“Knp mak nikah lps lahirkan along”. Yg gugur dlu anak sape, aku ni anak sape. Aku kunci pintu, mak dah jerit2 di luar. Ketuk bgai nak pecah

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca sekalian. Terima kasih kepada admin yang menyiarkan pengakuan ini. Semestinya Taiju bukan lah nama sebenar aku.

Cerita ni berkait dengan beberapa kisah pasal anak luar nikah baru baru ni. Aku adalah anak luar nikah dan aku adalah lelaki.

Macam kisah kisah sebelum ni lebih fokus kepada golongan wanita yang status dirinya anak luar nikah. Aku faham struggle mereka.

Aku mula tahu pasal status aku anak luar nikah masa aku form 1 rasanya. Aku ingat masa tu cuti sekolah dan aku duduk je kat rumah. Masa tu macam nak kemas kemas rumah, time gotong royong adik beradik.

Tiba tiba aku macam terjumpa sijil nikah mak ayah aku. Masa tu aku tengok tarikh kahwin dengan tarikh aku lahir macam tak ngam. Aku menung sekejap fikirkan status aku.

Masa ni segala flashback dalam hidup aku terlintas dalam otak aku ni.

Kisah macam mana saudara mara dan pakcik makcik layan aku masa budak budak dulu, kenapa mak ayah aku takde gambar kahwin, kenapa aku dikurung dalam bilik kecil masa aku kecil kecil dulu, dengan keliling penuh segala surat khabar lama, barang merepek ape entah lagi.

Aku tak pernah balik kampung sampai aku umur 5-6 tahun. Masa first time aku balik kampung aku tak kenal saudara mara aku. Bende bende ni terlintas terus dalam otak aku masa ni. Lepas tu aku dah tahu aku ni anak luar nikah.

Mula dari form1 aku dah tinggal di asrama. Masa form1 tu masih baik lagi, masa naik form2 aku da mula ikut ikut kawan keluar masa outing pergi main snuker, hisap rkok, ponteng la bagai.

Tapi belum kedapatan lagi masa form2 ni. Bila naik form3, bende ni yang aku pendam dalam diri aku ni ditambah pulak stress dah nak dekat dengan PMR aku jadi semakin teruk.

Masa ni aku dah banyak kali kedapatan mer0kok, ponteng dan aku diberi amaran. Masa bulan puasa, aku pergi main kebait dalam botol kat asrama di siang hari untuk release tension kononnya.

Akhirnya aku digantung sekolah, dan dibuang asrama. Masa ni betul betul sebelum PMR.

Masa aku digantung sekolah, aku tinggal dirumah nenek dan kawan sekelas yang juga sepupu jauh aku yang dekat dengan sekolah. Kadang kadang masa nak study aku tinggal rumah kawan aku ni. Kalau tak, aku study sorang kat rumah nenek aku.

Masa mak ayah aku balik kampung, mak ayah aku ‘basuh’ aku elok elok. Tapi dalam hati aku ni aku menyumpah bajet baik la bagai. Aku diamkan saja.

Lepas habis PMR, aku balik rumah parent aku, dan macam biasa layanan mak ayah aku pada aku macam layan seorang yang gagal. Yang tak patut dibela, dibesarkan, elok m4ti je kecil kecil dulu.

Aku redha dan aku diamkan saja. Sebabkan aku dah jadi per0kok, aku selalu hisap r0kok sorok sorok tengah malam di luar rumah.

Satu hari tu, lepas hisap r0kok malam tu, aku simpan r0kok dalam poket. Dan masa siang, mak aku nak kejutkan aku, kedapatan terus di situ. Mak aku mengamuk teruk masa ni, macam macam ayat die keluar yang menyakitkan telinga.

Masa ni aku dah tak tahan aku melantun terus dan cakap, “kenapa mak kawin lepas lahirkan along”.

Masa ni mak aku marah marah lagi. Mak aku bising satu rumah, pergi dapur dapatkan ayah aku. Masa pergi tu, aku terus kunci pintu. Aku sendal dengan kayu dengan barang barang berat dekat pintu. Mak aku datang balik ketuk pintu sampai pecah.

Aku tak buka langsung masa tu. Aku biarkan dan diam saja, tak respon ape pon. Entah berapa jam aku dalam bilik tu lepas tu mak aku da reda sikit. Ayah aku ketuk pintu elok elok suruh aku buka pintu.

Lepas tu mak ayah aku slow talk dengan aku tanya macam mana aku bole tahu bagai. Mak ayah bawak aku keluar makan. Adik adik aku tinggal kat rumah kecuali adik yang last tu ikut sekali. Macam nak pujuk la ape.

Masa ni hati aku macam tak percaya pengakuan dia tu. Aku tak cakap ape pon lepas tu. Kalau tak silap minggu lepas tu result PMR keluar. Masa pergi tu aku tengok muka mak ayah aku, nampak raut macam tak mengharapkan ape ape pon.

Sampai kat sekolah, cikgu announce yang result aku dengan sorang lagi geng aku yang kene buang sekolah aritu adalah antara yang top kat sekolah tu (6A je pon).

Walaupon kene buang sekolah tapi masih boleh perform. Mak dengan ayah aku masa tu macam terkejut gile dengan result tu. Dari tak expect ape ape kepada bangga. Korang boleh bayangkan tak.

Memandangkan aku dah dibuang sekolah, berbekalkan result tu, aku pindah ke sekolah yang lagi bagus. Dan masalah disiplin aku masih aku teruskan.

Masa form4 tu aku start bergaduh, kedapatan lagi mer0kok. Tapi pengetua aku macam bagi can kat kitorang lagi. Disebabkan tu aku rasa dihargai. Aku stadi elok elok, sampai la boleh perform masa SPM pulak.

Aku rase bende bende yang aku buat ni semua mungkin sebab aku rasa masa tu aku ni anak luar nikah, anak haram, tak selayaknya aku jadi hip0krik jadi baik. Jadi buat ape aku nk jadi baik baik sangat.

Lepas lama lama sikit aku baca kat internet pasal status bin dan binti anak luar nikah, pasal hukum kahwin bagai. Aku rasa agak menyusahkan. Sekarang nama aku dibinkan kepada bapak aku.

Ok korang bayangkan. Selepas kes aku tanya kenapa kawin lepas aku lahir tu, aku dah tak cakap langsung, tak tanya langsung mak ayah aku lagi. Dorang pon macam tak nak bagitau ape pon.

Otak aku ni berjalan tau. Aku tertanya tanya adakah ayah aku yang sekarang ni betul betul ayah aku. Ke ayah aku ni adalah pak sanggup saja.

Macam mana keadaan mak aku sebelum aku lahir, liar gile bapak ke. Ade salah satu kisah dari flashback tu, mak aku pernah cakap, sebelum aku lahir mak aku pernah gugur.

So ko faham tak macam mana. Aku ni anak sape sebenarnya. Yang sebelum tu anak sape. Dorang tak buka mulut langsung. Yang gugur tu pasal gugur paksa ke ape.

Sekarang ni umur aku da masuk fasa nak kahwin. Walaupun aku ade kekasih hati sehingga tahun lepas dari awal perkenalan di universiti dulu (dekat 9 tahun kenal), sekarang aku dah single balik.

Aku tak tahu macam mana kisahnya nanti kalau aku nak start kahwin. Adakah mak ayah aku buka cerita.

Aku malu kalau in law aku tahu pasal status aku. Sah ke kahwin sebab nama aku bin dengan ayah aku ni. Disebabkan cinta aku masih kuat kat kekasih lama aku, tapi status aku ni menghalang aku untuk teruskan niat untuk kahwin dengan die.

Aku saja buat perangai tak layan die sampai die tinggalkan aku. Maaf kan aku sayang, die pon tak tahu niat aku ni. Korang yang baca ni je yang tahu. Aku tak nak diejek dicanang masa kita kahwin nanti, kedapatan pulak pasal status aku sebagai anak luar nikah. Malu weh.

Penamatnya, seperti yang ditulis di tajuk, biarlah aku hidup bersendiri sampai aku gerak nanti.

Aku nak tutup aib aku, aib keluarga aku. Aku berbakti jela dengan mak ayah aku sebab besarkan aku, tak bnvh aku macam yang first tu. Berbakti kat adik adik aku. Aku bawak je lah rahsia ni sampai aku m4ti.

Aku pun ade juga niat nak berkeluarga, tapi malu tu mengatasi lain lain. Kalau korang ade jumpa punca punca ilmu atau ade ahli ahli yang pakar dari kalangan pambaca ni, minta la komen komen ya murni sikit, yang boleh selesaikan masalah aku ni.

Terima kasih semua.

Reaksi warganet

Mak Enon –
Ko kene kenal pasti nasab ko. Sebab ko kata bin nama bapa ko. Kalau cukup tempoh 6 bulan perkahwinan, memang ko layak. Takde jatuh anak luar nikah (dosa mak ayah ko tu antara mereka dengan Allah).

Anak lahir suci. Takde dosa. Takde istilah haram ke halal. Jangan hukum diri. Jadikan diri tu manusia yang berguna untuk agama.. Allah masih sayang. Syukuri nikmat yang Allah bagi selama ni. Ko berhak bahagia. Berhak dapat ketenangan.

Norliza Md Amin –
Status anak luar nikah bukan la salah adik. Bila mati nanti soalan tu tak akan ditanya tapi di tanya amalan kita di dunia nanti. Bersangka baik dengan Allah, mak ayah manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

Move on, corakkan kehidupan sendiri buat apa nak menyalahkan status sendiri. Macam ni sampai bila bila pun tak boleh habis.

Neueo Shewazni –
1st impression aku baca ni, kau cerdik. Kau cuma malu, stress sebab layanan masa kecik.

2nd, berterus terang lebih baik daripada membuat hati seorang wanita sakit dan kecewa. Dosa dengan Allah boleh minta taubat. Dosa dengan manusia kena minta maaf dengan manusia.

Bab status ko, maaf aku tak arif. Aku doakan semoga Allah permudahkan urusan ko ye. Dunia dan akhirat.

Sumaiyah Mohd Rasidi-
Awak sure ke awak ank luar nikah? Kalau dah ber bin ayah sndiri, move on jelah. Awak bukan side orang prmpuan yang mana bapa tak boleh jadi wali pada si anak.

Jangan hukum diri awak kerana kesilapan mak ayah awak masa lalu. Yang mana mereka sendiri dah bertaubat. Syukur mereka jaga awak dengan baik sama seperti jaga adik adik awak.

Awak tu, jadi orang yang baik baik. Allah tak menilai siapa status kita, anak luar nikah ke anak sah ke tapi Allah menilai amal taqwa kita kepadaNya untuk berikan syurgaNya. Jangan trlalu over negative dengan masa lalu.

Ikhlas Hati –
Kene tanye mak btol btol. Betol ker anak luar nikah. Kot anak angkat ker. Lelaki takder masalah nak kawin. Kalau mak ayah pernah terlanjur, lain lah kalau pompuan. Nak cari wali.

Janganlah salahkan diri kerana keterlanjuran mak ayah. Mereka dah bertaubat pun. Sapelah kite nak menghukum. Maafkanlah, baru aty tenang.

Kenape nak malu, bukan kite yang buat silap. Kalau sayangkan awek tu, kite kene berjuang bro. Janganlah bende macamnie dah give up. Mase nie bole la cakap, aku okay.

Tapi, sanggup ker tengok orang kite cinte hidup dengan orang lain. Kenape nak hukum diri sebab dosa mak ayah. Setiap manusie berhak bahagia. Kenape pilih derita, dan nak hidup sorang.

Nor Afidah –
Selalu tak paham perangai mak bapak yang tak boleh terima anak luar nikah ni la. Yang bias, membeza bezakan anak luar nikah dengan adik beradik yang lain. Kenapa? Lepas kahwin terus rasa mulia ke?

Anak luar nikah pun, masih lagi anak kau kan. Takut nak pandang kebdohan kau suatu masa dulu ke?

Bagi confessor, satu, jangan ikut kebdohan mak bapak kau. Kau sendiri pun dah alami nasib kau, jangan buat macam tu.

Dua, lelaki tak de masalah pun dalam urusan perkahwinan, sebab tak perlukan wali.

Tiga, dalami lagi ilmu agama. Disebabkan kau lelaki, benda ni akan melibatkan keturunan kau. Kalau perempuan anak luar nikah, lepas dia kahwin selesai dah aib dia tu.

Sumber – Taiju (Bukan nama sebenar) vi IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *