Foto sekadar hiasan
Hi semua. Aku Bunga, berumur akhir 30 an, seorang suri rumah tangga sepenuh masa, tiada pendapatan dan tiada perniagaan online. Hanya menanti KWSP.
Aku sudah berkahwin hampir 5 tahun, sepanjang 5 tahun, Alhamdulillah semua cukup, makan dan pakai. Suami rajin bekerja 24/7. Oh lupa, kami ada anak lelaki seorang.
Berbalik pada tajuk, suami suka mencarut, dia suka mencarut kat aku. Kalau dia marah mesti si4l b4bi anjing cel4ka perempuan tak kenang budi.
Kadang kadang hal kecil pun boleh menyebabkan dia mencarut. Yang peliknya dengan aku saja, orang lain tak. serius.
Kalau dia berkumpul dengan adik adik abang dan kakak, kalau dorang gurau kasar macam mana pun. Paling jahat babi saja aku dengar, sambil gelak. Tapi kalau aku, sikit saja aku merajuk,
Contoh: “dah lah, takde selera la, abang habiskan lah makanan ni”
Berdesup, “eh b4bi si4l la kau ni”
Sedih, sedih sangat….
Dia sebelum aku kahwin dia cuma kawan biasa. Karakter dia sangat sangat la baik, pijak semut tak mati. Sampai aku pun setuju bila dia ajak kahwin walaupun kami cuma kawan saja sebelum tu.
Aku nak kahwin dengan dia sebab aku rasa dia dengan mak ayah dia sangat la baik tapi lepas saja aku kahwin semua lain. Sangat lain.
Awal aku kahwin, 3 bulan pertama, aku dah kena tumbuk bertalu talu dimuka. Tu belum majlis belah lelaki lagi tau. Sebab jarak majlis lelaki dengan perempuan kita buat 3 bulan kemudian.
Lepas tu dia pernah cekik aku sebab aku tengok hp dia. Memang tak ada perempuan lain tapi dia rasa aku tak percaya dia sebab aku check hp dia. Dan dia sangat sangat marah dan pukul dan cekik aku.
Masa aku pregnant dia pernah cubit aku di hospital sebab aku tak boleh beranak normal, bukan cubit semut tau, cubit sekuat hati dia. Cubit sorok sebab depan kami ada orang, sampai aku menjerit sakit baru dia lepas.
Masa tu dia tak follow aku masuk bilik pakar O&G. Aku masuk sorang sorang, dia duduk luar. Doktor explain dia tak nak dengar.
Masa aku masuk bilik doktor, doktor dah cuba pusing kedudukan baby, tapi sakit. Sebab kedudukan uri depan kepala baby, kalau paksa boleh jadi bleeding.
Itu yang doktor explain. So aku follow saja dengan saranan doktor untuk pilih tarikh bersalin minggu ke 38. Dia suami aku kata aku mengada ngada tak bersalin normal.
Sekarang episod pukul dah hampir tiada sebab aku da ugut kalau sekali lagi dia pukul, aku akan report polis dan emailkan semua bukti aku kena pukul kat ofis tempat kerja dia supaya dia malu. Sebab kawan kawan ofis dia 3-4 orang kawan kawan sekolah kami.
Bila tiada episod pukul, episod carutan masih ada. Terkadang aku sedih betul la, macam tak berguna bila dipanggil perempuan si4l, baik kau mati cepat, eh b4bi, bla bla bla.
Bukan aku kata aku ni betul sangat, cuma dia akan marah benda yang tak logik, macam aku bergurau main mati lampu,
Ye lah kan kerja 24/7 kadang saja saja nak bergurau, mati hidup balik dalam sesaat macam tu lampu tu mati, dia punya makian melampau lampau. Lepas tu aku da malas nak bergurau.
Tapi dengan orang lain pijak semut pun tak mati. Siap gelak gelak lagi, gurau la kasar macam mana pun. Dengan orang pengecut, dengan isteri sendiri terlepas semua setan setan dalam diri.
Bukan aku tak nak bercerrai, dia ugut akan ambil anak aku dari aku kalau bercerrai, lagipun dia tahu keluarga aku macam mana, berantakan, anak yatim lagi tak berduit.
Dia rasa dia ada kuasa, duit dan mampu, aku pula suri rumahsaja yang poket kosong keluarga porak peranda.
Kalau nak kecam boleh tapi sikit sikit saja la ye, sebab dah la aku ni asyik kena maki dengan suami.
Aku menulis untuk keluarkan rasa yang aku pendam sendiri. Nak share dengan siapa pun aku tak tahu kadang aku menangis saja sebab itu saja yang aku boleh buat, cuma hari ni aku nak luah versi tulisan.
Sekian…
Reaksi Warganet
Ann Nida –
Dia rasa awak lemah sebab tadah je apa yang dia buat. Dia rasa awak tak kan kemana sebab dia tau awak tak kerja dab takde sesiapa.
Pusing pusing pun dia yakin awak tetap jadi hamba dera fizikal dan mental dari dia. Dia tak hormat dan jaga perasaan awak langsung sebagai isteri dan manusia…
Wake up girl! You need to do something. Anak baru 1, please hurry up! Selamat kan diri awak… and for sure untuk anak awak.
Izzul Aiman –
Panggilan buruk kepada isteri, adalah salah satu penderaan mental. Jangan dibiasakan diri untuk dimaki dan dikeji dengan panggilan buruk. Kita semua ada maruah diri.
Allah swt juga melarang hambaNya yang mengucapkan ucapan yang buruk kepada orang lain.
Azwa Ghazali –
Kalau wanita tak bekerja sekalipun, tak akan menjejaskan kelayakan dia sebagai penjaga. Berhentilah memomokkan kalau wanita tidak bekerja, tiada pendapatan. Bila dia bercerrai, tidak akan dapat anak.
Nafkah anak tetap menjadi kewajipan ayah. Bukan bawah tanggungjawab ibu. Kalau ayahnya fight di Mahkamah pun, jika anak masih kecil memang keutamaan pada ibu melainkanlah jika ibu itu sendiri yang tidak layak.
Bertahan demi anak adalah ayat yang tidak relevant sekarang ini, jika kita sentiasa menjadi mngsa mentally and physically abused.
Sudah masanya puan hargai, kasihani, hormati diri sendiri, kerena puan milik mutlak Allah swt, bukannya milik suami puan. Cari dan kumpul semua kekuatan untuk move on dan mulakan hidup baru dengan persikitaran yang lebih positive. Semoga Allah permudahkan segala urusan Puan.
Irama Ibrahim –
Cari kerja dulu. Jangan tambah anak lagi. Makan pil perancang tu.
Next, sila buat aduan di pejabat agama untuk kaunseling. Kalau dia pergi…Alhamdulillah tapi selalunya lelaki ni ego dia??? So please expect dia takkan pergi kaunseling.
Jangan takut dengan ugutan dia lagi. Awak siapkan semua bukti report pulis report doktor tu. Cari sedara atau kawan yang boleh dipercayai.
Kalau dia boleh buat gila, awak buat buat gila berkali ganda dari dia! Bagitau kawan opis tu suruh pantau. Jangan dok baik sangat sampai dia pijak pijak kepala awak!
Lepas tu, kalau nak tuntut fasakh ke, silakan. Cuma fasakh ni ambil masa le sikit. Boleh makan bertahun. Bukti kena ada. Mungkin pasang lawyer jugak – biro guaman ada. Jangan risau!
Sekarang ni, sila kuatkan mental dan fizikal awak dulu. Jangan biarkan awak dibuli. Awak sebagai isteri ada hak hak awak. Sila study ya
Sumber – BUNGA MEKAR DI TASIK MADU (Bukan nama sebenar) via IIUMC