Pelik bila keluar mlm suami pegang erat, peluk bahu aku. Bila tahu hal sebenar, aku terasa gelap

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum semua. Saya terpanggil untuk berkongsi kisah saya setelah membaca kisah SUAMIKU DYSLEXIA.

Saya dan suami berumur 34 tahun, berkenalan semasa di universiti dan telah mendirikan rumahtangga hampir 9 tahun. Alhamdulillah kami dikurniakan 2 orang cahaya mata lelaki yang berumur 7 dan 1 tahun.

Selama ini saya merasakan hidup saya cukup lengkap dengan adanya kerjaya yang stabil, keluarga yang bahagia, rumah, kereta dan semua perbelanjaan alhamdulillah sentiasa cukup.

Sehinggalah pada Mac 2018, Allah uji kami sekeluarga dengan ujian yang saya tidak pasti mampu hadapi atau tidak.

Suami saya didiagn0s menghidap penyakit Retinitis Pigment0sa atau disebut RP. RP ni adalah penyakit genetik, walaupun mak dan ayah suami tiada penyakit ini.

Suami sendiri tidak pasti dia mendapat penyakit ini daripada siapa. RP adalah sejenis penyakit mata yang boleh menyebabkan kebutaan.

Dalam retina mata dia, ada pigmen atau tompok-tompok hitam di sekeliling retina menyebabkan medan penglihatan menjadi kecil, semakin mengecil setiap hari dan akhirnya menjadi buta.

Suami didiagnos menghidap penyakit ini pada 2018 setelah pemeriksaan penuh dilakukan sebelum menjalani pembedahan lasik.

Doktor menyatakan bahawa lasik tidak akan dapat menyelesaikan masalah mata suami kerana RP sememangnya tiada ubat buat masa ini.

Pada awal perkahwinan, saya perasan suami kerap sepak barang atau apa sahaja benda yang berada di atas lantai di kawasan laluannya. Sama juga dia selalu langgar kaki kerusi, kaki meja, langgar orang bila di tempat awam dan banyak lagi la.

Suami juga akan menggenggam erat tangan saya atau memeluk bahu saya sekiranya kami keluar pada waktu malam, katanya kurang nampak.

Pernah juga dia jatuh longkang dan jatuh tangga kerana menjangkakan anak tangga telah habis tapi sebenarnya masih ada. Perkara ni selalu terjadi dan saya cuma ingat dia memang tidak perasan sahaja.

Dia juga beberapa kali terlanggar kereta orang ketika keluar parking, keluar dari simpang dan hampir hampir melanggar orang yang hendak melintas jalan raya.

Saya memang ingat dia tidak perasan saja. Sehinggalah suatu hari pada tahun 2018 selepas dia berlanggar dengan bas mini ketika hendak keluar dari simpang, dia nekad untuk melakukan pembedahan lasik kerana menjangkakan masalah rabun silau yang semakin teruk.

Kami pun melakukan temujanji dan pergi berdua melakukan semua ujian yang diminta. Setelah itu, doktor memanggil kami masuk dan menceritakan hal yang sebenar. Gelap seketika dunia saya ketika itu.

Kami tidak banyak bercakap, mungkin masing masing masih belum dapat hadam apa yang doktor sampaikan. Doktor meminta kami untuk datang melakukan pemeriksaan selanjutkan pada petang hari.

Kami pun balik ke hotel tengahari itu, solat jamak dan menangis bersama sama selepas itu. Kami terlalu sedih dengan berita yang baru kami dengar. Kami berehat seketika dan kembali ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Doktor menjangkakan suami akan kehilangan penglihatan dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Medan penglihatan suami pada ketika itu cuma tinggal 10 percent sahaja (Untuk kita yang normal, medan penglihatan kita adalah sebanyak 180 percent).

Bertambah gelita dunia saya rasakan. Suami saya akan buta?

Macam mana penerimaan dia? Macam mana dia mahu meneruskan kehidupan?

Macam mana dengan kerjaya dia? Macam mana dengan saya? Macam mana dengan anak kami?

Terlalu banyak yang bermain di fikiran saya ketika itu.

Doktor menyatakan peratusan untuk penyakit ini menurun kepada anak kami adalah 50/50. Ujian cuma boleh dibuat setelah dia berumur 7 tahun ke atas (masa ni anak kami baru 5 tahun).

Doktor menyarankan agar suami tidak lagi memandu kereta, mengikuti kursus mobiliti dan memohon kad OKU.

Kini 2 tahun setengah telah berlalu. Bila saya tanyakan suami, macam mana penglihatan abang sekarang?

Katanya, kalau dia tengok muka orang, dia hanya nampak muka sahaja. Yang lain lain tu cuma nampak kabur. Dia juga tidak memandu lagi sejak didiagn0s dan menjadi pengguna grab tegar sehingga kini.

Kami menjalani hari hari seperti biasa. Cuma saya lebih peka, barang barang tidak lagi bersepah di lantai atau tengah tengah rumah. Jarang sangat keluar waktu malam. Kalau dia perlu keluar, dia akan bawa saya sekali.

Bermula waktu senja, penglihatan dia memang sangat terhad. Even di dalam rumah, di bawah lampu, dia sudah tidak boleh membezakan warna. Dia cuma nampak warna yang gelap dan terang sahaja.

Saya sedih bila mengingatkan hal ini. Semakin hari, penglihatan dia semakin berkurang. Tapi saya lihat dia sangat tabah. Kalau saya, tidak tahulah macam mana saya boleh hadapi semua itu.

Minta maaf agak panjang coretan saya. Saya cuma ingin berkongsi resah hati ini. Doakan saya dan suami diberi kekuatan menghadapi ujian ini. Doakan juga anak anak saya tidak mendapat penyakit ini. Merekalah kekuatan saya sehingga kini.

Terima kasih sudi membaca sehingga habis. Semoga semua pembaca sentiasa dalam lindungan dan redha Allah hendaknya. Aamiin…

Reaksi warganet

Norhayati Baharom –
Semoga puan tabah menghadapi dugaan ini. Saya sangat sangat memahami perasaan puan confessor, kerana saya sendiri adalah penghidap RP.

Pertama kali di diagn0se penyakit ini pada tahun 2015, barulah saya faham kenapa semenjak dari zaman kanak kanak, saya sering tersepak barang di bawah dan terhantuk di kepala serta penglihatan malam yang sangat lemah. Saya ingatkan saya yang cuai, rupanya ada penyakit sebegini.

Sama seperti suami confessor, pernah juga beberapa kali eksiden kerana kegagalan mata melihat dengan cekap. Sekarang pengelihatan saya masih agak baik, dan hanya memandu ketika terdesak sahaja.

Ye, penyakit ini menyebabkan pergerakan agak terhad, perlu sangat berhati hati di tempat ramai orang, terlanggar, tersenggol itu biasa. Sebenarnya banyak lagi perkara yang tidak diingini sering berlaku.

Setakat ini, 4 orang anak saya tidak menunjukkan simptom penyakit ini. Alhamdulillah. Kepada confessor, semoga tabah menghadapi ujian ini dan berdoalah semoga anak anak puan tidak menghidap penyakit ini.

Rohaizah Abwahab –
Semoga puan sabar dan redha dengan ujian ini. Suami puan sangat sangat memerlukan puan dalam kehidupannya. Akak kenal seorang guru yang mengalami masalah ini. Isterinya seorang suri rumah tapi mempunyai kelulusan.

Si isteri yang membantu suami membuat ran. pengajaran, menghantar dan mengambil suami dari sekolah, menguruskan anak anak dll. Disamping itu dia juga mengambil upah menjahit.

Yang akak kagum mereka berdua sentiasa ceria. Si suami juga kelakar orangnya dan sering buat lawak dengan keadaannya itu. Suami seorang guru yang baik dan berdedikasi. Nampak mereka redha dengan ujian itu. Akak doakan semoga puan dan suami juga diberi kekuatan sedemikian dan dipermudahkan segala urusan.

Asyikin Hassan –
Saya memahami keadaan suami confessor dengan medan penglihatan yang terhad dan pelbagai kesukaran sebagai pesakit RP. Di negara negara maju sudah ada research perubatan yang sedang giat dijalankan.

Insyaallah kita berharap akan ada medical research breakthrough for RP. Keadaan akan lagi bertambah teruk sekiranya pesakit RP ada penyakit kencing manis/drah tinggi yang tidak terkawal. Jdi kena jaga betul betul gula dan tekanan darah.

Sokongan daripada ahli keluarga dan sahabat sahabat sangat sangat membantu. Jngan sedih kalau orang tak paham pasal keadaan kita. Tak semua orang faham siap marah ada lagi pun ada. Disease progression varies from person to person. Kena tengok profile pesakit mcam mana. InsyaAllah semoga dipermudahkan urusan puan sekeluarga.

Fiqa Afiqah –
Sepajang saya baca confession ni, 1 je yang buat saya fikir dab sebak. Perasaan kali terakhir suami dapat melihat orang orang yang dia sayang sebelum jadi buta.

Moga Puan dan Suami tabah, semoga perjalanan kehidupan puan dn suami dipermudahkan. Dugaan bagi Puan, dugaan juga bagi Suami. Puan mungkin gelisah dengan masa depan Puan dn anak anak. Tapi yakin lah, suami Puan juga akan rasa lebih dari apa yang Puan rasa.

Mana dengan masalah mata, mencari sumber pendapatan yang sepatutnya itu tanggungjawab dia selama ni, tak dapat tengok muka anak anak dan sebagainya. Saya doakan moga kasih sayang dan cinta Puan pada Suami akan utuh sampai ke akhir hayat. Moga Puan dan Suami juga sentiasa dimurahkan rezeki.

Zayati Mokhtar-
Cerita ini meyakinkan kita bahawa kita ni memang tiade kuasa atau daya apapun. Semuanya telah ditentukan oleh Allah.

Kalau dapat nak dihadam, walaupun kita celik dan sihat yang ‘menyelamatkan’ kita selama ini hanya Dia.

Puan tak perlu risau tentang rezki dan hal hal lain. Sebenarnya semua yang kita buat, dapat dan lalui selama ini adalah dengan bantuan Allah semata. Dan Allah TIDAK ZALIM.
Sebab tu REZEKI, AJAL, JODOH, SYURGA/NERAKA ditanganNya.

Puan hanya perlu persiapkan diri untuk jadi hambaNya yang benar benar berserah diri. Nikmatilah kehidupan baru dengan kaedah baru.

Semoga puan dan suami serta keluarga kembali bersatu di syurga meraih bahagia sebenar. Krn AKHIRAT adalah dunia sebenar kita sedang dunia memang tempat ujian semata.

WA.

Sumber – Saya Isteri Dia (Bukan nama sebenar) via IIUMC

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *