Aku ingat pelajarku songsang, rupanya aku silap. Terdgr luahannya di kubur, aku rasa bersalah sgt

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum. Terima kasih admin approved kisah saya. Nama saya Sofea, seorang guru bahasa Inggeris. Mula mengajar pada tahun 2014 di sebuah sekolah menengah di selatan tanah air.

Tahun pertama agak ralat bagiku kerana belum kenal baik dengan anak anak murid. Aku menjadi guru kelas tingkatan 2. Jadi waktu itu sebarang urusan memang aku banyak bersua dengan Sarah, dia ketua kelas.

Sarah sama sepertinya remaja perempuan lain, sedang mencari jati diri. Orangnya petah berbicara dan rajin menolong guru.

Hari demi hari hubungan kami makin mesra ibarat kakak dan adik. Sementelah pula aku hidup seorang di perantauan, Sarah umpama adikku yang jauh di pantai timur tanah air.

Tahun berganti tahun, Sarah yang aku kenal semakin berubah. Dari seorang yang ceria tiba tiba menjadi pendiam. Kawan sekerja pula sering mengadu, Sarah kurang ajar dengan guru guru!! Terkedu aku mengenangkan perubahan drastik Sarah.

Namun Sarah masih seperti dulu di mataku. Tak pernah lupa hari lahirku. Tiap kali, dia masakkan kek sempena hari jadiku. Aku bersyukur punya pelajar yang menghargai guru.

Masuk tahun ke 3, perangai Sarah makin pelik di mataku. Dia akan memaki siapa siapa yang mendekat dengan ku. Pernah dia menampar pelajar perempuan tingkatan 1 kerana memanggilku “cikguku sayang”.

Tak cukup dengan itu, Sarah akan menelefon aku selepas sekolah semata mata untuk marahkan aku jika dia nampak aku berborak dengan mana mana murid. Bukan sekali dua, tapi dah berpuluh kali.

Aku makin rimas. Lagaknya seperti kekasih yang kuat mengongkong. Aku mula berfikir yang bukan bukan tambahan lagi dengan perangainya yang tiba tiba muncul entah dari mana dan memeluk aku. Serongkah kamu Sarah??!

Aku mula mengelak bertembung dengan Sarah. Aku sanggup mengambil laluan jauh semata mata tidak mahu lalu depan kelas Sarah. Bila Sarah mesej, aku sekadar baca tanpa memberi sebarang balasan.

Satu hari, aku dapat panggilan daripada kawan Sarah. Sarah cuba bnvh diri dengan terjun dalam laut. Mujur pada waktu itu, ada nelayan yang selamatkan Sarah. Puncanya adalah kerana Sarah tertekan diabaikan aku.

Allah… Mengucap panjang aku. Lemah longlai segala sendi. Aku minta maaf pada Sarah kerana mengelak darinya.

Sarah tunduk, tiada bicara. Cuma air mata bercucuran tumpah ke bumi. Aku tanya, kenapa? Tapi Sarah tetap membisu sama seperti selalunya apabila aku cuba mencari tahu masalahnya.

Sejak peristiwa itu, Sarah hilang terus dari pandanganku. Dia betul betul mengelak dari bertemu empat mata denganku. Dek kesibukan kerja, akhirnya aku lupa pada insan bernama Sarah. Tamat SPM, Sarah langsung hilang khabar tanpa berita.

5 bulan lamanya Sarah lenyap dari akal fikiranku. Seolah olah tidak pernah wujud dia dalam hidupku. Padahal selama 4 tahun itulah Sarah menemani hari hari aku dengan senyum tawanya. Marah sungguh aku dengan cubaan bnvh dirinya. Apa nilai sebuah nyawa bagimu Sarah??

Satu hari, Sarah menghantar mesej, datuknya meninggal dunia. Aku pergi ke perkuburan, mencari cari kelibat Sarah.

Sarah menunggu hingga semua pulang, menunduk di pusara tanpa siapa siapa di sisi. Aku pegang bahu Sarah. Dan dia langsung menumpahkan air mata untuk kesekian kali.

“Sarah minta maaf cikgu. Sarah tak berniat sakitkan hati cikgu. Masa Sarah kecil, papa Sarah buang Sarah dan mama. Sebab tergilakan perempuan lain. Mama jadi ibu tunggal. Jadi janda. Semua orang benci mama sebab status mama…”

“Adik beradik mama sendiri pandang serong pada mama sebab mama janda. Atuk la yang galas tanggungjawab jaga Sarah layaknya seorang ayah. Atuk sentiasa ada dengan Sarah. Atuk tenangkan hati Sarah bila orang kutuk Sarah tak ada ayah.

Atuk cakap tak apalah, Sarah ada atuk kan… Tapi…. Sekarang atuk dah tak ada. Mama pula dah lama sakit knser. Sekarang stage 4. Sarah tak kuat cikgu!! ”

Fahamlah aku kenapa Sarah terlalu overreact bila murid lain rapat dengan aku, kerana dia terlalu sakit dengan kehilangan. Berat rasanya hati ini dihimpit perasaan bersalah.

Sejak itu aku tak putus putus bagi semangat untuk Sarah belajar, sambung ke peringkat STPM. Keputusan SPM Sarah tak sebaik mana.

Sebelum PKP bermula, sempat aku bertemu dengannya semasa majlis keputusan STPM. Sarah mendapat pointer 3.0. Alhamdulillah.

Mama Sarah masih berjuang dengan penyakitnya. Doakan Sarah dan mama dia ye readers semua. Semoga Sarah berjaya ke menara gading. Semoga hidup Sarah bertambah baik. Doa cikgu sentiasa bersamamu Sarah.

Reaksi warganet

Norhayati Sulaiman –
Sakit nya erti kehilangan bagi seorang remaja. Semoga Allah beri kesihatan dan rezeki buat cikgu asbab sentiasa ada untuk Sarah. Semoga juga Sarah akan terus berjaya dunia dan akhirat

Hanum Bani –
Saya suka jika Sarah jadi cikgu. Masuk UPSI. selain kerja terjamin ada selepas grad. Pengalaman hidup yang sangat berharga itu jadikan aset bernilai untuk bantu remaja di sekolah.

Hanya orang yang merasa perit lebih tahu derita orang yang menghadapinya. Tetapi apa pun pilihan Sarah saya doakan dia terus kuat. Dan diberkati Allah hidupnya.

Fazidah Abdul Kadir –
Aamin semoga dia berjaya lalui semua kesusahan ni. Tapi ada yang lagi teruk dari Sarah, dan terpaksa berjuang dalam diam kerana tak ada yang nak dengar atau membantu.

Banyak yang hanya menghukum pelajar tanpa ambil tahu beban yang mereka galas dalam usia muda mereka. Ada yang dilabelkan “malas”, “pengotor”, “bdoh” walhal sebenarnya mereka sibuk, miskin, dan kurang pendidikan awal sebab tak mampu. Tolonglah mereka.

Anisah Basir –
Budak budak ni kalo ada perangai pelik, contoh macam hyper, suka memberontak, sensetif, kurang ajar, suka gaduh. Mesti ada sebab.

Sebagai Guru, dekati murid ni. Cuba siasat. Disebalik perangai yang begitu, mesti ada sebab nya bukan?.

Tu la Guru, bukan sekadar mengajar mencurah ilmu. Guru juga mengurus em0si pelajar murid untuk jadi matang, tabah dan sabar. Keluarga pula membentuk sahsiah diri murid.

Beruntunglahh anak anak yang ada kuarga bahagia. Emosi mereka pasti sihat.

Siti Zurkish Zulkafli –
Selepas bertahun baru Sarah tahu bagaimana nak ceritakan apa yang dia rasa.

Cikgu, selalunya orang yang kuat ney sangat payah nak bagitau kelemahan atau kesakitan dia. Sebab dia tak tahu dia lemah atau sakit.

Yang dia tahu, dia perlu bertahan dan terus melangkah. Mungkin Sarah dah pernah terduduk berfikir sebentar. Barulah dia tahu apa yang dia rasa dan bagaimana nak kongsi pada cikgu.

Semoga cikgu dan Sarah sentiasa dirahmati.

Sumber – Sofea (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *