Bapak senyap2 kawen lain. Masa pergi haji, doa mak dimakbulkan. Bapak mula susah, hilang 6 bulan. Haritu kami bertemu

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum semua. Kisah ni aku nak share pasal family aku. Bukan nak bukak aib sapa sapa. Tapi untuk saling mengingati. Kisah ni lebih tentang kehidupan family aku especially bapak aku.

Ok family aku ni dulu pernah susah. Pernah senang dan kembali susah dalam tempoh boleh dikatakan singkat jugak.

Kehidupan susah yang aku ingat mula pada tahun 1994-2001. Masa tu umur aku dalam 7 sampai 13 tahun. Susah dia yang aku perasan sampai bapak aku otw nak hantar aku ke sekolah kereta dia kena tarik. Depan mata aku. Kereta wira color coklat.

Bapak aku kena tipu dengan kawan dia dalam berniaga. Dengar dengar dari mak aku dalam puluh ribu ke ratus ribu jugak. Tapi masa tu bapak aku jaga mak aku baik. Cantik je. Flow rezeki still ada. Oh ye mak aku kerja kerajaan. Bapak aku business sendiri.

Pada tahun 2002-2007. Masa ni memang rasa kesenangan. Apa yang aku dengan abang aku mintak mesti dapat. Oh aku dua beradik je. Beza aku dengan abang aku hanya setahun je.

Masa tu abang aku nak computer terus dapat. Aku cakap minggu depan aku ada competition bola. Hari sabtu terus bangun tidur ada boot bola depan mata. Baju raya tempah saja. Tak pernah beli siap. Langsir juga tempah.

And sampai satu masa bapak aku dapat project juta juta. Masa tu tahun 2005 aku form 5. Bagi aku hp nokia daun. Masa tu top gila nokia daun. Bapak aku beli kereta Mercedes. Beli rumah semi D 300k. Belikan mak aku Honda City. Hantar abang dengan mak aku pi umrah.

Tahun 2006 mak bapak aku pi haji. Abang aku masuk uni swasta. Aku pun uni swasta. Zaman college bapak aku belikan aku kereta. Macam macam lagi la.

Tapi rupanya semua tu wayang untuk kaburkan mata kitorang je. Tahun 2004 atau 2005 bapak aku kahwin lain dengan business partner dia. Kitorang taktau langsung.

Semua yang dia bagi kat family just untuk kaburkan mata kitorang je. Dia kahwin senyap senyap. Yang aku ingat tahun 2002 atau 2003 kitorang ada buat open house. Bapak aku bawak perempuan tu datang.

Perempuan tu siap bawak mak dia lagi. Kitorang pelik tapi biarkan je. Business partner kan. Masa tu diorang tak kahwin lagi.

Dan pada 2006 masa parents aku nak pi haji. Malam tengah packing barang tiba tiba mak aku dapat text dari business partner bapak aku. Dia mintak maaf dan mintak doakan dia masa kat mekah nanti.

Mak aku pelik. No hp dia sama dengan no hp bapak aku. Beza pangkal no je. Bapak aku 012 dia 017. No belakang semua sama. Masa tu mak aku dah tak sedap hati. Tapi dia taknak fikir bukan bukan sebab dah nak buat ibadah kan.

Masa bapak aku pergi haji aku ada buat tahi sikit la. Memang salah aku. Kereta yang bapak aku bagi masa tu, Perodua kenari boleh bantai accident. Masa tu sehari sebelum raya haji.

Bapak aku ni banyak penjilat dia a.k.a orang dipercayai la. Diorang la settlekan kes aku masa bapak aku buat haji tu, termasuk la si business partner bapak aku ni. Bini kedua bapak aku a.k.a. Perempuan durjana.

Nak dijadikan cerita. 2005 sampai 2007 tahun zaman kemewahan kitorang. Dan tahun 2008 tiba lah saat paling susah dan getir dalam kehidupan kami sekeluarga. Business bapak aku drop. Hutang ah long. Office bapak aku kena simbah cat. Rumah aku kena serang.

Tahu sapa hadap semua tu? Aku, abang aku dan mak aku yang hadap. Bapak aku? Menikus sorokkan diri. Satu hari lepas aku jumpa ah long2 ni pi settlekan hutang. (Oh aku settlekan hutang bapak aku dengan pinjam duit orang ye. Aku pi pinjam. Mak aku pun pi pinjam. Duit sedara mara dan kawan kawan).

Masa otw balik rumah lepas settlekan hutang tu aku tengah drive. Sampai traffic light aku nampak bapak aku tengah text. And aku nampak perkataan ‘i love you’ , aku tau tu bukan untuk mak aku. Sebab bapak aku takkan text mak aku macam tu.

So aku decide. Lepas settle semua masalah ni aku nak soal bapak aku. Last last dua tiga hari lepas tu mak aku nangis teresak esak. Cakap bapak aku dah kahwin lain. Dia dapat tau dari kawan dia.

Mengamuk lah mak aku masa tu. Aku dengan abang aku pun sama marah. Mak aku nak lari rumah. Nak angkut kitorang dua beradik keluar and mak aku nak cerrai.

Tapi mak aku ni bukan jenis ikut hati. Dia akan berfikir dan dia cekal. Dia kata kalau dia lari bapak aku mungkin akan sakit atau buat apa apa yang tak boleh diterima akal. So kitorang decide kita stay dengan bapak sampai settle masalah ni.

Baik tak mak aku? Dia wanita yang cekal dan tabah. Hutang semua mak aku yang tanggung. Bini no 2 dia? Tak tanggung satu apa pun. Lari balik Kampung dia.

Dari 2008 sampai sekarang bapak aku merasa susah. Sebab apa? Sebab dia tak jujur. Dia selalu tipu mak aku. Rupanya masa kat Mekah mak aku pernah doa. Kalau bapak aku tak jujur dalam rumah tangga mak aku mintak di berikan kesusahan pada dia.

Allah maha kuasa doa mak aku makbul dalam dua tahun. Tahun 2015 bapak aku pernah hilang selama 6 bulan. Dari lepas raya dia kata dia ada kerja terus tak balik rumah. Call tak dapat apa semua. Aku dengan mak aku nekad lepas 3 bulan kita buat report polis.

Kenapa lepas 3 bulan? Sebab mak aku still yakin dia hidup lagi. Kitorang report polis. Polis ada follow up tapi lepas dua tiga hari takde dah. Aku masa tu dah semak kepala. Aku pi cari dia merata. PJ sampai ke port dickson. Last dia kata dia kerja kat port dickson.

So aku guna cable aku. Aku mintak kawan aku check kan ic perempuan durjana tu. Dan dapat lah alamat dia kat kampung. Aku pun apa lagi pi gegar dia kat kampung. Aku bawak mak aku.

Kesian mak aku masa tu. Aku gerak pagi so dalam pukul 9 am aku sampai depan rumah perempuan durjana tu. Aku nampak bapak aku tengah rilek basuh kereta depan rumah.

Berbulu aku. Aku terus keluar kereta panggil bapak aku keluar. Dia pun dengan gaya bersalah keluar rumah. Aku kecewa masa ni. Dia lari hilang 6 bulan. Sikit minta maaf pun takde. Dan dia tak de alasan pun kenapa dia hilang 6 bulan.

Masa bincang kat luar rumah tu aku nampak lah dua tiga orang duk intai dari dalam rumah perempuan tu. Ikut kan hati nak ku amuk kan aje orang dalam rumah tu. Tapi mak aku ni suruh aku berzikir dan sabar.

So dari tahun 2008 sampai sekarang bapak aku tengah susah. Sebab apa? Sebab dia masih lagi menipu mak aku. Dia kerja jauh dari kitorang. Balik rumah mak aku sebulan 2-3 kali je. Yang lain dia pi mana aku taktau.

Tapi apa yang aku perasan sekarang kalau dia takde duit yang tolong dia mak aku, abang aku, dan aku je. Orang belah sana satu apa pun tak bagi kat dia.

Aku rasa sekarang bapak aku banyak merempat kat tempat lain buat kerja. Aku dah suruh bapak aku lepaskan orang sana. Dia diam je. Aku cakap lepaskan mak aku.

Dia mengamuk taknak. Tapi apa yang dia nak sebenarnya? Dia dah tak mampu sara dua perempuan. Dia akan jadi tak jujur. Tipu mak aku. Dan dia akan kesempitan rezeki lagi.

Dia pun dah tua. Orang sana sesah dia untuk travel sini sana untuk cari duit. Belah sana dia ada dua anak. Lelaki perempuan. Mungkin 10 tahun dan 13 tahun. Aku tak amik port.

Kalau dia duduk dengan mak aku pun dia dah rilek. Makan pakai terjaga. Aku abang aku boleh tanggung. Tak banyak tapi boleh tampung. Tapi dia taknak.

Dari pengalaman hidup ni aku amik iktibar. Mak aku cakap. Hargai isteri. Layan isteri. Sayang isteri. Jangan khianat rumah tangga. Akan aku pegang benda ni sampai aku mati.

Alhamdulillah sekarang aku dah kahwin. Dan aku tak sampai hati nak buat isteri aku macam mana bapak aku buat kat mak aku. InsyaAllah akan aku jaga perkahwinan ni sampai hujung nyawa.

So pada kawan kawan jangan cuba cuba khianati isteri dan rumah tangga. Besar akibat dia.

Reaksi warganet

Rohaya Aya –
Esok esok kalau ayah sakit mesti balik kat ibu. Ibu tak boleh tolak sebab tu suami dia. Hmm, kadang kadang tak faham apa lelaki ni nak dalam hidup dia ye. Mungkin nak tumpang senang isteri kot..

Haslina Omar –
Kenapa ye lelaki dah tua suka cari penyakit hidup macam ni. Anak anak pun sebenarnye sedih jugak tengok ayah yang dah tua buat 2 3 keje demi nak sara keluarga ‘sana’.

Anak anak dah bantu pun, tapi sekejap je da terbelengu balik dengan hutang yang banyak semata mata nak memenuhkan kehendak keluarga baru.

Sebenarnya sedih sangat tengok ayah yang dah uzur dan tua terpaksa keje macam macam nak menyara keluarga baru. Sedangkan kalau tengok kawan kawan seangkatan, semua dah berehat menikmati duit pencen,bmengopi sambil kerap ke masjid.

Naa Salam –
Doa mak awak tu salah. Dia doa yang menyusahkan dia dan anak anak juga. Hati pun tak tenang, hidup menderita. Lain kali kalau nak doa kesusahan orang, makesure kita tiada kena mengena dengan hidup dia lagi.

Tapi itula, sekali doa buruk dekatt orang, doa tu pun akan berbalik pada kita juga. Jangan marah yea. Suruh mak awak juga bertaubat. Tarik balik doa doa dia dulu. Minta Allah ampunkan dosa dan permudahkan jalan hidup. Jangan marah na. Ini nasihat ja.

Amber Lee –
Betul la Islam kata perkahwinan ni pemberi rezeki tapi tak mustahil Allah boleh tarik balik nikmat rezeki tu andai salah seorang mengkhianati.

Tak kira belum berkahwin atau dah berkahwin atau mereka yang dah ‘terlajak perahu’ harap renungkan balik susah senang bersama pasangan dan anak anak selama ni.

KESENANGAN ATAS PENDERITAAN ORANG LAIN TAKKAN BERKEKALAN ANDAI MEREKA TAK REDHA DAN MERESTUI.

Sumber – Arman (Bukan nama sebenar) vi IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *