Pelik mak ayah tak cerrai. Bila tahu ayah masih sentuh, tp siang masih tak bercakap. Lagilah saya marah

Foto sekadar hiasan.
Sejak saya habis PMR, tak pernah lagi saya duduk di rumah lama-lama dengan family. Form 4 form 5 dah masuk asrama. Kemudian terus masuk kolej, belajar luar negara dan bulan Februari yang lepas baru saya habis belajar.

Jadi sekarang saya duduk di rumah, sementara menunggu keputusan untuk sambung belajar lagi di peringkat Master pada bulan 6 ini. Umur saya sekarang 23 tahun. Saya anak bongsu. Bila dah meningkat dewasa, ibu saya mula cerita penderitaan dia dalam perkahwinan selama lebih 30 tahun.

Saya kesian, sangat kesian. Tapi ada masa nya, kalau boleh saya tak nak tahu masalah dia. Makin lama makin terbina perasaan benci saya pada ayah saya. Buruk ayah saya je yang saya nampak. Tapi, saya faham kenapa Mak saya macam tu, sebab dia mentally abu sed.

Bila manusia dah terlalu terluka, berkali-kali, confirm ada kesan pada mental dia. Tambah pulak takda tempat nak luah. Dalam adik beradik, saya lah yang paling banyak dengar masalah Mak.

Dalam setahun, Mak dan Ayah saya mungkin bercakap dalam 9 bulan je. Lagi 3 bulan tak bercakap sebab bergaduh. Sejak awal perkahwinan lagi, sebulan selepas kahwin, ayah saya berubah 360 darjah, bila ada masalah, terkecil hati, terus tak bercakap dengan mak saya.

Ini orang panggil silent treatment. Memang pernah tak bercakap straight 3 bulan. Cuba bayangkan, duduk satu rumah satu bilik tapi tak bercakap suami isteri. Saya bergaduh dengan housemate 3 hari tak bercakap pun boleh jadi giila.

Punca ayah saya merajuk, selalunya memang benda-benda kecil yang tak masuk akal dan salah faham.. Usaha nak baik semula, tak pernah sekali pun datang dari ayah saya. Mak saya tak pernah rasa dipujuk walau sekali pun.

Walaupun bergaduh, mak saya tetap jalankan tanggungjawab sebagai isteri sama ada dalam bentuk zahir atau batin. Bila saya baru tahu ayah saya masih sentuh mak saya, tapi bila siang nya masih tak bercakap, lagi lah saya marah.

Lelaki jenis apa macam tu? Suami jenis apa? Sejak saya umur 14 tahun dah mula berhenti bagi nafkah pada mak saya. Kemas rumah tak pernah bantu. Balik kampung mak tak pernah ikut.

Pergi jalan holiday dalam 10 tahun mungkin sekali aja dia ikut. Alasannya kerja. Asyik kerja je sampai tak pernah luang masa untuk anak.

Dia jenis kedekut dengan isteri. Tapi bila dengan kawan-kawan, dia lah paling pemurah, paling senang kena ketuk, kena tipu, kawan pinjam kereta, pinjam duit tapi akhirnya tak pulang. Harta hilang beratus ribu macam tu je.

Tapi bila dengan isteri, keras macam batu. Dengan keluarga, dia je lah yang betul. Kalau cakap tu, memang dia aje menang. Walaupun bila bercakap, logic nya tu memang tak ada. Jenis pendiam, tapi bila sekali dia marah membebel, harap nya telinga ni boleh dicabut. Aku taknak dengar.

Sejak minggu kedua PKP, mak ayah saya bergaduh sebab isu kecil je. Mak saya tegur fakta yang ayah saya sebarkan tu tak betul, sebab dah dinafikan oleh tuan punya badan. Ayah saya punya terasa, tak bercakap sampai sekarang. Dah 4 minggu.

Waktu makan, saya duduk tengah-tengah. Di mana mak saya ada, ayah saya takkan duduk. Sama lah di mana ayah saya ada, mak takkan duduk juga. Masing-masing mengelak.

Bila saya dengan mak saya, mak saya perli ayah. Bila saya dengan ayah, ayah perli mak. Satu hari saya memang tak tahan, saya cuba contact abang saya. Saya tanya apa nak buat, saya stress duduk di rumah. Abang saya cuma jawab ‘Apa nak buat’.

Sepatutnya dia sebagai abang, bantu lah saya dari segi em0si. The least he could do. Dia duduk jauh, dah berkeluarga. Sejak kecil tak pernah duduk dengan family sebab asyik duduk asrama, dan belajar luar negara atau negeri. Sekarang dah kerja. Jadi, dia tak pernah alami semua benda ni.

Saya lah tempat luahan mak dan saya tak sanggup lagi dengan keadaan ni. Masalah yang tak pernah selesai. Masing-masing dah tua, hati tak terluka teruk, tak boleh nak ubat, Nak suruh ubah perangai, masing-masing dah keras kepala. Ye lah, dah tua, ada pemikiran sendiri.

Ada satu malam tu, saya betul betul stress. Saya nampak video Ustaz Ebit Lew bagi bantuan dekat banduan dalam pnjara. Waktu itu, saya tak tahu saya menangis sekuat hati bila ada polis dalam video tu cakap tentang agama.

Saya terdetik dalam hati, kenapa lah ayah saya tak macam ni. Kata-katanya matang, beragama, ada isi, tenang di dengar. Ayah saya, solat nya jarang. Bila travel, dia katanya boleh jamak. Masa tu, asar dah nak habis dah dan belum solat lagi. Ingat jamak tu 4 waktu sekali ke?

Tak pernah sekali pun ayah saya ajar saya tentang agama. Solat, puasa, mengaji, sikit pun tak ada. Pernah masa dulu mak saya kejut ayah untuk subuh, habis ditengking nya. Terus mak saya tak pernah ajak solat lagi.

Saya memang tak happy duduk dengan family. Hidup saya lebih dengan kawan-kawan. Saya memang tak sabar nak keluar rumah, nak bina kehidupan sendiri, kehidupan baru. Tapi saya fikirkan, wajar ke saya lari daripada masalah ni, dan biarkan je mak ayah saya tetap bergaduh?

Sejujurnya, saya taknak mak ayah saya mati, tanpa ada perubahan pun dalam hubungan mereka ni. Saya nak mereka berubah, bahagia.

Tapi saya rasa benda ni takkan pernah jadi. Dan saya tak tahu macam mana nak bantu. Cara paling jelas saya nampak ialah saya lari dari masalah, tak duduk dengan family.

Banyak kali saya terfikir, kenapa, kenapa lah mak saya tak angkat kaki awal-awal. Kenapa mereka tak bercerrai je dulu masa muda? Sebab masing-masing memang tak sesuai dengan masing-masing.

Mak saya dah terlalu banyak terseksa dan bersabar dengan lelaki yang takda hati, takda em0si terhadap mak saya. Mak saya jiwa nya dah kering. Tolong, tolong lah saya cari penyelesaian. Macam mana saya nak selesaikan masalah tersepit ni?

Reaksi warganet

Norwani Ibrahim –
Dik.. Adakalanyaaa… Kita hanya perlu melepaskan je. Dah berpuluh tahun begitu. Bukan senang nak ubah. Kau boleh jadikan sempadan dalam hidup kau, ambik iktibar.

Kalau kau rasa kau kuat, Caritahu apa yang patut kau buat. Kalau kau rasa tak kuat lepaskan je.. Sebab kalau kau terus menerus.. Akhirnya kau yang sakit.

Ahmad Naim –
Nampak macam dah “jalan mati” situasi ni, tapi aku rasa banyak lagi benda boleh buat…Dia macam keadaan tu “sejuk dan beku” jer…Kau kena panas2 kan sikit… Reka2 drama sikit…Aku ada idea tapi tak tau sesuai ke tak dengan keluarga kau tu… Paling selamat, kau selamatkan diri kau jer dulu… Be happy jer dengan ape yang ada..

Nafisah Said –
Bygkan macamana teruknya jika ayah kaki pendesak, kaki pemarah, kuat memerintah, suka menguasai orang, kaki pukul. Bayangkan emak juga macam tu. Cerewet sangat. Kuat berleter, semua tidak kena. Suka campak barang jika tidak kena dengan anginnya. Kedua duanya kepada adik seorang. Tidak adakan.

Biarlah mereka. Mereka dah lama kawin tidak ada topik yang menarik sangat nak berbincang. Adik buka je lah account fb untuk ibu dan ayah. Buat wassap. Mereka ada juga aktiviti tengok u tube ke, baca berita, mereka boleh juga bermain wasaap berdua tu. Adik yang buat ajar kepada mereka. Data juga free dari 8am – 6 pm musim KPK ni. Jangan lah sebagai anak kesal kerana ibu ayah tidak bercerrai.

Bonda Aiman –
Jodohnya panjang.. Itu fakta. Mungkin mak tak bekerja maka ada rasa insecure jika bercerrai.

Kesian mak menanggung. Tapi TT jadilah kawan yang sedia mendengar walaupun tak mampu beri nasihat. Adakalanya dengan meluahkan boleh jadi lega. Pesan pada mak ujian itu indah tapi sabar itu bukan mudah.

Minta mak jalankan saja tanggungjawab sebagai isteri. Gunakan masa selebihnya untuk persediaan menuju alam baru. Perempuan pada umur sebegini hatinya dah kental. Banyak ilmu yang boleh dapat secara online. Usah biarkan manusia t0ksik meracun jiwa sendiri.

Jika ayah tak tegur tak bercakap…biarkan.. dah jadi perkara biasakan sebenarnya. Kalau boleh bertahan teruskan. Tapi jika rasa boleh jadi isteri derhaka…Mulakan sesuatu yang baru. TT tentu boleh bantu

Sumber – Hazel (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *