“Menyesal tak siasat ‘background’ suami”. Pelik istri pertama gembira dilepaskan, rupanya ini helah suami selama ini

Foto sekadar hiasan.

Menyesal tak siasat ‘background’ suami, merana sepanjang perkahwinan

Siapa yang nak perkahwinannya menjadi detik hitam dalam hidupnya? Saya pasti ramai wanita yang tak berharap macam tu. Ada satu kisah yang telah dikongsikan kepada saya untuk menjadi tauladan pada wanita yang lain katanya.

Bagaimana kesilapan yang telah dilakukan oleh dirinya bila dia tak siasat ‘background’ bakal suaminya betul betul sebelum menerima sebagai pasangan hidup selamanya ini.

Pada sesetengah orang yang tidak kisah siapa pun yang hadir dalam hidup dia, mungkin terus terima sahaja siapa saja yang meminang dirinya. Ada yang lebih cepat, tak sampai sebulan kenal, terus bernikah.

Ada juga keadaan yang wanita diperdaya dengan kata kata manis seorang lelaki yang dah berstatus ‘suami orang’ untuk bernikah dengan dirinya. Kononnya isteri pertama tak elok lah, teruklah, tak pandai masaklah. Macam-macam.

Jadi, kisah yang berlaku pada Iza, 38, (bukan nama sebenar) seorang janda anak 2 yang merupakan pegawai atasan kerajaan juga telah diperdaya oleh lelaki yang kini telah menjadi suaminya. Katanya, dia telah kematian suami dengan perkahwinan pertama. Membesarkan anak secara berseorang bukanlah tugas yang mudah.

Jadi, suami yang baru ini hadir tanpa dikenali dengan lebih lama melalui Facebook sahaja selepas lebih 3 tahun kematian suaminya. Perkenalan yang tak sampai seminggu tu, membuatkan Iza terus nak berjumpa dengan lelaki ini. Dari segi luaran, nampak macam tak ada apa-apa yang bermasalah pada lelaki tersebut. Muda lagi daripadanya dan agak ‘hensem’ juga.

Lepas lebih daripada 3 kali keluar bersama, dalam tempoh sebulan, lelaki tersebut memberitahu Iza bahawa dia telah berkahwin dan ada dua orang anak. Walaupun begitu, katanya dia ada masalah dengan isterinya konon isterinya teruk serba serbi.

Jadi, Iza simpati dan tidak kisah walaupun dimadukan dan dia sanggup terima lelaki tersebut.

Akhirnya, mereka bernikah di Sempadan Thailand dan dalam masa beberapa bulan kemudian, suaminya turut mencerraikan isteri pertamanya. Dia percaya, tindakan suaminya melepaskan isteri pertama adalah tindakan yang betul sebab isteri pertama dalam pengetahuan dia seorang wanita yang jahat dan bukan seorang isteri yang baik berdasarkan penceritaan suaminya.

Selepas lima bulan berkahwin, dan telah mendapat sijil pernikahan yang sah di Malaysia, sikap suaminya mula terbongkar satu persatu. Mereka tinggal bersama di rumah miliknya, cuma dia tak pernah nampak suaminya pergi kerja. Katanya, dia dah berhenti dan sedang nak buat ‘business’.

Jadi, Iza telah diminta oleh suaminya untuk membuat pinjaman peribadi yang berjumlah RM50,000.00 untuk bantu suaminya membuat business.

Tapi Iza sendiri tak pernah ambil tahu, business apa yang dibuat. Sebab masih suaminya hanya duduk di rumah saja. Pakai kereta milik isterinya. Barang-barang dapur dan keperluan diri serta anak anaknya juga dia yang tanggung. Bahkan, suaminya masih minta duit pada dia untuk bayar Top Up dan nak beli r0kok sahaja.

Yang Iza nampak, kerja suaminya hanya makan, minum, tidur, tengok tv dan keluar malam lepak di kedai mamak dengan rakan-rakan. Dan kerap keluar malam untuk main futsal sahaja.

Selepas lebih setahun, dia baru nekad nak bertanya dengan lebih serius pada suaminya. Dia mintak nafkah pada dirinya. Dia tidak kisah walaupun jumlah yang tak tinggi, asalkan suaminya tahu tanggungjawabnya. Berkali kali diminta perkara yang sama, akhirnya itulah kali pertama Iza ditampar di bahagian mukanya.

Selepas daripada itu, hidup dia sering bergaduh dengan suaminya tentang nafkah dan hutang yang telah dibuat olehnya. Satu persatu barang kemasnya telah digadai oleh suaminya konon untuk business. Setiap malam asyik bergaduh sahaja dan banyak kali dia ditampar di bahagian kepala dan pernah dihentak ke dinding.

Stress dengan perkahwinannya itu membuatkan dia nekad nak berjumpa dengan bekas isteri pertama. Mujurlah ex suaminya ini tak marah, bahkan sekarang lebih gembira dan sambut baik kehadiran Iza. Barulah Iza tahu, rupanya suaminya dulu ini ada rekod yang tak baik dengan pekerjaannya hingga dibuang kerja.

Bahkan, memang dari dulu, dia yang tanggung segalanya makan minum dirinya, anak anak serta suaminya sendiri.

Segala perbelanjaan rumah ditanggung olehnya termasuklah menanggung hutang yang dibuat untuk pinjaman suaminya. Sebab itu, dia bahagia sekarang bila dilepaskan. Dia mampu untuk fokus pada anak anak sahaja walaupun masih lagi menampung beban hutang yang masih ada.

Iza menangis dan memohon maaf pada bekas isteri pertama tersebut. Dia ceritakan segalanya yang telah berlaku pada wanita tersebut. Dan dia kini tahu telah melakukan kesilapan. Sekarang nekad untuk mohon fasakh di Mahkamah atas perbuatan tersebut.

Siapa yang baca story ni sampai habis, dan rasakan kisah ini ada kaitan dengan dirinya, kawan-kawannya atau mungkin pada ahli keluarganya? Ini adalah kisah benar yang telah berlaku pada seorang wanita yang hanya dengar pada janji manis dan cerita indah suaminya sahaja.

Pastinya, masa tak boleh diundur. Dan dia nekad untuk pandang terus kehadapan dan minta kisahnya ini dipanjangkan kepada wanita wanita yang lain agar siasat serta kenal dengan lebih mendalam dengan seseorang lelaki sebelum berkahwin dengannya terutamanya jika pernikahan tersebut adalah pernikahan kedua suaminya.

Semoga menjadi pengajaran berharga buat wanita wanita lain diluar sana. Siapa yang ada kisah yang sama nak dikongsi? Cer komen sikit.

Beringat sebelum kena, dah kena confirm tak lena.

Reaksi warganet

Faridah binti Wahab –
Pengalaman lepas menyebabkan saya rasa nak apply Quality Management System dlm perkahwinan. Gagal patuh manual dab peraturan, boleh bagi NCR. Setahun sekali pergi audit kat Pejabat Agama, tengok performance. Mana mana ketidakpatuhan minor, bincang balik untuk baiki, ketidakpatuhan Major, kena kaunseling. Kalau banyak sangat NCR boleh fikirkan untuk dibubarkan perkahwinan 😅. Senang pembuktian kat mahkamah dengan rekod.

Mell Liz AB Mumin –
Banyak berlaku begini. Masa bercinta yangg diperlihatkan luaran yang indah indah sahaja. Belum keluar perangai sebenar, dah kawin baru menyesal.

Berhati hatilah kaum perempuan, siasat betul betul dengan siapa kita mahu jadikan pasangan hidup. Lebih lebih lagi suami orang ni banyak bohong dari benarnya. Apabila seorang lelaki yang sudah beristeri itu mendatangi perempuan dengan menceritakan keburukan isterinya, itu tandanya dia bukan lelaki yang baik. Sepatutnya dia perbaiki masalah dengan isterinya. Bukan cari wanita lain untuk selesaikan masalahnya..

Izah Pastrys House –
Betul tu, bila sayang menguasai diri maka semua nampak yang indah indah sahaja. Sehingga percaya bulat2 cakap sang suami.

Akhirnya bila hidup sebantal setilam sebumbung sebilik baru tahu luar dalam. Oleh itu janganlah bermurah hati sangat dengan kasih sayang. Perlu ada letak curiga walau masih belom ada ikatan. Seorg suami yang baik tidak akan sekali2 menceritakan buruk isterinya.

Bila die bercerita nampak die gagal mendidik isterinya sendiri. Sudah pasti kelemahan itu berpunca dari dirinya. Kerana mana ada manusia yang sempurna. Hati2 dengan lelaki yang bersifat bgini. Biarlah kite bersusah payah membesarkan ank2 sndirian dari mnanggung biawak hidup..

Sumber : Fahmi Ramli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *