Bayi kembar dlm kandungan tiba2 tidak bergerak. Wanita ini kongsi momen terakhir undang sebak ramai

Foto sekadar hiasan.

Hamil semula selepas setahun gugur

28 Mac 2020. Tarikh yang akan selamanya aku ingat. Btw, post ni sangat panjang so boleh skip laju2 tau.

Setiap orang ada dugaan masing masing kan. Kami suami isteri diuji dengan sesuatu diluar jangkaan kami. Langsung tak terfikir, langsung tak terlintas. Rasa macam dunia terhenti sekejap masa tu. Rasa punah semua angan2 sekelip mata.

8 bulan mengandung, semua persiapan dah buat, tapi bukan rezeki kami lagi nak ada zuriat kali ni. In sya Allah lepas ni Allah gantikan yang lain yang lebih baik.

Kami pernah diuji dengan keguguran tahun 2018. Masa tu 11 weeks. Tanpa D&C, baby keluar sendiri dekat rumah. Tak sangka 2020 kami diuji lagi. Kali ni betul betul sakit. Allah je tahu apa aku rasa. Dua kali berpantang tanpa baby. Dua kali kehilangan. Serious perit tak tipu. Tapi macam mana pun aku dah redha. Ni cuma luahan untuk aku simpan jadi kenangan.

Aku dan suami tunggu lebih kurang setahun untuk mengandung lagi lepas keguguran. Bukan merancang, tapi memang takde rezeki lagi. Lepas berubat dan berurut, Alhamdulillah dengan izin Allah, aku pregnant.

Excited tak payah cakap lah. And memang nekad nak jaga kandungan kali ni betul betul sampaikan aku tak jadi cari kerja sebab nak fokus pada anak. Masa tahu pregnant tu aku betul betul baru habis PSH 6 bulan. Kami anggap memang Allah bagi tepat masanya.

So bermula lah pengalaman pregnant yang sangat sangat best. First trimester langsung tak buat ape ape baring je atas katil dengan alahan yang agak teruk. Besen memang ready letak sebelah katil, minyak yuyi jadi peneman, bleeding 2 3 kali sampai ambil ubat kuatkan rahim, tak boleh jalan atau berdiri lama mesti nak pitam dan banyakkk lagi. Nak cerita memang takkan habis.

Awal2 memang teruk jugak alahan but masuk je second trimester semua jadi smooth cuma masih tak boleh berdiri atau jalan lama lama mesti nak pitam. Kalau dalam mall setiap kerusi yang ada aku akan duduk kejap ambik nafas huhu Dannnnn air manis kena sentiasa ada untuk elakkan rasa nak pitam.

Ditahan wad sebab bayi kurang bergerak

Masa second trimester pernah on ubat thyr0id sebab bagitau nurse nadi selalu laju walaupun tak buat ape2.

Bila test darah, h0rmon thyr0id tu ada sangkut sikit so kena makan ubat. Tapi tak lama pun dalam 2 3 weeks macam tu je. Dr kata maybe sebab pregnant twins so h0rmon tak stabil. Dapat tahu twins masa 2nd scan dekat klinik.

But then bila next scan Dr klinik tu nampak 1 je so dia kata maybe sorang lagi tak jadi/vanish. Masa tu suami hampa gila tapi tetap berharap twins. Tup2 scan dekat KK kali pertama, suami cerita dekat Dr yang kami pernah scan dekat klinik nampak 2 fetal heart tapi dia kata vanish bla3 then Dr kata,

“Eh memang dua lah ni. Tengok ni. Ni sorang ni lagi sorang”.

Masa tu rasa nak lompat lompat je happy tak pernah terbayang dapat twins. Alhamdulillah.

Sejak confirm twins tu, appt jadi 2 minggu sekali sebab dikira high risk. Twins pulak jenis MCDA, dorang kongsi uri tapi kantung masing masing.

Total 3 tempat appt KK IM, KK Beserah, dan O&G HTAA. Tak pernah miss mana mana appt. Memang setiap kali nak scan excited lain macam. Asyik berdebar nak tahu perkembangan dorang. Alhamdulillah Allah mudahkan semua, berat dan saiz dorang dari awal scan sampai 34 weeks sangat okay.

Dr selalu puji sebab twins takde TTTS (twin-twin transfusion syndr0me: sorang terlebih besar/kecik) dan sangatlah aktif tak pernah duduk diam! Haha.

Nurse pun selalu susah nak carik jantung baby sebab asyikkkk bergerak. Setiap kali check up mesti balik rumah dengan happy lepastu beriya cerita semua dekat Mama.

Semuanya start masa kandungan makin besar. Rasanya semua yang pregnant pernah rasa baby macam kurang gerak tetibe. Kadang2 bila fokus buat benda lain, rasa baby kurang respon. Gerak tu gerak tapi dia macam tak aktif sgt. Memang sangat risau.

Sepanjang pregnant, pernah 2 kali pergi hospital sebab kurang gerak. Sekali pergi emergency sebab belum 28 weeks masa tu, sekali lagi masa 30/31 weeks. Yang pertama tak perlu warded Dr cuma kata baby dah beralih kedudukan sebab kecik lagi dan kedua tu kena warded 1 hari sebab Dr kata MCDA twins sangat berisiko so kena monitor 24 hours.

Ayat Dr yang takkan aku lupa,

“Orang luar kalau dengar twins seronok sangat, tapi bagi kami Dr2 ni sangat risau”.

Tapi alhamdulillah semua ok je masa tu. Dr siap puji sebab dia rasa aktif je dua2 so dia bagi discaj esoknya.

Lepas discaj tu, semua back to normal sampailah seminggu dua sebelum hari kejadian banyak kali sangkut bila test urine. Pelik sangat sebab dari awal urine, bp, hb, gula semua okay. Memang rasa tak sedap hati tapi sebab fikir kena positif kan baru baby positif sama (ni kesalahan terbesar aku).

Kena repeat ambik sample urine banyak kali dan macam macam test aku kena ambik hujung hujung pregnancy. Urine, drah, swab.

Aku banyak kali tanya Dr memang takkan affect baby ke kalau kencing kotor. Dr jawab biasanya takde so aku macam lega la. Ada jugak tanya pasal baby kurang aktif normal ke,. Dia jawab,

“Maybe sebab space, asal rasa gerak should be ok”.

Aku bertambah lega. Padahal masa appt baby Dr lain dah pesan dekat aku kalau rasa lain je terus datang hospital sebab ibu je tahu baby macam mana.

So obviously salah aku. Then, last ultras0und pulak Dr kata baby sorang macam kecik but still tak jauh beza. Sorang 2.1 kg sorang lagi 1.7 kg. Oksigen apa semua okay Dr kata dan Dr suruh ready lagi 2 weeks terus bawak baju mak dan baby takut kena admit terus sebab dah 36 weeks. Excited bila dengar macam tu sebab lagi 2 minggu boleh jumpa twins.

Denyut bayi dah tak ada

27 Mac 2020.

Aku ajak suami buat kek coklat moist. Dengan alasan, nanti berpantang dah tak boleh makan so nak makan puas puas. Pagi tu macam biasa rasa je dorang gerak2. Petang bila siap buat kek, start rasa macam kurang gerak.

Tapi tak fikir bukan2 dan positif kan diri maybe terlalu busy buat kek so twins penat nak rehat (kesalahan besar aku). Tapi bila tekan2 perut ada je respon so macam okay la. Dan gerak baby 10x tu cukup je cuma lambat sikit dari hari2 lain.

Malam pulak time solat memang rasa je baby gerak tapi masih tak sedap hati. Benda macam ni jadi banyak kali jugak tapi sebelum2 ni aku bernasib baik bila check rupanya baby tukar kedudukan je dan lepastu aktif balik. Sebab tu aku cuba positif. Suami ada tanya, “Ke nak pergi hospital?”. Aku jawab tengok esok macam mana sebab aku takut musim2 c0vid ni (kesalahan aku lagii).

28 Mac 2020.

Pagi2 lagi ajak husband pergi klinik sebab fikir nak tengok jantung baby je. Memang tak terfikir dan taknak terfikir bukan2.

Sampai2 klinik staf tu cakap pukul 10am baru ada Dr. Aku pun macam takpe la kita pi beli aiskrim dulu. Makan aiskrim sambil cakap dengan twins dan memang aku sangat pelik sebab baby takde gerak2 masa ni. Lepastu kami ke klinik tunggu dalam klinik.

Tak lama tu kami masuk bilik Dr dengan penuh harapan nak tengok jantung baby. Dr start check kepala dulu. Bila pergi bahagian perut, aku macam tergamam. Biasa scan akan ada denyut2 tapi pagi tu takde. Dia pergi baby ke 2 pun sama. Allahu aku taktahu nak gambar perasaan aku masa tu. Dr tu cepat2 suruh ke hospital.

Masa tu aku dah lost dalam otak macam kosong gila tapi dekat mulut tak henti henti doa semua tu tak betul, mesin tu salah. “Maybe Dr salah tengok lagi 2 hari kot twins dah boleh lahir”. Aku tekan tekan perut suruh twins bangun dan bukak zikir sepanjang otw ke hospital supaya aku boleh relax.

Sampai je hospital aku yakinkan diri twins masih ada. Aku masuk dan bagi surat refer dari klinik. Nurse tu terkejut dan cakap dekat ak,

“Allahu dah besar dah ni. Puan sabar ye. In sya Allah ada lagi tu dan banyak2 berdoa tawakal”.

Aku just berharap cepat lah nak scan. And yes, Dr 2 orang plus nurse sekali ada masa scan tu memang nampak takde degup jantung tu. Dua2. Dua dua pergi sekelip mata.

Boleh bayang? Masa ni memang Allah je tahu macam mana aku nak meraung tapi semua dah takde guna. Aku siap tanya Dr ada tak ape2 cara sekalipun untuk dorang hidup balik atau at least sorang selamat.

Rasa macam mimpi. Malam aku masih rasa baby gerak, pagi tu dua2 tinggalkan aku. Korang maybe kata aku yang cuai tak pergi awal awal tapi serious semua jadi tak sampai 24jam. Terlalu cepat bagi aku. Tapi memang orang yang aku salahkan adalah diri aku sendiri. Percaya baby kurang gerak sebab space dah kurang lagi2 orang kata perut aku kecik untuk twins. Benda paling bodoh aku percaya.

Terima dengan redha

So please lah ibu2 yang tengah pregnant jangan sesekali percaya, “Normal la hujung2 pregnancy baby kurang gerak sebab baby makin besar, ruang takde bla3”. Jangan.

Kalau kau percaya dan takdir kau memang ada lagi rezeki jumpa anak kau takpe la. Maknanya kau beruntung. Kalau macam aku? Memang orang kata aku beruntung sebab twins anak syurga tapi sakit lahirkan anak yang dah tak bernyawa tu kau tak tahu.

Belum aku cerita part dalam wad kiri kanan semua happy2 tunggu masa nak sambut baby, dengar orang sebelah2 duk check jantung baby, duk tengok orang lain bawak beg baby, nurse 3 4 kali salah kejut aku nak check jantung baby tapi aku kena jawab, “baby saya dah takde nurse”.

Serious semua sakit. Sangat. Lagi lagi aku diuji masa PKP ni, takde pelawat dibenarkan melawat termasuk suami sendiri. Masa dekat wad 1 je aku doa nak cepat2 lahirkan twins so lagi cepat dapat kebumikan dorang. Aku kena induce 2x, ambik ubat tahan sakit 1x, tahan sakit teruk 5 6 jam then lahirlah dua2 puteri yang kami tunggu selama ni.

Sungguh aku dah redha dan terima semua. Aku cerita hanya untuk pengajaran dan sebagai kenangan bermakna untuk aku. Macam mana pun semua dah tertulis. Kita merancang, Allah pun merancang. Tapi perancangan Allah mengatasi segalanya.

Kes kami twins Allah ambik tapi aku still dapat peluang tengok wajah anak anak aku walaupun cuma sekali dan dah siap balut dengan kain putih. Orang lain pula diuji dengan ibu yang meninggal dunia tanpa sempat tengok anak2. Allahuakbar.

Takde apa yang aku harap cuma tolong doakan kami kuat dan diberi rezeki zuriat lagi ye lepas ni. Dan maafkan kami kalau kalau sebelum ni apa yang kami suami isteri post atau share buat sape sape yang belum dapat zuriat tersinggung.

Mungkin kegembiraan kami buat sape2 terasa hati kami betul2 mintak maaf. Sekian pengalaman yang nak aku kongsi. Semoga takde orang ulang silap aku.

Tolong sedekahkan Al Fatihah untuk Amina Sofya bt Aifaa Syafiq dan Aisya Sofya bt Aifaa Syafiq ya

Sumber : Miraa Nordin

Moga roh anak anak syurga Miraa dicucuri rahmat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *