Aku dara, tp Doc sahkan ‘hamil’. Demi maruah, aku nikah kontrak dgn rider makanan. Tk sangka, lps kahwin ini yg aku rasa

Foto sekadar hiasan

Part 1 – Hud Asyikin

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga KRT. Maafkan saya, saya gunakan fake akaun untuk buat luahan ni. Saya seorang perempuan yang berumur awal 20-an. Saya baru saja menamatkan pengajian degree.

Saya taktau nak start cerita ni dari mana. November 2016 adalah detik paling pahit bagi saya. Saya tak datang peri0d selama 2 bulan, lepas buat medical checkup di sebuah hospital Swasta, saya disahkan pregnant 5 minggu.

Masa tu, saya terkejut sampai nak pitam. Saya tak pernah terlanjur dgn sapa sapa, bahkan saya takda teman lelaki pun. Saya sangat menjaga ikhtilat saya.

Keluarga saya start marah dan benci dengan saya. Saya dianggap sebgai anak yang memalukan keluarga. Keluarga saya agak ternama, sebab ayah saya Businessman.

Demi menjaga nama baik keluarga, saya telah dipaksa berkahwin dengan sepupu saya. Sepupu saya setuju nak bantu keluarga kami.

Kami nikah pada Januari 2017. Perjanjian telah dibuat. Kami akan bercerrai pada September 2017 bila saya dah bersalin dan habis pantang. Selepas berkahwin, saya ikut menetap dengan suami di KL. Suami saya seorang deliver Domino Pizza.

Pada awal perkahwinan saya amat tertekan. Sampai demam selama seminggu. Tapi suami saya sangat prihatin dengan saya. Dia menjaga saya dengan baik, even masa saya demam dia lah yang mandikan saya, lap badan saya, masakkan bubur untuk saya.

Namun saya bersyukur dia seorang yang sangat sangat menjaga solat. Tapi ada ketikanya saya malu juga bila sepupu yang agak rapat dari kecil, sekarang dia dah nampak semua aurat saya ketika dia mandikan saya.

Dia kata kat saya, jangan fikir bukan bukan. Anggap jer macam seorang Abang jaga seorang Adik. Saya selalu menangis dekat dia dan cakap dekat dia yang saya tak mengandung pun. Saya tak pernah buat perkara keji tu.

Dia hanya mengangguk dan selalu cakap yang dia percayakan kata kata saya. Dia selalu bagi saya kata kata semangat.

Kami tak pernah tidur sekatil, sepanjang perkahwinan kami tidur dibilik asing asing. Cuma sekali sahaja kami tidur sekatil.

Masa tu dia urutkan kepala saya masa demam, kebetulan dia baru balik dari kerja terus terlena atas katil saya. Tapi kami tak pernah melakukan hubungan kelamin. Dia tak pernah nak mengambil kesempatan terhadap saya.

Dua bulan berlalu. Kami berdua jalani hidup seperti pasangan yang sangat awkward. Yelah, Sepupu yang selalu mengusik saya masa zaman sekolah, kini dah jadi suami saya.

Dulu dia seorang yang periang, suka sakat menyakat, sejak berkahwin jadi agak pendiam. Kami bercakap bila perlu jer. Time makan pun kami jarang bersembang. Saya tak bekerja, hanya suami jer bekerja.

Saya pernah terbaca payslip dia, gaji bersih nya 1700+, kami duduk dirumah sewa. Sebulan rm500. Tapi yang buat saya terharu, suami saya tetap bagi saya RM500 untuk nafkah zahir setiap bulan.

Jadi dengan baki RM700 tu lah dia guna untuk belanja dapur, minyak motor, bil telefon dan duit kopi dia sementara tunggu gaji bulan seterusnya.

Keluarga belah saya langsung tak ambil peduli pasal saya, hanya kakak saya jer yang selalu melawat saya dekat rumah.

Bulan April yang lalu, satu perkara telah berlaku. Saya tak tahu samaada saya nak gembira ataupun sedih.

Pada satu pagi perut saya sakit sangat. Drah mengalir dari alat sulit saya dengan kuantiti drah yang banyak. Saya ingatkan peri0d. Masa tu sakit bercampur gembira, saya fikir saya tak pregnant, saya ajak suami pegi buat medical checkup sekali lagi, kali ni di Hospital Kerajaan.

Rupanya, ada ketumbuhan di rahim saya. Doktor cakap mungkin itu lah punca kitaran haid saya terbantut pada hujung tahun lepas. Doktor suruh saya jalani 0peration untuk buang ketumbuhan tersebut. Suami pun bersetuju.

Segala kos 0peration, Suami saya tanggung dengan duit simpanan dia masa bujang dulu. Selepas 0peration, dia ambil cuti selama 2 minggu untuk jaga saya dalam pantang. Saya mula jatuh cinta dengan sikap prihatin dan penyayang dia terhadap saya.

Tapi saya tak bagitau. Saya malu kalau saya bertepuk sebelah tangan.

Setelah pulih dari 0peration, keluarga saya datang jumpa suami saya. Ayah saya mintak supaya kami bercerrai lebih awal. Saya disuruh sambung sijil master. Saya geram dengan tindakan selfish ayah.

Tapi suami saya seakan menurut saja permintaan Pakcik dia. Bulan puasa yang lepas, dia naik Pejabat Agama untuk urusan dokumen pencerraian.

Saya sedih. Saya dah terlanjur sayangkan suami saya. Raya baru ni saya ada bertanya pada dia.

“Abang betul ke nak bercerrai dengan saya?”

Dia hanya gelak.

“Betul la, kan haritu perjanjiannya macam tu.”

Walaupun dia ketawa, tapi saya tau yang dia jugak sedih nak bercerrai dengan saya. Mungkin ego lelaki yang membuatkan dia susah nak cakap yang dia jugak sayangkan saya atau mungkin dia taknak bergaduh dengan ayah saya. Lepas dengar dia cakap macamtu, saya tak jadi nak luahkan perasaan saya pada dia.

Hujung bulan ni, kami akan naik ke Mahkamah untuk lafaz talak.

Saya sedih sangat. Saya taknak bercerrai dengan dia. Saya sayang suami saya sangat sangat. Saya rasa saya takkan jumpa dah lelaki yang baik macam Sepupu saya ni.

Masa tiada orang nak percaya dengan saya, dia jer lah yang selalu bimbing dan percaya dengan apa yang saya cakap dulu.

Saya mohon sangat pendapat kakak kakak, apa yang saya perlu buat untuk selamatkan perkahwinan saya ni. Perlu ke saya bagitau cepat perasaan saya pada dia? Mohon semua doakan yang terbaik untuk saya dan suami.

Part 2 – Hud Asyikin

Assalamualaikum Admin.

Saya confessor yang tulis semalam pasal nak bercerrai dengan sepupu saya hujung bulan ni. Sebelum tu, saya nak cakap terima kasih banyak banyak pada akak akak yang bagi komen membina pada saya.

Saya ade terbaca jugak komen komen yang kata saya ni menipu lah, bajet bajet Maryam Nabi Isa lah. Saya tak pernah pun cakap saya ni semulia Ibu Nabi. Dan ade jugak yang cakap, saya mereka cerita, jujur saya cakap sikit pun tak ambil hati dengan komen begitu. Apa yang boleh saya buat. Saya doakan anda dan ahli keluarga tak terkena penyakit begitu.

Saya rasa serba salah sebab post saya ramai yang bertengkar. Ada jugak komen yang cakap suami saya lurus dan pendidikan rendah lah.

Sebenarnya, suami saya abis belajar dulu. Dia 2 tahun tua dari saya. Dia ade degree dalam kos pengajian kaunseling. Muet dia pun tinggi dari saya. Cuma dia suka buat kerja yang tak duduk dalam ofis. That’s why dia kerja deliver.

Terima kasih kepada Kak Cahaya Iman Haykal. Komen akak yang paling awal bagi dorongan pada saya semalam. Tak lupa jugak pada akak akak yang lain. Terima kasih sekali lagi.

Masa saya taip confess petang semalam, saya masih duduk kat umah parent sejak dari hari raya lagi. Jadi dah lebih kurang 3 minggu saya tak duduk dengan suami. Lepas abis cuti raya dia balik KL terus masuk kerja.

Sebenarnya, lepas akak akak komen suruh saya luah perasaan pada sepupu saya tu, saya tak ikut pun cakap akak akak semua. Saya rasa biarlah apa nak jadi pun jadi lah.

Tapi saya tak sangka malam tadi, saya dapat wassap dari dia.

“Apa perasaan dapat banyak likes? Seronok ke buat macamtu?”

Saya tetiba risau kalau kalau dia baca post tu. Saya tukar topik tanya dia dah ke makan belum.

Dia reply,

“Kemas kain baju, esok pagi saya datang ambil. Duduk rumah orang lama lama. Macam takde rumah sendiri pulak”.

Saya jadi geram pulak dia mesej macam tu. Saya kemas semua pakaian. Masa nak tidor tu, saya asyik terkenangkan kalau esok pagi dia marah marah saya pasal post tu. Walaupun dia bukan jenis baran tapi saya pernah tengok dia pukul adik dia pasal adik dia mer0kok kat asrama, itupun 5 tahun lepas.

Pagi tadi dia sampai, naik kereta Saga dia tu. Terkejut jugak. Biasanya dia tak pernah bawak kereta kalau jalan jauh. Balik kampung haritu pun kami naik bas jer. Lepas salam salam dengan family, kami terus balik. Dia taknak stay lama lama dekat rumah Ayah saya.

Sepanjang kami dalam kereta tadi, dia senyap jer tak cakap cakap ape. Saya pun tak berani nak tegur macam macam. First time tengok dia serius. Biasanya blur dan cool jer.

Sampai kat rumah, saya tanya lah kenapa ambil cuti hari ni? Saya boleh naik bas balik KL. Dia diam jugak. Dari petang bawak ke Isyak dia masih senyap. Saya pun tak berani la nak tanya banyak kali.

Tengah nak lelapkan mata tadi, dia wassap saya macam dalam gambar kat bawah ni.

Saya rasa malam ni saya lah insan yang paling bahagia sekali atas muka bumi. Terima kasih sangat pada akak akak yang doakan kami. Semoga Allah jer yang dapat balas semua jasa baik akak-akak semua. Harap harap dia tak baca post saya yang ni. Mesti dia marah lagi. Hahah

Btw, terima kasih sekali lagi buat akak akak semua. Rasa lapang jer dada sekarang ni.

Part 3 – Hud Asyikin

Assalamualaikum Admin. Ni saya Hudzaifah. Suami Asyikin. Nak mintak tolong Admin, boleh tak delete pic conversation WhatsApp yang wife saya bagi haritu? Segan ler. Boleh ye Min?

Ouh, lagi satu nak bagitau. Terima kasih pada Admin dan semua yang mendoakan rumah tangga kami. Nak bagitau, kami memang tak jadi bercerrai. Hal Family pun dah settle kelmarin, jadi boleh lah padam posting posting Wife saya sebelum ni.

Sebenarnya banyak misunderstanding jer pun. Hahah. Ini pun saya check messenger dia. Baru jumpa fake account dia ni. Hahah. Ini first time saya yang confess kat KRT ni. Lepas post yang ni saya akan delete akaun dia ni.

Weekend ni kami pindah rumah baru dekat area Bukit Gasing, PJ. Kami ingat nak buat kenduri doa selamat sikit. Nak jemput semua tak mampu. Sape yang duduk dekat area tu, komen lah kat post ni. Nanti saya inbox invite personal. Boleh kenal kenal jiran setempat. Yang duduk Taman Dato Harun atau Taman Medan pun boleh komen.

Sekali lagi, terima kasih pada yang mendoakan hubungan kami sebelum ni. Moga Allah SWT kurnia kan ganjaran yang setimpal pada kakak kakak semua. Ameen.

Tamat.

Kisah Hud Asyikin di atas pernah viral pada tahun 2017. Buat Hud dan Asyikin, semoga rumahtangga yang dibina kekal ke hujung hayat.

Maaf, kami terpaksa sertakan conversation WhatsApp korang supaya cerita tidak tergantung. Hahaha. Tetapi, itulah buktinya kisah cinta hebat korang kan.

Sumber : Kisah Rumah Tangga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *