Diludahnya aku di kedai mamak. Tergamaknya suami. Patutlah bercerrai dgn bks isterinya dulu

Foto sekadar hiasan.

Bismillah, assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Terima kasih jika cerita ni dapat disiarkan untuk bacaan umum kerana aku sendiri tidak tahu kemana lagi untuk aku luahkan segala yang tersimpan di hati ini.

Maaf jika panjang kerana aku tidak mahir untuk memendekkan cerita.

Aku mulakan dengan namaku Yasmin (bukan nama sebenar). Berusia 28 tahun dan seorang isteri dengan usia perkahwinan hampir 2 tahun. Ceritaku ini adalah mengisahkan peritnya mempunyai suami yang panas baran. Ya, panas baran yang teramat.

Suamiku seorang duda beranak dua. Kedua anaknya masih bersekolah rendah. Beliau berusia 37 tahun pada tahun ini. Diawal perkenalan aku tidak tahu sikap panas baran nya, namun segalanya berubah apabila aku sudah sah bergelar sebagai isterinya.

Sikap panas barannya terserlah ketika aku menemaninya ke sebuah kopitiam untuk bersarapan. Kebetulan pelayan kopitiam tersebut seorang warga Bngladesh yang pada pendapat aku mungkin dia kurang faham bahasa melayu kita.

Order yang dipesan suamiku tersalah catat pelayan tersebut dan sejurus makanan sampai, suamiku terus menengking pelayan tersebut. Hanya Allah saja yang tahu betapa malunya aku pada saat itu.

Itu baru permulaan, pernah juga beliau menengking dan mencarut kepada staff nya di handphone akibat perubahan tempat bermesyuarat.

Disebabkan itu sahaja, semua perkataan tak elok keluar. Kecik hati budak tu, berkali kali aku minta maaf padanya bagi pihak suamiku.

Kalau dirumah, beliau seorang pemalas. Semua benda dari A to Z aku yang harus laksanakan dan beliau hanya ingin beristirehat seperti seorang raja. Pernah aku mempelawa nya untuk menolongku menjemur kain aku ditengking bagai singa tengah kelaparan.

Sejak dari haritu, aku tidak lagi mempelawa nya. Walaupun rumah dah siap dikemas, makanan sudah dimasak, suamiku memang tidak suka melihat aku duduk berehat.

Pasti ada saja yang akan dia suruh ku buat sambil membebel panjang. Pernah juga aku curi curi duduk didalam toilet kerana aku terlalu penat dan kaki ku sudah ‘cramp’.

Aku jarang sekali dapat pegang handphone ketika dirumah kerana dia akan marah dan ugut untuk menghancurkan handphone ini. Nak call parents dikampung pun dia tak suka, tak tahu apa masalah pada dia.

Aku juga pernah dipkul dan ditumbuk. Hanya kerana aku ingin pulang dengan segera untuk menyiapkan kertas kerjaku.

Berkali kali aku ditumbuk didalam kereta seolah olah beliau betul betul mahu ku m4ti pada malam itu. Lebamnya sangat jelas kelihatan pada keesokan paginya tapi sudah pasti beliau akan buat tidak nampak.

Mau minta maaf? Jauh sekali. Kerana apa? Kerana aku isteri dan dia suami, dan dia layak selayaknya melakukan apa saja padaku.

Anak anak suamiku tinggal bersama bekas isterinya dan akan pulang kerumah kami pada waktu yang ditetapkan. Pada awalnya anak anaknya ok dengan ku tapi makin lama, makin kurang ajar.

Walaupun aku ibu tirinya, tak bermaksud mereka boleh berkurang ajar padaku. Apakah salah jika aku suruh mereka mencuci muka dan memberus gigi jika belum mahu mandi sebelum bersarapan?

Apakah salah jika aku menyuruh mereka untuk tidak menyepahkan ruang dan tidak membuang sampah merata didalam rumah? Masing masing berumur 11-12 tahun sudah pasti boleh memahami dengan baik.

Namun gagal dilaksana kerana apa? Kerana aku ada dan aku boleh kemaskan dan cucikan. Sedangkan benda yang baik yang ditegur pun gagal dibuat, apatah lagi nak hormati aku sebagai orang yang lebih tua.

Kata suami ku,

“Biarlah….. nanti mereka akan faham dan buat”.

TAPI SAMPAI BILA? umur sudah belasan bukan kanak kanak tadika lagi.

Apa saja yang aku ajukan padanya, mesti akan ku dimarahi semula. Kerana apa? Kerana beliau lebih lama hidup dariku dan lebih banyak pengalaman.

Bab nafkah juga suamiku seorang yang sangat bakhil. Segala perbelanjaan, aku sendiri yang tanggung kerana katanya ‘aku sudah berkerja dan ada gaji dan lebih mampu darinya…’

Sudahlah nafkah tak dapat, belanja rumah, bill bill aku juga yang tanggung.

Pernah juga aku meminta RM200 sebulan at least lepas bahagian bill elektrik dan jawapannya disudahi dengan amukkan dan makian. Dia hanya keluar duit RM400 sebulan untuk anak anaknya.

Aku? Nak makeup ke, nak baju baru ke, sendiri beli ye. Bukan dirinya tak mampu, tapi dia lebih utamakan untuk dirinya sahaja. Setiap minggu ada sahaja baju atau kasut baru dibeli nya.

Suamiku dijatuhi bankcruptcy bertahun lamanya. Kereta yang digunanya kini adalah milik bekas isterinya namun beliau menggunakan tanpa rasa bersalah. Banyak kali diminta untuk ditukar nama, mana mahunya dia.

Kerana apa? Kerana dia akan buat sesuka hati dia nak menyusahkan kehidupan orang lain. Sungguh aku merasa kesian pada bekas isterinya kerana sehingga kini namanya masih berhutang dengan bank.

Aku juga hampir terkena akan tetapi aku gagalkan hasratnya kerana tidak mahu nama ku juga termasuk dalam senarai CTOS.

Aku juga seringkali dimalukan di khalayak ramai oleh suamiku. Aku pernah diludahnya ketika di kedai mamak kerana tidak mahu makan kerana aku sudah terlalu kenyang kerana makan di jamuan di office.

Semua mata melihat ke arah kami, mamak mamak kat situ pun tengok aku. Mereka mau tolong aku, tapi takut. Aku hanya mampu diam dan menunduk layu. Dihati berdoa agar tiada sesiapa yang merecord kejadian tadi. Risau takut viral malu la aku.

Pernah juga aku ditengking ketika makan di Seoul Garden. Hanya kerana aku bertanya tidak apa ke kita amik banyak banyak kerana ada tertulis akan dikenakan denda jika ada makanan lebihan.

Suamiku jenis tidak takut dan tiada perasaan malu mungkin. Di pasar malam dia marah akak tu kerana bubuh lauk sikit, di restoran pula jika harga naik dia marah terus pada pelayan.

Bukan kah pelayan itu hanyalah pelayan dan tiada kena mengena dengan kenaikan harga? Makan nak have have selari dengan penampilan tapi mengamuk dekat cashier. Aku malu, sungguh aku malu.

Dia pernah buli tukang tukang kemas rumah kami suatu ketika dahulu. Hanya kerana pembantu tersebut meletakkan harga RM70 sehari dari jam 9 pagi hingga ke 5 petang. Tetapi dibayarnya RM50.

Pembantu tersebut ada hak untuk complain, dan of course dia complaint kerana dia kemas non stop. Dan pada esoknya, dia ke rumah pembantu tersebut dan mencampak basikal milik pembantu tersebut kedalam parit.

Sungguh aku kesian padanya, lalu aku datang semula pada hari seterusnya. Aku gantikan basikal yang baru dan sedikit wang tambahan. Aku malu dan aku sedih mempunyai suami seperti itu. Kalau boleh semua orang dalam dunia ni dia akan marah.

Dan pada ketika saat ini, baru aku sedar yang suamiku betul betul seorang panas baran yang tiada ubatnya. Dengan adik beradik sendiri pun bergaduh macam perang dunia.

Dan punca beliau berpisah dengan isteri terdahulu juga adalah kerana sikap barannya. Banyak kali beliau bercerita bagaimana dia memarahi isterinya setiap kali berlaku kesilapan. Dan bagiku, kesilapan bekas isterinya adalah sekecil kuman.

Kini, perasaan ku terhadapnya semakin hilang dek kerana terlalu banyak makan hati atas perlakuannya.

Suamiku juga seorang yang tidak solat dan jarang perpuasa. Apabila aku menegur, disalahkan aku kerana asik buat perangai menjadikan beliau tidak mahu solat.

Logik ke alasan tu? Solat dan puasa tu suruhan agama dan semua nya bergantung dengan diri sendiri bukan orang lain. Buat perangai pula apabila aku seringkali menangis kerana terlalu berkecil hati.

Pernah juga aku cuba untuk slow talk dan menegur dengan lembut agar dia dapat kurangkan amarah dan baran akan tetapi sekali lagi aku akan dipersalahkan dan ditengking bagai tiada hari esok.

Sudahnya, aku dimalukan dihadapan kawan kawan nya kerana beliau suka mengadu dan memutar belit cerita pada orang lain. Dia lebih suka orang membenci ku dan memberi pandangan buruk padaku.

Kerana apa? Kerana dia sentiasa betul dan aku sentiasa salah dalam segala perkara. Walaupun curang dengan mak janda beberapa kali kantoi, tetap sahaja beliau betul dan aku tiada hak untuk marah. Langsung tiada hak, hak bersuara apatah lagi marah.

Sekarang aku sendiri tidak pasti apa yang akan aku lalui di hari yang mendatang. Sama ada aku masih kuat bertahan ataupun aku berhenti sekerat jalan dan menjalani hidupku sendiri.

Banyak lagi yang hendak aku ceritakan tapi risau confession ini jadi terlalu panjang dan pembaca akan kurang minat untuk membaca.

Aku akhiri confession kali ini dengan ucapan terima kasih kerana sudi membaca. Mohon berilah pandangan yang sewajarnya agar aku tidak lemas dalam air mata.

Doakan aku sentiasa kuat dan dimurahi rezeki agar dapat ku bahagiakan mak ayah dikampung.

Yang benar…

Reaksi warganet

Amizah Wahid –
Dah lalui semua tu dulu. Bersyukur sangat kerana dapat keluar dari kehidupan yang tiada indahnya. Alhamdulillah sinar bahagia menerangi hidup saya sekarang. Tak perlu takut untuk hidup sebagai janda, doa mohon Allah permudahkan urusan.

Irma Hazwanis –
Yasmin, kite dalam situasi yang sama. Saya dulu pun tak tau suami baran, masuk tahun kedua perkahwinan baru nampak segala perangai sebenar dia terutamanya baran.

Awak kalau kena pukul terus buat report polis. Segala resit awak bayar semua simpan sebagai bahan bukti. Nanti boleh tuntut fasakh.

Please keluar dari perkahwinan t0ksik ni. Saya dah ade anak, sekarang suami bawa lari anak sebab nak sakitkan hati saya.

Yaya Anam –
Rasanya cukuplah tu dik. Sabar pun ada hadnya. Tak nampak kat mana alasannya untuk adik teruskan perkahwinan ini. Sementara belum ada anak. Bertambah tak baik jika ada anak nanti. Anak membesar dlm situasi bgini mmg tak bagus..

Sayangi diri sendiri dulu dik. Kamu berhak untuk bahagia. Tak berdosa dik jadi JANDA. Jangan tipu diri sendiri. Sebelum keadaan menjdi lebih parah lagi. Nekadkan hati. Jangan toleh lagi kebelakang. Lebih baik berbakti pada ibu ayah yang masih ada dik…

Siti Fatimah –
Saya nasihatkan puan supaya keluar dari perkahwinan ini. Daripada cerita ini, nampaknya suami puan hanya memberi kemudharatan kepada puan.

Dah la nafkah tak bagi, pukul isteri pastu malukan isteri pula tu. Apa gunanya simpan suami begini.

Puan masih muda ada banyak peluang untuk capai kebahagiaan. Jangan korbankan diri dan masa muda puan dengan hidup bersama suami yang tak layak pun bergelar suami.

Puan Zuera –
Sering di malukan di khalayak ramai, sampai tahap diludah pun masih nak bersama. Tak terasa ke mental dan emosi puan didera oleh suami sendiri.

Tak boleh tengok puan berehat kat rumah, suami jenis apa tu. Kita nikah ni nak enjoy, nak berkasih sayang, kongsi masalah dan nak bahagia. Bukan nak menderita..

Nafkah pun tak dibagi, baik la bujang, dah tentu tentu tak ada yang nak bagi nafkah ke kita kan. Keluar je la dari rumah tu. Buat report dulu. Kalau ada rakaman yang dia dera puan lagi bagus. Tak guna bertahan kalau puan menderita.

Semoga kuat untuk bangkit dan semoga dipermudahkan urusan.

Huzainun Abu –
Tandanya puan masih sayang kat suami tu.
Jika tidak mesti dah pergi report polis esoknya. Lepas kena pukol bagai nak mti dalam kereta tu kan. Masih bertahan hampir 2 tahun.

Mybe mental tak kuat lagi nak keluar dari perkahwinan ni dan masih menaruh harapan pada si suami untuk berubah. Hati manusia nie kan dipegang oleh Allah. Dia berkuasa boleh dibolak balik hati si suami tu.
doalah padaNYA.

Amalan simple tapi berkesan, rajin rajin la sedekah bacaan fatihah kat suami dan diri sendiri.

Satu hari nantui dia berubah dah mula solat baru lah ada anak dengan dia. Bimbang juga dengor tangisan anak kang dibaling pulok anak tu ke dinding.

Itu jika nak bertahan lagi lah. Kalau dah tak mampu bertahan, cari lah peguam syariah untuk mintak nasihat.

Sumber – Yasmin (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Apa pula kata dan pendapat anda. Jangan lupa kongsikan di komen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *