Balik gtg rambut anak, isteri sentap. Dituduhnya mak aku. Kalo talak isteri pegang, lame dah aku dicerraikan

Foto sekadar hiasan.

Nama aku Amli. Usia perkahwinan aku dan isteri dah menjangkau 4 tahun. Dikurniakan seorang cahaya mata.

Sedikit latar belakang keluarga, aku anak bongsu daripada 2 adik beradik. Dibesarkan dalam keadaan sederhana, ayah sangat cool, ibu pula sedikit tegas tapi jenis yang ‘berkawan’ dengan anak.

Boleh sembang luar dalam. Tiada rahsia. Boleh dikira berapa kali aku dan abang aku kena marah semasa kami kecil. Rotan memang kami jarang sangat merasa.

Kebetulan kami berdua jenis senang dijaga. Tak nakal, tak suka keluar malam. Ayah meninggal dunia 3 tahun lepas. Sekarang ibu tinggal seorang diri di kampung.

Isteri masih ada mak dan ayah. Ayah mertuaku bekas askar. Berpendirian tegas. Kalau biru tu biru la. Jangan bantah. Suara lantang dan garau, jenis yang ditakuti anak anak.

Anak anak masa kecik memang biasa makan pelempang orang tua ni. Dia juga tegas dalam memilih menantu.

Antara syarat jadi menantu, mesti kerja kerajaan, sihat tubuh badan. Soalan pertama diajukan semasa sesi ‘interview’, ‘mak ayah ada sakit apa?’

Dia akan tanya direct, ada ambil barang ke tak, hisap rkok ke tak. Anak anak semua mesti usaha cari kerja kerajaan. Kalau dah dapat kerja kerajaan tapi pindah kerja swasta, dia halau kau terus. Mak mertuaku pula cool. Soft spoken.

Dipendekkan cerita, walaupun berlandaskan nilai moral yang sama, cara aku dan isteri dibesarkan agak berbeza.

Isteri seorang yang panas baran (seperti ayahnya). Kau tak dapat jangka bila angin dia datang. Sebab kecil jadi besar. Aku pula, seperti majoriti kaum suami, malas nak cari pasal. Kalau boleh elak konflik, aku elak. Aku cool macam aruwah ayah.

Selepas kematian ayah, sekali sekala aku akan bawa mak aku datang ke rumah 4-5 hari dalam sebulan. Kesian dia kesunyian sebatang kara.

Seperti kebiasaan mak mak kita, kalau datang rumah bawa buah tangan, makanan. Mak sedia maklum kami sibuk bekerja. Jadi kadang kadang dia datang dengan pakej bawang, rempah rempah, ikan bilis untuk dimasak di rumah kami.

Kalau boleh dia tak nak menyusahkan kami berdua. Baju kami pun mak akan rajin lipat. Faham faham la bila sibuk bekerja, lepas cuci kadang kadang nak sidai pun terlupa. Cucu pun dia suka nak jaga. Kadang kadang kami tak hantar ke taska sebab mak nak jaga.

Saban hari aku perhatikan isteri tak suka dengan apa yang mak buat. Katanya mak sengaja buat begitu sebab nak perli dia yang sibuk hingga tak sempat mengurus rumah tangga.

Tak suka mak uruskan pakaian, tak suka mak datang bawa bawang, ikan bilis. Dia kata mak nak ambil alih tugas dia pulak.

Aku tahu niat mak ikhlas nak membantu. Biasalah kadang kadang dia tegur isteri beberapa perkara. Aku selalu nasihat isteri supaya bersabar. Bila berkahwin, kita kahwin dengan family sekali. Apa apa kekurangan family sebelah sana tu, telan jelah.

Kita nak hubungan berkekalan. Kami kerap bertengkar disebabkan perkara ni. Aku jadi serba salah. Aku kesian kan mak yang nak menumpang kasih sayang anak. Dan aku tak nak isteri rimas dengan cara mak aku yang suka cakna bermacam benda.

Pernah aku kongsi cerita dengan kawan kawan dipejabat, ramai parents mereka macam mak aku. Perangai mak mak suka ambil tahu pasal anak walaupun dah berkahwin.

Kadang kadang bila tau kita tengah sesak, dia pulak hulur duit kat kita. Perkara ini jelas berbeza dengan mertua aku. Ayah mertua kalau datang, kami sebagai host mesti bersiap sedia.

Rumah harus kemas, makanan harus cukup dan masa makan mesti makan. Lambat makan, perut masuk angin, dia akan tarik muka.

Aku respect mak mertua aku, atas kesabaran dia dengan suami. Tolong jaga cucu? Tengok tengok kan sekejap boleh la. Kalau nak tinggal anak dengan mertua, nak dating berdua tengok wayang, jangan harap.

In short, mak aku suka nak tolong dan sibuk semua perkara. Mertua aku kalau datang umpama raja. Jangan tak tau, duit anak anak pun dia pau setiap bulan. Alasannya dia dah bersusah payah besarkan anak dulu, sekarang masa untuk dia berehat dan menuai hasil.

Pertengkaran kami biasanya agak besar. isteri kalau dah angin satu badan, kau keluar hadis sahih pun dia tak peduli. Kau lawan salah, diam salah.

Memang biasa aku terima kata kata kesat. Kalau talak ni perempuan yang pegang, dah banyak kali aku kena cerrai dah hehe. Di saat aku menulis ni kami sedang bertengkar kerana aku dan mak bawa anak aku pergi gunting rambut, tanpa isteri.

Aku tau salah aku, isteri dah pesan, nak gunting rambut anak tunggu dia. Aku terlupa, lepas tu anak dah cukup rimas rambut dah terlalu panjang.

Seperti biasa, isteri cakap mesti mak aku yang nak bawa gunting sangat ni. Mengucap panjang aku. Benci betul isteri dengan mak aku.. Kesian mak aku. niat nak tolong ringankan kerja kami je..

Gunting rambut je pun. Sebulan lagi panjang balik, kau bawak lah pulak gunting. aduhai..

Konflik menantu dengan mak mertua ni selalu aku baca di group group KRT dan confession2. Tak pernah aku dengar lagi pak mertua konflik dengan menantu. Macam aku dengan pak mertua aku.

Aku langsung tak setuju cara dia. Macam langit dengan bumi kalau banding dengan aruwah ayah. Tapi aku pekak telinga je. Layan je.

Tak pernah aku komplen dengan isteri pasal ayah dia. Sebab aku tak nak mengguris hati isteri. Apa perasaan kalau orang kutuk kutuk parents kau sendiri.

Tapi isteri tak buat perkara yang sama. Dia pernah buat mak aku menangis dulu, dan sekarang dia cuba cari pasal lagi. Seolah olah takde rasa kesian dengan mak aku yang dah sebatang kara, nak menumpang kasih dengan anak cucu sekali sekala..

Apa yang aku nak simpulkan di sini, suami adalah mngsa keadaan sebenar bila terjadi konflik wanita ni. Serba salah dibuatnya.

Worst case scenario, suami cerraikan isteri. Yang jadi mangsa, anak anak. Doakan aku tabah dan diberi kesabaran menempuh hari hari mendatang..

Reaksi warganet

Nabilah Yahya –
Mak saya pon macam tu. Kalau datang umah abang, kami dengan mak dah bawak siap sip lauk masak. Kami pon dah pesan, masak nasi je. Sebab mak taw, isterinya sibuk.

Kalau hari kerja sibuk kerja. Kalo hari cuti, sibuk dengan anak kecik yang macam macam kerenah. Niat mak dan kami yang datang ni taknak menyusahkan tuan rumah.

Alhamdulillah, kak ipar okay je. Tapi dia tak sedap jugak lah kot tak sedia apa apa. Selalunya dia akan tambah menu sayur. Alhamdulillah kami semua seronok bila bersama. Dia pon suka makan lauk pauk masakan mak..

Nabilah Zaki –
Rasanya elok juga kalau suami suami lebih banyak confess benda benda macamni. Selalu baca dari side perempuan aka isteri je. Bila dengar dari pihak suami ni baru boleh ditimbang tara, haha.

Sebab isteri selalunya terlebih emosi. Benda kecik yang boleh bertolak ansur pun nak diperbesarkan sampai tarik muka.

Saya pun perempuan dan most of the time saya selalu tak setuju dengan tindakan perempuan2 yang terlalu ikutkan emosi dan cakap cakap orang luar. Benda boleh bincang elok elok, boleh utamakan praktikaliti dan common sense kot berbanding nak layan emosi tak tentu hala. Tak penat ke meroyan, bergaduh laki bini? Haha

TolongShare –
Rasa nya mak encik ni normal je sebab mak saya pun camtu. Kalau datang memang bawak barang makanan banyak, suka jaga cucu, suka tolong kemaskan rumah walaupun kita takde suruh pun. Tu cara mak tunjuk sayang kat kite.

Patutnya isteri tu bersyukur lah ada mak mentua baik camtu. Rasa nya awak kena tegas sikit dengan isteri. Dah macam kena pijak kepala pulak, isteri tak hormat awak kalau camtu. Jangan nanti isteri encik dah tua, menantu dia buat dia camtu baru dia tau.

Allah kalau nak balas tu kejap je. lagipun mak encik datang 4-5 kali je sebulan kan? bukannya duduk sekali pun. At least kena ada rasa hormat pada ibu. Ni dah sampai tahap isteri tu pernah buat mak awak menangis, rasa macam dah melampau tu.

Banyakkan dekat diri pada Allah dan tambah ilmu didik isteri. Kalau kena guna ketegasan, gunakan. Dalam Islam pun ada cara nak hukum atau didik isteri. Anak anak tengok mak diorang tak hormat nenek, takut nanti anak anak pun ikut tak hormat balik mak diorang. goodluck.

Zack Haikal –
Bro, isteri kau memang bermasalah. Sudah masanye kau kene bertegas, ini keluarga kau. Kau yg kene corakkan masa depan kau dan family kau.

Mak kau dah memang terbaik, standard la perangai mak mak nak buat semua benda tak nak menyusahkan orang. Tolong la jaga dan jangan sakitkan hati mak kau. Syurga ko tu bro. Kesian kot mesti mak ko sunyi hidup sorang sorang kan.

Sabar dan bertegas, kalau wife ko tak boleh terima dan hormat kata kata ko. Then u as a man should know what u should do!! Man up bro!

Ez Ezan –
Macam ni lah aku ni perempuan. Penat tengok laki sayang bini tak bertempat nie. Alasan.. malas nak panjang cerita dan cari pasal.

Baru 4 tahun kahwin, tegurlah bini dan ajarlah bini dengan baik. Sementara baru lagi. Sebelum kahwin, masing masing dah terbuka nak terima keluarga mertua.

Oleh itu, pepandailah nak tegur si bini tue. Jangan sampai mak mertua kecil hati pula.
Bapak mertua pun terang salah. Pun nak iyakan gak. Apa guna jadi suami gitew..

Bukan setakat tue je. Aku nie letih melayan karenah ipar yang manja tak bertempat dan dia sahaja betul. Disebabkan abang aku yang kononnya “COOL”. Sampai tahap maaf ku akan bersuara.

Cuma nak bagi tahu menyusahkan aku dan menyakitkan hati aku dan mak aku je. Ehh tetiba. Eh realiti bukan fantasi ok.

Hakikatnya. Jika tak lentur si isteri tue, lama lama boleh makan hati. Dengan satu family hang sakit hati.

Dapat mertua baik. Hargailah.

Sumber – Ahmad Amli (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *