“Taubat suami songsang”. Jam 6am, aku duduk pgg kaki isteri. Isteri pelik, tapi tersenyum. Rahsia yg dipendam, aku luah

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum. Nama aku Shahril. Seorang suami kepada 2 orang anak. Semasa aku menulis ni mungkin ada yang dapat rasa atau kenal siapa ak. Tapi kalau ada yang kenal kenal tu diam diam sajalah.

Aku menulis bukan nak membuka aib sesiapa pun tapi hendak minta sokongan serta kekuatan para pembaca meniliti serta menilai dan terus mendoakan Aku serta Keluarga aku diampuni oleh Allah S.W.T.

Aku baru mula bertaubat. Doakan aku supaya sentiasa istiqomah. Aku rasa aku lah Suami yang Paling Jahat kepada Isteri aku. Aku yang sendiri melebelkan diri aku seperti itu. Nak Tahu sebab apa?

Sebab banyak Rahsia yang aku simpan elok simpan kemas daripada Pengetahuan isteri aku. Tidak pernah kantoi atau terlepas daripada pengetahuan sesiapa termasuklah keluarga.

Isteri aku sangat sangat baik. Asal pun Dari kampung. Kami satu Universiti. Satu kelas dan kawan baik juga. Kami dah berkenalan 10 tahun sebagai kawan baik. Dan sudah berkahwin masuk tahun ke 5, alhamdullilah sangat bahagia.

Aku baik sangat sangat bab dalam pemberian Nafkah. Cukup Makan minum duit belanja Isteri dan anak anak. Oh anak aku sorang berumur 3 Tahun dan seorang lagi 1 tahun.

Aku sediakan rumah yang selesa walaupun masih menyewa sampai sekarang. Tido pun berEcon, menonton tv pun berEcon bahkan ruang makan pun berEcon. Aku seorang perniaga dan agak struggle dalam mengumpul harta.

Sudah lebih 5 Tahun aku berniaga start dari aku belum berkahwin dengan isteri aku lagi. Alhamdullilah perniagaan aku sangat sangat rancak.

Pendapatan kasar sebulan tidak lari 30ribu semestinya lebih. Sangat sangat mewah. Setakat aku nak Reno dapur mak aku secara terus 10 ribu tu sekejap je selesai.

Aku anak lelaki Pertama dalam keluarga walaupun aku ada kakak yang sulung. Tapi tanggungjawab aku sangat sangat lah besar untuk keluarga aku. Semua mengharap pada aku. Alhamdullilah aku adik beradik sangat sangat lah rapat. Kami sangat sangat menjaga hubungan kekeluargaan.

Isteri aku pun mak aku sayang. Manakala aku pula juga menantu kesayangan kepada belah keluarga isteri aku. Semua baik. Semua nampak elok.

Isteri aku bersalin kedua dua anak pun di Hospital Swasta. Untuk habiskan setakat 10 ribu untuk prosess setiap kali kelahiran anak, aku tak pernah berkira. Senyum lebar isteri sebab aku sentiasa ada disisi.

Baik aku sebagai suami. Aku sayang isteri aku. Sebab itu aku bertaubat kali ni aku perlu bagitahu isteri aku perkara sebenar. Baru hati lapang hati tenang.

Aku pernah cuba bertaubat banyak kali. Tapi aku telah buat semula perkara yang sama. Tidak menjadi taubatnya. Air mata pun sikit sahaja keluar. Tak ada feel orang kata tak akan menjadi. Betul?

Aku dapat rasa Allah tidak terima doa aku. Tapi rezeki tidak pernah putus, aku sombong, ego berlagak dengan Allah pemberi Rezeki.

C0vid-19 ni memang sangat sangat membuka mata aku. Aku kembali pada ALLAH. Aku serik, Aku kecewa, Aku malu dengan Allah. Rupanya selama ini rezeki yang Allah bagi adalah bukan rezeki aku tapi rezeki orang keliling aku yang baik hati.

Isteri aku baik sangat. Jika ingat semula ayat isteri aku semasa aku mula bagitahu rahsia yang aku simpan lama ni. Aku auto akan menangis semula dengan ayatnya.

Tenang isteri aku cakap, dia kata, “SAYANG DIRUMAH JAGA SEGALA TANGGUNGJAWAB, JAGA AIB ABANG, URUSKAN RUMAHTANGGA TANPA ADA RASA Menyesal”.

ALLAHU terngiang ngiang lagi ayat tersebut dalam kepala aku. Aku berdosa Ya ALLAH ampunilah aku kasihanilah aku. Berilah rahmat kepada keluarga kecil aku ini. Tempatkanlah syurga buat isteriku. Aku redha dengan segala apa yang dia lakukan untuk keluarga ini.

Balik dari kursus perniagaan 3 hari aku tak senang duduk. Aku tidak tido malam. Badan berpeluh. kepala pening.

Isteri aku tengah tidur. Aku tengok wajah dia lena tidur sebelah anak no 2 aku. Anak pertama memang selalu dengan aku. Tapi malam tersebut walaupun berEcon masih aku berpeluh. Aku rasa tidak sihat.

Tepat jam 5 pagi wife bangun. Dia tak kata apa pada ku, dia bangun sebab nak sambung kerja dia yang tertangguh di ruang pejabat kecil dirumah kami.

Aku macam biasa kehulu kehilir depan dia. Dia tidak tegur. Aku buat buat busy tengok phone dan kemas mainan anak anak yang terabur kawasan pejabat tu sebab aku paham masa dia bekerja mesti anak temankan isteri aku buat kerja.

Isteri aku dah 2 tahun berhenti kerja sebab ingin bantu aku kembangkan perniaagaan kami. Dulu perniagaan AKU. Tapi aku dah ubah jadi perniagaan KAMI dan dia semangat untuk membantu.

Kerja dia yang sudah cecah 4 tahun dia tinggalkan dan bantu aku berniaga menguruskan pekerja dan urusan urusan dokumen yang lain. Alhamdullilah agak baik perniagaan kami tapi tidak lama.

Dalam baik aku, rupanya aku kerap maki hamun, panas baran, herdik perli semua mainan mulut aku. Atas alasan tidak mengapa dibenarkan kerana aku mengajar dia berniaga.

Silap sikit sahaja dalam perniagaan yang dia buat aku terus maki hamun tanpa sedar perkara tersebut dah sebati dalam keluarga kami. Allah malunya aku.

Isteri aku yang lemah lembut semakin kasar. Mulut tak lekang bodoh paling biasa. Sebab aku gunakan lesen berniaga sebagai peluang untuk maki hamun lepaskan stress dalam berniaga. Itu baru sedikit jahat aku. Belum lagi mengenai rahsia aku yang telah aku simpan lama.

Selepas megumpul kekuatan aku terus duduk dilantai tempat isteri aku mengadap laptop. Isteri aku pelik. Isteri aku duduk dikerusi, manakala aku dibawah memegang kakinya. Aku start bercakap tapi sekat sekat. Aku tidak tahu hendak memulakannya macam mana tapi aku cuba lagi.

Isteri makin pelik dia senyum. Mata aku dah bergenang. Tapi aku cuba bertenang. Isteri tukar kedudukan. Duduk dibawah sama sama aku bertentang.

“Ya abang ada apa ni. Kenapa nampak lain pagi ni. Jam dah tunjuk 6 pagi. Subuh nak masuk.”

“Ermmm abang ade benda nak bagitahu. Tapi abang tak tahu nak bagitau macam mana.”

Aku hampir tidak jadi bagitahu rahsia aku. Tapi aku tidak boleh lari dah. Isteri pujuk aku bagitahu lembut sahaja.

“Abang bagitahu saja, sayang simpan rahsia. Kenapa ni abang. Jangan buat sayang risau.” Soal isteri aku.

Isteri aku pujuk sampai lah aku berani untuk membuka rahsia yang aku simpan lama dari aku sekolah lagi.

“Abang sebenarnya ada buat dosa besar sayang. Abang kena juga bagitahu. Sebb abang tak berani dah nak buat”. Air mata aku dah keluar.

“Abang takut.” Isteri aku dah pelik dan pandang muka aku. Apa dosa yang aku buat sampai aku nampak beria sangat. Sebab isteri aku tidak pernah mengganggap aku suami yang teruk. Aku suami yang baik. Sedia segala nafkah zahir batin secukupnya.

Rumah tak pernah putus bekalan makanan. Anak anak minum susu pun 5oo sebulan. Itu baru susu belum kelengkapan lain.

Sedangkan isteri nak beli barang kosmetik pun aku hulur terus duit. Kalo 3oo dia sebut itulah aku terus bagi. Tapi apa salah dosa suami aku ni dia soal pada aku. Aku sungguh baik dimata dia. Rumah tak pernah aku tak kemas, baju tak pernah aku tak basuh.

Baju anak anak, baju dia dan baju aku semua aku yang lipatkan. Tidak pernah isteri aku yang lipat. Aku ringan tulang tidak pernah aku tidak bantu urusan dalam rumah. Aku tarik nafas dan aku terus mulakan percakapan.

“Sayang abang mintak ampun mintak maaf sangat sangat. Selepas ni kalau sayang nak mintak cerrai pun abang terima. Abang akan tunaikan.”

Isteri aku dah start bergenang airmata. Aku teruskan juga sekali nafas. Aku kata Sebenarnya abang mempunyai Nafsu terhadap Lelaki. ABANG KERAP BERZIINA DENGAN LELAKI.

Semasa saya bagitahu pada dia yang ABANG KERAP BERZINA DENGAN LELAKI. Isteri saya peluk saya sahabat.

Banjir airmata saya sahabat berhingus teruk dan teresak esak macam baby kecik saya di pelukan isteri.

Saya merayu memohon ampun sahabat. Perkara yang paling saya takut untuk mengaku kerana rasa risau isteri akan meninggalkan saya selepas tahu perkara sebenar.

Isteri saya nampak tenang tapi saya tahu apa yang dia rasa. Saya Jahat, sungguh Jahat. Saya lukakan hati Isteri. Saya tak mampu menipu lagi. Saya bagitahu perkara sebenar dan isteri saya terus memujuk.

“Tak mengapa abang Allah ada. Allah akan bantu kita. Kita buat sama sama”. Isteri saya menangis sama sama.

Ustaz Ebit liew pesan Allah sayang Kita, jika kita hadir seminar ustaz berapa ramai yang berpusu pusu menceritakan masalah dan aib dalam keluarga mereka di hadapan puluhan ribu umat manusia.

Tapi saya? Tidak berani mengaku dihadapan ramai orang pada waktu itu.

Semoga ALLAH ampunkan dosa saya.

Saya agak terkejut apabila isteri juga mohon ampun dan maaf atas khilafnya dia semasa menjadi isteri saya. Dia mohon maaf andai ada salah silap kerana tidak jaga saya betul betul semasa menjadi isteri dia. ALLAH.

Saya telah berterus terang dengan isteri dan menceritakan segalanya dengan isteri apa yang telah saya lakukan supaya isteri saya dapat memaafkan saya sepenuh hatinya.

Saya dalam prosess yang agak mencabar setakat ini berlawan dengan perasaan.

Tapi sangat sangat lega, isteri sangat sangat support dengan apa yang jadi sekarang. Isteri tak jemu menasihati saya. Sentiasa ada bersama saya. Tidak pernah meninggalkan saya lagi berseorangan.

Saya bahagia dengan cara sekarang. Setiap kali balik rumah dari kerja mesti disambut dengan senyuman paling manis.

Dirumah inilah syurga buat ku sekeluarga. Saya dah buat apa yang isteri suruh. Isteri akan bantu saya untuk saya berubah termasuk keluarga saya yang sudah tahu. Saya perlukan sokongan dan doa daripada ibu dan isteri saya.

Setiap hari saya minta ibu dan isteri mendoakan saya dan ampunkan kesalahan saya. Kerana urusan saya dengan Allah masih jua saya akan teruskan sebaik mungkin. Saya akan tetap mohon dari Allah untuk Taubat yang saya lakukan.

Pesan saya pada sahabat2 semua. Jika ade yang senaluri macam saya. Mohonlah bagitahu perkara sebenar atleast pada ibu dan ayah. Supaya kita dapat sokongan moral yang baik dan mereka akan sentiasa berada disisi kita walau apa jua keadaan sekalipun.

Jauhilah ziina jauhilah maksiat. Berat kesannya pada kehidupan kita. Kesihatan lah paling utama untuk kita meneruskan hidup dan buat amalan ibadat. Jangan sombong dengan Allah.

Niat saya menceritakan hal disini kerana saya rasa semua orang patut tahu ujian yang terpaksa kita tanggung pada akhir zaman ini.

Bantulah saya dengan mendoakan kesihatan dan kesejahteraan saya agar saya tidak mengulangi kesilapan ini lagi. Inilah antara tujuan saya menulis dan mohon untuk doakan segala urusan saya agar dipermudahkan.

Sememangnya ujian ini memang berat tapi saya dah lepas satu perkara dan saya kan teruskan lagi hadapi ujian ujian yang mendatang lagi.

Kepada isteri ku terima kasih ada bersama abang susah senang. Abang pun maafkan sayang dengan sepenuh jiwa raga. Biarlah jodoh kita ke akhir hayat.

Terima kasih sahabat sahabat sekalian kerana sudi membaca dan maaf kan saya andai ada salah silap. Saya akan berubah menjadi suami yang baik pada anak anak dan isteri. Itu janji saya.. Doakan saya.

Maaf untuk ayat berterabur. Aku tak pandai mengarang tapi aku cuba. Niat aku tulis ni untuk minta sungguh doa daripada kalian agar keluarga kami ni akan tenang dan dapat selesaikan masalah ini.

Sumber – SHAHRIL (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *