“Nasib anak luar nikah”. Aku nekad. Bila Fatihah serah dan lafazkan akad, semua org menangis

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ni haa nenek muda datang lagi nak sambung cerita pasal Fatihah.

Masa aku tengok admin siarkan penulisan aku, berdebar debar aku tengok komen pembaca pembaca ni semua. Ada yang komen cakap ini cerita rekaan, haha. Tapi tak sebenarnya.. Cerita ni memang betul betul terjadi dekat keluarga aku.

Sebab kan cerita ni dah jadi 2 tahun lepas, jadi ade orang yang sedikit keliru dengan umur aku, Fatihah dan Nora. Sekarang tahun 2020, jadi umur aku 27 tahun, umur Fatihah 17 tahun dan umur Nora 35 tahun.

(Untuk part 1, sila klik link dibawah)

Lps ayah kluar pnjara, Fatihah dibawa lari. Umur 15, Fatiha tiba2 balik. Tersentak kami bila lihat perutnya

So Nora Kahwin dalam umur 16 atau 17 tahun. Aku letak umur aku 12 tahun masa tu sebab aku agak agak je. Sebab aku tak ingat sangat masa die kahwin tu sebab aku rase mase tu aku kecik lagi tapi yang aku pasti Nora sekolah tak habis.

Okay back to story, untuk pengetahuan semua, bila dah register untuk buku pink Fatihah tu, doktor akan referkan case dia dekat hospital besar sebab mengandung bawah umur dan refer to ps1kitri. Dan lepas procedure ni, memang kitaorang buat report polis.

Cumanya kes ni still pending sampai sekarang disebabkan keterangan yang Fatihah bagi mula mula dekat report polis adalah tidak tepat. Dalam report polis tu tak de nama Azuan dan Fatihah letak nama orang lain.

Aku ade tanya Fatihah and Fatihah cakap die yakin tu anak Azuan. So aku sekarang menunggu Fatihah keluar bulan 8 nanti dan untuk buat revised report dan nak arrange untuk DNA test jugak for baby AN.

Ada yang komen pasal mak ayah aku untuk kahwin kan Fatihah dengan Azuan. Aku faham sebab aku dapat rasa kecewanya mak ayah aku. Mak ayah aku dua duanya dah nak masuk 60an jadi dah tak secekal dulu untuk handle masalah masalah macam ni.

Jadi bila diaorang bagi peluang dekat Fatihah, hantar Fatihah dekat sekolah berasrama dan bersusah payah untuk uruskan persekolahan dia. Tapi Fatihah dah musnahkan kepercayaan mak ayah aku dengan lari nya dia dengan Azuan.

Aku faham perasaan mak ayah masa tu dan aku pun tak boleh nak komen. Mak ayah bukanlah tak menyesal dengan apa yang jadi dekat Nora tapi nasi dah jadi bubur.

Okay back to story bila aku dah masukkan Fatihah dekat shelter home tu, memang contract sampai 2 tahun, Fatihah akan berada di situ.

So sekarang ni Fatihah still ada di bawah shelter home tu dan aku gelarkan cucu aku tu as baby AN dan inshaa allah jika berkelakuan baik, Fatihah akan dapat keluar dari situ pada Ogos 2020.

Fatihah dah selamat lahirkan baby lelaki yang sangat comel awal tahun 2019. So sekarang baby dia dah setahun lebih.

Apa yang jadi dekat baby AN ? Masa Fatihah dah nak beranak, shelter home tu ada call aku dan masa tu Fatihah nak bercakap dengan aku. Di minta nya ampun segala kesalahan dia dan sekiranya ade apa apa terjadi dekat die, dia mintak aku untuk buat apa yang terbaik dan terdaya.

Di mata Fatihah aku je yang ade untuk dia tapi aku cakap dekat dia, kat belakang aku ada lagi mak dan pak saudara dia dan kawan kawan aku. Sedih aku bila ingat balik call dia mase tu.

Alhamdullilah, bila dia selamat lahirkan baby AN, tiba tiba ade k0nflik dari shelter home.

Shelter home ni punya procedure, untuk proses pengangkatan baby, semua nya akan di uruskan oleh Shelter home dari segi pemilihan ibu bapa angkat dan mesti dapat persetujuan dari family atau penjaga Fatihah.

Masa aku masukkan Fatihah dekat situ, aku takde sign ape ape yang perjanjian mengatakan pengangkatan baby Fatihah dan adopt parents akan di pilih oleh shelter home.

So basically, memang aku tak tahu pasal benda ni dan aku tak di terangkan betul betul masa mula mula dulu.

Allah dah susun atur segala nya dengan baik. Aku ada sorang kawan yang memang baik dengan aku. Aku namakan dia Suzi dan husband. Husband Suzi pun baik dengan aku.

Asalnya aku dengan Suzi kawan satu tempat kerja tapi kitaorang jadi rapat sangat sebab selalu pergi travel sama sama dan Suzi and husband yang tolong tengokkan aku bila aku dekat KL. Mak ayah aku pun dah kenal dengan Suzi sekeluarga.

So Suzi ni dah ade 2 orang anak cumanya kalau boleh dia nak anak lagi. 2 3 bulan sebelum Fatihah due, Suzi ada plan nak ambil anak angkat tapi bila dah pergi survey baby tu and mak nya. Diaorang tak de dokumen yang sah which is takde passport tu semua.

So diaorang give up dan Suzi ade cerita kat aku mase tu then aku tengok dia sedih gile bile dia bersungguh sungguh nak baby tu tapi tak boleh nak proceed tanpa dokumen yang sah.

Aku balik kerja dan kat rumah aku fikir fikir dan dengan izin Allah, hati aku terdetik kenapa aku tak bagi baby AN dekat Suzi? Sedangkan aku boleh bagi.

Aku fikir bila aku bagi baby AN dekat Suzi, nanti aku akan dapat tengok pembesaran baby AN and progress dia. Rumah aku sewa aku dengan Suzi tak jauh dan aku dapat tengok progress baby An nanti.

Aku betul betul tawakal je la masa tu dan mengharapkan keputusan aku buat ni betul. Aku jumpe Suzi dan bincang bincang dengan Suzi, Suzi dan husband dia bukan main gembira lagi dan start prepared untuk sambut kedatangan baby AN.

Setiap pelatih dekat shelter home tu mesti ada sorang warden. So warden yang handle Fatihah call aku and ajak jumpa dekat shelter home dan ajak berbincang untuk proses pengangkatan.

Masa sesi perbincangan tu, warden tu advised yang doktor pskiatri advise untuk bagi baby AN dekat keluarga angkat rather than family aku jaga.

By right family aku memang tak boleh jaga baby AN sebab semua orang dah ade tanggungajawab masing masing dan mak ayah aku dah berumur dah. Tapi kalau di takdirkan aku dah kahwin masa tu, confirm aku dah jaga baby AN ni.

Tapi sayangnya aku pun tak berkemampuan nak jaga baby An.

Pada mulanya, warden tu cakap kalau aku tak datang pada sekian sekian date untuk perbincangan, hak mutlak akan jatuh dekat pengurus Shelter home tu dan pengurus shelter home akan memilih sape sape yang berkelayakan untuk jadi adopt parents untuk baby AN.

Aku masa tu dah pelik, dah kenapa sampai macam tu dan aku suruh warden tu kemukakan bukti yang aku dah sign untuk persetujuan pasal hak mutlak akan jatuh ke shelter home tu. Tapi warden tu advise aku untuk datang ke shelter home tu untuk berbincang.

Aku inform dan berkeras dengan shelter home tu yang aku yang akan pilih sape parents baby AN and aku tak setuju nak bagi dekat waiting list shelter home tu.

Pas tu warden tu wasep aku suruh datang hari Khamis dan bawak adopt parent tu sekali. So hari Khamis tu tiba, then aku dengan Suzi and husband pun pergi lah kami ke shelter home.

Surprisingly, kedatangan kami tidak di undang dan Pengurus shelter home tu tak tahu pun kitaorang datang.

Setelah 2 jam menunggu, yang upper level shelter home tu datang berjumpa dengan kitaorang dan berbincang.

Setelah berbincang then shelter home tu setuju untuk utamakan aku punye pilihan tapi bersyarat. Suzi akan di panggil lagi untuk sesi temuduga.

So process dia memang complicated. Lepas balik dari perbincangan ni, Suzi di sarankan untuk makan ubat untuk breast feeding. So dia memang ikut je procedure tu.

Hari yang di tunggu telah tiba untuk penyerahan baby AN. Masa ni situasi sangat sedih sebab ade process akad dan terima daripada Fatihah kepada Suzi. Shelter home memang rakam video hari penyerahan baby maybe untuk rujukan pada masa depan.

Aku jenis macam takde perasaan tapi dalam dada dah rasa nak pecah. Malam sebelum tu aku dah menangis dah sebab tak tertahan dah dugaan ni dan rasa sebak dah memikirkan hari penyerahan tu.

Masa nak serahkan baby AN, Fatihah dah menangis tapi aku cuba untuk tenangkan dia. Fahamkan dia dan aku berjanji dengan dia pilihan aku ni in shaa Allah pilihan yang betul.

Semua orang dalam bilik tu memang dah menangis sebab tak tertahan sedihnya tengok Fatihah nak serahkan and lafaz akad tu. Bila ingat balik Fatihah peluk dan cium baby An, rase sedih pulak aku.

Tapi everything dah selesai after sejam duk dalam bilik tu untuk process penyerahan. Aku bagi masa untuk Fatihah kenal kenal dengan Suzi biar dia yakin dengan pilihan aku tu.

Aku juga cakap dekat Fatihah, maafkan aku sebab tak dapat jaga baby AN dan aku harap sangat die faham kenapa keputusan ni di buat. Tapi dia just ikut je apa pilihan aku dan belajar untuk redha.

Alhamdullilah semuanya dah selesai pasal Fatihah. Prosess pengangkatan semuanya di buat dekat JPN dan semua documents dah lengkap.

Cuma nya lepas 2 tahun dari tarikh penyerahan baby AN, Suzi dan husband akan pergi dekat JPN untuk update nama mak dan ayah angkat dalam sijil pengangkatan.

Pengurus Shelter home cakap kes Fatihah ni sangat rare dan sepanjang dia jadi pengurus, ini kali pertama mak saudara yang very adamant pasal pemilihan adopt parent untuk baby.

Dan kes baby An jugak kes yang pertama Shelter home bagi kebenaran untuk pemilihan adopts parent based on keputusan family pelatih. Most of the case shelter home yang akan pilih adopts parent if family tak boleh jaga.

Untuk adik adik lelaki Fatihah, adik bawah Fatihah, 3 orang ade under JKM dan yang paling kecik mak aku yang jaga. Yang under JKM tu, diaorang di tempatkan dekat area Selangor dan bersekolah macam biasa.

In addition, diaorang jugak ada attend kursus kemahiran tu. Di jangka diaorang akan habis masa diaorang berumur 17 tahun nanti In shaa Allah.

Aku selalu jugak pergi tengok diaorang dekat Selangor dan diaorang selalu jugak call aku guna office phone untuk bersembang dan bercerita. Kadang kadang time aku visit diaorang, aku akan masak untuk diaorang dan aku pun still visit Fatihah.

Mostly kitaorang akan habiskan masa 2 jam untuk masa lawatan untuk makan sama sama dan aku akan masak sebab diaorang request. Rasa puas pulak bila tengok diaorang makan sebab diaorang cakap rindu masakan opah dan mak diaorang.

So aim aku untuk Ogos ni, lepas Fatihah keluar, aku nak settlekan pasal report polis dia dan tuduhan kepada Azuan. Suzi dan husband pun support aku untuk next action dan dah bersedia berkerjasama untuk test DNA sample baby AN. Doakan guys semoga ini di permudahkan nanti.

Sekarang aku bebas berjumpa dengan baby An and bila bila masa je aku boleh tengok dia. Seronok aku tengok dia dengan family Suzi. Semoga baby An jadi anak yang baik dan semoga sentiasa di lindungi Allah.

Mak ayah aku pun, aku selalu tunjuk video and gambar baby An. Happy diaorang dan sekarang diaorang dah boleh slow slow terima Fatihah kembali dan doakan Fatihah.

Aku tak boleh bayang kalau aku bagi baby An dekat orang asing, confirm aku dah tak dapat tengok baby An.

Untuk Nora pulak, lepas selesai nya urusan Fatihah which is lepas Fatihah di masukkan ke shelter home. Mak ayah aku dah lodge report to AADK dan AADK dah buat ambush dan tangkap Nora dan hantar dia jauh ke Kelantan untuk proses pemulihan.

Alhamdullilah sekarang dia dah keluar dari pusat tu dan die dah berkahwin dengan orang yang lagi better dari bekas suami dia tu.

Sesungguhnya segala yang jadi ade hikmahnya, in shaa Allah. Aku harapkan korang boleh doakan supaya Fatihah terus istikhamah dalam usaha dia untuk berubah dan aku berharap semoga perkahwinan Nora dan suami baru dia selalu bahagia, aman dan damai.

Semoga kita sama sama dapat ambil ikthibar dengan apa yang jadi dekat family aku. Aku percaya setiap masalah pasti akan ada jalan penyelesaian nya. Mintak lah dengan Allah semoga di tunjukkan jalan yang lurus dan semoga di berkati.

Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang sebaliknya datang dari aku. Semoga terus bersangka baik dengan Allah dan semua yang jadi ada hikmah nya..

Maafkan aku jika penulisan aku sedikit berterabur. Doakan aku jugak guys supaya terus cekal dalam menguruskan anak anak buah aku ni. Akhir kata jauhi ddah.

Sekian…

Reaksi warganet

Izzatie Zati –
Tak faham. Memang home shelter ni ada hak sesuka hati ke nak serah baby luar nikah ke keluarga angkat walaupun keluarga mak kandung ada? Sebab budak tu bawah umur? Lepas tu keluarga tak boleh pilih nak bagi sesiapa pun bayi tu?

Anyway. Suka sebab happy ending. Emak saudara yang sangat bagus

Amynity Emanon –
Saya tak kisah la suka sama suka ke ape, bagi saya tetap kes rgol. Budak tak cukup umor macam tu senang dipergunakkan. Sah sah budak dari broken family, predat0r macam si Azuan tu mesti ambik kesempatan.

Saya rasa kesian kat budak macam ni. Sebab diorang of course nak cari pelindung. Mak pulak tinggalkn dia dengan si Azuan ni.

Budak tu nak percaya siapa lagi? Mesti la dia anggap si Azuan tu pelindung dia, padahal padi harapkan pagar, pagar makan padi.

En Abah –
Part fatihah serah baby An memang sedih, sebagai lelaki pun dapat rasa kesedihan tu.

Percayalah rindu sesama manusia biasa takdak rindu yang paling rindu selain rindu emak ayah pada anaknya. Saya doakan semoga keluarga sis sentiasa dibawah redha Allah, insyaAllah.

Salina Shafei –
Alhamdulillah, tahniah confessor. Walau macam mana buruk pun ahli keluarga, yang penting perlu ada sesorang dari family sendiri yang support Tak henti. Tak semua orang mampu buat macam confessor.

Kebanyakannya ramai yang lepas tangan taknak ambil tanggungjawab. Semoga Allah mudahkan urusan confessor di hari depan sebagaimana cik confessor memudahkan hidup Nora dan Fatihah. InsyaAllah.

Nurul Zahin –
Hari tu masa baca yang pertama, takde la sedih sangat. Mungkin sebab cara cerita lebih santai, tak jelas, terang dan nyata.

Tapi bila dah baca yang kedua ni, tetiba rasa sebak pulak. Mungkin sebab terasa bila bab penyerahan anak. Lagi lagi bila dijelaskn lebih lanjut mngenai kehidupan Fatihah.

Blh bayang betapa terumbang ambingnya hidup dorang adik beradik. Tapi rezeki masih ada mak saudara yang menyayangi.

Semoga dipermudahkn hidup korang dan dimurahkn rezeki selalu.

Kepada nenek muda, tahniah dan terima kasih sebab masih peduli dengab nasib anak saudara dan cucu. Semoga awk dapat suami yang terbaik nanti.

Puan Zuera –
Pengakhiran yang indah. Family kandung masih boleh melawat baby AN, rezeki dapat family angkat yang boleh berikan kerjasama untuk selesaikan kes Fatihah dan Azuan tu.

Nora pun dah masuk pusat pemulihan dan bernikah baru. Semoga bahagia dan jalani kehidupan yang lebih baik.

Tahniah confessor, berjuang untuk anak saudara demi masa depan dia. Semoga segala kebaikan yang awak buat dibalas dengan rezeki yang melimpah ruah dan bahagia yang tiada penghujungnya.

Semoga dilindungi Allah dan dipermudah kan segala urusan.

Sumber – Nenek Saudara Muda (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Apa pula kata anda. Jangan lupa kongsikan diruangan komen ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *