“Kisah2 seram Hotel Casuarina Inn”. Asalnya kem tentera British. Guest adu sering diganggu dan ada yg ‘dipindahkan’ ke tempat lain

Misteri misteri (sambil geleng-geleng kepala yang tak gatal) dari kisah Mimaland ditinggalkan tak bertuan kepada satu lagi kisah hotel yang tiada pengunjung.

Hotel nie terletak di Taman Tasik Taiping, Perak. Orang Taiping mesti tahu kisah hotel nie kan?

Casuarina Inn dahulu adalah sebuah rumah rehat kerajaan British dalam lingkungan tahun 1974 sebelum kerajaan Perak ambil alih dan dijadikan sebuah hotel budget, mempunyai 24 bilik standard dan 2 bilik untuk family.

Hotel Casuarina Inn ini juga lengkap dengan facilities lain serta menjadi bonus, kerana dekat dengan tempat-tempat menarik seperti Lumut, Pulau Pangkor, Taman Tasik Taiping, Bukit Larut dan sebagainya.

Melalui pelbagai cerita tentang pengalaman pengunjung yang pernah bermalam di hotel ini, keadaannya memang sangat creepy dengan design bangunan lama bercirikan british itu. Dan kini hotel ini telah ditutup sepenuhnya dan ditinggalkan begitu sahaja.

Tular di laman Twitter sebelum ini (2019) , perkongsian dari @the_khayalan mendapat reaksi hangat dari warganet. Ikuti perkongsian nya dibawah.

OKEY, hotel ini, Casuarina Inn, hampa boleh jumpa kat Taiping, Perak dan antara hotel berhantu kat Taiping. Hotel ini bersebelahan dengan penjara Taiping. Dengar cerita, hantu kat sini suka pindah pindahkan guest hotel.

Hotel ini sebenarnya tempat pegawai-pegawai British dok lepak rehat-rehat. Tapi waktu itu namanya bukan Casuarina Inn. Sehinggalah Kerajaan Perak mengambil alih tempat ini pada 12 September 1972.

Pada 12 September 1972, kerajaan negeri Perak telah mengambil alih setelah ianya ditinggalkan pihak British dan dijadikan sebagai sebuah hotel budget untuk kegunaan dan kemudahan orang awam serta pelancong.

Upacara perasmian rumah rehat Taiping ini dilakukan oleh Almarhum Sultan Idris Shah dan dikelolakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). Namanya kemudian ditukar kepada Casuarina Inn Taiping sepertimana ianya dipanggil hari ini dan dirasmikan oleh Mantan Menteri Besar Perak, Tajol Rosli pada 20 Mei 2000.

Oh ye, hotel ini pun pernah menjadi kem tentera British sekejap sebelum diambil alih oleh kerajaan negeri. Hotel ini dulu memang cantik sebab dibina ala-ala reka bentuk British.

So, hotel ini ada 24 bilik standard dan dua bilik family. Kemudian banyak lagi kemudahan kemudahan hotel ini.

Sebelum masuk ke scary part, aku nak ingatkan cerita ini disampaikan dari mulut ke mulut. Saya tak tahu kesahihannya ye. Nak baca boleh, tetapi nak percaya itu ikut masing masing.

Berdasarkan cerita cerita guest yang pernah menginap di hotel itu selalu kena ganggu. Pastu hantu kat situ ada satu perangai suka pindah pindahkan orang. Hang tidur di bilik hang, bangun je kat luar bilik. Lebih kurang begitulah.

Pastu my mom’s friend ni dia memang suka aktiviti paranormal. Dia pergilah tidur di sana tapi waktu tu hotel tu dah tak beroperasi la. Lupa nak habaq yang hotel ini ditutup sekitar tahun 2010 sebab tak dapat tampung kos pengurusan hotel.

Kawan mak aku ni memang steady. Dia pergi sana kemudian pilih port baik sikit untuk tidur malam. Malam itu dia cuba explore sikit tempat itu. Tapi tak adalah jauh sangat. Pastu dia stop, dia baca Quran bagi mengisi masa lapang yang ada.

Mula mula baca okey lagi. Pastu dia nampak macam ada bayang lalu di depan dia tetapi dia tak pandang. Dia pandang Quran sebab tengah baca waktu tu.

So dia relaks, tiba-tiba dengar macam benda kena tarik di tingkat atas. Dia pun dah dapat agak la sesi gangguan akan bermula sebentar lagi.

Tetapi dia tetap teruskan bacaan sampailah dia rasa ada benda pegang bahu dia dan dia terkejut! Waktu itu dia dah berdiri, nampak bayang yang sama. DIa pun berniat nak ikut masuk satu bilik ini yang tiada apa-apa pun. Dia nak kembali semula ke tempat dia tadi tetapi tak jumpa.

Dia perasan yang dia berpusing di tempat yang sama saja sampai dia kepenatan. Dia duduk dan rasa mengantuk lalu tertidur. Keesokannya dia dah berada di luar hotel itu dengan barang-barang dia dicampak di luar juga. Dia pun beredar dari situ. So habis cerita tu.

Next story ini agak baru juga. Diceritakan oleh pakcik aku. Yelah, orang-orang tua dah bercerita, kita pun join la ye dok.

Pakcik aku kata hotel ini ditutup sebab tak ada orang nak kerja di situ dan guest pun tak berapa nak ada. Kawan pakcik aku dulu kerja sebagai receptionist di hotel itu.

Kena gangguan itu perkara biasa. Setakat loceng front kaunter berbunyi sendiri itu dah biasa. Yang menyebabkan member pakcik aku ni berhenti sebab dia terjumpa guest yang sebenarnya hantu.

Pada hari kejadian, cuaca hujan (biasalah cerita hantu mesti hujan), dia tengok ada macam satu keluarga ni nak check in. Dia pun layan macam biasa. Dah selesai check in dan serah kunci apa semua, so nak geraklah ke bilik. Tapi dia perasan keluarga ni macam pelik, namun dibiarkan sebab guest kan.

Selepas keluarga itu masuk bilik, tidak lama selepas itu diorang dapat call untuk room service. Bilik itu orderlah makanan banyak juga. Tapi tak apalah, mereka kan keluarga so husnudzon lagi.

Orang yang hantar makanan itu pergilah hantar, tetapi guest suruh letak di luar saja. Keesokkannya budak itu datang kutip balik pinggan.

Guest itu kata nak menginap dua hari saja. Dah masuk hari ketiga, tak check out lagi. Member pakcik aku pergilah check kot kot lupa ke nak check out atau nak sambung menginap lagi ke.

Mereka pergi dan ketuk pintu, tiada orang menyahut. Bilik berkunci dan aircond masih lagi on. Dia pun pergi ambil kunci spare. Bila buka, memang tak ada orang, kosong tapi bilik macam ada orang dengan aircond masih on. Kunci bilik pula ada terletak elok di rak.

Dia pun cuak, takkan guest lari kot? So check la kat senarai nama guest tu. Tengok tengok bilik itu memang kosong. Tak ada data pun pasal guest tu. Tapi dia memang yakin yang dia bagi guest satu family kat bilik tu. So dia check dengan orang kafe. Betul tak mereka order room service. Orang kafe kata memang ada.

So? Pandai-pandailah conclude kan ye.

Sebelum mengakhiri cerita ini, hotel ini bersebelah dengan penjara Taiping tau. Pekerja pekerja hotel tu selalu cerita yang kalau ada orang kena gantung, mereka boleh dengar banduan menjerit sampai ke hotel tu.

Sebelum terlupa, dulu mereka ada merancang nak bina cable car yang menghubungkan tempat ini dengan Bukit Larut tetapi tak jadi sebab belum apa-apa lagi, orang yang pergi survey tempat dah kena kacau.

So siapa yang jiwanya kental bolehlah cuba naik ke Hotel Casuarina Inn. Kalau korang pusing taman tasik tu, korang akan jumpa signboard ke Casuarina Inn. Tetapi sebarang gangguan bukan salah aku ye. Aku pun goyang juga nak pergi naik hotel ni. Sekian.

Sumber: @The_Khayalans

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *