“Curang itu satu pilihan”. Time PKP ni, segala rahsia suami terbongkar. Di mana silapnya saya sebagai isteri

Foto sekadar hiasan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Admin kerana sudi menyiarkan artikel ini.

Sedikit latar belakang saya: berumur awal 40-an, bekerjaya, berkahwin dan mempunyai 3 orang anak yang meningkat dewasa. Suami saya merupakan penjawat awam.

Perkahwinan atas dasar suka sama suka – berkenalan atas sebab urusan kerja ini hampir menginjak ke usia 15 tahun November akan datang.

Kisah yang bakal diceritakan ini bertujuan untuk membuka mata mana-mana individu yang berniat untuk curang atau sedang curang atau telah curang kepada masing-masing.

Allah uji kita sebab DIA sayang… di setiap ujian itu Allah sedang mempersiapkan diri kita menjadi hamba-Nya yang lebih baik.

Ya… CURANG itu adalah satu PILIHAN, BUKAN TAKDIR semata-mata!

Sebenarnya telah lama saya mengesyaki bahawa suami ada menjalinkan hubungan (skandal) dengan beberapa wanita sebelum ini. Ini naluri seorang isteri yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada hambaNya. Wujud 6/10 tanda-tanda orang yang curang itu pada beliau.

Tetapi saya tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk dikemukakan ketika proses ‘confront’ dengannya. Kalau ada pun setakat ‘panggilan yang mencurigakan’ dan cara suami menjawab saja yang buat saya pelik.

Ini tidak boleh dijadikan bukti kerana suami akan buat seolah olah saya yang bersalah kerana cemburu atau’over thinking’ tidak kena tempat.

Maka sejak itu, saya diamkan sahaja. Bertahun lamanya. Lagipun, kalau saya ceritakan kepada orang lain, saya yakin tiada orang akan mempercayainya kerana tiada bukti…

Kerana pernah pertama kali saya syak suami ada skandal (di awal usia perkahwinan) saya pernah meluahkannya kepada adik ipar perempuan (adik suami) tetapi dia menafikan sekeras-keraskan dan mendakwa saya sengaja mereka-reka cerita.

Sejak daripada itu memang saya hanya memendam rasa sendiri.

Satu-satunya insan yang percaya kepada cerita ini adalah aruwah ibu mertua saya. Ya, saya menantu kesayangan aruwah ibu mertua. Banyak yang saya ceritakan/luahkan kepada aruwah terutamanya tentang perangai perangai pelik suami.

Aruwah ibu mertua sangat memahami perasaan saya kerana sebagai seorang wanita beliau faham dengan status kerja suami saya, susuk fizikalnya, sifat ‘charming’ dan ‘sweet talker’nya memang tiada wanita yang tidak mudah ‘goyah’.

Ketika hayatnya beliau banyak menasihati saya selain bersabar, banyakkan berdoa dan memohon kepada Allah lembutkan hati suami untuk berubah.

Sejak beliau meninggal dunia 5 tahun lepas, saya hilang tempat mengadu dan berkongsi cerita. Hanya pada-Nya tempat saya luahkan segalanya. Hampir setiap mlm saya berdoa supaya Allah tunjukkan jalan dan kebenaran.

To cut story short, rumah tangga ini saya pertahankan selama ini kerana suami bukanlah orang yang mengabaikan saya dan anak-anak.

Nafkah anak-anak tidak pernah diambil mudah (walaupun gaji saya melebihi gaji beliau), mendirikan solat 5 waktu dan tidak pernah sesekali pun tangan beliau hinggap ke tubuh saya hatta dalam keadaan marah sekalipun. Hubungan suami dengan keluarga saya juga baik.

Sehinggalah suatu hari suami tinggalkan telefon kedua beliau kepada saya untuk saya gunakan bagi membantu online learning anak dalam tempoh PKP ini kerana beliau terpaksa bertugas dan tidak dapat membantu saya dengan hal ehwal pembelajaran anak-anak .

Dan buat pertama kalinya suami berkongsi access pin number telefon itu dengan saya. Sebelum ni, memang suami sangat merahsiakannya.

Kalau saya curi-curi tengok telefon pun beliau akan cepat cepat mengelak. Dan saya tahu rutin suami akan delete semua conversion yang boleh menimbulkan syak wasangka kepada saya.

Namun begitu, tak pasti di mana datangnya kekuatan ini, sambil tangan terketar-ketar, saya terbuka hati untuk memeriksa secara terperinci telefon tersebut.

Finally, saya jumpa semua bukti yang saya cari selama ini. BUKTI yang tidak sempat suami delete. Semuanya saya baca dengan mata yang berkaca.

Allahu… DIA saja yang tahu bertapa hancur, remuk dan luluhnya hati seorang isteri tatkala membaca semua conversation suami dengan isteri orang dan beberapa wanita lain (I am crying while am typing this).

Dan saya menangis semahu-mahunya selepas itu…. muhasabah diri ini, di mana silapnya… di mana kurangnya layanan saya terhadap suami selama ini.. dan apa yang suami dambakan daripada isteri seperti saya…

Namun hari itu, layanan makan minum dan keperluannya masih macam hari-hari sebelum ini, walaupun hati saya menangis bagaikan orang hilang pedoman. Cuma saya kurang bercakap dengan suami, satu-satunya perkara yang sukar saya lakukan selama ini.

Lama kelamaan suami syak yang rahsianya telah terbongkar dan cepat cepat padam segala chat yang mencurigakan. Ini terbukti bila saya check semula telefon tersebut, conversation itu telah tiada.

Hampir seminggu saya mewujudkan ‘social distance’ dengannya.. hampir setiap malam saya menangis semahunya mengadu pada Yang Esa, sambil sambil saya mencari kekuatan diri.. di mana mahu dimulakan confront ini supaya segala yang terbuku dan terselirat dalam hati masing masing dapat diluahkan.

Selama seminggu itu juga ada proses proses memujuk daripada suami tetapi saya tidak endahkan dan suasana dalam rumah menjadi makin ‘suram’ dan hambar. Kami hanya menggunakan anak anak sebagai medium komunikasi.

Kalau sebelum ni, solat, mengaji, makan dan menonton TV berjemaah tetapi kini masing masing mengambil ruang sendiri. Saya juga perasan dengan perubahan suami yang setiap waktu usai solat akan membaca Al-Quran di mana sebelum ini hanya dilakukan selepas solat Maghrib/Isyak.

Dan akhirnya Allah makbulkan permintaan saya.

Suatu lewat malam setelah anak anak tidur, suami mendekati saya yang pura-pura tidur (suami tahu saya belum tidur) dan meluahkan segala-galanya termasuk mengaku atas segala kecurangan beliau terhadap saya selama ini.

Pertama kali juga saya melihat suami menangis semahu mahunya (selepas kematian ibunya 5 tahun lepas).. menyesal dengan apa yang telah dilakukan terhadap saya dan anak anak…

Mengaku dirinya sebagai pendosa dalam setiap saat dan waktu.. dalam esak tangisnya, suami merayu rayu mohon diampunkan dosa dan kekhilafan selama ini.. beliau takut Allah ambil nyawanya sebelum sempat saya memaafkannya.

Suami ingin berubah tetapi setiap kali itulah dugaan datang melanda. Dia malu nak melihat wajah saya dan anak anak kerana teringat segala dosa yang telah dilakukannya. Dia malu dengan segala kekurangan dirinya berbanding dengan saya.

Dia rindu saya yang ‘dulu’.. saya yang ceria.. saya yang celoteh bercerita dan berkongsi segalanya.

Isteri manalah yang sanggup melihat suami merayu2 dan merintih begitu, supaya dimaafkan segala salah silapnya???

Saya juga bukanlah insan yang sempurna dan bukanlah mencari suami yang sempurna.. Cukup sekadar melengkapi kekurangan yang saya ada. Bila ditanya siapakah isteri orang yang menjadi skandalnya selama ini.. yang dipanggil ‘sayang’ itu dan diingati setiap masa?

Ya, dia adalah kekasih lamanya, sebelum kami kenal lagi.. pernah lost contact tetapi masing masing saling mencari dan ditakdirkan bertemu semula di sosial media.. dijadikan teman bercerita meluahkan tentang penat lelah dan stress bekerja.

Bila ditanya, kenapa dia yang dipilih sebagai isteri walaupun mereka saling sayang menyayangi…jawapan suami:

Itu adalah takdir dan rahsia Allah.. jangan dipersoalkan. Kasih sayang suami terhadap saya juga takdir dan rahsia Allah katanya. Ya betul, tetapi CURANG itu juga pilihan bukan takdir semata-mata.

Lelaki dikurniakan 9 akal jadi kenapa harus tunduk dengan 1 nafsu?? Saya juga mempunyai bekas kekasih yang saya kenali sejak zaman sekolah ke universiti hingga kini tetapi kami tetap menghormati status masing2.

Sentiasa mewujudkan ‘gap’ atas dasar status isteri atau suami orang sebab saya terlalu takut jika tiba tiba diuji dengan perasaan yang pernah wujud sebelum ini.

Demi Allah ia adalah hubungan persahabatan atas dasar bekas rakan sekolah semata-mata. Suami hanya diam mendengar kata kata saya itu dan mengakui kebenarannya dan meminta saya menyokongnya untuk bertaubat dan berubah ke arah yang lebih baik.

Penghujung malam itu, saya maafkan segala gala nya tetapi tidak semestinya saya dapat melupakan segala yang berlaku selama ini. Saya mohon diberi waktu dan ruang untuk mengubat kelukaan ini… kerana walaupun maaf telah terucap tetapi rosak dan parutnya tetap ada.

Saya juga mohon suami memohon kemaafaan dengan semua orang terutamanya suami wanita tersebut supaya beliau lebih tenang. Janjinya demi Allah, kesilapan ini tidak akan berulang lagi.

Daripada perkongsian ini, saya berharap agar pembaca dapat mendoakan yang baik baik dan kesejahteraan rumah tangga kami…

Semoga saya dapat menerima semula suami dengan sepenuh hati ini dan supaya lebih tabah serta kuat demi anak anak. Semoga ada sinar kebahagiaan di penghujung usia ini. Aamiin….

Reaksi warganet

Zainab Zaimimi
Betul, curang 1 pilihan. Bila sekali suami curang, isteri akan ingat sampai bila2.. parut di luar makin akan hilang, tapi parut di dalam takkan makin sekali.. bertabah sis.. cuma harap jangan sesekali balas balik ape yang suami dah buat…

Ammar Yasser –
Ntahlah, cuma satu je. Sekali dia tipu, dia akan tipu lagi. Ingat orang boleh berubah ke senang senang gitu? Yang tak kuat iman, sentiasa mudah tergoda. Perempuan penggoda ramai wehh.. Ex gf la, staff kat ofis la, kakak cleaner la, BBNU la. Pastu, sang lelaki perasan la dia hot, dah tua pun ramai nak.

Meraung menangis depan isteri? Berlakon je. Dia tahu pompuan lemah tengok orang laki nanges. Lepas ni bertabahlah jika ditipu berkali2. #pengalamansendiri

Aisyah Solehah-
Memaafkan boleh walaupun maaf tak dipinta. Nak melupakan tu sangat sukar. Puan hebat. Semoga kuat menpertahankan perkahwinan puan. Mengadulah kepada Allah. Letakkan Allah melebihi segalanya supaya jika ditakdirkan puan jatuh, puan masih mampu bangkit.

Erin Mustapa –
Tak faham lelaki yang masih HADAP dengan bekas kekasih ynag dah putus bertahun-tahun. Dicurangi, ditinggalkan demi lelaki lain yang lebih hebat tapi bila nampak je wajah ayu ex dalam facebook, terus nak add nak chat macam budak2 baru nak up.

HAVE SOME CLASS! They became your exes for reasons too long to list out. Ada yang cakap terhalang oleh orang tua lah, takde jodoh lah. What kind of lies do you tell yourself every day, that in actuality you are just crazy over them because of childish, unresolved feelings and your exes are still cute after years apart?

Macam kami yang perempuan ni takde exes kah? Kami tak hadap bekas2 yang kami tak pilih jadi suami, yang takde jodoh dengan kami. Setakat guna modal type2 msg whatsapp macam BBNU eii jijik la.

Sumber – PUAN H (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *