Foto sekadar hiasan.
Assalamualaikum admin dan pembaca semua. Terima kasih andai confessionku disiarkan. Pesanan pertama buat mak boyot yang bakal beranak: emosi kene kuat, hati kene kental.
Aku beranak di salah satu hospital kerajaan. Waktu appointment time pregnant, aku banyak kali tanya, kalau masuk ward first class, suami boleh teman ke time PKP ni?
Dan diaorang pon jawab “ye, boleh puan”. Konpiden betol. Aku pon dah plan dengan husband untuk preparation admission semua, sebab aku dijadualkan untuk beranak secara caesarean section.
Disebabkan aku ni masuk dalam kes elective caesarean, maka dorang plan untuk amik test swab c0vid before 0peration since nature kerja aku as a fr0ntliner di klinik yang high risk for c0vid 19 transmission.
Aku pon tanyalah, lepas ambik test c0vid tu, kene admit tak? Diaorang cakap tak payah, lepas swab boleh balik, then admit lagi 2 hari. Aku pon take note la pasal benda tu. Penting okey untuk ko estimate berapa banyak barang ko nak packing dan prepare untuk admission semua.
Hari pengambilan swab telah tiba. Husband aku drop dulu aku kat PAC sebab dia nak cari parking. Setelah di soal siasat semua oleh doktor dan staf, turned out to be dorang nak admitkan aku terus sampaila aku beranak.
Aku macam errr cukup ke barang aku packing sume. Pastu alamak pagi tadi dah peluk anak sulung tapi tak cium dahi dia pulak wuu air mata berjujuran sekejap. Last aku jumpa husband aku time dia dropkan aku kat PAC tadi. Tidakkkkk.
Yang paling sedihnya, once dah admit, rupa rupanya hospital dah tak allow any visitor at all. Sampailah hari ko discharge (tak kisahla ko admit ward kelas 1 ke, 2 ke general ward ke).
Air mata aku berjejer lagi sebab tak sempat drama mintak ampun dengan husband. Yelah takut plak tertutup mata selama lamanya time lahirkan bayi.
Lepastu bermula la episod permainan perasaan dan mental kau dalam ward. Kau doa supaya semua dipermudah. Waktu tu kau fikir, sekarang ni antara kau dan Tuhan sahaja.
Kau doa supaya doktor yang operate kau tu doktor yang paling competent di muka bumi. Yang GCS tengah full, yang otak tengah tenang, bukannya tengah serabut baru gaduh dengan anak laki bini. Kau doa supaya lepas 0perate, takde immediate complicati0n yang jadi.
Musuh utama sekarang adalah permainan emosi kau sendiri. So, kau kene kekal tenang dan jangan putus doa.
Semua barang barang yang husband nak hantar, kene pass kat guard dulu. Then guard akan datang ward bagi teros dekat kita. Kau kene ingat, bukan takat husband kau sorang yang pass barang, ada lagi 800 juta relatives lain pon nak pass barang jugak.
So bila husband kau mesej kata dah hantar makanan (yela mak buyung kan asik lapar, telan makanan hospital je tak cukup ok), kau estimate makanan tu akan sampai kat kau dalam masa 2 jam lagi.
Aku tak pernah rasa begitu happy nampak mak guard hospital sepanjang hidup aku. Tenkiu mak guard hantarkan makanan aku.
Ok hari pemberanakan pon bermula. Aku whatsapp husband aku mintak maap lagi kali ke seratus. Estimated timing czer dalam pukul 10 pagi.
Aku macam cacing kepanasan. Kejap tengok jam, kejap baca quran. Nak tido lagi lah tak boleh. Mental kau betul betul goyah time tu. Too many ‘what if?’
Apa jadi kalau tumpah darah? Kalau tiba tiba kene buang rahim? Kalau baby jadi apa apa? Aduh nyaris murung aku fikirkan semua possibilities tu.
Dan tiba tiba nurse datang, “puan, jom siap siap. Nak tolak puan masuk 0peration theatre”. Serious jantung rasa nak pecah. Pastu call husband kata dah nk operate. Aku mintak maap lagi buat kali ke 101.
Then, aku pon ditolak masuk ke dewan bedah. Kat dewan bedah, tiba tiba aku terdengar houseman dok tanya nurse yang tengah attend aku, “kak, camne nak bancuh antibi0tic untuk patient ni?”
Pastu nurse tu rilek je jawab, “cuba u tanya your senior”.
Aku macam weiiii napa kau tak study dari semalam cara cara nak bancuh antibi0tic ni. Aku dah terpacak depan mata ni ha baru la ko nak menuntut ilmu bancuhan antibi0tik. Aku dah la tengah seram sejuk ni. Yihhhh.
Tapi apakan daya semua ayat tu sekadar monolog dalaman aku sahaje.
Fast forward crita, dorang pon start 0perate aku. Time diorang cauterize lapisan perut aku, aku siap boleh bau macam daging bakar.
Kau paham tak, kau macam lapar gila sebab semalaman berpuasa sebelum 0peration. Tiba tiba kau rasa berselera sebab terbau daging bakar perut kau sendiri. Sedap pulak bau. Aku teringat lamb steak tonyroma.
Ayat yang aku takkan lupa sampai bila2 adalah bila surgeon inform the whole team,
“OK BABY IS OUT! GOOD JOB TEAM!”
Aku dengar tangisan pertama baby aku. Eh harusla yang pertama kan. Kalau baby boleh menangis dari dalam rahim dengar sampai telinga sendiri tak ke seram.
Ko pon gosok gosok perot sampai merekah rekah nak bagi bayi dalam perut tenteram. Nampak tak hikmah kejadian tuhan pasal ni. Tiberr.
Tapi seriously rasa sebak, sebab ko mula nak drama sengsorang flashback pahit getir mengandungkan bayi di waktu c0vid ni.
Hari hari pergi kerja ketakutan pastu aku macam perempuan meroyan asik basuh tangan kat klinik. Asyik sembur alk0hol dekat work station aku.
Asik terjerit jerit dekat patient sampai nak terkeluar anak tekak sebab patient tak dengar apa aku cakap disebabkan aku pakai faceshield. Sampai pernah kene kuarantin sebab close contact dengan patient c0vid.
And alhamdulillah finally on 7.8.2020 at 11.55 am, aku dengar anak aku menangis. Doktor bius sebelah aku siap buat 2 thumbs up kat aku. Disebalik mask beliau, aku tau dia memberikan senyuman yang paling lebar untuk aku.
Lega. Sebak. Syukur.
Dan cabaran sebenar bermula lepas kau dah habis 0peration…
Disebabkan aku dibius separuh badan, so prinsipnya adalah, ko kene lie flat selama 6 jam selepas 0peration. Maksudnya ko nk angkat kepala pon tak boleh.
Sejurus sampai ke ward, aku call husband aku inform surgery dah selesai and it went smooth. Husband aku sepantas kilat meredah semua onak duri saringan kat pintu masuk hospital dan ward, semangat nak azankan anak aku.
Dan aku?
Aku tersadai atas katil ward macam badak digilis lori.
Aku try mengiring sikit nak susukan anak aku, tapi asyik tak dapat. Nurse ada tolong sekejap, tapi takkan la dia nak tolong pegangkan baby sampai 6 jam.
Kesan bius dari bahagian perut ke bawah still kuat lagi, memang tak rasa apa apa. Nak bergerak pon lagi tak boleh, macam lumpuh separuh badan.
Yang sedihnya anak aku terbiar kat sebelah menangis tanpa aku mampu buat apa apa. Aku try lagi mengiring sikit kasi susu tapi lekapan takdela bagus sangat. Aku buat apa yang termampu je. Pastu mula nak sedih sorang sorang. Kan best kalau ada husband datang tolong.
Setelah setengah jam berlalu, husband aku pon sampai. Lengkap ha berbaju melayu bersampin hitam. Semangat nak azankan bayi. Habis je azan, mak guard suruh husband keluar, tak boleh stay lama lama. Sedih wei. Azan tak sampai 5 minit, pastu kene kluar macamtu je.
Aku pulak dah start muntah muntah kesan sampingan dari ubat bius tu. Dalam 6 jam tu aku muntah 13x. Bersepai katil dengan muntah aku.
Nasib baik nurse lalu dan bagi aku plastik muntah. Tapi still, ko ingat selesa ke muntah dalam keadaan berbaring flat. Rasa dah nak terburai luka caesar ni. Dengan anak aku menangis lagi. Aduiii memang tragis.
Lepas habis efek bius tu, baru terasa sakit perut kene toreh tu. Peh. Menitik air mata sis. Baby sentiasa ada kat pangkuan. Takde sape nak tolong angkat masuk babycot.
Kalo masuk babycot pon, sape nk tolong dukungkan bagi kat aku kalo baby nak susu. Aku tidur pon sambil pangku baby.
Takde sapa mandikan baby. Aku nak mandi sendiri pon struggle. Every step was very painful, but you have to be strong for the baby.
Baby berak kencing tukar pampers pon sampai rasa meggigil gigil badan. Polisi no visitor at all untuk mak mak lepas kene 0perate ni betul betul mencabar kekuatan mental dan fizikal.
Tapi alhamdulillah, aku ada wardmate (istilah baru) yang sangat baik. Sebab dia tengok aku punya condition lepas 0peration terok sangat. Dia pon jadi insaf and selalu tolong aku walaupun dia tengah sarat giila. Dia kata rupa aku lepas 0peration macam orang kene tembak. Lol hyperbola sangat.
Tapi aku tumpang rasa seram untuk wardmate aku. Sebab dia pon tengah menghitung hari untuk di czer sebab mengandung twins.
Dia asik cakap macamnela dia nak jaga anak dia dalam ward after 0peration. Dia tengok aku pon dah seram. Aku asik doa supaya Allah mudahkan proses persalinan beliau. Serius, aku pon tak dapat bayangkan.
Akhirnya, setelah 3 hari 0peration, aku boleh discharge.
So kepada mak mak buyung yang sedang menghitung hari, anda semua kuat. Anda adalah iron lady. Anda lagi hebat dari iron steam generator philips mahupun tefal.
Keep calm and continue teran!
Reaksi Warganet
Nurul Amirah Abdullah –
Kene gunting sikit dekat bawah pon dah sakit ke langit. Ini kan pulak jahit 2 3 inci dekat perut tu. Allahu. Tabik spring laa.
Saya pon bersalin time PKP. Bulan puasa lagi. Time tu 2 orang katil depan saya dua dia 0perate. Tengok dorang handle anak, rilex je. Siap leh lepak lepak membawang dekat katil lain lagi. Respect giler ahh.. Hahahaha.
Nadia Pal –
Ya Allah. Rasa seram baca sebab saya faham sangat rasa perut nak terburai lepas ubat bius dah habis tu. Sakit sangat sangat!!!
Dan bila muntah selepas bersalin tu, baru perasan betapalah kita guna otot otot di sekitar perut kita yang kena toreh tu. Tapi saya bersyukur sebab bersalin emergency czer di hospital swasta.
Walaupun begitu sakit, nurse nurse selalu akan ada dan tolong kita dengan sabar walaupun kita kol diorang banyak kali.
Puan confessor sangat sangat tabah. Kalau saya di tempat puan, bersalin pulak di dalam waktu c0vid, tak dapat saya bayangkan betapa longlainya diri ni. Sis kuat. I am so amazed.
Ctnor Abdul Hamid –
Saya bersalin time PKPP, alhamdulillah banyak kelonggaran. Suami boleh teman dalam LR, kalau beranak normal. Walaupun saya sendiri tak ditemani suami sebab sendiri tak nak.
Dan suami masih boleh masuk dalam ward sekejap untuk ambik saya bawak ke nicu tengok baby. Masa nak masuk ward dengan discaj pun suami boleh masuk tolong kemas kemas barang..
Ni PKPB saya dengar kembali macam PKP. Demoga ibu ibu yang bakal bersalin kuat daripada segi emosi dan fizikal..
Syila Nurfarhah Ibrahim –
Saya bersalin twin awal 2 hari dari confessor ni. Sorang normal, sorang emergency czer.
Sepatutnya saya bersalin normal jer dua dua. Tapi lepas pecahkan air ketuban baby 2nd, jantung dia drop, lepas tu kaki dengan kepala nak keluar sekali. So, specialist seluk tolak balik baby, buat emergency czer.
Beza setengah jam dengan baby 1st.
Terbaring flat 6 jam tu benar tapi saya bernasib baik dapat layanan baik. Nurse ambik twin saya, jaga sebelum peneman sampai. Saya bernasib baik jugak sebab hospital benarkan peneman wanita di sebelah malam dan giliran suami pada waktu melawat walaupun pada musim c0vid. Mungkin di sini zon hijau dan covid kurang rancak.
Luka czer dengan luka bawah masa tu tak sakit, yang sakit kawasan perut. Perut saya besar sebab twin. So nurse cakap rahim dalam tu luka, tu yang sakit.
Keesokan paginya jer saya stress sebab kena handle twin sendiri sebab peneman dah kena balik. Dengan takde pengalaman twin, dua dua nangis nak kena angkat. Pening kejap rasa nk nangis, nak rebah. Campur dengan tak cukup tidur.
Tak lama lepas tu, nurse tengok, dia ambik sorang tolong jaga. Hari ke2 dan ke3 mental dah ok. Boleh lepak lepak membawang dengan geng geng lain. Kenangan. Hahaha
Sumber – Ayu (Bukan nama sebenar) via IIUMC