Kematian Fariq terfitnah, jd buah mulut jiran2. Aku tak redha, kematiannya betul2 buat aku koyak

Foto sekadar hiasan.

Hai assalamualaikum. Ini adalah cerita dari kawan baik aku. Identiti dirahsiakan dan aku cuma jadi perantara je untuk post kan cerita ni di IIUM.

Kalau dipublish alhamdulillah. Moga jadi pengajaran dari cerita Aleya dan Fariq ini…
_________________

‘Aku’ di bawah adalah Aleya.

Aku Aleya, baru berkahwin 6 bulan. Belum dikurniakan zuriat. Hari ini aku nak kongsi sedikit cerita tentang hidup aku yang suram dan jahil sampai lah aku jumpa dan kahwin dengan suami aku sekarang. Maaf kalau agak panjang.

Cerita bermula ketika aku kenal dengan Fariq. Ya itu ex ‘boyfriend’ aku dan harini, saat confession ni dibaca oleh kalian dia telahpun meningal dunia pada dua tahun yang lalu.

Dia meningal bulan Jun tahun 2018..

Dengan Fariq hubungan kami terbina hampir 8 tahun lamanya. Fariq lelaki yang paling aku sayang seumur hidup aku selepas ayah aku. Aku tak pernah bayangkan macam mana hidup aku tanpa Fariq dan akhirnya apa yang paling aku takut betul betul terjadi.

Fariq tinggalkan aku dalam keadaan aku langsung tak sedia. Aku terduduk menangis dunia aku gelap. Aku tak rasa kaki aku pijak bumi saat berita kematian Fariq sampai di telinga aku.

Fariq ibarat rumah kedua untuk aku selepas keluarga aku. Aku selalu cakap dengan Fariq aku boleh hilang segala yang aku ada didunia tapi bukan hilang Fariq.

Allah maha mendengar kata kata aku mungkin aku dah terlalu hanyut dan dibutakan dengan cinta kemudian Allah uji aku dengan kehilangan Fariq mungkin untuk menarik aku kembali semula kejalan Allah.

Hidup dengan Fariq hari hari aku rasa macam dekat syurga. Fariq sayang aku, setia dengan aku, tak pernah abaikan aku.

Semua kehendak kemahuan aku tak sekali pun Fariq menidakkan. Maaf aku cakap kehidupan aku dengan Fariq betul betul macam suami isteri. Kami bercinta sehinga ke tempat tidur. Paling sedih, langsung kami tak pernah rasa bersalah dan ulang benda sama selalu.

Aku dengan Fariq tak pernah rancang nak kahwin pun. Langsung tak pernah terfikir nak halal kan hubungan. Kami betul betul hanyut dalam tipu daya syaiitan.

Fariq lelaki baik, puasa, solat jumaat tak pernah culas. Nafkah keluarga dan ibu ayah dia tak pernah abaikan. Rezeki Fariq selalu melimpah ruah. Dia ramai kawan, ramai yang sayang dan ramai yang selesa dengan dia.

Dan di usia dia awal 20an waktu tu Fariq dah ada kerja yang tetap. Dalam setahun lebih lepas membina kerjaya Fariq makin stabil dan waktu tu dah mampu beli rumah, kereta, boleh bawak aku travel sana sini.

Oh yaa Fariq tua 5 tahun dari aku. Jangan lah cakap Fariq kurang didikan agama. Fariq dibesarkan dari keluarga yang baik dan begitu mementingkan agama.

Tapi entahlah mungkin bila dengan aku, Fariq selalu tersilap langkah. Dan aku selalu salahkan diri aku, kalau Fariq tak dengan aku mungkin hidup dia baik baik dan kematian dia pun tak terfitnah.

Fariq meningal sehari selepas aku bertolak ke Indonesia untuk bff holiday. Lepas hantar aku ke airport Fariq balik dan kami contact macam biasa.

Esok pagi nya aku mesej Fariq untuk wish morning dan tanya keadaan dia. Dia balas 2 atau 3 jam selepas tu dia bagi tahu dia baru bangun tidur. Selepas solat subuh tadi dia rasa mengantok sangat, tak macam hari hari biasa.

Selalunya lepas solat Fariq akan buat aktiviti lain, dia keluar jogging atau home workout and buat sarapan, kemas rumah. Tapi hari tu dia kata dia penat mengantuk, moody dan terpaksa call tempat kerja bagitahu tak dapat masuk sebab dia tak ada hati nak pergi kerja. Dia kata dia rasa kosong.

Aku tak syak apa apa sebab aku rasa normal je manusia bila ada rasa macam tu. Takkan hari hari kita nak rasa okay sentiasa. Tapi lepas dari dua tiga mesej Fariq terus hilang. Aku tunggu tapi Fariq tetap diam dan aku call semua tak dijawab.

Aku send mesej aku suruh rehat dan makan. Kalau rasa tak sehat nak demam ke apa makan lah penadol atau kalau rasa teruk pergilah klinik. Aku mintak maaf dengan dia sebab aku tak ada untuk tenangkan dan jaga dia.

Berlarutan sampai 3 hari dan esoknya hari keempat jadinya aku akan balik malaysia esok. Langsung tak ada WhatsApp atau call dari Fariq.

Aku pelik, aku risau sebab Fariq sorang sahaja duduk di KL. Keluarga semua berada di selatan dan utara tanah air. Aku buntu tak tahu mana Fariq pergi aku jadi risau sangat.

Esoknya sesampai aku dekat malaysia aku terus mintak kawan aku hantar aku kerumah Fariq. Aku tak tahu aku kuat atau tak nak teruskan cerita ni.

Kereta motor semua tersusun elok macam tak bergerak langsung. Aku buka pintu terus terbau satu bau yang menusuk sangat.

Aku jerit pangil Fariq langsung tak jawab, aku minta kawan aku teman cari Fariq dalam rumah atas dan bawah (rumah dua tingkat). Tiba tiba kawan aku Ijal menjerit pangil aku naik atas sambil dia tutup hidung, nampak takot dan gabra.

Fariq terbaring tepi almari baju dalam keadaan myat nya membengkak dan berbau. Aku dah tak hirau busuk atau takot atau geli. Aku terduduk kat tepi myat Fariq dalam keadaan tak tahu nak rasa apa. Aku speechless. Sepatah kata aku tak mampu nak cakap.

Aku tak tahu aku sedih ke kecewa ke apa ke aku tak tahu. Aku buntu. Kawan kawan aku call polis untuk uruskan myat. Shera pujuk aku untuk bangun jangan duduk dekat situ sebab kejap lagi polis sampai nanti takot tergangu kerja polis dan f0rensic.

Kaki aku tak rasa jejak bumi. Aku langsung tak boleh nak bukak mulut untuk cakap apa pun. Air mata je berjurai jurai. Meratap kematian lelaki yang aku cinta dan kematian nya seperti tu dan menjadi buah mulut jiran tetanga.

Fariq semasa hayat adalah lelaki yang betul betul menjaga penampilan, jaga kesihatan, sentiasa kemas. Kalau duduk rumah pun dia sentiasa nak kemas dan wanggi.

Sepanjang 8 tahun dengan Fariq tak pernah sekali pun aku nampak dia dalam keadaan tak terurus tapi kematian dia betul betul buat hati aku koyakkk. Itu lah pertama kali aku nampak Fariq dalam keadaan macam tu tapi Fariq tetap sama dimata aku.

Lelaki yang aku kenal yang jaga serba serbi berkaitan diri dia, aku tetap nampak Fariq handsome dan wangi walaupun hati aku terluka dengar kata kata orang sekeliling yang ada kat tempat kejadian.

Busuk lah myat reput dan sebagainya dan yang buat aku sakit waktu tu bukan kerana kemtian Fariq. Ye kemtian Fariq dah tentu merobek jiwa aku tapi aku tambah hancur bila orang hina dan umpat kemtian lelaki yang paling aku cinta.

Aku ada disisi Fariq sampai lah keluarga datang untuk tuntut myat dan aku ikot kebumikan myat di kampung orang tua nya semua nya sampai selesai.

Fast forward, sejak dari hari kemtian Fariq sampai hari ini tak pernah sehari pun aku hidup dalam keadaan tenang dan aman. Aku betul betul rasa nak jadi giila. Aku tak boleh move on.

Awal awal kejadian dua tahun lepas setiap hari aku mimpi buruk. Aku mimpi macam macam pasal Fariq. Aku teringat ingat myat Fariq, terbau bau sentiasa. Tak selera makan dan aku hilang hampir 20kg.

Keluar masuk hospital sebab selalu pengsan dan drah rendah. Aku sakit. Aku betul betul rasa sakit, jiwa aku hancur. Aku berhenti kerja, aku stop contact dengan kawan kawan. Aku tak keluar rumah. Aku betul betul tertekan.

Apa yang aku buat hari hari aku cari kekuatan dengan doa, solat. Aku hidup kan malam malam aku dengan solat malam yang mana sebelum ni penuh dan cuma bergelumang dengan maksiiat.

Hari hari aku doakan Fariq dan mintak Allah ampunkan dia dan tempatkan dia di tempat baik baik. Aku tak boleh lupakan Fariq. Benar benar kemtian dia meragut seluruh jiwa aku, hidup aku. Aku rasa aku hilang diri aku.

Cinta aku dekat Fariq langsung tak ada tandingan sampai aku pernah cakap dengan Fariq, mak dia pun tak sayang dia macam mana aku sayang dia.

Korang boleh imagine tak macam mana bermakna nya Fariq dalam hidup aku? Sampai harini pun semua orang dah move on dengan kemtian Fariq termasuk keluarga dia tapi aku tak.

Ajar kan aku macam mana untuk aku buang dan lupakan lelaki terbaik yang paling memberi makna dalam hidup aku? Macam mana?! Aku taip sambil nangis, aku tak kuat.

Tahun lepas bulan 12, aku dikahwinkan dengan anak kepada dua pupu mak aku, Zamir. Perkahwinan diatur keluarga, aku menurut sebab tak mampu nak kata tidak.

Aku dah cukup pasrah dengan hidup aku. Aku letakkan takdir aku sepenuhnya pada Tuhan. Aku tak kan usaha, takkan cuba ubah atau apa pun. Aku dah mengalah aku taknak tahu apa apa dan peduli tentang apa pun.

Kehancuran hati aku memang membawa pada hancurnya hidup aku. Mak aku dengan dua pupu mak aku sama sama bincang untuk pulihkan aku dan mintak Zamir bantu aku untuk bina balik diri aku. Tapi mana lah mungkin boleh. Yang aku nak Fariq bukan Zamir.

Mak aku tak tahu doa aku hari hari mintak Allah hadirkan aku seorang Fariq yang sama dengan Fariq aku. Doa aku hari hari pun dah salah dan ibarat aku tak redha, tapi hakikat memang aku tak redha. Fariq aku tak ada gantinya.

Zamir, entahlah aku tak tahu nak describe. 6 bulan kahwin aku langsung tak ada hati nak kenal dia. Yang aku tahu dia jaga aku dengan baik. Dalam tempoh 6 bulan tak pernah sekali pun aku izinkan Zamir sentuh aku dan kami belum pernah ada hubungan suami isteri.

Tiap malam waktu tidur aku selalu sedih tengok muka Zamir. Kenapalah Allah takdirkan kau untuk aku padahal aku ni penuh cela dan hina. Aku bukan perempuan baik aku tak bersih. Aku dah bergelumang d0sa bertahun tahun.

Zamir selalu imamkan solat aku tapi dalam doa aku tak ada pun aku doakan Zamir, semua nya aku doakan Fariq. Zamir maafkan aku sebab jadi isteri yang gagal. Aku tak tahu apa yang membuatkan aku layak untuk jadi isteri kau.

Bagi aku masa untuk aku pulih dan belajar cintakan kau atau kau boleh tinggalkan aku kalau kau mahu. Kau baik kau ada semua nya aku yakin ada perempuan lagi baik untuk kau.

Terima kasih Zamir sebab ambil berat dan jaga aku dengan baik. Kau sabar, kau tabah. Aku layan kau teruk, aku tak buat langsung tangungjawab aku sebagai isteri tapi kau tetap sabar. Cium dahi aku setiap malam, cium tangan aku selepas solat.

Aku sedih sebab aku terpaksa layan kau teruk. Maafkan aku Zamir sebab dekat hati aku langsung tak ada cinta yang tersisa.

Harini aku nampak banyak hikmah dari ujian atas kemtian Fariq, aku jadi lebih dewasa, aku lebih mengabdikan diri pada Tuhan.

Solat 5 waktu susah untuk aku tinggal sebab solat je buat aku tenang. Aku menangis waktu solat, menangis waktu doa, mengadu dengan Allah tu dah jadi rutin harian selama dua tahun. Bangun malam untuk solat malam, aku lebih banyak puasa sebab aku memang tak selera nak makan.

Kalau selera pun aku tetap makan sikit sebab semua benda buat aku ingat Fariq. Aku rasa dah cukup dua tahun aku bersedih dan siksa diri sendiri.

Korang doakan aku pulih, aku nak hidup cara baru, aku nak ada semangat baru. Aku nak bina hidup baru dengan Zamir..

Insha’Allah kalau dia masih dan diizinkan Tuhan untuk aku. Aku nak cuba sayang kan Zamir. Aku nak buat semua benda dengan Zamir dan dua tiga hari ni aku dah try terima Zamir. Aku baru buatkan dia sarapan pagi tadi.

Terima kasih sebab dah baca cerita aku. Doakan aku jadi wanita baik dan isteri solehah untuk suami aku.

Untuk Fariq moga tenang dan bahagia disisi Tuhan. Saya setiasa doakan awak, hari hari saya sedekahkan Alfatihah. Dan tiga empat kali saya akan bacakan yasin dan tahlil untuk awak dalam semingu. Jaga diri ye Fariq. Till we meet again..

Reaksi warganet

Mus Siti –
Punca kemtian? Nak tahu juga kemtian Fariq sebab apa? 0verd0se ubat ke, sakit jantung ke apa ke.

Anyway, awk patut bersyukur Allah tarik Fariq sebab nak buka laluan untuk awak. Cuba bayangkan sebaliknya? Tak sempat bertaubat, tiba tiba meninggal. Dan kemtian awak, perubahan untuk Fariq. Tapi tak, Allah ambil Fariq, untuk kembalikan awak ke jalan nyata.

Kadang kadang untuk syurga kita, orang lain terpaksa dikorbankan, tahu.? Jadi sayangilah ‘kehidupan kedua’ awak ni dan jaga lah suami halalmu sebaik mungkin selama mana dia baik terhadap kamu.

Mohd Noor –
Masalah pada kau, dah ada suami yang halal tapi kau masih kenang dan harap kat lelaki lain yang tak halal, yang dah takde.

Cukup cukuplah dosa besar yang kau dah buat. Dosa ziina antara dosa yang dibayar cash kat dunia. Anggap keadaan kau sekarang yang dah ada suami baik tu sebagai peluang kedua dari Allah.

Tapi tak tahulah nak cakap, kalau kau sendiri tak habis habis dengan Fariq. Nauzubillah, moga Allah pelihara aib kita sampai hujung nyawa.

Dzarul Azfan Dasuki –
Ubahlah doa tu kak, mintak bukakkan hati untuk Zamir, suami ko yang sekarang ni. Jangan dikenang hubangan haram yang lalu.

Allah tunjukkan kat ko cara dia meninggal, suruh bertaubat, move on, bukannya suruh ko tak redho. Paham bacaan dalam solat, kena khusyuk, minta dengan Allah elok elok..

Taubat pulak kene taubat nasuha, jangan dikenang romantis romantis zaman lampau. Tentunya haram mase tu. Benda haram memang manis, syaiitan suka, lagi digalaknya. Cuma Allah penentu semuanya bila nyawa ditarik.

Jangan tanya netizen paham ke tak dengan kisah cinta kau kak, ramai je lebih daripada alami benda camni. Cuma ada yang taknak bukak citer.

Sekarang pilihan kat tangan sendiri. Kalau taknak zalimi laki tu, kak jujur dengan dia.. Kalau dia redho, dia terima je.

Kalau tak nak jujur dengan dia tentang masa lampau, kak doa banyak banyak mintak hati tu tenang, jadi isteri solehah. Jangan myesal pulak bile suami yang ni Allah ambil. Ye kak..

Sya Ashburn –
Kesiannye. Saya dapat faham macam mana rasa sedih tu. Saya doakan Allah berikan jalan untuk awak.

Untuk pembaca pulak, tak perlulah kecam orang itu dan orang ini dengan dosa dosa dorang. Kemtian orang lain adalah pengajaran untuk kita yang masih hidup ni.

Sama samalah perbaiki diri. Tak perlu tambah dosa sedia ada.

Nurliyana Razak –
Ramainya yang menghukum di sini. Ziina tu dosa dia pada Allah. Di mna sekiranya dia bertaubat, Allah maha pengampun dan maha penyayang.

Yang dalam dalam ni menghukum dia. Mampu ker mntak maaf dengan dia. Di mana dosa tu takkan hilang slagi TT tak maafkan walaupun ko bertaubat sejuta kali. Jalan hidup manusia semua berbeza. Bersyukur kalau kita tak di uji dengan kehidupan begitu.

Tapi jangan menghukum walaupun tahu seseorang tu pelcur. Semoga Aleya mampu memudarkan ingatan terhadap Fariq. Dan terus mengejar title isteri mithali kepada Zamir.. Semoga Allah perkenankan. Dan permudahkan. Aaminnn..

Sumber – Aleya (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *