Coretan setiap hari seorang isteri di Facebook mengenai keadaan suaminya yang terlantar selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya mendapat perhatian ramai netizen hingga tular di media sosial.
Memang tak dinafikan sesebuah rumah tangga itu pasti akan diuji. Anggaplah ujian itu sebagai pemangkin menambah kasih sayang antara suami isteri.
Begitu juga yang dihadapi oleh Siti Rohayu Ibrahim yang sentiasa berkongsi keadaan Ridzuan Zaki sejak suaminya dirawat selepas motosikal ditunggangnya itu dirempuh pacuan empat roda beberapa tahun lepas.
Suaminya terlantar koma selama 6 bulan akibat kemalangan. Tapi Rohayu sentiasa ada di sisi suaminya dan menjaganya sepanjang koma.
Terbaru, kita dikejutkan dengan posting dari Siti Rohayu yang dikatakan telah ditangkap khalwat. Ikuti perkongsian nya dibawah.
Ditangkap khalwat bersama suami
Dasyat permainan mereka, Aku ditangkap khalwat😭. Ketika aku ada didalam bilik bersama suami dan anak2 pada pukul 11 malam tadi. Pihak pejabat agama datang, dalam rumah aku!!
Ada kakak dan anak2 nya dan juga anak angkat keluarga kami lelaki yang belum berkahwin lagi. Walaupun aku bersama suami tetap kena sebab ada orang bukan drah daging tinggal 1 rumah, Ada suami tetapi suami tak normal katanya, Allahu…
Kami semua kena pergi pejabat agama dan baru dijamin oleh mak umy, tadi hanya tinggal aby dan anak2 je😭. Dia tak nak ambil keterangan aby sebab aby tak normal, kami akan di bicara kan, denda 3000 seorang😭. Tak mampu nak bersabar dan tahan lagi, Mereka nak singkirkan aku.
‘Mereka’ bertanya tentang duit insuran
Lepas aku kena tangkap, dibawa dengan van, Mereka semua datang nak ambil aby, aby tak nak ikut mereka. Jelas sekali hampir 2 tahun tak munculkan diri. Keluarga aku dan aby sendiri cakap, mereka tanya kan pasal duit insuran pada aby ketika dia datang.
Hebat… mereka nak aku bercerrai, mereka nak ambil suami aku, jangan risau… Aku akan tunaikan, Aku tak mampu nak teruskan lagi. Ambik lah anak kau, pergi berambus, semoga kau jawab lah disana nanti, sampai mati aku tak akan maafkan
Akan tuntut penceraian
Kau conteng Arang dimuka aku, Nak suruh nampak aku ni jahat, nak kami bercerrai.. nak ambil aby dari kami, Biarlah..jalan terakhir, Aku akan pergi tuntut perceraian..
Aku tak nak ada kaitan dengan kalian lagi, kalian boleh datang ambil anak kau… kalian boleh ambik duit bantuan atau duit insuran, bawa lah ke kubur kalian masing2…
Sampai macam ni sekali korang buat kami, Silalah datang Ambil lah anak kau balik…….Aku akan putuskan segala2 Nya…Aku akan tunggu dibicarakan, Allah sudah beri jalan penyelesaiannya terbaik buat aku di bulan Ramadhan ni, Akhirnya.. perpisahan yang terakhir 😭
Bertahun tak jenguk, alih alih datang masa kena tangkap
Ingatkan lepas pada kejadian keluarga mereka buat akaun Fake tu, Terus diam.. Rupanya sedang merancangkan sesuatu, buat akaun fake fitnah aku, halang bantuan yang disampaikan, burukkan aku, buat cerita pasal kesihatan aby, bukti semua ada pasal FB fake tu, ingatkan dah malu dan serikk… Rupanya lebih dasyat lagi.
Cepat diorang sampai masa aku kena tangkap tadi, Aku naik van terus sampai, bertahun2 tak datang jenguk, duit 1 sen pun tak pernah hulur, alih alih datang ketika aku ditangkap khalwat. Datang pulak ajak aby balik.
Lepas tu sibuk tanya pasal insuran, sebab kalian tahu duit tu tak lama lagi akan dapat, kau ingat aby nak ikut ke? dia pun reti siapa yang jaga selama ni.
Kali ni walaupun aby tak nak ikut kalian, bila aku mula failkan perceraian, korang dipersilakan datang ambil aby…. aku tak tak nak ape2, aku tak nak tengok muka kalian, kau ambil lah… aku cuma nak ketenangan bersama anak2 aku, Biar aku mula hidup baru
Cari kebahagiaan lain bersama anak anak
Aku tak mampu nak telan nasi, Laju airmata keluar, bila tengok muka si kakak, dia lah yang beria2 menangis masa pihak berkuasa bawak aku tadi, kesian dia..
Bila balik tadi, dia belum tido menangis tanya aku kenapa, Aku tak mampu nak jawab, hanya menangis depan keluarga, kenapa nasib aku malang sangat😭
Tak pe kakak.. Kita cari kebahagiaan lain, selama ni umy cuba pertahankan segala2, keperitan kesengsaraan dan kesusahan tapi keluarga kita ada maruah, kita sudah dimalukan sebegini rupa..
Biar Allah yang membalasnya, biar kita tidak menang didunia, kita lepaskan ape yang menyakitkan 😭. Kakak masih ada umy dan adik… Tolong jangan Nangis lagi, umy tak akan pisahkan adik dan kakak😭
Reaksi warganet
Sarah Sera –Aku sangat terkesan dengan kes ni 😢 Ya Allah kita pakat berdoalah supaya ada pihak yang boleh membantu kes ni.
Sapa yang follow umi since 2017 tau lah macam mana tabahnya dia menjaga suami yang sakit dengan anak2 yang masih kecik masa tu. Kalau kita memang xmampu nak pikul 😭😭
Rose Farahanie –Sebabkan duit! Rambut sama hitam hati lain2. Baik tak berharta dari berharta .. Adik beradik pun boleh gaduh apelagi orang luar yang tak membesar bersama… Tak pelik la kalau ade manusia yang masih wujud macam nie..
Wan Nurul Izati –Dulu akak ni pernah bawak suami dia dapatkan rawatan dipusat ceragem kota bharu . Begitu tabah hati akak ni sebab sanggup pangku laki dia yang berat tak berdaya sedangkn akak ni berbadan kecil sahaja.
Setia menemani suami disisi sehingga habis rawatan. Cekal hati seorg isteri. Kasih sayang akak ni pada suami dia memang tak dapat disangkal. Semoga nama akak dibersihkan dan kekal hingga syurga bersma suami. Semoga kaki fitnah mendapat balasan setimpal. Doa orang teraniaya ni allah makbul
Yende de Cuuze –Adoi naa. Saya langsung tidak mengenali mereka. Tapi saya mengetahui perjalanan hidup mereka masa laki dia xcident. Di situ akak ni buat dairi macam mana dia jaga husben dia sampai pulih dan keluar hospital.
Malangnya suami beliau berstatus Oku sehingga kini kerana ada masalah ingatan. Dari pengalaman dia menjaga suami dia berjaya menghasilkan buku “syurga Terindah” klo x silap. Sememangnya pengorbanan beliu amat besar dan tabah dalam menjaga suami dengan penuh cabaran semoga sist kuat menghadapinya…
Nur Nasuha –Jangan padam status2/kisah2 bini dia jga si suami dari sakit hingga hampir sembuh atau kemungkinan pulih sepenuhnya. Mana tahu bila si suami pulih ingat segala galaNya dan tahu bagaimana pihak keluarga perlakukan fitnah sebegini pde si isteri. Suami akn cuba tuntutkan keadilan dan kembali pada si isteri. Benda tak mustahilll. Moga tabah dan dipermudahkan segala urusan. Doa orang teraniaya insyaAllah cpt/lambat pasti makbul….♥
Sumber : Siti Rohayu
Dalam posting terbarunya, Siti Rohayu turut meminta warganet supaya tidak salahkan pegawai jabatan agama, kerana mereka hanya menjalankan tugas.
Melihat kepada ketabahan si isteri menjaga suami sejak kemalangan, dah cukup untuk membuktikan kesetiaan bukan? Jika ianya fitnah, semoga Siti Rohayu tabah dan dipermudahkan urusannya.