“Yg kembar tu mmg mak nak ye. Jgn jadi anak derhaka”. Suami xizinkan, saya pelik sgt dgn ibu mertua

Foto sekadar hiasan.

Salam admin. Saya nak bercerita sambil meminta pendapat.

Saya ibu anak dua, seorang lelaki dan seorang perempuan. Yang lelaki darjah 5 dan yang perempuan berusia 2 tahun. Sekarang saya sedang hamil bayi kembar lelaki.

Hidup saya bukanlah mewah sangat tapi dalam kategori senang. Tak pernahlah nak apa-apa tak dapat teringin apa-apa tak dapat, kira bukan kategori susah sebab suami isteri bekerja.

Yang menjadi masalah sekarang ibu mertua saya dari usia kandungan saya 3 bulan asyik minta salah seorang anak kembar saya untuk diberikan kepada anaknya iaitu abang ipar saya dan isterinya.

Kata ibu mertua saya,

“Cukuplah sudah ada dua anak, dalam perut kan ada dua lagi”.

Dia cuma minta seorang yang dalam perut, bukan dua-dua. Nak pecah jantung saya dibuatnya. Anak saya ni, drah daging saya. Macam itu saja dia minta konon kasihan pada abang ipar dan isteri yang sudah lama berkahwin tapi tak ada zuriat.

Suami saya dah banyak kali menolak dengan alasan kami mampu dan kami tiada masalah kewangan. Tiada sebab nak bagi anak kat orang. Tapi ibu mertua saya tak pernah puas pujuk saya. Ketika saya sedang menaip ini, dia ada di rumah kami sedang dalam usaha memujuk suami saya. Datang bersama abang ipar dan isteri.

Salahkah tindakan saya? Kedekutkah saya? Pentingkan dirikah saya? Ibu mertua saya kata, kalau bagi anak saya kepada abang ipar, masa depan anak saya terjamin sebab mereka berdua pun kerja bagus-bagus. Ibu mertua juga seorang ibu, dia tak fahamkah apa yang saya rasa?

Saya buntu, sedih. Sekarang ini dia datang ke rumah saya dengan abang ipar dan isteri nak bawa balik anak-anak saya yang abang dan yang perempuan berumur dua tahun pula. Katanya cuti sekolah nak bawa jalan-jalan. Biar saya berehat sebab saya hamil.

Kenapa mereka ini nak ambil anak-anak saya? Saya memang tak akan izinkan. Rumah mereka jauh di Johor dan saya di Kuala Lumpur.

Tolonglah saya, saya buntu. Suami saya memang tak izinkan tapi saya pelik, kenapa nak anak-anak saya? Dia siap kata kat suami saya,

“Yang kembar tu memang mak nak ye. Jangan jadi anak derhaka..”

Ya Allah!

Reaksi warganet

Faziehan Akmal –
Sama la macam situasi saya sekarang, bezanya saya tak berkemampuan dari segi kewangan. Tapi saya percaya dengan rezeki anak anak. Biarkan apa yang orang nak kata nak hina yang penting hidup tak meminta minta. Mohon doa dari kalian agar urusan saya dipermudahkan bulan depan.

Norhafizah –
Bagitau jer, “Maaf Mak anak anak ni amanah Allah pada saya sebagai ibu, selagi hayat dikandung badan amanah amanah Allah ni tanggungjawap saya sepenuhnya, saya taknak kena soal kat akhirat… Mak nak hukum anak Mak anak derhaka tu antara Mak dengan Allah saya tak masuk campur…”

Anak anak ni harta dunia akhirat ingat senang senang ke nk lepaskan..

Faz Liena –
Faham perasaan pun.. Saya pon ibu yang mempunyai sepasang anak kembar perempuan. Pernah kakak ipar meminta salah seorang kembar masa saya preggy. Dengan alasan mereka tiada anak.. Walaupun dh bertahun berkahwin.

Maaf.. Ini anak saya.. Ape pon yang jadi.. Sy akan bertanggung jawab terhadap anak anak saya. Biar susah senang saya bersama anak anak.. Puan dan suami kene bertegas. Suruh mertua bagi tau anak dan menantu dia tu untuk buat rawatan susulan.. Bukan amik hak orang..

Ahmad Rizal –
Dalam hal ni pakcik sokong awsk.. Anak tu bukan mainan yang di boleh di bagi kat sape sape…Sedangkn banyak lagi alternatif lain yan boleh abang ipar awak usaha..

Contoh ambik anak angkat yang tiade ibu dan bapa.. Kenapa anwk kembar awak jugak yang mereka pilih.. kan tak pasal pasal jadi macam citer sinetron.. Kembar terpisah dari kecik… bila dh besar jumpa balik.. Lepas tu masing2 buat muka terkejut.. kamera zoom makin dekat makin dekat..

Sumber: Kisah Rumah Tangga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *