“Kerana cinta itu buta… Ruang tidur kedua2 isteri hanya dipisahkan oleh langsir”. Keluarga dibantu, berpindah ke rumah baru

Perkongsian dari Natipah Abu cukup meninggalkan kesan kepada pembaca. Dalam perkongsian nya, sebuah keluarga telah dibantu untuk berpindah ke kediaman baru yang lebih selesa.

Namun yang memeranjatkan ramai, kedua dua isteri tinggal di rumah yang sama. Dan hanya langsir yang memisahkan bilik mereka.

Ikuti perkongsian nya dibawah.

KERANA CINTA ITU BUTA …

Apa lagi yang hendak kita rumuskan dari situasi ini melainkan benarlah kata orang, cinta itu buta.

Kes keluarga ini dipanjangkan kepada kita untuk bantuan mendapatkan rumah baru buat sekeluarga yang terdiri daripada 3 orang dewasa dan dua orang kanak-kanak.

Aduan tentang keluarga yang tinggal di rumah teres terbiar tiga tingkat di dalam bandar ini kepada pihak berwajib dibuat oleh jiran tetangga.

Tiga tingkat .. atas bumbung pun ada sampah. Bekalan air dicuri. Mandi di kedai minyak kerana tiada ruang pun untuk mandi.

Kali pertama menziarahi mereka … tidak terjangkau akal memikirkan bagaimana mereka boleh hidup tiga tahun lamanya ditempat yang kotor dan sempit.

ruang tamu …

Walaupun rumah ini besar tetapi ruang untuk berjalan hanya muat untuk seorang sahaja kerana dipenuhi dengan sisa bahan buangan yang mereka pungut dari tong sampah.

Ketua keluarga ini mencari pendapatan dengan menjual barang-barang lusuh.

Dapur untuk memasak ..di tangga utk naik ke tingkat 3

Tingkat satu penuh dengan barang lusuh. Tingkat dua pula merupakan kediaman mereka. Di situlah mereka makan dan tidur. Tingkat tiga .. jalan naik ke atas di halang dengan barang buangan. Maka .. kita tidak dapat melihat apa yang ada di tingkat tiga.

Bilik isteri muda ..

Isteri muda sedang hamil tujuh bulan. Dua orang kanak-kanak lagi ialah seorang orang anak isteri pertama berusia 9 tahun dan seorang anak isteri muda berusia 2 tahun.

Bilik isteri pertama ..

Ruang tidur kedua dua isteri hanya dipisahkan oleh langsir semata. Melihat makanan yang terdedah .. Hati terasa hendak menangis mengenangkan bagaimanalah kanak-kanak itu makan.

Bagimana madu-madu ini boleh hidup bersama sehingga bertahun lamanya .. kami sendiri tiada jawapan.

Ustaz Syazwi ( LZNK ) berada di sebelah bilik isteri muda manakala kanak-kanak itu di bilik isteri pertama .. dipisahkan oleh langsir.

Hasil semakan rekod .. Isteri muda ada tunggakan hutang PTPTN . Bukan calang-calang orang rupanya dia. Pernah belajar sehingga semester tiga di sebuah Politeknik .. cinta telah merubah dia menjadi begini. Dia meninggalkan keindahan hidup zaman mudanya bersama rakan rakan sekuliah setelah mencintai lelaki itu.

Kanak-kanak yang tak mengerti apa-apa….

Hari ini .. JKM, JPAM, LZNK dan pemimpin masyrakat iaitu Penghulu dan Imam qariah juga turun utk melancarkan proses perpindahan mereka ke rumah baru.

Angkat barang …

Rumah baru merupakan flat PPRT .. yang kita bayar RM1500 kepada pemilik sebelum ini untuk melepaskan haknya ke atas flat tersebut. Nanti .. permohonan baru menduduki flat ini akan dibuat atas nama isteri muda.

Meja makan plastik 4 kerusi, tikar getah, rak pinggan, set pinggan mangkuk plastik baru .. antara yg kita beli .

Setelah menimbangkan beberapa faktor, semua pihak setuju beliau lebih layak. Kita lebih yakin dengan isteri muda yang kita rasakan mampu menguruskan rumah ini kelak.

Mengemas rumah baru ..

Kita membelanjakan RM2500 utk barang rumah dan RM1K untuk pemasangan lampu dan kipas serta membaiki pendawaian yang rosak.

Pekedai memasang rak utk meletak dapur gas ..

Pihak JKM, Zakat bahkan penduduk di kejiranan baru telah memberikan kaunseling kepada mereka agar berubah dan memulakan hidup baru demi anak-anaknya.

Bilik baru untuk isteri muda ..
Bilik baru isteri pertama .. anak perempuan mereka juga ada bilik berasingan .. bilik ke tiga ..
Peti sejuk & rice cooker baru ..

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan semua penyumbang di luar sana.

Antara komen warganet

Norhasni Yusuf –Allahuakbar…. Selesai membacanya bagai melepaskan lelah, bagaikan memikul beban di bahu sendiri ..penat ! Sesak dada 😭😭 . Allah … Tak terkata !

Noorsha Adam –Mana keluarga dan mak ayah isteri kedua.. Mesti parents kecewa sangat dengan tindakan si anak.. move on lah dik.. Balik pada keluarga.. semarah mana pun mak ayah tapi kasih sayang mereka lebih besar… Insyaallah belum terlambat utk mulakan hidup baru, sambung pelajaran yang tertinggal dan dapatkan kerja yang lebih baik

Fati Mah –Manusia biasa.. Tak akan dapat hidup serumah dengan madu. Apatah lagi cuma terpisah oleh tirai nipis.

Manusia biasa tak akan dapat hidup dalam keadaan rumah terlampau kotor macam ni.

So apa agaknya keadaan mereka ni? Takleh hadam. Moga Allah mudahkan urusan mereka dan kita semua.

Fusayla Sharleez –Macam rumah tu rumah yang usang. Tapi diorang dduk sana sebab tak mampu beli rumah. Sebab bila tengok sebelah rumah pun kosong .. lepastu takda tingkap .. Hmm kesian budak2 .. Ada yang umur 2 taun .. Bimbang kalau jejaskan kesihatan budak tu .. 😭😭😭 kecik lagi mana tau yang bahaya ..

Aidalina Mahmud –Kak pah.. Fmly mesti ada mentor kak pah… Pihak jkm mesti assign satu pegawai yang akan cek mungkin setahun 6 kali. Bagi bimbingan. Jika degil, rumah semak, malas, kotor, tarik balik semua kelengkapan.

Gloria Charlie –Ada hamba Allah komen pasal jaga aib dan asbab perceraian dengan segala dalil bagai (tapi telah didelete),

Kamonlah,
1. Tiada aib sesiapa yang terbuka, tiada gambar hamba Allah berkenaan, jika ada pun diblurkan, so setiap post gini patut ambik pengajaran, didik diri dan anak lelaki masing2 supaya jadi lelaki muslim yang amanah.

2. Tiada sesiapa jadi asbab percerraian hanya kerana mempamerkan luahan perasaan isteri, tiada nama isteri, tiada nama suami.
Bantuan ini pun untuk memelihara rumah tangga mereka.

Jika isteri2 dibiarkan terus tinggal di rumah sampah begini, tak cukup makan pakai, isteri boleh stress dan menyebabkan perbalahan, lama2 bercerrai berai, tentu sekali ia bukan teladan yang baik pada anak2, sebab itulah kak pah berusaha bantu keluarga ini, beri tempat tinggal yang selesa dan barang keperluan asas.

Fahami dulu makna iktibar dan fitnah, jangan sesuka hati meletak hukum “muflis di akhirat”

Tanya diri, Apa sumbangan anda untuk ummah?

Sumber : Natipah Abu

Walau apa pun, kita doakan yang baik baik sahaja. Semoga kehidupan mereka sekeluarga bertambah baik selepas ini. Buat team Natipah Abu, tahniah atas pertolongan dan bantuan yang disumbangkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *