Dulu merayu2 minta buat loan. Hasil tiada. Sudahnya 200k, tiap bulan aku pula tanggung sorg2

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum. Aku sebenarnya tengah kusut sekarang ni. Maklum le tengah PKPB pastu barang umah secara tetiba rosak berjemaah. Jenuh jugak nak kena beli sebab yang rosak tu sume barang barang penting untuk kegunaan harian.

Ok berbalik pada cite yang sebenar benarnya. Aku nak cite kisah famili aku. Aku start dengan mak aku. Mak aku ni surirumah. Jadi seluruh kehidupannya diabdikan untuk famili.

Tapi masa kami kecik kecik mak selalu sakit sakit. Tu yang diberitahu dekat kami adik beradik. Jadi kami 6 beradik ni macam tak terurus. Lagi lagi bila mak beranak rapat. Jadi 2 orang adik aku, mak aku bagi pada makcik untuk dijaga.

Aku pun kena amik dengan makcik aku. Tapi tu la hari hari aku menangis sebab tak seronok duduk dengan famili orang. Rasa terasing. Nasib aku baik sikit, aku start sekolah je, makcik aku pulangkan aku balik.

Bila mak aku dah meniti usia senja ni. Anak anak pun dah besar, mak berubah laku. Join zumba, hidup tak penah lekang dengan handset dan suka bershopping. Mungkin la mak rasa dulu dia dah letih jaga kami, sekarang dia nak bergembira.

Tapi sedih aku tengok mak, al-quran tak pernah baca. Setakat ni kalau pegi yasinan je mak aku baca yasin. Tu pun ikut ikut kawan.

Pernah la aku tanya ayah, nape tak ajar mak mengaji. Ayah kata mak degil sungguh. Aku memang pelik dengan sikap mak aku. Kuat melawan sungguh kalau dengan ayah aku. Tapi kalau dengan adik lelaki aku bukan main mengikut kata.

Ada beberapa kali aku bagi mak aku duit lebih untuk renovate umah. Tapi duitnya lesap entah ke mana. Umahnya camtu jugak dengan berlubang sana sini. Terkopak sana sini.

Sebab aku jauh, aku bagi kepercayaan kat adik dengan mak aku suruh orang baiki. Tapi aku balik kampung begitu jugak keadaannya.

Bila aku tanya mana duit yang aku bagi tu, berdolak dalik sume sampai 1 tahap aku kecewa dan tak mahu amik tahu hal umah mak aku.

Tu belum dengan bersepahnya umah dengan barang barang dan bau hancing kucing. Mak aku kalau bab duit memang pandai betul pusingnya. Duit aku titip untuk ayah aku pun tak sampai ke tuannya.

Mungkin la disebabkan famili aku yang longgar bab agama ni. Maka lahirlah anak luar nikah akak dan abang aku. Seingat aku masa tu aku tengah belajar lagi. Jadi bila aku balik cuti sem terkejut tengok perut akak aku dah memboyot.

Mula mula ayah aku halang akak aku kawin. Muda belia lagi kan. Tapi last last dikawinkan juga dengan boyfren dia tu sebab nak menutup malu.

Yang abang aku plak tetiba balik kampung minta mak aku daftarkan anak dia. Terkejut mak aku. Nikah pun baru lagi tetiba bini dah beranak. Sebab bini abang aku ni kecik molek tu yang kami tak perasan dah bunting rupanya.

Mak aku pun tebalkan la muka pegi sama sama kakak dengan abang aku daftarkan dekat tempat keje kawan dia. Atas tiket kawan la, anak anak buah aku tu berbin dan berbintikan abang aku dan abang ipar aku.

Masa ni memang aku tak tahu menahu sebab aku kat asrama. Aku tau pun bila anak anaknya dah besar.

Aku banyak kali bincang, napa letak nama suami dia. Bukan ke kena berbinti abdullah tapi akak aku kata dah bincang dengan ustaz dan tanya orang pejabat agama. Tak jadi masalah katanya letak nama suami dia.

Payah la bab keturunan ni. Aku yang risau lebih tapi aku dah ikhtiar jugak pujuk akak aku tapi akak aku memang keras kepala. Nanti sampai 1 masa kalau abang ipar aku jadi wali anak dia memang aku bagi penampo sedas. Merosakkan keturunan sungguh.

Bab abang aku pulak, dia dah bercerrai dengan bini dia. Dia bawa diri sampai sekarang. Mak aku lah yang bela biawak hidup ni. Keje tak mau. Tolong ayah kat kebun tak mau. Dok memerap kat bilik je. Macam orang putus asa dalam hidup. Jenuh la bagi nasihat memang tak jalan.

Bab ayah aku pulak mudah terperdaya dengan skim pelaburan. Habis duit pencennya tak nampak bayang. Tak pegi umrah atau haji. Rumah masih buruk sampai sekarang.

Ingatkan bila dapat duit pencen tu ada la perubahan. Duit dah lebur tapi hasilnya nan hado. Sejenis keras kepala kalau kita bagi pendapat dipandang sinis. 1 lagi jenis orangnya yang lantakkan aje anak anak yang tak dengar kata dia.

Dia tegur sekali 2x tak jalan dipulaukan terus anak anak yang degil. Penyudahnya anak anak ni memang ikut kepala masing masing.

Sejenis yang tak kisahkan hidup orang lain. Hidup dengan dunia dia je. Dok amik barang terlarang. Kalau aku balik raya memang sedih la. Famili aku anak beranak je yang wujud masa tu.

Akak dan adik adik aku bila hari raye ke2 baru nak berkumpul. Tu pun sekejap je makan2 terus balik. Padahal duduk sekangkang kera je dengan umah mak. Aku yang di perantauan ni pun tak penah miss balik raya kecuali masa PKP aritu la tak dapat balik.

Abang aku lagi la sejak menduda tak pernah sambut raye. Entah apa la memerap kat bilik je. Dengan rambut serabainya. Kesian muka ensem tapi hidup dah tak keruan.

Aku sebenarnya bukan tak mahu tolong famili aku. Sebab famili aku la. Aku terpaksa survive sampai sekarang. Makan bercatu, sume serba bersederhana.

10 tahun menyewa baru mampu beli umah sendiri. Mula mula aku keje dulu. Ayah aku merayu aku buat loan. Bayangkan gaji ciput masa tu. Tapi atas dasar ehsan aku buat loan jugak.

Ayah aku kata nak beli kebun dan tanam benih sawit. Tapi yang sedihnya usahanya tak menjadi langsung. Habis anak pokok sawit dilanyak sang gajah. Lebur duit aku.

Pastu abang dengan adik aku pulak datang merayu rayu minta buatkan loan. Nak buka bisnes katanya. Tapi tu pun sama bisnes enta ke mana. Duit aku dibuatnya berjoli pergi bercuti. Mau aku tak sakit hati sampai sekarang.

Dah la bulanan sume aku sorang yang menanggung. Janji nak bayar tapi sampai sekarang tak nampak bayang. Bayangkan loan diaorang je dekat RM200,000 aku tanggung. Pedih ooo tengok kat slip gaji, gaji kena potong tiap tiap bulan.

Tapi tu la, Allah Maha Melihat. Walau apa yang famili dah buat kat aku selama ni aku bina hidup aku sikit2.

Masa aku mula mula keje dulu pakai keta cabuk je. Bila dah naik gaji, bilangan ahli keluarga pun dah bertambah aku dapat beli keta yang beso ckit. Jadi aku pun minta adik aku cat keta lama aku. Aku bagi cash RM2000 tapi sampai sekarang duit lesap.

Keta cabuk aku tu tersadai kat kampung. Huhu sedih sungguh. Tapi tu la aku ni nak kata baik sangat pun tak. Tapi dah berkali kali kena tikam pun, aku masih percaya kat famili aku. Cuma aku dah tawar hati la. Bab duit memang famili aku ‘pakar no 1’.

Mungkin mereka yang bijak dan aku yang bdoh membuat penilaian. Bab hutang ni sebenarnya niat aku 1 je. Kalau mampu bayar, bayar la. Tapi kalau sampai mati tak mampu bayar. Takpelah aku halalkan.

Mungkin ni ‘bahagian’ aku kat dunia dab Allah permudahkan urusan aku di akhirat nanti. Wallahualam.

Aku yang tersakiti..

Reaksi warganet

Jue Baker
Allahuakbar, tak dapat sambung baca. Aku btul betul terkejut lepas bca pasal bin binti tu. Ada pulak orang dalam yang membantu. Subhnallah, dosa seumur hidup selagi tak diselesaikan..

Sebelum buat tak malu, dah buat, malu nak tutup aib, tukar nama. Allah I am crying. Aku ni bukam baik mana, solat tunggang langgang, tapi… Hmm moga kita smua sempat bertaubat…

Norfarazilla Rahmat –
Sebenarnya kat JPN mereka benarkan letak nama ayah sahaja tanpa bin atau binti dan masa nikah memang tak boleh jadi wali kalau anak perempuan.

Saya tau perkara ni sebab ada kenalan yang pergi daftar anak luar nikah mereka memang JPN dah terangkan. Dia bukan soal org dalam bantu ke tak, tapi ramai yang tak tau procedur pendaftaran anak luar nikah..

Tapi kalau nak ada bin atau binti, tak silap saya baru letak abdullah. Maaf kalu saya silap, apa apa boleh rujuk JPN. Dulu saya terkejut jugak perkara ni..

Fyd Arsyat –
Kenapa kerja kau asyik pas duit kat orang. Tu yang aku pelik. Nak baiki rumah, ko pas duit. Nak cat kereta pun suruh adik, ko pas duit…

Kerja boleh deal sendiri, kenapa asik mintak adik beradik ko yg ntah apa apa tu buatkan.. padahal boleh je ko cari kontraktor yang bertauliah sendiri. Hantar terus kereta ke bengkel cat. Konpius sangat. Adakah ko sengaja cari penyakit…

Siti Noraini Maidin –
kadang kadang kan bila kita ni jenis ” baik hati” sangat, sampai orang boleh pijak pijak. Tu bukan baik hati, tapi bendul. Sebab tu orang suka ambik kesempatan.

Maaf saya agak geram sikit dengan kisah ni.. tolonglah ambik pengajaran, Lepas ni jangan tolong bab duit ni, walaupun adik beradik.. syebab orang macam ni bila Kita susah tak ada siapa Yang akan mai tolong

Sumber – 4U (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *