Ayah dihalau sehelai sepinggang. 30 tahun ayah pendam, anak2 masih taknak datang jenguk. Bila ayah call, tp diblock pula

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Salam Ramadhan buat semua. Moga raya kali ini lebih bermakna buat kita semua.

Dekat nak raya ni aku percaya banyak kisah anak tak balik raya, kisah ibu bapa rindu anak dan banyak lagi lah. Bila baca cerita macam tu aku jadi sedih kerana ayah aku juga macam tu. Tapi cerita ayah aku lain.

Disaat orang lain gembira sambut raya dengan anak anak tapi tidak untuk ayah aku. Kalau aku cerita semua disini pasti nya sampai pagi raya tak kan habis.

Sebelum tu aku ringkas kan sikit pasal ayah aku. Ayah aku ni tua sangat dah. Nak masuk 80 tahun dah. Kesihatan pun merosot. Alhamdulillah setakat ni ayah boleh lagi berjalan walau bertongkat. Apa aku nak cerita disini, ayah aku ni ada anak lima orang sebelum berkahwin dengan ibu aku. Biasa lah orang dahulu kahwin awal kan.

Ditakdir kan ayah aku bercerrai dan berpisah dengan anak-anaknya. Anak2 ayah dengan bekas isteri ada lima orang. 3 lelaki 2 perempuan tapi sayang nya sejak ayah bercerrai sampai hari ini dia tidak pernah berjumpa dengan 3 orang anak2 lelaki nya. Anak2 perempuan hanya datang cari ayah kerana mahukan seorang wali.

Apa yang ayah cerita, ketika dia tinggalkan anak anak nya yang sulung umur 25. Kalau dikira sekarang umur anak sulung ayah 50 tahun macam tu. Apa yang aku tahu ayah tidak langsung dibenarkan untuk berjumpa dengan anak anak nya kerana bekas mertua melarang.

Ayah dihalau oleh isteri sendiri dan bekas mertua nya sehelai sepinggang. Semua harta ayah tinggal sebagai nafkah untuk anak anak. Sejak dari itu ayah tidak dibenarkan berjumpa anak anak. Bekas isteri ayah juga melarang anak anak dari berjumpa dengan ayah.

Fyi, selepas ayah bercerrai dengan bekas isteri nya, alhamdulillah ayah terus hidup mencari kehidupan sebenar dan berkahwin dengan ibu aku dan dikurniakan dua orang anak. Usia perkahwinan ayah dengan ibu dah nak masuk 30 tahun. Dan ya, selama 30 tahun ni la ayah aku memendam rasa merindui anak anak.

Anak anak ayah aku alhamdulillah semua berjaya. Kerjaya semua baik. Ada yang kerja accountant petronas, pensyarah. Aku tahu mereka berjaya hasil didikan ayah dan doa tidak putus dari ayah walau ayah jauh dari mereka.

Ya mereka hebat dan berjaya dalam career masing2 dan bodoh dalam kehidupan. Kasih ayah yang membesarkan mereka, menyara mereka sehingga mereka berjaya mengejar cita cita masing-masing hanya tercatat dalam otak bukan dalam hati.

Macam mana aku tahu mereka berjaya? Dari aku kecil ayah selalu pesan supaya jangan lupa abang abang bila ayah meninggal. Ayah cerita supaya aku tidak lupa bahawa aku ada adik beradik lagi selain abang. Ayah cerita supaya bila aku dewasa dapat merasa kasih sayang seorang abang.

Dan bila aku mula pandai media sosial aku terus mencari info tentang abang abang aku. Sekarang zaman semua benda di hujung jari kan. Semua benda nak upload Instagram. Kejayaan mereka kemewahan mereka semua tunjuk dalam fb. Buat kerja aku mudah untuk mengikuti semua perkembangan abang abang aku.

Setiap tahun aku contact abang-abang aku merayu balik jumpa ayah. Bukan raya je, setiap kali ayah sakit aku massage supaya datang jenguk ayah. Tahun 2017 ayah ada buat operation jantung. Aku merayu juga supaya mereka pulang takut menyesal kemudian hari namun batang hidung mereka pun aku tak nampak.

Aku cerita pada mereka ayah rindu mereka pulang. Ayah rindu nak tengok wajah cucu nya malah aku pula diblock. Aku faham kalau mereka sibuk tapi takkan selama 30 tahun sekali pun tak boleh datang. At least call pun tak apa tanda ingatan pada ayah.

Ayah sendiri ada call mereka tapi sekali je bercakap terus mereka block nombor ayah. Aku tak tahu besar mana dosa ayah sehingga anak anak tergamak buat ayah macam tu. Lupakah mereka redha Allah bergantung pada redha kedua ibubapa. Tanpa redha ibubapa tiada kerberkatan dalam hidup.

Aku kesal dengan abang abang kerana mereka lupa tanggungjawab seorang anak. Mereka lupa jasa ayah, mereka lupa kasih sayang ayah membesarkan mereka dari sekecil tapak kaki sehingga sebesar gajah Aku tidak mengharap mereka bantu ayah tapi cukup kasih sayang di utamakan. Orang tua bukan mahu duit tapi cukup kasih sayang yang dihargai.

Okey back to tajuk, rindu seorang ayah. Aku tahu ayah merindui anak anak nya walaupun dia diam bila sebut pasal anak anak. Jauh disudut hati seorang ayah menangis terkenang anak. Ayah mana tidak sayang anak. Ayah mana tidak rindu anak. Buat abang dan kakak, aku mengharap kalian baca coretan ini.

Abang kakak, ingat lah bahawa ayah insan yang tiada galang ganti. Aku tak nak kalian menyesal bila ayah meninggal nanti. Ya kasih ibu membawa ke syurga tapi kasih ayah berkorban nyawa. Kasih ayah berhempas pulas membesarkan kalian.

Abang, walau kau ketua keluarga tanggungjawab dan kasih sayang untuk ayah tetap yang utama.

Kakak, walau syurga isteri dibawah tapak kaki suami jangan lupa jasa ayah yang mendidik mu selepas dilepas kan kepada suami. Aku merayu tolong jangan lupa ayah. Aku merayu agar raya tahun ini kalian pulang jenguk ayah.

Wahai pembaca sekalian, andai sesiapa yang membaca coretan ini tolong lah hargai kedua ibu bapa. Maaf andai coretan ini tidak tersusun. Aku share disini sebab aku tak tahu dah cara nak minta abang abang aku pulang. Semoga pembaca juga boleh beri pendapat macam mana cara untuk aku pastikan raya tahun ini ayah boleh berjumpa dengan anak anak nya. Sekian terima kasih.

Reaksi warganet

Arfa Malik –Ketahuilah, kerosakan anak anak akan datang adalah di sebabkan ayah ayah mereka.

Amalina Firdausi –Betul ke ayah awak dilarang jumpa anak anak. One sided story entah2 ada cerita lain yang ayah awak sembunyikan. Susah untuk anak anak buang mak bapak sendiri melainkan ada perkara yang mereka buat anak2 tak boleh terima. Banyak je cerita bapak buang anak lepas bercerrai…..

Faridah Mohd –Usia perkahwinan ibu kamu dengan ayah 30 tahun.
Umur abang tiri kamu yang sulung 50 tahun, masa ayah kamu cerrai dengan mak dia, dia umur 25 tahun.

Maksudnya Bermadu dulu baru cerrai, tu la sebabnya. Ibu kamu isteri kedua, pastu cerrai. Hidup ini ada sebab dan akibat. Orang perempuan mana suka bermadu. Sementelah dah hidup bersama 25 tahun.
Mungkin dengan confessor pun adik beradik tiri tak rapat. Jika kamu ganggu hidup mereka pun mungkin mereka tak suka.

Aini Ishak –Hmmm. Perlu ke nak buat spekulasi ayah tu ade berdosa begitu begini mase lampau sampai nak membenarkan dosa seorang anak yang tak menjenguk mak ayah sendiri? Dosa banyak mane pun, tu tetap mak ayah sendiri.

Kalau kite pun nak ikot ego sebagai seorang anak, jangan terkejut bila dah Ade anak cucu nnt, ego mereka lagi besar. Jangan ikot rasa sangat. Ingat, Allah tu melihat setiap apa yang kita buat. Apa apa kesilapan mereka, sebagai anak Ade baiknye kite doakan semoga mereka perbetulkan silap mereka. Bukannya meminggirkan. Nak nak bila dah smpai umur 80 an cmtu. Semoga ayah TT smpat berjumpe anak anak die sebelum ayah TT menutup mata.

Sara Naduwwa –Dulu aku selalu rasa kadang2 bapak Ni sampai Hati tinggalkan anak2. Atau sampainya Hati anak2 tinggalkn mak ayah. Tapi bila aku jumpa satu kisah realiti ni buat aku tersentak.

Kadang Kita semua tersepit dengan keadaan dan persepsi. Contoh kisah yang disampaikan oleh orang yang aku kenal. Pakciknya bercerrai meninggalkan 2 orang anak. Bercerrai setelah 14 tahun bertahan dgn kerenah masing2 dan diorang rasa diorang Tak sekufu dah Dan amik keputusan bercerrai dengan suasana yang kurang harmoni.

Jadi sudah tentu mangsanya adalah anak2. Saat ayahnya keluar meninggalkn rumah bangglow mereke, ayahnya menyewa bilik bujang. Setiap Hari anak merayu ingin tinggal Bersama bapa.

Tapi kerana Malu dan rasanya bilik yang tinggal sekarang agak kurang sesuai, maka ayhnya tidak membenarkan anaknya datang (bunyi seperti ayah melepaskan tggjwbkan?tp hakikatnya itulah bapa,melindungi anaknya selagi boleh). Si anak, sudah tentu berkecil hati.

Maka bapanya bangkit meneruskan kehidupan Dan akhirnya stabil. Saat ayahnya mahu berjumpa dgn anak2nya, bekas isterinya sekadar membalas anak2 tidak bersedia. Jadi kesimpulannya, keadaan kadang2 membuat masing2 salah anggap. Maka bapanya terus merindui anaknya Dan anak2 terus berkecil hati..

Sumber– Ilham humaira (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *