Foto sekadar hiasan.
Assalamualaikum. Salam PKPP dan Salam Rentas Negeri buat semua. Terima kasih sekali lagi buat admin jika sudi approve perkongsian ini.
Kali ini aku ingin kongsi cerita yang masih berkisar dengan kehidupan atuk dan nenek aku di kampung. Kampung nenek aku ni agak mendamaikan sebab memang terletak di dalam kawasan pendalaman.
Di belakang rumah nenek ada sebatang sungai yang muaranya sangat luas kerana terletak tidak jauh dari kawasan laut. Sungai yang mana Atuk terserempak dengan jin laut yang naik ke daratan. (refer cerita aku yang lepas)
Dulu masa kecil aku dan sepupu sepupuku selalu lah terjun tiruk masuk ke dalam sungai sampai kena hambat sebab berendam sampai ke Maghrib. Tapi itu lah kehidupan budak budak kampung zaman dulu kan.
Walaupun aku duduk di Bandar, tapi setiap kali aku berada di kampung aku sememangnya tidak melepaskan peluang untuk ikut aktiviti sepupu yang lain. Cuma zaman sekarang je dah sunyi.
Alkisah melibatkan sungai ni, pada suatu hari raya lebih kurang 20 tahun yang lepas, nenek dan mak cik aku sedang sibuk memasak di dapur. Memandangkan dapur menghala ke arah sungai, memang mudah untuk melihat sesiapa yang lalu lalang atau menuju ke arah sungai belakang rumah.
Dalam kesibukan memasak tu, nenek sempat melihat beberapa orang kanak kanak lelaki dan perempuan berlari untuk bermain di sungai belakang rumah.
Bukanlah sesuatu yang menghairankan sebab memang belakang rumah nenek terdapat satu jeti yang sering digunakan oleh penduduk kampung atau nelayan.
Sesekali kedengaran suara budak budak gelak ketawa bergurau senda bermain. Bunyi air berkocak juga kedengaran. Jadi ternyata mereka mandi manda di situ.
Nenek dan makcikku meneruskan kerja rumah seperti biasa. Sesekali menjenguk ke arah mereka. Untuk beberapa ketika makin riuh rendah suara budak budak tu bergelak ketawa.
Dan diselangi suara menjerit meminta tolong.
“Tolong! Tolong!”
Nenek aku menjenguk lagi. Tapi tidak kelihatan pula bayang budak budak tu.
Kemudian kedengaran lagi suara budak budak ketawa. Jadi nenek menyangka mereka bergurau dan bermain. Lagipun memang selalu budak budak situ bergurau konon lemas.
Tidak lama selepas itu, nenek dan makcikku mendengar suara budak perempuan menangis panjang. Nenek menjadi semakin pelik. Permainan apa lah yang budak budak tu main. Seraya itu juga kelihatan seorang lelaki dewasa muncul menuju ke jeti sungai.
Nenek sememangnya kenal. Itu Ahmad anak Pak Mat yang duduk di Bandar. Rupa rupanya budak budak tadi adalah anak anaknya bersama sepupu. Mungkin kerana duduk di Bandar bila balik ke kampung menjadi agak excited bila boleh bermain di sungai.
Keadaan menjadi agak riuh dan kelam kabut apabila si ayah budak tu berlari menjerit meminta tolong mengatakan anaknya lemas.
Petang itu, penduduk penduduk kampung bersama sama membuat search and rescue mencari kedudukan mngsa di dalam sungai.
Setelah beberapa jam berlalu sehingga tengah malam baru selesai pencarian. Dua orang kanak kanak ditemui mti lemas dan jnazah berada tidak jauh antara satu sama lain.
Hari raya kali itu agak suram apabila ada berita kematian yang menyayat hati. Lebih lebih lagi ia terjadi hanya beberapa meter dari belakang rumah nenekku. Sedikit sebanyak memberi kesan kepada keluargaku.
Untuk tempoh beberapa hari sejak peristiwa itu, nenek dan makcik seringkali mendengar suara budak budak bergelak ketawa diselangi dengan suara menangis meminta tolong dari arah jeti sungai belakang rumah.
Kadang kadang di siang hari, kadang kadang di malam hari. Bila dijenguk, tiada siapa di jeti.
Sejak hari itu, tiada lagi budak budak yang berani terjun mandi sungai. Sehinggalah beberapa tahun berlalu, semakin tiada yang bermain mandi di sungai. Yang tinggal hanya lah kenangan.
Mengenai peristiwa lemas itu, dari apa yang seorang budak perempuan tu cerita, mereka bermain di atas perahu yang diikat di jeti sungai. Dan semakin lama semakin bermain di gigi air sehingga masuk ke dalam sungai.
Dalam mereka bergelak ketawa, tiba tiba si abang terkapai kapai seperti ada yang menarik dan si sepupu yang seorang lagi cuba untuk menarik si abang.
Tetapi akhirnya masing masing lemas dan hilang. Budak perempuan itu pula menangis nangis meminta tolong tapi tiada siapa yang mendengar.
Hakikatnya nenek dan makcik mendengar budak meminta tolong tetapi selepas itu masih kedengaran suara budak budak bergelak ketawa.
Kata nenek, mungkin ada benda lain bergelak ketawa melihat budak budak itu lemas di dalam air. Sebab itu nenek mendengar suara meminta tolong dan gelak ketawa bersilih ganti dan bertindih.
Pakcik aku juga memaklumkan bahawa kawasan sungai belakang rumah nenek agak keras. Sepertimana apa yang pernah diceritakan oleh aruwah atuk dahulu.
Sungai belakang rumah nenek aku ni memang menjadi tempat kenangan sejak kecil. Tapi tetap memberi rasa yang kurang enak setiap kali ke situ. Tenang tapi seram.
Semoga roh budak budak yang lemas situ dicucuri rahmat dan dijadikan pedoman buat semua untuk tidak cuai dalam mengawasi kanak kanak lebih lebih lagi di kawasan yang merbahaya seperti sungai atau laut.
Malang tidak berbau. Tetapi waspada masih boleh menjadi sempadan terakhir dalam pengawasan kanak kanak. Apapun semuanya asbab. Sesungguhnya ajal dan maut itu pasti.
Sekian.
Reaksi warganet
Ruziah Osman –
Aku sampai sekarang teringt satu peristiwa aku mandi sungai. Entah macam mane tetiba kaki aku tak jejak dasar. Terkapai kapai aku.
Tetiba aku tak tahu siapa yang selamatkan aku. Aku rasa diri aku ditolak dan kaki aku dapat jejak dasar semula. Aku terus naik ke darat dan time tu kawan kawan yang mandi dengan aku dah tengah siap siap nak balik.
Aku jadi pana ketika tu. Tak terkeluar dari mulut aku nak tanya siapa yang tolak aku tu. Aku hanya simpan cerita ni. Tak pernah aku cerita pada kawan kawan yang mandi sekali dengan aku tu.
Tapi sampai sekarang, aku memang tak boleh lupa peristiwa tu. Alhamdulillah Allah masih panjangkan nyawa aku.
Sueman Minmut –
Aku orang Melayu Thailand, nak juga tumpang cerita.
Tahun 2005 terjadi tsun4mi di provinsi Phuket gegaran dari tsun4mi Aceh, Indonesia.
Tsun4mi di Phuket itu menelan korban lima ribu orang lebih terutama pelancong Barat yang bersiar di pantai.
Tak lama selepas itu berita akhbar Thai melaporkan ada ramai penduduk Phuket yang menghuni pesisir pantai setiap malam mereka mendengar jeritan suara manusia lelaki, wanita dan kanak meminta tolong dan meraung bahkan ada yang terlihat kelibat lembaga manusia tapi bila didekati tiba tiba hilang.
Tahun 2007, aku berjumpa seorang penduduk Phuket, dia beritahu katanya dia sudah tak mau lagi duduk di Phuket kerana dia berjumpa dengan mata kepala sendiri kejadian misteri yang seram itu iaitu katanya suara “hantu”.
Sains tidak dapat merungkai misteri terutama misteri roh yang berkait kematian.
Ngilo Bonifacito
Saya masih simpan lagi peristiwa saya hampir lemas d sungai Bunsit Keningau. Time tu camping dengan family.
Saya masih pakai long jeans selipar dengan baju yang bila dalam air dia akan berat sangat. Saya time tu terlalu excited. Lari lari je terjun terus. Nak berenang konon sekali tu berat badan. Tenggelam nak timbul kan badan susah.
Minta tolong orang, suara saya hilang. Ramai sangat tapi tiada pun yang perasan saya lambai lambai minta pertolongan. Situlah skill dewa smua keluar untuk tarik nafas and relax sampai mata saya jelas nampak tempat yang boleh jejak tanah yang berdekatan.
Syukur kaki tidak cramp time tu. Sampai tepi je baru start cramp pastu saya panggil abang sepupu dia relax ja brenang macam kaki tu berjalan dalam air silaka, huhu. Dan syukur selamat .
Fakhrull Hilmy –
Dulu pernah hampir hampir kena tarik. Masa tu kami sekumpulan camping kat Sungai Sendat. Malam tu seronok seronok sambil BBQ lepastu mandi sungai.
Masa tengah syok syok mandi tu tetiba aku asyik tergelincir jatuh je bila pijak batu dalam sungai tu, 2-3 kali jugak la. Air tak dalam mana pun takat lutut je. Tengah seronok dengan member member memang tak pikir apa dah.
Nasib la kawan sorang ni jenis menuntut punya orang, boleh nampak atau berhubung dengan alam alam sebelah ni. Kawan sorang ni je tak mandi, dia nak rehat kat khemah.
Nak dijadikan cerita masa kami tengah seronok bising bising mandi sungai tu, tetiba kawan sorang ni datang suruh stop mandi terus naik atas.
Pastu baru lah dia bukak cerita yang dia kata ada jelmaan sorang nenek ni muka hodoh, bongkok bawak sekor beruk datang usha usha kitorang mandi.
Member saya ni perasan terus tegur nenek tu, dia kata kalau kami nak mandi boleh tapi jangan bising sebab jelmaan jelmaan diorang tak suka. Kalau bising jugak dia kata ada benda tak baik dia buat nanti.
Lagi satu member aku tanya kami, ada sesiapa yang terjatuh ke tergelincir ke masa mandi sungai tu. Aku sorang je yang lain takde apa pun. Member cakap ada lagi sekor jelmaan katanya ada kat celah celah batu besar tepi sungai dia kata jelmaan tu tengok je aku masa mandi.
Mata merah muka memang bengis sangat. Tu dia kata, kalau nasib aku tak baik, time tergelincir masuk dalam air tu benda tu terus nak tarik kedalam tak keluar keluar dah.
Bila dengar benda macam ni kami terus tobat dah nak mandi sungai malam malam. Nak sedap kan hati member terus kata, takpe dia warning je tu. Kita buat rilek je macam biasa tapi jangan sampai menganggu diorang.
Tu yang dah tak camping malam malam dah tu. Aduh rinduunyaa Sungai Sendat hahahahaha. Tapi sekarang dah tutup dah rasanya sebab banyak kes mti kat situ.
Umi Kalsom –
Itulah yang selalu orang orang tua kita selalu ingatkan pada anak cucu cicitnye. Jangan terlalu suka, kelak datang duka.
Harap ibu bapak ambil tau. Walau secetek mana pun air sungai atau apa apa yang seangkatan dengan air, tolong pantau atau ada bersama sama dengan anak anak.
Walaupun ada orang lain yang ada disekitar situ. Anak kita, kita jaga. Orang lain mungkin jaga dan pantau anak dia je.
Sekali lagi saya minta, tolonglah berada bersama dengan anak anak setiap kali anda bawa mereka ke mana saje. Kita boleh berusaha mengelakkannye. Kita merancang Allah yang menentukan.
Sumber : AC via Fiksyen Shasha