Suami ‘bazirkan’ duit dekat keluarga mertua. Tapi anak bini sendiri dibiarkan ‘papa’.

Foto sekadar hiasan.

Salam min. Tolong hide FB aku. Aku nak tnya pendapat korang pasal ibu mertua aku. Ibu metua aku ni ibu tungal, suami dah tiade. Tapi selalu sangat boros.

Masa kenduri belah laki, aku taknak lah buat besar besar. Tapi mertua aku ni macam macam nak buat, order aiskrim, apambalik. Lepastu min doorgift 1200 bungkus, 900 kotak bahulu, jemputan 1000 orang. Habis kenduri bukan main banyak doorgift lebih.

Aku layan je ibu mertua aku ni. Biasa la first buat kenduri. Kenduri belah aku pun 600 je doorgirf. Tu pun lebih 3 bag. Ni masa 2018. Laki aku pulak ikut je apa mak dia nak.

Sekarang dah 2 tahun aku kahwin. Sejak kahwin tak pernah aku mintak beli kan baju. Duit nafkah pun aku tak mintak. Aku anggap dia tanggung makan minum. Bagi tempat pun aku bersyukur. Aku tak pernah pun larang dia bagi duit kat mak dia..

Tapi sekarang ibu mertua aku ni macam menjadi jadi lak. Aku terasa hati sangat sangat min. Kadang sampai tak cukup duit. Aku pregnant, bila aku ngidam sangat nak makan nasi lemak, tapi suami layan tak layan je.

Tapi bila mak dia, macam macam suami aku beli. Sampai produk kecantikan pun suami beli. Aku pendam aku taknak suami jadi anak derhaka.

Dah sampai masa aku nak bersalin. Barang persedian baju anak pun suami tak beli. Aku sanggup gadai rantai kahwin. Nak beli kan barang anak.

Sedangkan mertua ada 2 orang anak yang bekerja. Tapi sorang tak bagi duit, harapkan laki aku ja tanggung semua. Ibu mertua ni bukan tiade duit. Kadang kadang tiap bulan zakat bagi, pastu dapat bntuan dari sekolah, dari kedai ecosave, cmart. Tapi jenis boros, tamak, nak duit banyak ja. Kadang tiade duit dia marah, tiade mood.

Laki aku ni lebih utama kan mak dia dengan adik adik dia. Sedangkan duit sanggup abis kan 600 beli baju dorang. Ibu mertua aku ni selalu sangat habiskan duit. Pastu mintak laki aku bankin kan duit. Order barang shope, beli spoiler keta, pastu baiki keta sampai 3000.

Terkejut aku, bila tanya ibu mertua aku cakap zakat tanggung betul ke?. Aku sedih sangat sampai family belah aku tegur asyik pakai baju sama ja. Aku terdiam. Tak tau nk cakap apa. Aku tak faham dengan laki aku ni.

Bila ajak bincang. Dia mengelak. Aku tak thu nak buat macam mana lagi. Semua ni macam tak adil suami aku memang baik, layan aku memang baik, suka gurau, tak pukul tapi silap bab nafkah.

Sumber : Kisah Rumah Tangga

Jangan lupa kongsikan pandangan dan pendapat anda di ruangan komen dibawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *