Isteri meninggal krn denggi berdrah. Bayi tdk dpt diselamatkan. Baru aku sedar, byk bende yg dulu aku terlps pandang

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, salam Ramadhan untuk semua. Nama aku Muhammad (bukan nama sebenar). Aku berkahwin pada tahun 2015, di kurniakan 2 orang cahaya mata dua dua lelaki. Umur sulung 4 tahun dan bongsu 3 tahun.

Macam orang lain, aku sangat sayangkan keluarga aku, dalam usia perkahwinan tu aku dah dikurniakan berbagai nikmat Allah swt yang sangat banyak. Nikmat anak, nikmat seorang isteri yang sangat baik dan patuh, nikmat duit, dapat beli rumah dan banyak lagi.

Sebagai suami aku rancang keluarga untuk masa hadapan, untuk orang yang aku sayang kalau umur aku tak panjang itu semua akan aku tinggalkan untuk isteri dan anak anak aku.

Aku pun berharap supaya aku dapat sediakan semunya untuk keluarga aku, isteri tidak perlu kerja duduk jadi suri rumah je.

Namun hari berganti hari, pelbagai nikmat yang Allah bagi, namun aku masih lupakan Allah swt, solat tak jaga, rasa bersyukur hanya di bibir tapi hakikatnya aku lupakan Allah swt. Aku rasa dalam zon sangat selesa. Aku seakan rasa hidup aku tidak diuji Allah swt.

Isteri hamil anak perempuan

Kisah bermula tahun lepas 2019, bila isteri aku mengandungkan anak aku yang ke 3 (anak perempuan), anak yang aku dan isteri aku impikan untuk miliki seorang anak perempuan sebab sebelum ni 2 lelaki.

Nampak tak, masih aku tak ingat kat Allah swt, tapi Allah masih kurniakan aku nikmat dan peluang untuk aku ada anak perempuan.

Dalam tempoh isteri mengandung kali ni, tak banyak masalah. Cuma aku pelik isteri aku tak beli baju untuk baby banyak. Beli untuk keperluan sambut dihospital je. Aku tanya kenapa? Dia kata cukup la tu untuk sambut anak je, nanti beli lagi.

Aku ikutkan je kemahuan dia. Dan lagi 1, aku ni pun macam suami orang lain juga yang isteri istri dok komplen dalam confession ni, aku dulu kalau main game, melepak agak taik juga. Sampai kadang kadang tak hiraukan anak bini.

Mula berubah

Tapi bila isteri aku mengandung anak aku ke 3 ni, aku rasa nak berubah aku nak bagi masa dekat keluarga.

Aku dah mula mula buat kerja rumah tolong isteri aku, masak, tak melepak dah malam malam. Dan banyak lagi kegiatan buruk aku yang aku tinggalkan. Sampai isteri aku perasan perubahan aku dan dia kata dia sukakan perubahan ni.

Bila isteri aku dah sarat 8 bulan anak dalam kandungan, isteri aku kelihatan agak normal macam sebelum ni. Cuma sakit sakit badan orang sarat mengandung biasalah, dan dia mengadu demam dengan aku.

Aku bawak ke klinik dan check drah semua everything ok. Tapi demam die jadi on off, aku jadi tak sedap hati. Aku bawak ke G. H dan doctor tak dapat sahkan apa apa, Cuma kata ada jangkitan kat paru paru.

Isteri kena denggi berdrah

Dah masuk hari ke 3 warded baru doctor sahkan isteri aku kene denggi berdrah keadaan sangat kritikal.

Bayangkan isteri aku sarat mengandung nak berhadapan dengan denggi berdrah. Hati aku macam dicucuk laju dengan pisau dengar berita tu, kepala makin serabut banyak yang aku fikir dalam kepala aku. Macam mana isteri ? macam mana baby? Macam mana anak aku kat rumah?

Isteri dan bayi dalam kandungan meninggal

Petang aku dapat berita anak dalam kandungan dah meninggal. Tinggal isteri aku yang masih ada harapan. Doktor bagi tau aku anak dalam kandungan tak dapat dikeluarkan sebab takut pendrahan banyak pada ibu. Jadi rsiko untuk ibu meninggal tinggi.

Kandungan pun masih 8 bulan. Namun takdir Allah isteri yang aku cintai juga pergi meninggalkan aku selang sehari anak dalam kandungan meninggal. Aruwah isteri dan baby dalam kandungan di tanam dalam satu liang, sedihnya aku Allah je yang tau.

Ya Allah. Kalau dulu satu satu nikmat ko beri pada aku. Tapi kali ni satu satu nikmat Allah tarik dari aku. Rasa terduduk aku yang sakit sangat nak terima kenyataan ni.

Aku harap aruwah isteri dan anak perempuan syurga aku tak lupakan aku di akhirat kelak. Sambutlah tangan abah nanti nak, bawak abah bersama di syurga nanti insyAllah.

Namun aku gagahkan juga diri, Aku kuatkan demi 2 orang anak aku yang sekarang sudah yatim, amanah Allah swt dan aruwah isteri yang ditinggalkan untuk aku jaga sebaik mungkin. Setiap yang hidup pasti akan mati, aku mula positifkan diri, aku mula jaga solat.

Kadang kadang dalam doa aku, aku malu dengan Allah swt. Bila di uji sehabat ni baru aku sedar betapa kerdilnya aku di dunia ni. Keluarga aku banyak bagi semangat terutama mak aku. Aku bersyukur Allah masih pinjamkan aku seorang mak yang sangat memahami.

Namun Sekali lagi aku diuji, Allah jemput mak aku pula sebulan selepas aruwah isteri aku pergi. Mak aku kene serangan Str0ke. Apa lagi yang aku bole katakan, selain redha dan berserah pada Allah. Kali ni Nikmat seorang ibu Allah Tarik dari aku.

Hidup aku kini bersama 2 orang anak aku. Tapi aku masih positif, kekuatan datang dari pengalaman dan Solat yang aku jaga.

Aku mintak dengan Allah Swt kuatkan aku, aku percaya aku insan yang ko pilih untuk diuji. Aku redha. Aku masih ada 2 orang anak aku untuk aku didik jadi manusia berguna kelak.

Rutin seharian aku berubah 360 darjah. Dari urusan anak, kerja, urusan rumah semua aku kene buat sendiri sekarang.

Sekarang Musim PKP, banyak masa aku dengan anak anak aku. Di sini dan waktu ni la aku belajar banyak benda. Banyak bende yang dulu aku terlepas pandang, aku terlepas pandang perhatian yang anak anak aku tagih dulu. Yang aku sebuk main game, sebuk melepak dengan kawan.

Dan aku dapat rasa kerja kerja yang aruwah isteri aku buat dulu secara total.. Hihi baru la kau tau dan faham kenapa isteri isteri kuat membebel. Melayan ragam anak 24 jam bukan mudah ye.

Bulan Ramadhan kali ni aku tanpa isteri dan mak, berbuka dengan anak anak lelaki aku je. Rasa kurang sangat Ramadhan kali ni. Belum rasa Hari raya lagi. Tapi semua tu aku terima dengan hati yang lebih tenang.

Hidup aku seharian makin tersusun. Umur perkahwinan 4 tahun tu terlalu singkat untuk aku. Setiap yang berlaku ada hikmahnya, dan apa yang berlaku adalah kesan dari perbuatan kita sendiri. Mungkin ini cara Allah swt menegur kesilapan aku.

Aku akhiri, dengan sedikit nasihat. Sebagai suami, kita hargai lah isteri dan anak anak kita. Sayang la kelurga kita. Sebab itu perkara yang tak dapat kita beli dengan wang ringgit.

Cantik atau tidak isteri kita, bijak atau pandai anak kita itu bukan ukurannya. Sentiasa la curahkan kasih sayang seorang suami dan bapa pada kelurga.

Dan lagi satu bersyukur selalu dengan nikmat yang Allah beri pada kita. Aku berdoa setiap hari moga Allah Swt jadikan aku seorang bapa yang baik. Sbb itulah persoalan yang selalu bermain di hati aku sejak aku jalani dugaan ni.

โ€œBoleh Ke Aku Jadi Bapa Yang Baik?โ€

Aku menulis untuk peringatan kita bersama, yang baik datang dari Allah, yang buruk itu sudah pasti dari saya hamba Allah swt yang berdosa.

Sekian, Salam Ramadhan dari saya.

Reaksi warganet

Nur Imaan –Sedihnya baca.. semoga TT kuat menjadi bapa tunggal kepada anak2 kecil..
You are the chosen one..
You kuat sebab tu Allah pilih you utk diuji.. Ramadhan Kareem ๐Ÿ˜Š

Iena Ibrahim –Ya Allah beratnya dugaan.Semoga tuan kuat demi anak2. Ingatlah setiap musibah terselit hikmah yang kita tak sedari. Allah sayang tuan sebab itu Dia bagi ujian untuk tarik balik ke jalanNya. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Liyana Abdullah –Aku harapkan nak anak untuk aku jaga.. suami mcm mana pun takpe. Tapi Allah kan dah tulis siap2. Aku kerja jaga anak org. Aku tatang anak org mcm anak sendiri. Pantang nangis aku peluk, cek pampers semua. Siap kiss lagi. Tapi tula. Anak org.. 9 tahun aku duk belai anak2… sangka baik dengan DIA. Adela tu Allah nak duga.. duga tanda sayang DiA pada kita. Kuat semangat, buat apa2 fikir anak dulu. Betul la tu sentiasa bersyukur. Hidup kene teruskan.. moga mudahla urusan dunia akhirat..

Fazidah Abdul Kadir –Masyaallah cara Allah nak tarik kita kepadanya, Allah sayang sebab tu dia uji,insyaallah yg dah meninggal tu di syurga, harap yg masih hidup ni dapat berkumpul bersama mereka semula di Syurga nanti….aamin

Siti Aisyah Wan Ibrahim -Sebenarnye tanpa sedar kan.. tu cara Allah nak tegur confessor..

sama mcm arwah mak aku dulu.. sebab mak aku dulu semua keje die buat termasuk cari nafkah… ayah aku.lepas tangan .. akhirnya Allah ambil nyawa mak aku dulu..

mase tu ayah aku baru tau ape tu tanggungjwb.. bayar bil itu ini.. baru die tau..
Allah tau isteri tuan dh penat sngat dengan ragam anak lelaki lagi.. dengan keje rmh lagi..mcm2 lg die buat sorang2..
sebab tu Allah ambil die dulu.

Sumber โ€“ Muhammad (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *