Aku ibu tunggal. Abg ipar cuba rgol, aku terlepas. Reaksi ibu buat aku terkedu. Aku ingat sampai bila2

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum para pembaca. Hidup ini terlalu banyak liku dan cubaan yang kadang buat kita leka, putus asa dan kecundang dengan nfsu.

Begitu juga saya, ibu tunggal anak 3, berusia 30an. Saya bekerja di sektor awam dan membuat bisnes sebagai side income untuk membesarkan anak anak seorang diri.

Terlalu banyak dugaan yang menimpa dari awal kahwin sehinggalah bercerrai dan hidup sebagai ibu tunggal.

Diuji dengan anak Autism dan ADHD serta menanggung trauma kerana kejadian hampir dir0g0l abang ipar, membuatkan kekadang saya hilang waras dan tewas dengan nfsu amarah.

Hasil nya, anak anak menjadi mngsa jerit pekik seorang ibu. Anak anak saya tidak bersalah. Anak anak saya bukan juga susah untuk dijaga.

Walaupon hebat dugaan untuk membesarkan anak Autism, tapi saya redha. Itu ujian saya. Kadang kadang hilang juga kesabaran saya, pasti saya akan tinggikan suara.

Saya sangat sibuk berkerja mencari duit membesarkan anak anak. Saya tahu anak anak terlalu banyak membawa diri dan sedih dihati.

Setahun berlalu peristiwa hitam yang terjadi masih segar. Macam mana pon saya cuba untuk lupakan, tapi peritiwa itu tetap disitu,

Ini kerana abang ipar saya masih ada di dalam keluarga. Diterima seperti tiada apa apa. Dikala saya perlukan ibu untuk menyokong saya, ibu saya tiada.

Dia memilih untuk mempertahan kan pelaku. Memberi peluang pada pelaku, kerana pelaku ada anak anak. Habis, anak saya?

Bila saya gagal mengawal diri, bila saya teringat peristiwa itu kembali, anak anak yang menjadi mngsa saya. Ibu saya mengatakan maaf kan je lah. Bukan jadi apa apa pon.

Ya, ibu. Tiada apa yang terjadi. Tapi susah payah saya melepaskan diri dari binatang tu, perlakuan dia terhadap saya, bagaimana mungkin saya lupakan sekelip mata??

Balas ibu, banyak mengaji, pasti lupa. Bagi saya, ibu saya lebih sayangkan abang ipar dari anak nya sendiri.

Maafkan saya kerana kasih sayang saya berkurangan terhadap ibu. Luka hati saya, tiada siapa yang peduli

Hati saya sakit, lihat abang ipar bebas seperti biasa. Laporan polis sudah dibuat. Tapi setahun berlalu, dia seperti tiada apa. Relax saja. Sedangkan saya? Didalam trauma.

Tiada siapa yang tahu, betapa tertekan nya hidup saya. Mahu bercerita pada keluarga? Jauh sekali.

Hasilnya, saya d3pr3ssi. Berkali kali saya cuba menahan diri dari memukul anak anak bila saya diasak dengan tekanan. Saya kasihan kan anak anak. Sentiasa ditengking dan saya sentiasa tinggikan suara.

Bila anak anak buat hal, saya cuba isolate kan diri dan menahan diri dari melakukan apa apa yang memudaratkan anak anak.

Saya berdoa semoga saya sentiasa diberikan kewarasan akal dan kesabaran yang tinggi.

Banyak kali juga saya terserempak dengan abang ipar. Di kedai runcit, di stesen minyak.

Melihat sahaja kelibat nya, dunia saya gelap. Terasa drah menderu naik ke kepala. Sehingga saya rasa paran0id untuk kemana mana. Bimbang terserempak lagi dengan abang ipar.

Rumah saya, ibu dan abang ipar adalah di dalam kawasan yang berdekatan..

Malam ini saya menulis kerana memikirkan apa keadilan terhadap saya lepas setahun peritiwa itu berlalu.

Walaupon berkali saya memberitahu polis, abang ipar saya ada dirumah. Namun dia masih begitu.. Bebas.. Mungkin kes saya ini tiada apa apa. Hanya melibatkan masalah keluarga.

Saya harap saya terus tabah dan diberikan kekuatan jiwa dan akal untuk menempuh dugaan hidup.

Saya harap saya dapat mejadi ibu yang lebih baik buat anak anak saya. In shaa Allah.

Reaksi warganet

Deedee Nas –
Maaf cakap, ibu awak adalah seorang ibu yang useless, heartless. Dia lebih sayang rumahtangga abang ipar awak daripada awak sendiri?.

Kalau saya, saya dah jerit depan muka dia tu. Dia seorang wanita pun tak faham perasaan anak perempuan?.

Ya Allah, tak faham hati ibu awak ni jenis apa. Begitu abang ipar awak buat kat awak. 1 hari nanti dia akan terduduk bila ujian berat datang kat dia. Dekat situ baru dia sedar, insaf minta ampun.

Aisyah Nur –
Kesiannya. Pergi jauh dik. Pindahlah. Tak dinafikan, jika bukti tidak mencukupi buat report pun sekadar report saja lah. Sebab tiada saksi.

Kalau mak kandung sendiri pun tak membantu siapa lagi yang nak diharapkan. Pergilah jauh. Bab ibu awak tak tahu nak cakap macam mana. Jika ikut hati akak pun akan menjauhkan diri dari ibu jugak sebab terlalu terluka dan kecewa.

Tapi tu lah. Ibu. Balik balik anak jugak yang dilabel anak derhaka jika tidak mempedulikan mereka. Moga ibu tt akan sedar suatu hari nanti.

Jaja Halim –
Rata rata komen pindah jauh, saya pun setuju. Keluar dari kawasan awak. Sektor kerajaan memang lambat nak dapat pertukaran, tapi akan ada hasilnya.

Mulakan hidup baru, sibukkan diri dengan urusan keje dan anak anak. Lupakan je mak awak tu. Kalau betul dia anggap awak anak, tak mungkin dia buat awak macam ni. Sebab kita taktau kan cerita disebalik kejadian.

Boleh jadi akak awak pusing cerita awak yang goda laki dia. Maklum la ibu tunggal ni ramai orang suka fitnah. Saya faham sebab ramai kawan kawan rapat saya jugak ibu tunggal. Perit sungguh dugaan dorang.

Lieya Lie –
Untuk melupakan peristiwa yang berlaku, pergilah sejauh mungkin untuk cari kekuatan, ketenangan, kedamaian. Jika masih di situ, sakit yang dialami akan bertambah. Percayalah kerana saya juga menghadapi penyakit ni.

Tapi saya tidak dapat meninggalkan tempat ini. Kaki saya masih berantai. Doktor bagitahu itulah ubat yang paling mujarab untuk sembuh iaitu pergi ke tempat yang asing, tiada siapa yang mengenali.

Jadi kita tidak akan risau terserempak. Kita hanya akan fikirkan diri sendiri dan anak anak. Cari kekuatan dengan menyepikan diri dan bahagiakan diri sendiri dahulu..

Norwaridah Suib –
Saya tahu apa yang sis rasa sebab saya jugak hadapi situasi yang sama. Kena cbul sewaktu saya dalam pantang oleh pakcik sendiri.

Dia ambil kesempatan isterinya (makcik) masuk ward sebab demam denggi. Saya boleh pulak tak buat report polis sebab kesiankan makcik saya? betapa bdohnya kan?. Waktu kejadian anak saya baru 3 bulan, now dah masuk 6 tahun.

Masih sakit hati pedih bila nampak muka si pelaku. Setakat ni saya dah bocorkan tayar kereta dia tapi saya belum puas hati lagi. Nanti bila saya ada duit nak upah gangster blasah dia cukup cukup. Ni bukan cakap sembang kari je memang tunggu masa dan peluang.

Saya kena hypertensi0n lepas kejadian tu. Tapi dikawal dengan ubat and now dah okay. Tapi saya tak hadap muka jantan tak guna tak sedar diri nak mampus tu hari hari. Kalau tak, saya boleh mati sebab tekanan.

Sis pindah la. Carik bilik atau rumah sewa dekat dengan NGO yang boleh support/jaga (sementara sis bekerja) anak autisme/ADHD. tu je caranya.

Pernah jugak saya call polis nak buat report beberapa tahun lepas kejadian, sebab trauma dan hati saya masih sakit. boleh pulak polis tu questioned saya kenapa tak report awal dan kata saya ada niat lain? niatnya adalah trauma la apa lagi kan?

Pindah sis. Untuk masa depan sis dan anak anak. Susah tapi berbaloi.

Sumber – LYN (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *