“Assa…kum”. Tgh malam, terdengar suara bg salam. Mak sruh senyap, dia trus tarik peluk aku erat

Foto sekadar hiasan.

Sekarang aku tengah self-quarantine sebab baru balik travel atas urusan kerja. So sementara aku ada masa ni, aku just nak share pengalaman pengalaman unik masa kecik.

Aku Mat B. Masa aku kecik kecik dalam umur 4 tahun (sampai darjah 6), mak aku kena posting kawasan pedalaman. Duduk rumah kampung. Rumah ada tangga, dan bilik tido next to pintu dapur.

Aku kadang kadang tido dengan pengasuh, kadang tido sekali dengan mak aku kalau pengasuh balik umah dia. Satu malam masa aku kecik (seingat aku, aku belum sekolah lagi), hujan sangat lebat, aku terjaga sebab kesejukan dan bunyi kuat dekat pintu.

Aku terjaga dalam kelambu. Mak di sebelah aku (rumah kampung banyak nyamuk memang biasa pakai kelambu).

Hujan lebat malam tu siap pekej bunyi guruh dan kilat lagi. Tapi disebalik kekuatan bunyi guruh kilat tu, aku masih ingat aku dengar ketukan yang kuat. Sedang mengetuk pintu rumah kami.

Tok! Tok ! tok!.. “Assa…kum”.. jelas aku dengar suara perempuan bagi salam sambil ketuk pintu. Masa yang sama jugak mak aku terus tarik aku dekat, dan peluk aku.

Masa tu aku takde pulak perasaan takut. Aku cakap kat mak aku, “mak, ade orang ketuk pintu ”.

Mak aku tak cakap apa, dia suruh senyap. Shhhht! Bisik mak. Tapi boleh aku katakan malam tu aku memang jelas dengar ketukan dan orang bagi salam tak lengkap nak masuk rumah. Akhirnya aku tertido balik.

Mak aku cikgu sekolah. Pergi keje bapak hantar. Zaman dulu (awal 90an) usually, orang pakai satu kereta je. Kalau ayah aku pergi kursus lama dekat ibu kota, aku duduk dengan mak aku, abang aku, dan mak akan panggil pengasuh tinggal sekali dengan kami, buat peneman.

Masa tu adik bongsu aku kecik lagi, bapak aku kena pergi kursus lama. Tinggal kami tiga beradik dengan mak aku. Satu hari Mak Mah (pengasuh) demam. So mak aku cakap Kakak Ika (anak Mak mah) akan ganti datang.

Mak aku tunggu tunggu Kak Ika tak datang lagi. Jadi dia pun hantar pegi rumah jiran yang salu tengok tengokkan kami (sebelah kiri rumah je) sementara tunggu Kakak Ika datang.

Mak dengan abang aku nak pegi sekolah, bas sekolah dah sampai. Masa main main dekat umah jiran, aku nampak kakak Ika dalam rumah.

Aku pun jerit panggil. Dia lambai, aku pun lari masuk rumah aku. Rumah kampung dulu buaian baby mesti ikat/ sangkut tinggi kat pintu atau dekat palang tengah rumah. Mana ada buaian letrik. Kakak Ika, membelakangi aku sedang dodoi baby.

Aku pun pelik. Eh tadi baby ada kat umah sebelah. Tapi sebab aku memang rapat dengan kakak Ika, aku pun datangla dekat.

Adalah beza dalam lima langkah masa tu, tiba tiba kakak Ika berpaling, dengan rambut panjang mengurai macam iklan syampoo pantene.

Muka sebijik Kakak Ika, tapi biji mata semua putih. Sambil senyum menyeringai kat aku. Tangan putih pucat kebiruan pegang dodoi buaian, kuku hitam dan lebam, bibir merah menyala. Aku terkejut tapi tak boleh jerit. Memang tak terkeluar suara.

Kalau cerita movie Melayu tu Rita Rudaini dah menjerit dah, tapi aku tak. Langkah kaku, dan terduduk. Kejap lagi aku dengar suara baby gelak sedang diagah agah dari belakang.

Pastu kakak Ika dengan jiran aku baru nak masuk rumah. Tengok aku terduduk tanya,

“Kenapa angah duduk sini?.. Dah makan belum”.

Aku lega sebab itu memang kakak Ika yang betul.

Aku selalu dengar mak ayah aku gaduh pasal rumah tu. Mak aku selalu nak pindah tapi ayah aku macam cakap nak cari rumah lain susah. Rumah ni dekat sekolah dan tempat kerja ayah.

Satu hari, atuk nenek sebelah mak aku datang tido umah. Malam tu satu family tengah tengok TV dekat hall. Next to hall, bilik baby tido.

Aku very possesive dengan baby sebab aku dah lama nak adik. Beza aku dengan adik 6 tahun. Being a younger sibling aku asek kena tinggal je dengan abang aku dan kawan kawan dia kalau main basikal ke. Alasan aku kecik lagi. So bila ada adik, aku possesive konon ada kawan.

Masa tengah tengah tgok tv tu, aku saja nak masuk bilik tgok baby. Tiba tiba ada nenek dekat situ. Tapi bukan nenek aku, nenek muka tua kerepot tengah baby sit adik aku.

Aku taktau mana dapat kekuatan tapi aku menangis masa tu. Nangis sekuat kuat hati. Mak dengan nenek pun datang masuk bilik, dan benda tu pun hilang.

Adik aku takde ape. Tapi mak aku cakap aku seminggu demam panas. Aku cakap kat mak aku, aku nampak orang tua, tapi entahla mak aku percaya ke tak cakap aku.

Tapi nenek aku percaya. Dia cakap ada sesuatu dekat rumah tu yang sentiasa mengikut. Sebab tu nenek aku selalu datang volunteer nak jaga kami kecik kecik. Dipasangkan al-Quran kuat kuat time waktu pagi dan maghrib.

Satu hari, pagi pagi awal subuh, aku dikejutkan dengan bunyi atuk aku tengah azan sekuat kuat nya. Ayah aku pulak bawak parang menghadap pokok besar.

Seingat aku, dekat bilik tido baby memang ada pokok besar. Selalu ada figura macam burung besar bertenggek menghadap tingkap rumah kami dengan bunyi bunyian yang tidak menyenangkan.

Mungkin aku salah sebab masa tu aku kecik lagi, tapi aku pernah dengar jiran dan mak aku bercerita dua minggu sebelum tu ada baby meninggal dunia. Dan lepas tu badan baby yang meninggal tu lebam lebam.

Wallahua’lam. Masa aku kecik kecik, aku dan kawan aku pernah nampak bola bola api dari jauh. Especially bila black out.

Aku selalu ingat bunga api ke, ape ke. Tapi kawan kawan kampung yang besar sikit cakap benda tu adalah ilmu gelap, orang tengah berlawan test ilmu dan kadang sedang cari mangsa. Wallahua’lam. Semoga Allah lindungi kita semua.

Oh ya, tepi rumah kampung tu, ada satu kawasan lapang macam taman yang cantik. Takde sape pun jaga, tapi bersih dan cantik. Pasir putih, di tengah ada pokok cempaka besar, wangi je kalau berbunga.

Macam mana aku tau tu pokok cempaka, sebab kakak Ika yang bagitau. Kalau sabtu atau ahad pagi, ayah aku konon konon jogging, mak aku bawak kami main main kat sini. Memang betul betul sebelah rumah kami je sebab kami rumah hujung.

Kat pokok cempaka besar tu ada dahan dan ada buaian kayu tergantung. Kawasan yang ala taman kecik tu di pagari pokok jarum jarum merah. Aku pun tak tau nama pokok apa tapi jarum merah. Kami selalu main main kat sini kalau petang kadang mak aku marah.

Kakak Ika pernah cerita dekat aku, dekat situ kadang ada puteri cantik muncul (masa ko kecik ko pecaya jela dia cerita apakan, ko macam tak tanya banyak).

Puteri tu salu naik buaian tu katanya lagi. Tapi memang betul, aku dengan abang aku pernah tengok buaian tu swinging sendiri sendiri masa nak maghrib.

Dia baru balik main bola aku tunggu dia depan laman rumah. Bila kami tengok buaian tu gerak sendiri, lintang pukang lari tak cukup tanah. Tapi kalau ko ajak kawan kawan tengok, konon nak tunjuk buaian tu bergerak, takde la pun buai tu nak show off swinging.

Kakak Ika cakap dia pernah tengok perempuan ala puteri dari beranda rumah. Siap berpakaian lengkap macam puteri Perak naik buaian malam malam. Bila ko dah besar ko pikir balik. ISH puteri mana la nak pegi duduk main buai tengah tengah malam, gile.

Anyway, lepas kejadian ayah bawak parang dan atuk aku azankan rumah, tak lama lepas tu kami pun pindah dari rumah kampung tu dan jauh sikit dari sekolah.

Rumah baru kami pindah kecik sikit. Tapi ok je lagi ramai kawan. Setiap kali pegi atau balik sekolah, aku mesti lalu depan rumah lama tu. Aku akan pandang dari tingkap bas sekolah. Seingat aku, lepas kami pindah, dah takde sape duduk rumah tu.

Sebenarnya ada lagi kejadian kejadian pelik yang menghantui family aku, tapi panjang pulak cerita nanti. Always the case kena dekat anak lelaki sulung. Aku pun witness benda ni jadi kat Abang aku, selama 14 tahun ayah aku cari cure. Sampai aku sekali nak suruh kena scan.

Alhamdulillah takde ape. Orang kata aku kuat semangat (sikit) banding Abang aku. Susah jugak family aku masa Abang aku sakit tu, memang ujian untuk mak ayah aku nak handle situasi Abang aku.

Segala usaha cari, modern dan traditional. Segala ustaz yang berilmu datang ke rumah parent aku mintak tolong bantu pulihkan semangat Abang aku.

Cousin lelaki aku yang sulung pun kena, tapi family sempat bawak berubat dan sembuh. Anak lelaki sulung pak lang aku pun sakit kejap, tapi nasib baik Anak pak lang tu warak orangnya.

Aku duduk asrama SMKA masa tu. Aku tahu hal Abang aku sakit. So bila balik kampung aku la tengok tengok kan adik aku sebab parent aku dah fokus nak berubat untuk Abang aku.

Tapi nenek aku pernah kata, benda ni maybe ilmu ilmu zaman dulu yang mungkin dah tak releven pada masa kini. Ntahla. Semoga kita semua tak jatuh syirik.

Sekarang ni condition Abang aku dah ok cuma dia masih trauma nampak benda benda unik tu lah. Aku nak kata tak percaya, tidak jugak, tapi tak nak lah terlalu taksub.

Lepas dia recover tu things no longer the same, dari segi emosi dan pembawakan diri. Syukur masih boleh beribadah.

Sekarang ni Abang aku, mak ayah aku yang jaga. Adik lelaki aku pulak anggap aku macam Abang sulung, sebab aku selalu cakap dekat dia Abang long sakit, kita dua yang kena jaga dia if mak ayah takde.

Dia memang faham, sebab dia witness benda tu dari kecik kot. Semoga Abang aku pulih dan sentiasa dirahmati Allah.

Kami pun dah lama tak pegi ke kampung tu. Mak Mah pun dah meninggal, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman. Kakak Ika dah jadi pegawai polis. Mak dan ayah aku dah pencen dan bercucu sorang (anak adik lelaki aku tu).

Aku je la tak kawin lagi sebab takde jodoh tapi aku suka layan nephew aku, sebijik muka macam adik aku masa kecik kecik. Tu yang aku teringat kisah lama.

Ok, sekian.. Tu sahaja nak cerita.

Reaksi warganet

Farah Hanum Ariffin –
Sama la bro macam akak long aku. Kena gangguan ni dari tahun 2000 sampai sekarang.

Dia tak sama dah macam dia yang dulu. Berubat ustaz, jumpa pschiatrists semua dah bawak. Sedih, kesian tengok die. Nampak normal dari luar tapi tak normal.

Aku pon kena tempias. Sempat ustaz datang scan tengok ada ‘benda’ menumpang dekat kaki aku. Sekarang risau pikir next generation (anak, anak buah) akan kena tempias tak benda benda ni..

Anis Nurdhiani –
Dulu masa sekolah menengah saya sekolah asrama. Tepi asrama tu ada padang. Satu malam tu saya ternampak bulan rendah glerr kat atas padang. Bagitau kawan. Dia cakap. Eh tu bukan bulan la. Nampak tak dia gerak. Rupa rupa nya tu bebola api. Dia gerak slow je. Tetiba teringat lepas baca cerita ni.

Nur Akmal Baizura –
Bila baca kisah TT ni teringat zaman kanak kanak. Family saya duduk di kuaters. Kuaters yang berada dekat atas dan pejabat dibawah. Takde jiran tetangga.

Yang paling best tempat tu ada lah bekas perkuburan tentera jepun. Tiap tiap tengah malam akan dengar orang berkawadlah. Seret seret rantailah. Nampak bayangan putih tembus dinding tu benda biasa. Bunyi mengilai tengah malam..

Tapi alhamdulillah. 5 tahun duduk sana benda benda ni tak pernah ganggu kami adik beradik. Just tunjukkan diri gitu gitu dan bunyi bunyi pelik je tiap malam.

Nana Putra –
Masa kecik kecik dulu pon selalu jugak nampak berbola api dekat langit. Tengok je lah. Saya pon pelik, sape pulak main bola bola api dekat langit.

Banyak kali nmpak. Pernah jugak tunjuk dekat adik mase main dekat luar waktu malam (time tu main bunga api time raya)

Tanye ape benda tu. Dia cakap entah la. Saya tengok lah smpai benda tu tibe tiba hilang sekelip mata macamtu je. Bila dah besar baru tahu benda tu orang yang amalkan ilmu hitam. (kejadian tahun awal 20an )

Norpah Abd Muin –
Bebola api tu saya pernah nmpak dekat atas pokok. Masatu saya ikut kem latihan askar. 2 minggu tidur dalam ladang kelapa sawit di Kota Belud. Saya dengan beberapa anggota sentri tengah malam.

Maklumlah dalam hutan kan kalau dah masuk pukul 7 pun dah gelap apalagi jam 10 malam. Time tu kitaorang tengah siap siap on api supaya tak kena gigit nyamuk lagipun sejuk kan lagi lagi nak masak maggie.

Masa nak bagi hidup api tu tiba tiba saya terdongak then ternampak bebola api bergerak dari satu pokok ke satu pokok. Skod saya yang perempuan pun sama nampak terus dia tegur. Lepas je dia tegur, benda tu macam terstuck dekat pokok. Jarak kami dengan pokok tu macam 5 batang pokok kehadapan jak.

Malam tu tak berani mau cerita dengan siapa siapa. Kami dua jak tau, esok pagi baru bukak mulut. Kawan sorang tu suda bergegar dh tangan dia, haha.

Kalau mau tau Kota belud ni famous dengan hantu penanggal. Tapi masatu kitaorang tak sure bebola api tu penanggal ka atau benda lain. Ada jugak yang cakap bebola api ni sebenarnya ilmu sihir yang dihantar kepada orang lain tapi boleh terbatal kalau ada orang ternampak atau tegur. Wallahualam.

Sumber – Mat B (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *