“Yam, sabar ye. Aku dengar Hasan ada isteri baru”. Aku terkejut. Tapi ibu hanya tersenyum dan cakap.

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sekarang tengah viral cerita korea The World Of Married kan. Rasa terpalit dengan cerita itu, sebab sama apa yang terjadi juga pada keluarga kami.

Aku nak ceritakan pengalaman dari kaca mata sebagai seorang anak, bagaimana keluarga kami hampir retak disebabkan orang ketiga. Maaf andai tersalah nahu bahasa kerana aku bukanlah seorang penulis. Tapi kisah ini aku belum pernah ceritakan pada sesiapa.

Baik aku mulakan dengan pengenalan mengenai keluarga aku dahulu. Keluarga aku boleh dikatakan agak senang. Ayah berjawatan tinggi di sektor awam dan ibu aku seorang yang berjaya dalam kerjaya. Aku anak bongsu dalam keluarga dan ketika itu sedang bertugas di luar daerah, jauh dari keluarga.

Aku mempunyai 2 orang abang, yang masing-masing mempunyai masalah sendiri. Abang sulung didiagn0sed dengan anxiety, depressi dan skiz0rfenia. Abang kedua pula menghadapi masalah dalam kehidupan sosialnya dan lokap polis dah jadi rumah kedua baginya. Bagi ibu dan ayah, aku lah satu-satunya anak harapan yang mereka ada.

Ayah bertugas di ibu negeri, manakala ibu bertugas di bandar yang terletak kira-kira sejam perjalanan dari tempat kerja ayah. Ayah hanya akan pulang lepas jam 9 sedangkan office hour berakhir jam 5. Sehari dalam seminggu, ayah akan bermalam di rumah adiknya di ibu negeri dengan alasan tidak larat untuk drive pulang.

Ibu juga kesian pada ayah dan memahami keadaan tersebut. Tiap kali aku cuti dan pulang ke rumah, aku lihat keadaan rumah sangat suram, lebih-lebih lagi apabila ayah tidak pulang. Ibuku akan memerap di dalam bilik, termenung hingga tertidur. Naif aku pada masa itu untuk tidak mengesyaki apa apa.

Apabila aku pulang untuk bekerja, aku kerap menelefon ayah, pesan supaya cepat cepat pulang ketika habis bekerja. Ayah hanya mengiakan. Aku sebagai pemerhati kepada keadaan orang tuaku. Nak harapkan abang-abang, memang langsung tak boleh diharap.

Pada suatu hari, aku dan ibuku menghadiri satu majlis perkahwinan di rumah rakan ibuku. Ketika kami hendak pulang, rakan ibuku memeluk ibu, berbisik di telinganya,

“Yam, sabar ye, aku dengar Hasan dah ada isteri baru”.

Aku terkejut! Ibu hanya tersenyum dan cakap,

“Ye ke. Nanti aku tanya Hasan”.

Uish ibu ni biar betul macam dah tahu je? Masuk ke dalam kereta, aku tanya ibu dah tahu ke? Ibu jawab,

“Ini orang ke 4 yang bagitau ibu ayah kahwin lain. Takpela Yatt, satu hari nanti kebenaran akan terbentang. Ibu malas fikir. Otak ibu dah serabut dengan abang-abang kamu.”

Aku hanya diam bila dengar ibu bercakap macam tu.

Seusai habis cuti aku kembali ke daerah tempat bertugasku. Kemudian tibalah satu malam, malam yang aku tak akan lupakan sampai bila bila, tengah aku makan malam bersama teman teman, tiba tiba ayah menelefonku.

Aku jawab dan ayah terus tanyakan kepada ku,

“Yatt, ada tak orang cakap apa-apa kat ibu?”

Aku tanya kenapa. Ayah cakap, ibu tak berhenti tanya ayah betul ke dia kahwin lain. Aku cakap pada ayah,

“kenapa ayah tak jawab soalan ibu?”

“Kalau ayah jawab, keluarga kita tak akan sama macam dulu.”

There you go, a confession. Not to my mom, but to me. Aku terus letak telefon. Benarlah ayah punyai keluarga lain selain dari kami. Hatiku hancur dan kecewa. Aku menangis teresak esak di hadapan kedai makan sehingga teman teman ku rasa pelik. Aku tak mampu ceritakan apa-apa. Aku sebagai anak sudah begini sakitnya, apa lagi ibuku sebagai isteri?

2 hari kemudian, ibuku menelefonku. Aku berdebar untuk angkat. Dengar saja suaraku, ibuku terus menjerit, teresak esak menangis di hujung talian. Ya, kini ibu sudah tahu dia dimadukan.

Aku takkan lupa apa yang ibu cakap.

“Yatt, ayah dah mengaku, ayah ada orang lain, ayah dah tak sayang ibu, ibu rasa nak mati, ibu nak mati.”

Puas aku memujuk ibu, tapi apalah dayaku kerana aku berasa jauh dari ibu. Aku tak mampu pulang kerana perjalananku memerlukan tiket kapal terbang.

Apabila ibu sudah tenang sedikit, ibu cakap dia minta maaf. Dia janji tak buat apa yang dia cakap tadi. Ya aku faham, orang dah hilang rasional mampu buat apa sahaja termasuk membnuh. Aku tak dapat tidur lena malam tu asyik teringat ibu.

Esoknya, aku mencari-cari tiket untuk pulang, dan ibu menelefonku. Ibu mintak aku jangan pulang buat masa ini. Ibu minta ayah untuk lepaskan dia, jadi dia tak mahu aku pulang untuk menyaksikan keadaan itu.

Seminggu kemudian, abang keduaku menelefonku. Aku terkejut, sebab itu adalah kali pertama dalam seumur hidup abangku menghubungiku. Dia bertanya akan perihal ibu dan ayah.

“Ada apa apa yang berlaku ke Yatt?”

Aku rasa tak sedap hati ni. Ya abangku yang tinggal serumah dengan ibu ayah pun tak tahu apa yang terjadi. Cuma mungkin dia dapat menghidu kedinginan hubungan mak ayah di rumah.

Aku cuma jawab,

“Aku tak tahu, aku jauh, kau yang patut tahu kau ada dekat dengan mereka. Jaga ibu baik baik. Jangan buat hal lagi. Kesian ibu”.

Abangku yang panas baran menjawab,

“Baik Yatt. Aku jaga ibu”. Sekali aku terkejut.

Sedar tak sedar, 10 bulan aku tak pulang. Ayah dan ibu belum selesaikan apa yang terjadi antara mereka. Aku rindu nak pulang ke kampung, tapi ibu masih tak benarkan. Aku ikutkan sahaja kerana mungkin itu yang terbaik. Ayah sentiasa telefon dan menyuruhku pulang. Tapi aku masih merajuk hati dengan ayah.

Aku anak kesayangan ayah, tapi ayah ada keluarga lain. Tak dapat nak gambarkan perasaan aku pada waktu itu. Ibu melarang sama sekali aku ceritakan hal ini kepada abang abang aku, terutama yang sulung kerana bimbang dia akan jatuh sakit kembali.

Satu hari, aku terkejut bila pulang dari kerja, aku nampak ibu sedang menunggu di pintu. Ibu cakap dia minta izin ayah untuk berehat di rumahku. Ibuku ceritakan segala-galanya yang terjadi sepanjang 10 bulan itu.

Rupa rupanya, selama ini ibu sudah bertemu dengan pakar pskiatri kerana terlalu tertekan dengan masalah abang-abang. Dengan bertambah beban kes ayah, ibu akhirnya dimasukkan ke wad pskiatri selama sebulan untuk rawatan.

Selesai rawatan, ibu mengikut ayah berjumpa dengan isteri kedua ayah. Ibu meminta penjelasan, katanya isteri kedua ayah tidaklah terlalu muda, dan ingin berkawan dengan ibu, sebab itu dia kahwin dengan ayah.

Aku dengar dan aku ketawa. “Apalah b0doh sangat alasan dia bu?”. Ibu hanya mengangkat bahu. Kemudian, ibu bincang dengan ayah, dan minta ayah buat pilihan. Ayah pilih untuk terus bersama ibu. Ibu dan ayah pergi ke Songkhla untuk uruskan pencerraian.

Jadi kini, ayah dah bercerrai dengan isteri kedua dia. Mujurlah belum beranak pinak. Aku bukanlah terlalu menentang perkahwinan kedua. Tetapi jika ia memberi impak buruk lebih dari baik, apa perlunya ia diteruskan? Bayangkan abang sulung aku tahu, pasti dia akan jadi lebih depressi. Ibuku pun dah masuk wad.

Kadang kadang, aku pelik dengan ayah. Isteri keduanya langsung bertentangan dengan ibuku. Ibuku seorang wanita berkerjaya, kulitnya putih, pandai berdikari, hidung mancung, tak banyak bercakap, tak pernah aku tengok ibu minta duit dari ayah dan aku tahu, ayah culas bagi nafkah duit pada ibu kerana baginya ibu dah ada duit sendiri.

Isteri keduanya, tak pandai bawak kereta, kerjanya biasa biasa saja, bertubuh besar. Ayah seolah-olah mencari apa yang ibuku tiada.

Aku pernah tanya pada ibu, kenapa ibu tak pernah minta ayah hantar ibu ke mana mana? Ibu jawab dia pernah minta semasa mereka muda, ayah jawab itu menyusahkan dia. Jadi ibu tekad tak akan minta bantuan kenderaan lagi pada ayah. Jadi kenapa bila dah tua, dia nak cari perempuan yang harapkan dia untuk ke mana mana? Sungguh aku tak faham lelaki.

Berbalik pada cerita korea viral, nasib la ayahku tidak sekejam Tae Oh, tapi dalam masa yang sama, mujurlah ibuku sebijak SunWoo.

Nasib baik benda ni berlaku bila aku dah bekerja dan ada akal yang matang. Kalau jadi di zaman remaja aku, rasanya aku pasti memberontak dan entah lah aku akan membesar dalam keadaan kemelut macam mana.

Tetapi, walaupun keadaan dah kembali ke sedia kala, luka tak akan sembuh, dan ibu ayah tidak lagi semesra dulu. Ibu menjadi lebih pendiam, ayah dah buntu nak ceriakan ibu balik. Kadang kadang ibu akan pandang aku sambil tanya,

“Yatt, mesti ayah rindu isteri dia kan? Ibu kejam kan pisahkan mereka dua?”.

Aku tak mampu menjawab.

Reaksi warganet

Wan Nurain –Macam ni la yatt , manusia yang tak duduk tempat yatt boleh sembang smpai gajah boleh terbang. Sis ni dalam family sendiri perkara ni banyak kali berlaku.

Yatt tabah ya , kuatkan hati. Orang lain cakap sedap la tak kena diri sendri. Runtuh umh tangga apa benda nya , tak nampak abang yatt sendri sakit?, bukan nak tolong anak, sibuk nak menggatal. Aku tendang saje je nanti. laki tetap laki .

Alana Umar Nour –Saya hidup sebagai anak bini kedua. Walhal lepas tu bapak kawen lagi ke 3. Dalam tak mampu nfsu menguasai. Pastu meninggal, anak anak terkontang kanting.

Sekarang abang pulak ikut jejak aruwah. Anak anak dia pulak terabai. Sis tak benci p0ligami. Tapi wahai lelaki sedar lah diri. Mampu dari segi agama Dan financial then go ahead. Kalau tak mampu, sedar kaki Di mana berdiri.

Izzah Halim –Psik0logi lelaki, dia rasa hebat bila perempuan bergantung dekat dia. Tapi bila wife terlebih berdikari, so takde la dia nak tolong tolong keluarga dia.

Sebab tu pentingnya mintak suami tolong dan isteri hanya membantu. Ni nafkah tak bagi, buat itu ini, memang dia rasa senang. Bila rasa senang, tu dia nakkan someone yang akan mnghargai dia lebih lagi… U think women is complicated? Men also complicated but their book is thin not like us 😂

Puteri Nur Atiliea – Cerita aku maybe seiras cerita viral tu. Dari aku kecik aku dah saksikan pergolakan mak ayah aku. Bila besar baru family aku tahu yang ayah aku dah kawin lain sejak kami anak anak kecik lagi.. Bayangkan rasa di hati..

Ikutkan hati aku nak dia mati, disebabkan dia, aku langsung takde memory seronok masa kecik. Buktinya, adik adik aku, abang aku semua bermasalah. Aku pun hampir bermasalah tapi aku sedar diri kena kuat tapi ada waktu aku kecundang jua.

Hamdan Whilea –Ko kena sambung lagi ni dik…

Berbalik pada cerita korea viral, nasib la ayahku tidak sekejam Tae Oh, tapi dalam masa yang sama, mujurlah ibuku sebijak SunWoo…

Madu ibuku tak secantik Gayong..🙄🙄, kalau tak kalah mati kite dik…

Sedih dengar cerita awak. Make sure anak anak termasuk awak kena sentiasa ada sebelah ibu awak. Perkara perkara macam ni aje dah cukup menjadikan wanita depressi0n dan giila.

Once kepercayaan yang diberikan, dah tercalar dan rosak, it will never be the same dik. Hatta ayah awak dan yang kedua tu dah bercerrai, i dont think mak awak je suffer, awak pun sama. Awak takkan jadi serapat dulu.

So if u choose to be together again sekeluarga, dah ada 2nd chance tu, sama sama lah bina balik kebahagiaan keluarga tu ye. Bulan Ramadhan ni awak doa banyak banyak dik ya. Semoga awak bahagia disamping keluarga. I understand u dik…❤❤

Sumber – Yatt (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *