Bila bapa tiri meninggal, kami bersyukur. Pelik, aku kerap mimpi aruwah dtg bawa mangkuk, spt tempurung

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum w.b.t. harap semua sahabat dalam lindungan Allah. Aku janji ni yang terakhir dariku. Hihi (menulis sambil mata terpejam ni, hihi)

Untuk yang terlepas bahagian sebelumnya, klik link dibawah

Part 1;

Dugaan ‘berbinti Abdullah’. Bila ibu nk nikah, kami teruja. Tapi tak sangka, bala rupanya menanti

Part 2;

Tgh memasak, bapa tiri dtg dan buat sesuatu. Mak nampak. Tp reaksi mak buat aku terkedu

Part 3;

Tgh ibu nk bersalin, bapa tiri ambil kesempatan. Lari ke rumah abg tiri, akhirnya tepi jln aku ditinggalkan

Semasa dikolej berkenaan, ibu ada menghubungiku. Beliau mendesak untuk aku memberitahu kepada beliau dimana aku berada.

Aku berkeras tidak mahu memberitahu beliau. Berapa kali beliau menghantar mesej yang mengatakan beliau tidak mengaku aku sebagai anak beliau. Sehinggalah aku akur dan mengalah.

Aku akhirnya memberitahu kepadanya dimana aku berada. Dan aku mendapat tahu yang adikku masih tidak menyambung pelajarannya selepas SPM. Aku mengajak adikku untuk sama sama belajar di kolej aku. Aku tidak sangka dia menerima pelawaanku.

Yuran pendaftarannya ke kolej aku yang tanggung menggunakan duit biasiswaku. Adikku kelihatan lebih matang berbanding dahulu. Duit biasiswa aku bahagi 2 dengannya. Dipendekkan cerita, semasa di kolej, kami mendapat tahu ayah tiri tenat dan akhirnya meninggal dunia.

Ingat lagi, perkataan yang terkeluar dari mulut kami adik beradik pada ketika itu adalah ‘alhamdulillah’. Ya Allah, ampunkan kami berdua. Terasa hilang keperitan yang kami tanggung sedari kecil. Yang kami tahu, kami begitu gembira dengan pemergiannya.

Ye, kami adik beradik pernah berdendam dengannya. Sampaikan aku tidak boleh langsung mendengar, menyebut, menulis malah membaca nama yang seperti namanya.

Selepas aruwah telah pergi menghadap Illahi, aku kerap kali bermimpi aruwah datang membawa mangkuk seperti tempurung kepadaku.

Kadang kadang aku bermimpi dia datang dan tiba tiba ada dirumahku. Kerap kali aku tersedar dalam keadaan marah kerana bermimpikannya. Keadaan itu berlarutan lama. Aku tidak suka akan mimpi sebegitu. Ada yang cakap aruwah datang mahu meminta maaf.

Allah beratnya rasa hati ini untuk memaafkan apatah lagi melupakan. Lama aku belajar cara untuk memaafkan beliau.

Mulut berkata maaf, hati belum tentu rela memaafkan. Bukan mudah mendidik hati ini. Hari hari aku berdoa agar Allah membuka hatiku untuk memaafkan aruwah.

Sehinggalah aku berkahwin. Suamiku tahu segala galanya tentang diriku. Alhamdulillah Allah temukan aku dengan suami yang baik.

Suami yang banyak memberi semangat. Walau beliau tidak pernah memaksa aku untuk memaafkan aruwah ayah tiriku, beliau seringkali menasihati.

Dengan berbekalkan nasihat dan doa yang tak putus putus, akhirnya Allah melembutkan hatiku untuk memaafkan aruwah.

Sungguh tenang lagi damai kurasa didalam hati ini setelah dapat mencapai keikhlasan dalam memaafkan seseorang. Bukan mudah ye sahabat.

Bertahun tahun masa yang aku perlukan. Akhirnya aku tidak lagi bermimpikannya. Aku harap aruwah tenang disana.

Bagi aku kita semua tidak akan terlepas dari dosa. Moga dengan maaf dari hati yang kuberikan ini dapat meringankan atau menghapuskan terus beban dan dosa lampau beliau terhadapku dan adikku.

Ibu aku selepas kematian suaminya, ibu semakin rapat dan dekat dengan kami. Kami sama sama menjaga ibu dan adik adik tiri kami.

Aku sudah memaafkan ibu. Aku yakin ibu juga tidak bermaksud untuk menyakitiku. Siapa aku untuk menilai masa lalu ibu. Siapa aku untuk mempertikaikan pahit getir seorang ibu dalam mempertaruhkan nyawa melahirkan aku dahulu.

Adikku dan aku telah sama sama bekerja sebagai nurse sekarang ni. Adik adik tiriku juga semua sudah bersekolah menengah sekarang ni. Hubungan aku dengan abang dan kakak tiriku masih diteruskan walaupun jarang jarang dapat berhubung.

Aku? Aku masih lagi aku yang sedang rancak melalui liku liku kehidupan ini.

Alhamdulillah, ujian Allah masih tidak putus buat diriku. Aku bahagia Allah sentiasa ‘memberi perhatian’ kepadaku.

Aku juga punya 2 orang anak tiri yang perlu kujaga sekarang ini. Ye, Allah jodohkan aku dengan seorang duda. Jadi aku mempunyai 4 orang anak sekarang ini. 2 yang aku lahirkan dan 2 lagi anak tiri.

Ujian aku sekarang adalah dalam menghadapi anak anak tiriku yang yang sedang meningkat remaja sekarang ini.

Doakan aku berjaya mendidik mereka. Hidup berumahtangga bukanlah seindah yang diimpi. Walaupun aku dikurniakan suami yang baik, namun kami tetap diuji.

Suamiku bukanlah dari kalangan orang yang berada. Diuji dengan kewangan dan juga kerenah anak anak yang memang pelbagai.

Pernah kami bergelap serumah kerana elektrik dipotong. Aku masih boleh tersenyum. Bagi aku, ujian ni amat kecil buatku. Suamiku pelik kenapa aku boleh setenang itu.

Walaupun keesokkannya ada jugak ternangis tibatiba ditempat kerja. Hihi. Biasalah tu. Kita bukan robot. Menangis sahaja bila rasa mahu menangis. Jangan dipendam rasa itu.

Doakan kami anak beranak dapat hidup lebih selesa selepas ini. Kami sedang berusaha menjalankan perniagaan kami sebagai dropshiper di Shopee.

Doakan kami berjaya ye. Hihi. Owhh lupa, nenekku serta pakcik makcikku masih begitu. Kadang ok,kadang tak ok. Begitulah mereka sehingga kita. Aku sudah memaafkan mereka.

Buat sahabat semua, ingatlah pesanku yang kerdil ini. Jika kita rasa kita diuji, lihatlah ke bawah. Ada orang diuji lebih hebat dari kita. Berat dan ringan ujian itu adalah bergantung kepada cara kita menanganinya. Menangis, bersedih bukan bererti kita gagal.

Kejayaan yang sebenar adalah apabila kita redha dan terus bangun walau apapun yang menghampiri kita. Mengadulah kepada Allah yang memegang hati kita semua. Hanya Allah yang boleh kurniakan kekuatan dan ketabahan buat kita semua. Allah uji sebab Allah sayang.

Maafkan mereka yang tak tahu. Kita semua pendosa. Kita semua takkan terlepas dari membuat silap. JANGAN PERNAH MERAJUK DENGAN TAKDIR ALLAH.

Sekian kisah dariku. Terima kasih pada yang setia mengikuti kisahku. Sungguh apa yang kusampaikan ini tiada langsung untuk riak atau apa, coretan ini hanya sekadar perkongsian bersama sahabat sekalian. Yang baik datang nya dari Allah, yang buruk datang dari aku sendiri.

Salam kasih..

Reaksi warganet

Myra Salleh –
Saya khatam baca semua confession daripada confessor. Mengalir air mata membacanya. Kadang2 kita rasa hidup kita ini sudah cukup diuji, padehal ujian orang lain lagi hebat rupanya. Ya Allah, didik hati kami supaya sentiada redha dan bertawakal sepenuhnya kepada Mu. Tenang menerima ujian dalam hidup..itu yang saya belajar daripada confessor.

Terima kasih. Semoga confessor terus diberikan kekuatan, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan..aminn.

Julie Anme –
Selepas ini hrp jgn ada lagi orang mhina anak2 begini. Yg tinggi darjat di sisi allah ialah org yg bertaqwa. Bkn org yg lahir dgn nama besar datuk nenek dan ibu bapa. Ramai saya jumpa anak2 sekrg yg rendah akhlaknya tapi mnginjak2 anak2 begini. Mrk lupa, allah maha adil dan sebaik2 penjaga. Kpd konferser, semoga allah merahmatimu tak kira di mana berada. Amin.

KakNgat Lin –
Jangan pernah merajuk dengan takdir Allah.Satu barisan ungkapan yg sgt menjentik hati saya sebagai reader yg mengikuti perjlnan cerita confessor ini dari awal episod 1 hingga sekarang.Confessor anda hebat dan sgt istimewa di hati saya wpun kita x pernah kenal dan confessor tau tak selain dari perjalanan kehidupan anda yg hebat Allah jugak kurniakan anda pekerjaan yang hebat pada anda.Itulah ironinya.Terima kasih sgt2 awak kerana anda jugak berjawatan frontliners yg penuh dgn lubuk ganjaran pahala.Jaga diri awak.Hugs

Sumber– NAA (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *