mahu keluar.

Oleh sebab saya adalah barisan yang belakang jadi kenalah utamakan penumpang di barisan hadapan dahulu.

Masa tu saya beranikan diri menoleh kebelakang dan saya sangat terkejut sebabnya saya lihat tiada pun kelihatan penumpang perempuan tu tadi. Rasanya bas tak berhenti di mana mana dan tiada sesiapa pun saya lihat yang turun. Jadi dimana perempuan tu ?

Waktu tu saya dah rasa takut sangat.Yelah dahlah saya yang last keluar dan pulak tu di belakang sekali. Allah.. tuhan je yang tahu perasaan saya masa tu. Rasa nk cepat je lari turun.

Bila tiba time saya cepat cepat saya berjalan. Mungkin melihat saya nampak pucat dan ketakutan, abang pemandu bas tu menegur saya dan bertanya kenapa saya nampak ketakutan.

Mulanya saya taknakk cerita tapi bila saya tengok bersungguh dia bertanya saya pun ceritalah apa yang terjadi tadi.

Bila dengar cerita saya, abang bas tu bagitahu bukan saya saja yang pernah terkena, ramai dah yang di ganggu. Malahan dia sendiri pun pernah diganggu penumpang perempuan misteri tu.

Bila mendengar cerita tu saya dah jadi fobia nak naik bas lebih lebih lagi kalau melibatkan perjalanan lewat malam.

Tulah pengalaman misteri saya. Nanti ada kesempatan saya kongsi lagi pengalaman saya.

Reaksi Warganet

Afiqah Abu Bakar –
Seram memang seram. Tapi alhamdulillah 3 tahun ulang alik jb-kl, kl-jb tak pernah lagi terserempak. Dan Tak penah terfikir pon benda benda seram ni ada dalam bas. Kadang bas pukul 2 3 pagi dari KL balik JB. Sebab Naik bas memang tidooo je, haha.

Sufea Salfianis –
Pernah kena tapi bukan dalam bas. Perjalanan kl-kb masa Tu bas Baru bergerak Dari tempat persinggahan ternampak susuk tubuh pakaian berwarna putih luar bas.

Ingat perasaan saya sekali dengar driver bass bersuara, “alaaa keluar pulak dah main dekat tepi jalan”. sumpah weh nampak real macam dalam TV. Nasib benda Tu tak ikut sekali..

Azie Que –

Mak saya pun pernah kena. Dia duduk seat depan. Yela warga emas senang nak turun. Tiba tiba dia terbau wangi seakan bunga melur. Dia pun pandang pandang penumpang lain kot kot ada yang pakai perfume. Tapi semua penumpang tengah sedap tido.

Malas nak layan bau, dia pun pandang keluar tingkap. Tak semena mena mata tertancap dekat satu susuk tubuh cik ponti dekat atas pokok kelapa sawit. Ahh sudah, automatik bau wangi jadi busuk sangat..

Ira Sams –
Bile dengar cerite macam tu rase seram pulak nak naik bas lagi. Sebab dalam bas dulu pernah sekali kena tindih mase saya tidur. Huhu.. Tapi masa tu bas nak pergi JB..

Bile ramai ramai kite tak terfikir rase seram bagai. Mase saya kena tindih tu hari baru nak subuh. Bile da rase tertindih usaha jugak nak bangun. Bile da bangun saya tunggu lepas subuh baru tido.

Kebetulan dalam bas tu ada saya, driver dengan driver ke dua je. Kira kami bertiga je dalam bas, saya di belakang sekali. Dah la penat tak ckup tido. Saya tak fikir takut, saya marah marah jugak la kenapa kacau saya tido. Termaki jugak la hantu tu kejap.. Adeh berani pulak mse tu. Haha

Sumber : Sofea Ibrahim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *