2 minggu lps ayah meninggal, tiba2 muncul bau wangi dlm tandas. Aku tak bau, tp percaya

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum, aku Lana telah berkahwin hampir 6 tahun dan mempunyai seorang anak perempuan. Aku dan suami tinggal di Kuala Lumpur dan keluarga mertuaku di selatan tanah air. Hari ini 21 December 2020 genap 17 hari perginya aruwah ayah mertuaku.

Sedih, memang sedih tak terkata kerana perginya dengan sekelip mata. Perginya pada hari Jumaat, penghulu segala hari.

Sedikit latar belakang keluarga mertua, suamiku merupakan anak sulung dan mempunyai seorang adik perempuan yang telah berkahwin dan seorang adik lelaki bujang yang bekerja di Singapore.

Ayah dan mama tinggal berdua di kampung. Setiap hujung minggu adik iparku yang perempuan akan datang ziarah ayah dan mama kerana mereka tinggal dalam satu negeri.

Ada masa ayah dan mama akan kerumah mereka untuk ziarah cucu mereka. Aku dan suami pula setiap bulan akan pulang ke kampung untuk ziarah mereka tapi disebabkan PKPP ini kami telah beberapa bulan tidak berjumpa dan hanya bervideo call sahaja untuk melepaskan rindu.

Suami ada kata, tamatnye PKPP kami akan terus balik kampung kerana semua masing masing dah rindu sebab dah lama tak berjumpa terutamanya anak perempuanku yang berusia 4 tahun rindu nenek dan atoknya. Semuanya baik baik sahaja sehinggalah pada hari itu…

Pada pagi Jumaat itu aku dan suami sedang sibuk seperti biasa dengan meeting masing masing kerana work from home sepanjang PKPP di Kuala Lumpur dan Selangor. Tiba tiba suami terima satu paggilan dari mama, teresak esak mama menangis mengatakan ayah pengsan dibilik air.

Mama yang panik dengan keadaan itu segera menelefon suami supaya menghubungikan ambulans. Suami tanpa berlengah segera menghubungi ambulans untuk ke alamat rumahnya di kampung.

Kami segera berkemas, capai apa yang ada masuk dalam beg dan terus naik kereta. Dalam perjalanan, mama call suami kata ayah dah tak ada…

Dengar je suami ucap, ‘Innalllahi wainna ilaihirojiun, berderu air mataku mengalir.. tahu la aku yang ayah dah pergi. MA dari ambulans yang datang sahkan ayah pergi disebabkan serangan jantung.

Suasana dalam kereta bertukar hiba. Hati berasa berat, kosong. Di RnR kami berhenti untuk solat jamak dan qasar. Semasa solat air mataku mengalir lagi kerana teringatkn aruwah ayah. Alhamdulillah kami selamat sampai dikampung tanpa ada polis yang menahan disekatan jalan raya.

Setibanya di kampung, banyak kereta parking disekitar rumah dan orang ramai datang menziarah aruwah ayah buat kali terakhir. Setelah asar, jnazah aruwah ayah dimandikan dan dikapankan di masjid terdekat.

Alhamdulillah suami dan adik ipar lelaki yg bekerja di Singapore selamat pulang ke Malaysia dan sempat memandikan jnazah aruwah ayah. Jnazah aruwah ayah selamat dikebumikan dan menjelang maghrib, segala urusan pengebumian selesai.

Ada beberapa perkara yang menarik yang aku perhatikan semasa hari tersebut. Semasa tiba dikampung, aku melihat jnazah ayah seakan akan orang yang sedang tidur, tenang sahaja. Sepanjang hari Jumaat tersebut, cuaca sangat redup. Tidak panas atau hujan sehingga selesai pengebumian.

Jemaah yang datang ziarah sangat ramai dan semasa solat jnazah pun ramai yang hadir untuk mengsolatkan jnazah ayah dalam 4-5 saf lelaki dan 3 saf perempuan dan patuh SOP.

Ya, ayah memang seorang yang disenangi ramai dan mempunyai ramai kawan. Ramai kawan kawan dan saudara yang ayah banyak tolong semasa hayatnya.

Ayah banyak mengeratkan silaturrahim antara saudara dan adik beradiknya yang pernah renggang dulu. Ayah juga anak yang menjaga ibunya sehingga akhir hayat ibunya. Ayah seorang insan yang tidak akan menyusahkan sesiapa walaupun anaknya sendiri.

Ayah memang suka bersedekah dan belanja orang makan tak kira siapa. Sesiapa pun yang datang ke rumah untuk minta tolong, pasti ayah akan tolong kalau tak dengan wang, dengan kudratnya kerana tidak mahu menghampakan orang tersebut.

Setelah kematian ayah, kawan kawan yang datang ziarah kami pasti akan menceritakan kebaikan ayah. Ya, ayah memang seorang yang baik dengan semua orang terutama kaum keluarganya. Semua keluarga besar, makcik pakcik kami terasa dangan kehilangan ayah dan mengakui kebaikannya.

Dari cerita mama, malam Jumaat tu ayah sempat bertahajut smpai ke subuh dan solat berjemaah dengan mama pada pagi Jumaat itu.

Ayah juga jarang tinggal solat witir sejak akhir akhir hayatnya. Ada satu sifat ayah yang aku kagum, iaitu ayah akan segera solat bila terdengar azan walaupun ketika kami sekeluarga sedang keluar makan makan tak kira waktu zohor ke, maghrib ke.

Ayah akan segera ke masjid atau surau berdekatan dan minta kami makan dahulu jika makanan dah sampai. Ayah juga memang tak tinggal solat dhuha. Ini semua dari pemerhatian aku setelah berkahwin dan mengenali ayah.

Ayah pernah berkata, jika dia ‘pergi’ kelak, buatkan dia satu mimbar masjid untuk diwakafkan atas namanya dari duitnya sendiri. Ya, kami sekeluarga sedang usahakan perkara itu. InsyaAllah ayah.

Setelah dua minggu ayah pergi, makcik kami (kakak mama) ada ceritakan kadang kadang dia tercium bau harum seperti bau bunga di bilik air yang ayah ‘pergi’ tu.

Mama pun ceritakan benda yang sama, kadang kadang ada terbau wangi disitu. Aku tak pernah tercium lagi bau wangi tersebut setakat ini tapi aku percaya tak mustahil boleh berlaku.

Itu la ayah mertuaku dari pandangan aku sebagai seorang menantu dari awal kahwin sehingga akhir hayatnya.

Aku sebagai menantu pun amat amat terasa dengan pemergian ayah, apatah lagi suamiku, anakku, ipar iparku dan mamaku. Mereka semua keluarga mertua yang amat baik dan aku bertuah menjadi sebahagian dari mereka.

Pada aku, ayah dah berjaya. Berjaya dunia dan akhirat. Berjaya didik keluarga dengan baik, dan berjaya akhiri hidupnya dengan baik. Moga roh ayah ditempatkan bersama orang orang yang soleh. Allahumma firlahu warhamhu, waafihi wa’fuanhu.. aminn ya rab.

Ya, InsyaAllah kami semua akan menyusul ayah ke alam sana.. sehingga kita bertemu semula di Syurga kelak.. Aamiin.

Reaksi Warganet

Wan Zue Wan Mohd –
Allahu, bergenang air mata saya baca sis punyer confesion. Bnyak persamaan dengan aruah abah saya yang meninggal 21/8/2020 dan yea hari jumaat jugak. Sungguh perjalanan aruah tuk bertemu Allah sangat dipermudahkan.

Sama macam aruah abah saya. Dia suka bersilaturahim. Allahu, suka bersedekah. Memang, ramai sangat orang datang solatkan aruah. Allahu, moga mereka ditempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman dan soleh..

Siti Azidah –
Bila baca confession ni teringat dengan aruwah ayah saya. Akhir akhir hayat beliau pun selalu solat diawal waktu dan bersedekah. Masa waktu makan pun walaupun lapar sanggup solat terlebih dulu sebab nak jaga solat awal waktu.

Walaupun kaki dan tubuh aruwah ayah sakit tapi dia masih gagahkan jugak untuk solat dan mengaji al quran tiap tiap hari. Selalu nasihat suruh berzikir baca Al quran. Innalillah buat mereka mereka yang telah pergi. Moga syurga buat mereka. Amiin

Syafiq Ayuni –

Saya dalam ahli keluarga kebanyakkan nya semua pergi pada hari jumaat. Yang saya tahu aruwah opah (bulan ramadan), aruwah tokwan(meninggal waktu subuh) aruwah pakteh (meniggal atas kul 12malam.)

Saya harap time saya pon begitu. Almulk jangan tinggal, guysss. Tu, je peneman kite. Yang advance sikit alhmdulilah. Yang malas, malas ni. Minimum kan al mulk stiap malam. Itu je peneman kite..

Saat orang lain pergi tinggal kan kite sorang sorang dekatt dalam sana. Sayang macam mane pon dia sampai akhir nyawa je. Masuk alam kubur, dia tak mampu ikut..

Melainkan, hanya doa nya sahaja. Kita, laaa, yang mampu buat pilihan. Kita tak boleh pilih lahir macam mane bangsa apa. Tapi kite boleh pilih cara kite pergi. Tu semua kitr mampu pilihhhh

Emirul Nor –
Aruwah ibu saya pesakit mental. Koma 8 bulan sebelum meninggal. Hari kejadian selepas tukar pempes, saya sempat cakap, “Akak sayang mak. Akak ade kat sini , mak jangan sedih ye”.

Kemudian saya keluar sekejap pergi pos barang. Dapat call dah meninggal tepat jam 1 tengahari, hari jumaat. Masa sakit nya keadaan dia teruk, buruk di badan sana sini kerana bed ridden. Muka pun sengsara.

Bila meninggal tiada ketegangan tu semua. sangat cantik raut wajah waktu di mandi dan di kafankan. Dulu selalu tertanya tanya apa la pengkahiran hidup keluarga kami. Sebab mak mental skiz0 bercakap sorang siapa la akan uruskan dia kalau apa apa jadi. Rupanya, dia pergi dulu pada usia 46 tahun. Alfatihah ibuku Fauziah Sulaiman.

Nor Atika –
Cerita dia sama macam aruwah abang ipar saya. Seorang yang disenangi. Solat tak tinggal. Dengar azan je trus solat. Tak pernah marah. Hormat orang tua.

Waktu sakit pun masih ingat mak saya. Aruwah anggap mak saya macam mak sndiri. Saya dan adik beradik lain pun anggap aruwah abang ipar macam abang kandung sendiri. Saat akhirnya alhamdulillah kami adik beradik dapat jumpa sebelum aruwah pergi. Pemergian nya sungguh indah.

Sebelum hembus nafas terakhir depan mata saya. Aruwah mintak nak solat. Tapi aruwah tak bole bangun. Kakak saya yang iringkan bacaan doa dalam solat. Aruwah cuma gerakan mata je. Lpas beberapa jam, aruwah hembus nafas terakhir.

Lepas siap dikafankan. Kain kafan pun ada lebih. Wajah nya senyum sampai rumah dan disolatkan pun terukir senyuman nya. Saya ikut sampai ke kubur. Jnazah nya wangi je. Sampai ke liang lahad. Saya tengok abang saya angkat jnazah abang ipar. Badan aruwah lembut sangat seperti orang tidur. Cuaca redup. Tak hujan. Tak panas.

Sumber – Menantu ayah, Lana K (Bukan nama sebenar) via IIUMC