Sejak PKP, Maria terkandas di rumah ibu. Ibu dah tua tapi dipergunakan pula oleh menantu dan anak sendiri

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Tak tahu mana nak mulakan dulu.

Ok, as an intro, aku cerita serba ringkas background ku ini. Cukup kenal aku sebagai Kak Kiah, berlatar belakang dari sebuah keluarga yang besar, ibu, suri rumah dan bapa bekerja makan gaji hari.

Alhamdulillah, semua adik beradik menjejak kaki ke menara gading. Berkat usaha dan doa ibu abah yang tak pernah kenal lelah.

Dipendekkan cerita, ibu ku ini merupakan seorang yang sangat berhati mulia dan sentiasa berbaik sangka. Sentiasa berusaha menjaga hati dan perasaan orang sekeliling biar hati sendiri sarat duka.

Adik beradikku kebanyakkan nya sudah berumah tangga dan beranak pinak. Leman merupakan abangku, yang dikategorikan agak berjaya dalam pelajaran dan kerjaya nya. Tidak dinafikan, dia memang banyak menolong kami sekeluarga dari segi wang ringgit dan masa.

Sebelum ramai yang menyangkal penulisan aku yang sedikit dangkal ini, adik beradikku yang lain tidak pernah putus juga menghulur duit bulanan buat ibu dan abah walaupun jauh di perantauan.

Walaupun jumlah nya tidak setara dengan apa yang dihulurkan oleh Leman. Kami sentiasa berebut untuk membeli barang belanja dapur jika berkesempatan pulang ke kampung. Berlumba lumba menolong melakukan kerja rumah dan didapur.

Oh, dan tujuan nya aku menulis disini adalah kerana aku tiada tempat lain untuk mengadu, dan agar agar sama dapat membuka mata dan minda pembaca semua.

Segalanya berubah sedikit demi sedikit apabila Leman berkahwin dengan Maria, anak gadis PakSu Hamid. Perkahwinan mereka dikurnia beberapa orang anak dan kini sedang menanti kehadiran cahaya mata yang baru.

Untuk makluman, Maria merupakan seorang gadis yang berpelajaran tinggi, dan mempunyai kerjaya yang sangat stabil, sekufu dengan Leman. Tapi, benar lah kata kata yang berbunyi, many people are educated but not totally mannered.

Kami sedia maklum, Leman banyak menyumbang, tapi Maria dilihat seperti mengambil kesempatan atas kebajikan yang Leman lakukan.

Contoh nya, jika pulang bermalam di rumah ibu abah ketika cuti, Maria tidak pernah atau sangat jarang duduk di dapur menolong ibu memasak. Waima memotong sayur ataupun berbual bual kosong dengan ibu.

Sudahlah begitu, hal anak anak mereka pon banyak diselesaikan oleh ibu, atas dasar, ibu kasihan melihat cucu cucu nye begitu. Oh, sebelum terlupa, diawal Perkahwinan, Maria memang tinggal di rumah ibu selama beberapa tahun.

Tiada pernah sekalipun ibu merasa rehat di dapur dan Maria yang memasak walaupun di hari minggu. Sudahlah begitu, anak anak Maria pon diasuh oleh ibu atas dasar ihsan dan kasih seorang nenek.

Kesakitan hati ku memuncak kini apabila, PM mengumumkan PKP yang mana Maria dan anak anak terkandas di rumah ibu. Untuk pengetahuan semua, rumah Ibu bapa Maria hanya lah memgambil masa selama kurang dari 30 minit dari rumah Ibuku ini.

Maria balik ke kampung sebelum PKP diumumkan, hanya bermalam 2 kali di rumah orang tuanya, selebihnya berada di rumah ibu. Kerana apa? Kerana mudah baginya di sini, bangun pagi makanan siap berhidang hingga ke malam, anak anak pula tidak perlu dijaga kebajikan sangat.

Bayangkan kudrat seorang ibu yang sudah tua.. Setiap hari berhempas pulas dari awal pagi hingga ke malam, menyediakan makan minum buat Maria Leman dan anak anak.

Tidak pernah sekalipun Maria ke dapur untuk memasak walaupun sekadar memasak nasi. Yang aku lihat, Maria hanya akan ke dapur apabila makan siap dimasak. Sementara Leman, menyelesaikan hal hal kerja dari rumah sedang kan Maria tidak.

Sudah lah begitu, setelah penat seharian memasak didapur, anak anak Maria juga diurus oleh ibu. IBU yang memanggil cucu untuk diberi makan, disuap nasi segala.

Selesai itu baru ibu mampu mandi dan solat, kemudian, ibu terlihat berbaring merehatkan badan sedangkan waktu itu biasamya ibu akan mengaji AlQuran.

Maria hanya duduk menonton ataupun dilihat tidur sahaja. Pendek kata, segala keperluan anak anak Maria diuruskan oleh Ibu. Ibu pernah meluah, letih dan penat, mana nak memasak, nak rehat dan ibadat di usianya sekarang, sedang Maria dan Leman dilihat seperti tidak menyedari semua ini.

Btw, kak kiah turut sama membantu ibu tetapi hati kak kiah sakit melihat ibu dilayan sebegitu rupa. Kak Kiah juga punya anak dan sedang sarat hamil.

Ibu sudahlah penat, terkadang Maria suka meluah rasa (membebel) tak kira tempat dan waktu. Kak Kiah terdengar betapa die mengungkit tentang jasa jasa Leman kepada keluarga.

Bayangkan bagaimana hati seorang ibu jika dia terdengar bebelan itu. Anak kurang mendengar kata, pon sama, diungkit, disebut nama ibu. Kak kiah tak sanggup memikirkan betapa penat nye ibu melayan karenah anak anak Maria.

Ramadhan bakal menjelang tiba, sepertimana tahun yang lepas ibu akan banyak fokus untuk ibadat extra. Ibadat bagai ini Ramadan terakhir bagi ibu, kata ibu kepada ku. Tapi, kehadiran Maria yang menambah beban ibu meluluhkan hati ku.

Bayangkan Maria berpantang disini, anak anak nya mestilah sepenuh nya diurus oleh ibu. Sedang kan sebelum hamil, pon sudah tidak membantu, apatah lagi dalam keadaan berpantang begitu. Kak Kiah tak marah, jika sekiranya tak membantu, tapi janganlah sehingga menambah beban.

Sudah lauk siap dimasak, bukan mahu berterima kasih, malah di komennya lagi. Sudah lah rumah tidak di bantu kemas seusai disepah anak anak. Barang barang yang dibeli ats talian, diletak merata, sedangkan aku kenal yang ibu itu seorang sangat pengemas dan bersih.

Ibu ku lihat tak ubah diperlaku bagai seorang bibik oleh Maria. Pernah Ibu mengucap syukur apabila Maria dan anak anak berpindah keluar dari rumah sendiri. Syukur kerana ibu ada masa untuk diri sendiri, hobi dan fokus ibadat.

Tapi kini, aku Lihat ibu diperguna sungguh sungguh.. Kenapa tidak Maria pulang ke rumah orang tuanya yang besar lagi selesa. Orang tua nya juga masih ada dan bertenaga. Kasihan ibu, kudrat nye tidak segagah usia muda. Berdiri lama pon sudah terasa penat. Bayangkan.

Kepada pembaca pembaca diluar sana, muliakan ibu bapa dan mertua anda. Jangan pernah ambil kesempatan atas kebaikan mereka.

Sudah berakhir bahagian mereka untuk mengasuh anak kecil, mengurus makan minum anak anak anda. Spatut nya kepulangan anda ke rumah mereka, menyenangkan mereka. Bukan membebankan mereka.

Doakan Ibu Abah kak. Kiah di beri sebesar besar ganjaran dan mahligai di syurga. dan semoga Maria dan Leman terbaca penulisan ini, dan sedar apa yang dirasa oleh ibu kami.

Assalamualaikum.

Reaksi warganet

Zahariah Ibrahim –Kebanyakkan Anak menantu zaman sekarang macam ni lah perangainya. Selalu jadi tetamu dirumah ibubapa Dan mentua.

Muksin Mohd –Memasak, kemas rumah, bersihkan itu ini dan segala macam kerja tu tanggungjawab lelaki. Kau nak memekak, tujukan kat Leman.

Lagipun sapa soh mak kau buat kerja2 laki dia.

Amelia Lovita –Apa guna mulut kau Kak Kiah? Tembak lah Leman dengan isteri dia. Suruh si Leman upah orang gaji harian. Kalau dia bising, halau je mereka. Kalau mereka mogok tak mahu bagi duit, kau adik beradik kan ada… Aku rasa tak banyak mana pun belanja parents kau bulan bulan kan. Sorang sikit confirm lepas.

Zuriyanti Sanusi –Kenapa tak sekolahkan je si maria tu? Straight to the point cakap depan muka. Ni cakap belakang2 semua orang pun sakit hati dengar. Please la cakap kat ibu tu cuba jangan buat kerja rumah untuk maria walaupun jaga cucu2 dia sendiri. Biar laki bini tu pandai urus keluarga sendiri.

Kalau ibu berterusan buat kerja macam bibik tanpa bagitahu pada Maria hakikat sebenar, memang dia akan berterusan la perangai macam tu sampai bila bila. Adik beradik kak kiah memang main peranan penting untuk terus terang masalah tu pada Maria dan laki dia. Tak bagitahu memang dorang tak kan sedar sampai bila2. Kadang2 ada benda kena terus terang baru puas hati.

Sumber – Kak Kiah (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *