Nama Ustaz Ebit Lew bukanlah asing lagi di negara kita. Usaha dakwahnya mendekati golongan yang kurang berkemampuan seringkali mendapat perhatian ramai.
Semenjak PKP dilaksanakan, Ustaz Ebit Lew antara yang aktif menyampaikan bantuan dan sumbangan baik kepada frontliner mahupun mereka mereka yang kurang berkemampuan tidak kira bangsa.
Terbaru, tular di laman FB, wanita ini berkongsi tentang kekayaan Ustaz Ebit Lew lantas menjawab teka teki ramai.
Setakat artikel ini ditulis, perkongsian dari wanita ini telah pun mendapat sehingga 2.9k shares di laman FB. Ikuti perkongsian nya dibawah.
Dari KakLis
Siapa yang tertanya-tanya Ustaz Ebit tu kenapa dia kaya siap bawak Vellfire tu ni yang KakLis nak share apa yang KakLis tau.
Ustaz Ebit buat dakwah ni bukan benda baru. Dah bertahun-tahun dulu. Dia buat benda yang orang tak sanggup buat. Berpenat lelah, menahan muka mengadap orang. Kena hina, maki, cemuh, kena halau.
Dakwah gelandangan, masuk lorong, dakwah kat kelab, dakwah maknyah, budak punk, orang kat penjara, budak-budak rosak akhlak, dakwah suami isteri yang nak bercerai, dakwah orang masuk islam berapa ramai.
Banyakk. Sangat banyak kerja dakwah dia. Dia bukan setakat ceramah kat masjid dan tv tapi dia turun padang sekali.
Tentang kekayaan Ustaz Ebit.
Benda pertama orang nampak dia kaya sebab dia bawa Vellfire kan? Bukan sebab dia tayang beli handbag ribu, melancong sana sini kat luar negara.
Masa PKP ni baru orang nampak betapa banyaknya duit dia sebab dia buat sumbangan bertan-tan lori pada orang tak kira kaum dan agama.
Sumbangan tu datang dari NGO ustaz iaitu Pertubuhan Kasih Umat Malaysia. Kita juga tak tahu banyak mana duit sendiri yang Ustaz Ebit guna.
Ustaz Ebit selalu ulang. Mungkin sekali ini je peluang dia ada untuk dia buat baik tolong orang sebanyak-banyaknya. Ustaz Ebit nampak C0vid19 adalah ladang dia untuk buat pahala.
Macam mana dia kaya?
Ustaz Ebit ni dia berniaga. Dia ada:
1. Restoran Paramount Coffe House – 3 biji restoran
2. Butik baju Elew Design – 1 kedai
3. Menulis 9 buah buku. Banyak buku Ustaz ni Bestseller dah bertahun-tahun kat kedai buku. Boleh bayang duit masuk non stop?
4. Dia ada syarikat motivasi Transform Jiwa sendiri. Program yang paling terkenal ialah Keluarga Sunnah. Beribu-ribu dah orang join. Program ni dah selamatkan banyak keluarga.
Suami isteri yang nak bercerai tak jadi bercerai. Keluarga kacau bilau dapat balik hidayah dekat semula pada Allah asbab Ustaz Ebit. Ada ramai yang masuk islam.
Siapa yang kata program takat bagi orang nangis tu meh sini nak tanya, kau boleh buat orang nangis ingat kat Allah ke? Kau boleh bantu orang berubah taubat ke? Kau dah Islamkan berapa ramai orang? Kau dah selamatkan berapa banyak keluarga?
Ada?
Program motivasi lain pun banyak. Prokids, program-program dakwah dan motivasi ke agensi-agensi kerajaan dan swasta. Program masuk tv lagi.
5. (Tambahan lupa nak tulis) Video dakwah di You Tube. Ini juga jadi sumber pendapatan pasif untuk Ustaz. Ini juga antara sebab Ustaz selalu ambil video dan gambar. Bahan yang sama digunakan untuk sebarkan dakwah.
Fikir logik. Kalau dah macam ni memangla Ustaz Ebit kaya. Setakat bawak Vellfire memang dia sangatlah mampu nak banding dengan berapa pendapatan Ustaz.
KakLis pun bisnes. KakLis tau orang bisnes kat rumah pun ada yang mampu beli Vellfire inikan kalau macam Ustaz ni bisnes macam-macam. Lagilah terlebih mampu.
Jika ada yang tak puas hati dengan Ustaz, sebaiknya tanyalah Ustaz sendiri. Daripada tulis status nampaklah tak elok bila ditulis orang yang berpendidikan agama. Sedih.
KakLis ni bukan orang baik. Ustaz Ebit buka mata yang orang islam mesti kaya untuk boleh bantu orang. Orang kaya ada kemampuan besar untuk bantu lebih ramai orang. Sedekah yang ditunjukkan boleh galakkan orang lain turut nak bersedekah.
Lepas banyak tengok Ustaz Ebit buat sedekah, buat baik dan bantu orang tak kira bangsa dan agama baru terbuka hati, terbuka mata nak ikut buat benda yang sama ikut kemampuan.
Kawan,
Kalau kita tak mampu sedekah banyak macam Ustaz cukuplah sekadar sedekah ikut kemampuan, jaga mulut, jaga tangan dan jaga hati dari buat dosa.
Ustaz Ebit selalu bawa mesej untuk ikut akhlak Nabi SAW. Benda ni susah nak dibuat. Kita banyak dengar ceramah tapi kita tak nampak banyak cara nak buat.
Ustaz Ebit dia tunjuk dengan perbuatan. Cakap pun lembut je takde bahasa kasar. Muka pun bersih je. Dengan mak ayah, isteri dan anak-anak penuh dengan kasih sayang.
Harap posting KakLis ni dapat menjawab persoalan orang-orang yang banyak tertanya-tanya tentang kekayaan Ustaz.
Terdahulu : ““Saya jahil, tak pandai” – Ustaz Ebit Lew
“Saya jahil, tak pandai. Saya bukan ustaz. Saya bukan sesiapa. Cuma Cina belajar Islam.
“Terima kasih semua terlalu ramai guru, keluarga dan sahabat mendoakan dan beri semangat. Allah saja balas semuanya,” kata pendakwah terkenal Ebit Lew.
Ebit Lew meluahkan isi hatinya di Facebook selepas niatnya membantu golongan kurang berkemampuan disalahertikan dan dipertikaikan segelintir pihak.
Ebit Lew memohon maaf sekiranya apa dilakukannya mengguris hati orang ramai kerana niatnya hanya ingin membantu.
“Saya tak berniat nak sakitkan hati sesiapa pun. Saya mohon maaf pada semua ya.
“Doakan terlalu ramai lagi orang memerlukan bantuan dan sokongan.
“Bagaimana kita boleh lena, sedangkan ada orang tidak dapat tidur lena kerana nasib mereka dengan kita tak sama.
“Walau memberi minum pada kucing atau anjing sedikit pun (tetap) dipandang Allah. Walau kita tak dapat bantu mereka semua, kita buatlah apa yang kita termampu,” katanya.
Katanya, janganlah menuding jari kerana setiap orang bertanggungjawab atas diri sendiri.
“Belajarlah melihat dengan cinta. Mendengar dengan cinta. Melalui hidup dengan cinta.
“Janganlah menyalahkan sesiapa kerana setiap kita bertanggungjawab atas diri kita dan masyarakat kita didepan Allah nanti.
“Semuanya hingga satu hari nanti kita mendapat RedaNya. Reda Allah segala-galanya. Usahlah takut kejian atau penghinaan orang tapi yang paling menakutkan kemurkaan Allah,” katanya.
Meskipun sedar semakin hebat dugaan melanda, namun dia berharap bakti ditaburkannya itu dapat dilakukan berterusan hingga akhir hayatnya.
“Dah berlalu bertahun dalam kerja khidmat dan berkongsi kasih sayang sejak kecil. Entah berapa hari lagi yang tinggal. Biarlah baki hidup ini dalam kebaikan.
“Jika Allah takdirkan walau berapa waktu yang tinggal. Masa tu sangat sekejap berlalu, sedangkan banyak kerja dan amanah yang terlalu jauh dari sempurna,” katanya.
Dalam hantaran sama pendakwah itu sempat mengenang nasihat arwah ibunya selain menyatakan kerinduan terhadap keluarganya yang berada di Kuala Lumpur.
“Penat sangat rasa. Tapi bahagia sangat. Syukur pada Allah. Teringat mak dulu senyum bagi nasihat. Tak apa orang buat kita. Jangan kita buat orang.
“Selalu maafkan orang lain dan doakan semua orang bahagia dan masuk syurga. Kita hidup untuk Allah sayang.
“Jika ada kebaikan yang Allah terima saya hadiahkan buat arwah mak saya. Rindu bidadari dan anak-anak. Rindu ayah di kampung. Nak balik KL (Kuala Lumpur) cepat, lepas selesai semuanya,” katanya.
Sumber 1: Lisa Sara
Sumber 2: Berita Harian