Ayah aku NPD. Tersalah masak lauk, teruk ibu kena. Adik tak tahan, atuk nenek turut jd mngsa

Foto sekadar hiasan.

Hai. Assalamualaikum. Aku Mariam (bukan nama sebenar). Aku merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik.

Aku dibesarkan di dalam keluarga yang tidak bercampur dengan orang lain, malah kami adik beradik sendiri juga kurang rapat. Ibu dan ayah aku merupakan pesara kerajaan.

Sebelum ini aku pernah terbaca tentang kisah seorang anak yang mempunyai ayah berpenyakit Narcissistic Personality Dis0rder (NPD).

Selama ini aku berfikir hanya keluarga kami sahaja yang mempunyai ayah yang berpenyakit NPD. Kerana aku melihat rakan rakan serta orang sekeliling aku mempunyai keluarga yang bahagia. Tidak seperti keluarga aku, terutama sekali ayah.

Pada awalnya aku tidak mengetahui tentang penyakit NPD ini. Namun, setelah membaca beberapa artikel di Facebook sedikit sebanyak aku mengetahui tentang kewujudan penyakit ini.

Aku sering berhubung dengan adik bongsuku melalui whatsapp dan sering bertanya khabar tentang keadaan masing masing kerana kami jarang berjumpa. Adikku masih menuntut di sebuah Universiti di Kuala Lumpur.

Adik aku sering mengadu tentang masalah yang dia hadapi apabila di tinggal di rumah bersama ibu dan ayah setiap kali cuti semester. Sehingga kan dia merasa tertekan dan ingin lari daripada rumah.

Tapi apakan daya, setiap kali berkeinginan begitu, tetapi dia kasihankan ibu.

Sedari kecil, kami sudah biasa dengan sikap ayah yang panas baran dan suka melempiaskan kemarahannya kepada ibuku. Kadangkala punca pergaduhan mereka tidak masuk akal seperti ibu aku tersalah masak lauk, tersalah letak barang di tempat sepatutnya ataupun ibu cuba memberi pendapat dan idea.

Hanya dek kerana kesalahan kecil ayah akan marah tengking dan kadang kadang menampar ibu aku. Wajarkah seorang suami berbuat demikian?

Adik aku yang bongsu menjadi saksi setiap pertengkaran ibu dan ayah dan dia melihat segala perbuatan yang ayah lakukan dari kecil sehingga besar. Ayah tanpa segan silu maki ibu depan kami sedangkan pada waktu itu kami masih kecil.

Pernah satu hari ayah bertengkar dengan ibu. Ayah halau ibu dan berkata,

“Awak keluar dari rumah ni jangan bawak budak budak. Kalau bawak jugak, jangan berbin atau binti kan budak ni dengan nama saya.”

Sebagai anak yang masih bersekolah rendah, apa perasaan korang jika berhadapan dengan situasi begitu? Tapi ibu aku masih bertahan. Masih ingin berada di sisi ayah walaupun telah banyak kali menjadi “mngsa” ayah.

Malah bukan sahaja ibu diperlakukan seperti itu. Ibu dan bapa kandung ayah (nenek dan atuk aku) dia sendiri dia sanggup marah dan maki.

Kedua atuk dan nenekku sudah tua dan tidak berdaya. Nenek aku mengidap penyakit demensia (lemah daya ingatan/ nyanyuk) manakala atuk aku mengidap penyakit g0ut.

Oleh itu segala makan dan minum mereka disediakan oleh ibu aku sepenuhnya. Bila nenek atau atuk aku sakit, ayah mesti akan mengamuk.

Ada satu hari tu, aku balik kampung atas urusan peribadi. Aku balik sendiri menaiki keretapi bersama anak anak tanpa suami.

Kebetulan, atuk dan nenek aku berada di rumah aku. Rumah atuk dan nenek aku tidak jauh, hanya 5 minit perjalanan dari rumah aku.

Pada malam tersebut, nenek dan atuk aku dimarahi, dimaki dan dicaci oleh ayah aku sendiri. Padahal mereka itu ialah ibu dan bapa kandung dia sendiri. Kesalahannya Cuma nenek aku terlupa letak kunci rumahnya dimana.

“Itulah orang dah cakap otak tu letak kat kepala. Ingat! Ingat lain kali mana orang letak kunci tu. Kalau macam ni kan dah menyusahkan orang. Bila orang cakap tu taknak dengar. Asyik mengelamun tah kemana ingat benda lepas. Bila orang cakap mak bodoh, mak tak boleh terima.”

Itulah ayat ayat yang dilemparkan oleh ayah aku kepada ibunya.

Sebagai seorang yang waras, tergamak ke seorang anak untuk melemparkan kata kata seperti itu kepada syurganya? Atuk dan nenek aku tak pernah melawan hanya mampu diam.

Sambil ayah mencari kunci tersebut, mulutnya juga tidak henti henti memarahi kedua orang tuanya. Hati aku pada masa tu panas menggelodak marah pada ayah.

Rasa benci meluap luap tapi aku dan ibu hanya mampu lihat dan diam. Kalau kami melawan, dah tentu akan jadi pergaduhan besar.

Sikap ayah, tak boleh dilawan, makin dilawan makin ‘naik hantu’ dia, dan mngsa maki hamun dia nanti semestinya ibu aku.

Masa aku nak salam atuk dan nenek sebelum pulang, ayah aku berkata,

“Kau nasihatkan sikit orang tua pelupa ni. Dalam badan dia ni banyak syaiitan banyak jin. Suruh dia selawat, zikir kuat kuat.”

Dengan dada yang berombak kerana terlalu marah dengan kata kata ayah, aku tak dapat tahan air mata aku. Aku hanya mampu minta nenek aku bersabar dengan sikap ayah walaupun aku tahu jauh di sudut hatinya nenek aku sangat kecil hati.

Ayah aku akan menggunakan agama untuk menegakkan benang yang basah. Setiap kali bergaduh dengan ibu atau dia marah atuk dan nenek dia mesti akan cakap yang dalam badan semua orang banyak syaiitan. Ikut bisikan syaiitan kerana tidak berzikir.

Kadang kala ayah dengan sesuka hati kata hati kami semua tak bersih. Seolah olah dia itu Tuhan.

Setiap kali perkara buruk terjadi kepada kami adik beradik ayah pasti akan salahkan ibu kerana tidak pandai didik anak.

Bukanlah kerana kami anak yang bermasalah, cuma ayah seorang yang suka memaksa. Dia akan pastikan semua orang dengar cakap dia dan mengikut pilihan dia.

Kalau kami tak ikut dan ada masalah berlaku, dia pasti akan salahkan ibu. Biasalah, hidup mana yang tidak ada masalah?

“Itulah taknak dengar cakap saya. Ni semua masalah jadi sebab tak dengar cakap saya. Budak ni degil semua ikut perangai awak.”

Itulah ayat lazim yang ayah sering lemparkan kepada ibu. Kalau ibu melawan maka akan berlaku pergaduhan besar dan kadangkala ayah sampai naik tangan.

Tapi itu perkara biasa. Dari kecil memang aku dah biasa melihat ayah menampar ibu. Luluh hati aku setiap kali ayah melakukan kekerasan. Kadang kadang sampai merah pipi ibu dibuatnya.

Kadangkala aku berfikir bahawa ayah merasakan dirinya adalah Tuhan.

“Dengar cakap saya kalau nak hidup selamat.”

Itu merupakan kata kata yang dia sering ucapkan supaya orang lain dengar cakap dia.

Bagi ayah, kalau orang dengar cakap dia semua akan berjalan lancar dan tanpa sebarang masalah dan hidup akan sentiasa bahagia. Itu pada dirinya tapi bukan kami. Kami tak diberi peluang untuk membuat keputusan sendiri lagi lagi ibu aku.

Untuk pengetahuan semua, aku sudah berkahwin dan ayah aku agak rapat dengan suami aku satu masa dahulu sehingga sanggup mengeluarkan wang untuk join bisnes bersama suami aku kerana dia fikir dengan join bisnes ni dia akan dapat keuntungan berganda.

Tetapi nasib tidak menyebelahi mereka, bisnes yang dilaburkan tidak seperti apa yang dijangka walaupun pada awalnya kesemua wang yang dilabur mendapat keuntungan besar.

Seperti yang aku katakan, ayah tidak boleh terima masalah timbul. Apabila timbul satu satu masalah dia akan menyalahkan orang lain.

Dalam situasi ini, dia menyalahkan suami aku menipu duitnya. Sedangkan suami aku juga mendapat kerugian yang besar.

Ayah meminta semula wang yang dilaburkannya. Selepas daripada insiden itu, hubungan ayah dan suamiku mula renggang dan bermasam muka.

Ayah mula menyebarkan cerita yang bukan bukan tentang aku dan suami. Dia kata aku hidup merempat sedangkan kami sekeluarga baik baik sahaja makan pakai semua cukup dan masih mampu untuk bayar segala komitmen.

Hanya kerana kami memilih untuk berdiam dan menyelesaikan masalah kami sendiri, ayah mula berfikir yang negatif tentang kami.

Sedangkan aku dan suami tidak pernah ada selisih faham atau bergaduh tentang kewangan. Ayah aku suka predict yang bukan bukan. Mengatakan suami aku tidak beri makan tidak beri nafkah. Sedangkan kehidupan kami baik baik sahaja.

Sebagai seorang yang sudah berumah tangga, kami mahukan privasi. Tetapi ayah sering ingin mencampuri urusan rumah tangga kami. Jika kami melawan, macam biasa ibulah mngsa utntuk dia menghamburkan kemarahannya.

Pada pendapat aku, cukuplah hanya memberi nasihat kepada kami, bukannya memaksa aku untuk bercerrai hanya disebabkan kekangan wang.

Apabila timbul hal seperti ini, ayah mula menyalahkan ibu. Sedangkan ibu dan aku sendiri tidak pernah tahu tentang hal tersebut. Ayah mula memburukkan suami aku kepada ahli keluarga yang lain.

Dia cuba mempengaruhi aku dan meminta aku bercerrai kerana pada masa itu, keluarga kami mempunyai sedikit masalah kewangan.

Tetapi aku tetap dengan pendirianku untuk berada di samping suami aku. Kerana suamiku tidak pernah menganiaya aku. Biasalah masalah rumah tangga.

Disebabkan itu, ayah menyalahkan ibu kerana membiarkan aku sambung pengajian mengikut kos yang aku pilih sendiri.

“Kalau dulu dia ikut cakap saya, masuk Kolej Risda dia takkan kenal dan takkan kahwin dengan si Haris tu. Ni semua salah awak ikutkan apa dia nak sekarang ni dah jadi macam ni nak buat apa?”

Ayah sering menyalahkan takdir bila sesuatu benda terjadi. Sungguh aku tak faham. Sedangkan masa mula mula aku menyatakan hasrat ingin berkahwin ayah 100% setuju kerana suami aku bekerja di bank.

Tapi apabila suami memutuskan untuk berhenti kerja dan berniaga, bermula dari hari itu ayah mula membenci kami sekeluarga.

Selain itu, ayah juga akan menggunakan agama untuk mengutip zakat daripada adik dan ibu aku. Semasa cuti semester, adik aku akan berada di rumah dan menjual kuih Bersama ibu aku. Setiap kali ada orang beli kuih, setiap kali itu ayah akan memaksa “mengutip” zakat.

Kalau membantah, macam biasa ayah akan megamuk dan menggunakan agama sebagai hujahnya. Bayangkan baru satu customer yang beli dah kena keluarkan zakat?

Tidak cukup dengan itu, ayah akan memaksa atuk dan nenek juga mengeluarkan duit untuk derma setiap hari. Ayah aktif di Facebook, setiap kali dia melihat orang posting minta bantuan di Facebook, dia akan ambil no akaun orang tersebut dan memberi derma.

Derma itu tidak salah tetapi biarlah seikhlas hati. Ini tidak, ayah akan meminta duit daripada ibu, atuk dan juga nenek untuk derma tersebut dengan alasan ingin mengumpul pahala.

Kalau sehari dia jumpa 10 orang yang meminta bantuan, maka 10 kali la kami kena beri wang untuk derma.

Terlalu banyak perkara yang berlaku dan terlalu banyak cerita yang aku nak cerita. Tapi aku rasa cukup setakat ini je.

Disebabkan perangai NPD ayah, aku dan adik aku mengalami sympt0m anxiety dan d3pr3ssion. Kami amat memerlukan bantuan untuk keluar daripada kehidupan ini.

Tujuan confession ini bukanlah sekadar untuk meluah tetapi aku berharap ada orang yang bantu kami kerana emosi dan mental kami diseksa dan kami sering dibayangi perbuatan keji ayah.

Reaksi warganet

Encik Ahmad Alfonso –
Bersabar dan bertabah dah lapuk sis. apart of bawa dia berubat. Maybe ada tersampuk whateva. U gotta give him to taste his medicine. KO pulak maki dia.

Yes berdosa. but sometimes orang takkan sedar. Guna balik method yang sama. “kalau ayah masuk campur tidak lah hidup saya jadi macamni. Ni semua salah ayah. tahu cakap je”. Salah kan dia balik. Then lari cepat cepat. goodluck.

Shida Shamsudin –
Ayah ko ni macam sesuai ada episod khas dia dalam slot slot cerita indonesia hari Jumaat kat TV3 tu. “Anak suami dan bapa narsisi ditabrak kereta sorong” atau “Penunggang agama disumpah menjadi peti harta karun oleh ibunya yang alzheimer”

Maaf la tuan tanah tak mampu nak bagi nasihat. Rasa macam nak tonyoh tonyoh muka ayah awak ni.

Nurhany Aziz –
Ada kawan saya NPD.. Kalau tengok rupanya ala ala Syed Sadiq tu. Lemah lembut dengan orang luar. Cakap berlandaskan agama. Tapi saya tau dia NPD sebab ayahnya cerita pada saya..

Pernah pecahkan motor ayah dia, ugut mak dia. Bila kawan saya ni kahwin isteri dia jadi mngsa.. Kalau tampar bini tu mana mana pun boleh. Last sekali dia kena tangkap polis sebab kurung dan dera anak isteri.

Abang si isteri yang report. Duduk penjara 4 bulan, kena denda rm12k. Kerja kena buang mak bapak pun halau. He deserves it.

Indra Putra –
Kesian ke ibu awak. Memang takde siapa yng berani pertahannn ibu awak ya? Sebenarnya ayah awak mungkin di “manja” kan sejak korang kecik lagi. Takde sapa yg AJAR dia..dan SEDARKAN dia bahawa apa yg dia buat tu memang kes dera.

Kesiannya ibu awak. Tapi dia bertahan untuk anak anak. Ayah awak tu tak pernah rasa tidak diperlukan dan ditinggal sendiri. Paling baik adalah, selamatkan ibu awak dan bagi dia bahagia di hujung usianya.

Kecualilah ibu yang tak mahu pergi dari perkahwinan dia. Ibu sendiri yang rela di maki hamun macam tu. Sebab ayah awak tidak pernah ada yang ajar dia. Makin tua makin teruklah.

Kalau saya, make fun of him. bila ayah tengah mengamuk tu, diam diam rakam. Kumpul banyak banyak video. 1 hari nanti, bila dia dah lemah lelah harap ke anak jaga. Tayang vedio tu ke dia..

Nur Humaira Yasmin –
Orang pertama yang puan kena selamatkan adalah ibu puan, melainkan kalau dia tak nak sngt2 diselamatkan. Dan tentu sahaja, puan sekeluarga kena sentiasa doakan ayah dan ibu.

Bagi puan, sekurangnya puan ada suami tapi adik puan takde, jadi segera dapatkan kaunseling ataupun khidmat psych0logist. Ramai orang tak tau, dera bukan hanya melibatkan fizikal namun juga mental dan dua dua sama je salahnya.

Dera mental dan emosi adalah salah, dan dera fizikal adalah salah. Puan dan adik beradik masih hormat ayah kerana dia ayah dan itu sangat bagus dan perlu. Tapi dalam hormat bukan bermakna kita tak boleh buat apa apa tindakan.

Antara sifat NPD yang berbahaya adalah manipulati0n. Dia akan brainwash mngsa dia sampai mngsa dia rasa terpencil, rendah diri, tak guna, tak berfungsi, kena bergantung pada si NPD sahaja, dan macam macam lagi.

So bila si mngsa sampai tahap tu, dia akan takut dan tak mau melepaskan diri daripada si NPD.

Puan bawa ibu ke tempat ayah tak dengar, dan bincang sehabis baik. Adakah ini yang ibu puan nak seumur hidup? Kalau ya, teruskan. Dan juga, usaha untuk adik puan supaya dia tak d3press sorang sorng.

Jalan penyelesaian ada banyak. Cuma sama ada, pihak mngsa nak buat atau tak. Dan kalau ayah puan pukul lagi, puan boleh bawak ibu pergi report polis. Ada saksi, ada bukti.

Orang NPD menjadi jadi sebab tak ada yang balas dia. Ayah tak ayah, salah tetap salah. NPD bermula dari akhlak dan akhirnya jadilah dia teruk sebegini. Saya harap puan dapat buat sesuatu untuk kesihatan emosi dna mental, puan dan keluarga.

Akhir kata, saya doakan ibu puan, puan dan keluarga puan bahagia, selamat dan terus maju ke hadapan. Aamiin. Semoga berjaya

Sumber – Mariam (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *