“Siti Sawit”. Awalnya, serba salah nak masuk ofis. Tp makin lama bekerja, makin byk aku rasa nikmat bila bersyukur

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Korang yang baca confession ni mesti tengah pishang kat umah kan. Tapi tahniah la aku ucapkan sebab korang ada kesedaran untuk mengawal pergerakkan korang tu. Stay at home gitu.

Aku tulis confession ni sekadar berkongsi kisah kerjaya aku yang mungkin tidak dapat dibanggakan pun oleh mak bapak aku tapi aku sangat bersyukur dan terasa hidup aku bahagia dengan rezeki yang aku perolehi.

Ok aku intro pasal diri aku sikit ye. Aku Siti Sawit (nama glemer). Umor aku 32 pada tahun 2025. Pepandai la kira eh. Aku ni anak tunggal. So mak bapak aku cukup manjakan aku. Lepas SPM member2 semua buat part time job.

Aku? Dah siap deal dengan boss tempat nak kerja tu, kedai telekomunikasi jadi sales girl jual phone. Alih2 bapak aku tak bagi. Frust gila weh. Dia suruh duk umah je teman mak aku sebab bapak aku selalu outstation.

Bila dapat masuk U, seminggu jugak la aku nangis sebab tak reti urus diri macam mana nk membasuh baju yada yada tu semua. Bila parents aku call, aku acah2 ok.

Satu benda pasal aku ni, aku dimanjakan tapi aku tak manja. Aku jarang sangat nangis depan parents aku. Ego kot. Masa first day dorang hantar aku masuk U, setitik air mata kewanitaan aku pun tak jatuh ke bumi tau. Acah strong girl la konon.

Lepas dorang balik ha tau pulak nangis dalam shower. Lepas habis degree, aku bercucuk tanam anggur lebih kurang setahun pastu dapat kerja. Itulah kerja pertama dan hingga sekarang masih setia pada yang satu.

Aku belajar bidang lain, aku kerja bidang lain. Dua benda yang langsung takde kaitan antara hidup mahupun yang telah mati weh.

Di sini bermulanya titik tolak aku bersara dari menjadi petani yang menanam anggur. Satu pagi, aku duk scroll muka buka mencari lubuk2 kerja kosong. Aku ternampak satu iklan jawatan kosong di tempat yang tidak jauh dari rumah aku.

Hatiku berdebar. Dia punya berdebar macam orang tengah datang meminang je. Adakah ini cinta? Haa gitu. So Aku call dan pihak syarikat tersebut telah menyuruh aku untuk hadir ditemuduga.

Jawatan tersebut tidaklah hebat bila didengari dan mungkin akan diperlekehkan oleh makcik bawang yang anaknya kerja di kl sana. Eh kau ada degree, takkan kau kerja tu je. Kata makcik kiah happy. Anak makcik degree jugak tapi dia kerja apa tu min min tah la makcik pun tak reti nak sebut.

Admin makcik admin! Aku cepuk jugak makcik ni. Yer, aku ada degree tapi kerja sebagai kerani. Eh hina sangat ke kerjaya sebagai kerani tu? Jap lagi aku cerita hina tak hina. Aku nak pi bancuh dalgona kupi yang duk viral sgt tu sat.. Eh lupa. Puasa lahh. Ok sambung.

Hari untuk temuduga telah tiba. Aku tak pernah tahu akan kewujudan ladang xxxx di kawasan daerah aku tinggal ni. Oklah bukak waze, jalan. Setelah 30 minit pemanduan, You’ve arrive your destination. Aku telan air liur jap bila tengok keadaan pejabat tersebut dan persekitarannya.

Dalam hati aku, eh betul ke ni tempatnya, serius lah. Nak masuk ke tak ehh. Mana tidaknya, kelihatan sebuah bangunan kayu berwarna hijau 2 rona yang telah pudar warnyanya dan sizenya tidaklah begitu besar. Ianya langsung tidak seperti pejabat yang aku bayangkan.

Tingkap2 semua diletakkan jaring besi dan ada ditutupi dengan kayu playwood dan terdapat satu ruang kecil di tingkap tersebut aku kira mungkin untuk orang luar berurusan dengan orang di dalam pejabat. Tertera “Field Office” di sudut atas pintu pejabat tersebut yang hanya terbuka dan disendal batu.

So legend guys. Umah nenek korang pun tentu lagi cantik.

Office apa macam ni? tak menarik langsung. Aircond pun takde. Cuba korang bayangkan Aku dengan dress up macam nak pergi interview dekat putrajaya.

Dengan berbaju kurung, berkasut high heels dan memakai blazer hitam masih dalam kereta memikirkan sama ada mahu masuk ke tak dalam pejabat tersebut atau batalkan hasrat dan balik ke rumah semula.

Firasat hati aku berkata “Woi mangkuk kau dah jauh2 datang, pergi jelah masuk! Lagipun Belum tentu Kau dapat kerja tu” aku bukak blazer dan tinggalkan dalam kreta. Segan lah nak pakai beretika macam tu.

Aku menapak perlahan masuk ke pejabat itu. Ternyata ada beberapa orang lagi calon yang hadir untuk ditemuduga. Aku merupakan calon terakhir. Dipendekkan cerita, alhamdulillah aku berjaya diterima masuk bekerja di pejabat itu. Tidak menggunakan mana mana kabel ye. Haha.

Bermula la pengalaman bekerja di sektor perladangan. Setiap pagi, aku perlu hadir dan thumbprint seawal jam 6.30 pagi.

Guys, tak lawak ye untuk seorang gadis nak keluar rumah pagi buta pukul 6.00 dah kena gerak melalui jalan sunyi di kiri kanan hutan. Itu belum lagi lambat bila sekawan lembu milik orang kampung berdekatan estate buat reunion atas jalan hingga tunggu mereka beredar baru boleh lalu jalan tu.

Tak lupa juga ada satu kawasan tu, bau busuk yang amat sangat entah dari mana bau tersebut tapi bila lalu nak balik kerja petang, takde bau la pulak. Aku abaikan dan teruskan perjalanan smbil diiringi lagu sepohon kayu sebab tak prepare copy surah2 dalam pendrive.

Ok bagi mereka yang tidak biasa dengan cara kerja dibidang ladang khususnya ladang sawit, setiap pagi semua pekerja wajib berkumpul di satu tempat untuk diambil kehadiran dan diberikan tugasan kerja.

Biasa dipanggil row call atau muster call kalo kita zaman skolah dulu macam perhimpunan harian la. Ada baca doa semua tu cuma takde ikar janji semua tua lah.

Bayangkan kalau ada, tiba2 kena baca ikrar kami berjanji akan mengutip buah sawit yang jatuh selicin licinnya. Haha gilo.

Di tempat aku row call pada jam 6.30 jadi staff yang terlibat perlu lapor diri pada waktu itu. Tugas aku incharge untuk store. Aku kena ingat berpuluh nama dan jenis racun, baja, dan peralatan.

Azab jugak lah. Alah bisa tegal biasa. Lama2 kau sebut je nak racun apa lalang, pokok senduduk, nak racun tikus, kumbang nak racun makcik kiah happy tu pun aku boleh bagi list. Yelah dah kerja kau kan, mesti la kau tau ye dak.

In fact, pekerja2 tu semua mostly baya2 mak kau dah weh. Umor semua dalam 50an… tabik spring aku dengan semangat diorang yang dah berpuluh tahun kerja kat ladang tu. Bayang la usia macam tu sepatutnya dah duduk kat umah main dengan cucu kan. Ini, masih kerja. Kerja pulak bukan ringan.

Contoh kerja membaja, satu bag baja berat 50kg. Setiap orang akan diberi 15 bag. Cuba kira jap. Berapa kilo dorang kena tabur. Bukak bag baja pastu tuang masuk baldi, ulang alik topup baja dalam baldi kat tractor.

Sumpah bukan kerja mudah guys. Kawasan pulak bukan semuanya rata ada yang berbukit elok pulak dibawah terik matahari. Banyak risiko. Tu belom kena kerja tarik pokok kacang atau di panggil cover crop. Ala tumbuhan yang menutupi bumi tu.

Dah berapa kali makcik2 tu lari bertempiaran bila terserempak dengan ular. Yela duk berjalan atas cover crop yang tak tau segala binatang ada bawah tu kan. Mental fizikal memang kena kuat.

Mereka di panggil pekerja kongsi kong. Jangan tanya mana dapat panggilan tu sebab aku pun tak tau haha. ‘Kong’ tu merujuk kepada gaji harian bukannya king kong ye.

Bagi aku, masuk bekerja dalam bidang ladang ni sangat seronok sebab aku belajar banyak benda baru walaupun apa yang aku dah belajar dekat U dulu sepatah haram takde kaitan.

Mesti korang ada baca kisah “aku seorang planters” tu kan. Haa kan best dengar dia cerita pasal kisah hidup dia. Dia tu tahap orang yang dah hebat, otai dah. Aku ni sekadar di pinggiran je. Kerani cabuk la katakan.

Makin lama aku kerja, makin banyak aku rasa nikmat bila bersyukur. Kerja aku tak susah tapi sempoi je. Jarang sangat stress.

Yela part masuk kerja pukul 6.30 pagi tu memang koyak jugak la mental. Ala masuk pukul 6.30, lepas siap row call rehat minum pagi 7.30 hingga pukul 8. Lepastu pukul 11 hingga 11.30 rehat lagi. Lunch break pukul 1 hingga 3.30 petang.

Weh aku rasa banyak rehat daripada kerja, haha. Cool kan. Pukul 5 dah balik. Tapi tu setahun dua je. Lama2 aku dah masuk kerja pukul 8.00 pagi. Dalam pejabat tu, kaum wanita ada 3 ketul je termasuk aku yang selebihnya kaum adam ada dlm 7-8 orang. Boss pulak memang sporting dan baik.

Tapi sempat jugak la aku bekerja dengan boss yang jenis sarapan dengan tebuan tanah tu. Pagi2 dah masam je muka. Garang gila. Kalo dia bergurau pun kadang aku konpius dia ni bergurau ke serius. Sama je.

Tapi dia tu tak lama bertahan lepas beberapa bulan, tak mampu kawal keadaan ladang, dia menghilangkan diri. Sempat jugak la aku kena maki dengan dia. First and the last la tu aku kena maki dengan boss. Tapi aku tak nangis pun weh. Strong girl konon. Aku maki dia balik tapi dalam hati jelah.

Boss yang lain semua baik2. Diorang tau aku takde basic ladang, so diorang akan bawak aku dengan staff lain masuk ladang untuk hands on training.

Setiap bulan akan ada hari yang dipilih untuk kita orang staff perempuan dan yang lain masuk ladang untuk tambah ilmu pengetahuan. Tengok macam mana prosedur lori trailer datang collect buah sawit kat ramp. Mcm mana buah masuk dalam lori tu. Kutip sebijik2 ke macam mana.

Ladang tu luas beribu ribu ekar. So makan masa untuk ronda semua tempat. Atleast cara diorang buat aku lagi minat dan semakin suka untuk bekerja dalam bidang ni. Yelah kalau ikutkan dengan kerjaya “kerani” mesti orang lain takkan sangka begitu menarik kerjaya tu.

Bila otak tepu duk dalam pejabat kayu yang takde aircond tu, boleh pergi cuci mata lihat Kehijauan pokok dan kemerahan buah sawit di ladang.

Ada lagi part yang best jadi kerani ladang ni. Walaupun gaji aku takde la gah seperti anak makcik kiah happy yang kerja admin di kl tu, tapi meh sini aku hurai satu per satu. Korang tolong amik calculator kira sat untung rugi tu ye.

Kami staff diberikan rumah untuk didiami selama mana kami bekerja tanpa bayaran. percuma guys. Rumah batu yang ada 3 bilik jenis semiD. Haa korang jangan la compare dengan pejabat kayu legend kiteorang tu.

Yang tu akan ku hurai kenapa dan mengapa dia kayu usang gitu di episod lain. Tu pun kalo korang berminat nak tau la. Sebabnya kalau nak cerita bab pejabat tu saja memang raya haji pun tak habis lagi.

Ok next, sumber air kiteorang guna bekalan air bukit. Well, tak tau la nak kategorikan sebagai part best ke tak best haha. Yang positifnya, tak perlu bayar bil air. Air tu bersih takde nak tapis letak chlorine ke ape. Cuma kalo pagi nak mandi, fuhh menjerit kesejukan lah.

Untuk bil elektrik, kami staff diberi subsidi sehingga RM80 so kalo bil umah kau RM81.50 sila la bayar yang lebih RM1.50. Setakat ni, bil umah aku sekitar RM60-70 je walaupun on aircond, coway, yada yada. Pastu umah staff pulak dekat je dengan pejabat.

Kalau umah yang aku dapat ni, memang gila ahh dekat. Senang cerita, kalau masuk kerja pukul 8.00 tu pukul 7.59 Aku boleh la jalan kedek kedek p pejabat. Takde ha nk stress hadap jem.

Dia punya dekat tu sampai layan iium confession kat umah pun boleh guna wifi ofis je hahaha. Perabut dalam umah tu pun company yang belikan.

Hatta tikar getah pun dorang bagi. Tong gas yang aku masak tu pun kalo habis gas, boleh beli dan claim. Best tak best? Hina tak hina? Haa mana makcik kiah happy tu. So gaji anak makcik tu berapa je tinggal lepas tolak bayar umah sewa, bil air n elektrik, minyak kete, tol, sila la kira….

Tak, aku takde niat nak riak ujub takkabur macam ustaz kacang tu tapi jangan la mudah sangat nak perlekehkan orang…. alhamdulillah rezeki aku… kalo nak balik jenguk parents aku pun sekdar 20 min perjalanan je…

Pokoknya, ssetengah orang ada yang terpaksa bahagia dengan kerjayanya oleh kerana tuntutan hidup membuatkan mereka pasrah dengan pilihan mereka. Gaji mahal tapi asyik stress je pun tak elok jugak untuk kesihatan mental.

Apa2 pun Rezeki masing2 kan. Yang penting keberkatan tu. Tipu la kalau aku tak cemburu lihat mereka yang punya kerjaya yang lebih hebat, lebih mahal gajinya, ofis cantek ada aircond haha. Tapi aku memilih untuk bersyukur dengan apa yang telah ditentukan.

Seandainya satu hari nanti diberikan rezeki yang lebih baik, aku terima dengan hati terbuka namun akan ku hargai segala apa yang pernah ku perolehi dan lalui.

Ohh ya ada satu kejadian yang berlaku bulan puasa tahun lepas. Kejadiannya tu membuka semua mata staff dan boss tentang seorang staff yang menipu maklumat tentang diri dia. Nanti aku cerita kalau ada yang nak tau. Oklah, puasa2 ni tulis panjang2 haus la pulak. Sampai di sini saja la dulu ye.

Sekian dari Siti sawit, Sekadar perkongsian.. Ampun dan maaf andai penulisan ini menyakiti mana2 hati terutama makcik kiah happy. Haha, happy ke idokk.

Reaksi warganet

Fidna Laham –Seronok, biasalah tu, belajar kos lain, dapat kerja lain. Tapi ianya amat membantu apabila kita di luar sana. Awak still je lah kerja situ.. happy dan dekat dengan parents , yang penting ialah keseronokan apabila kita bekerja dan benefits yang syarikat bagi Free 🤗👍

Norly Zamani –Sila sambung lagi pasal opis dengan kisah kawan tu ye dik.

U know, bile baca kisah mu buat aku terasa cemburu. Ko bahagia dengan kerja mu walaupun tak semegah anak mak cik kiah. Apa2 pun jangan dilayan sangat orang macam mak cik kiah tu sebab bukan dia yang bagi gaji kat awak. Zaman sekarang janji bergaji, mental healthy. Sebab dah tak ramai manusia yang mentalnya healthy..

Rina Rahamat –Baca cerita awak terhimbau kenangan membesar di ladang dikelilingi pokok kelapa sawit. Akak pun dulu duduk rumah staff sebab ayah pegawai. Masa zaman akak kecik letrik pun takde waktu siang. Malam jer baru ada pasang guna generator. Dah remaja pindah ladang lain barulah moden sikit sebab dekat dengan pekan ada letrik sepanjang hari.

Norsilawati Jaminam –Teringat kenangan praktikal kat kilang sawit. Selalu ikut uncle wireman masuk ladang betulkan wiring rumah pekerja ladang, rumah pengurus ladang, stor, opis.

Paling best rumah kelab golf. Siap ade kolam renang semua. Konon abis belajar nak keje situ tapi rezeki kat tempat lain. Dapat panggilan interview masa tu da keje tetap dengn gov da. Betul siti sawit tulis pasal semua kemudahan free yang ladang sediakan tu.

Sebab tu aku pun pernah bercita2 keje ladang, semua free tu..hehe. Sambung lagi siti sawit, best pulak baca. Teringat kenangan dulu2 masuk ladang.

Sumber – Siti sawit (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *