Lps abah ‘pergi’, kalau aku nangis satu rumah nangis. Tk sangka lps bertahun aku diuji lagi

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum… Alhamdullilah sekiranya confession aku disiarkan. Dan terima kasih pada yang sudi membaca.

Biar aku perkenalkan diri. Nama aku mira. Anak sulung dari 4 beradik. Semuanya perempuan. Oleh kerana abah lah lelaki dalam family kami secara tak langsung dialah HERO kami dan dialah lelaki yang terbaik untuk kami.

Abah seorang yang penyayang. seumur hidup aku tak pernah aku tengok mama dan abah bergaduh besar atau bertikam lidah depan kami. Aku tau abah terlalu mengharapkan anak lelaki. Tapi rezeki abah dikelilingi anak-anak perempuan.

Abah sangat sayang mama dan keluarga. Abah tak pernah tinggal keluarganya semata-mata nak keluar minum dengan kekawan dia.

Kalau kekawan abah nak ajak tengok bola, abah akan ajak kekawan dia datang ramai-ramai tengok bola kat rumah kami. Dan abah rajin masak untuk kami. Masakan abah kekadang lagi sedap dari mama.. hehehe.

Hidup abah dikelilingi kami sekeluarga dan adik beradiknya. Abah sangat sayang adik beradiknya. Abah seorang yang menepati janji. Janganlah cuba-cuba mungkir janji dengan dia. Pasti teruk kena marah dengan abah.

Abah seorang yang tegas. Bila dia balik kerja dia nak anak-anak dia ada kat rumah. Dia akan bising kalau anak-anak dia masih berkeliaran diluar walaupun kat rumah jiran sebelah. Kerana bagi abah waktu tu dah lewat. Tak elok kami keluar rumah. Padahal masa tu baru 6.30 petang.

Rutin abah sama setiap hari. Pukul 7.00 pagi keluar keje balik 6.30 petang. Sampaikan jiran-jiran kami pun dah tau aktiviti abah.

Kalau kami terlajak main kat luar mak2 jiran kami akan keluar ingatkan kami… dah pukul 6.00 nih.. pergi masuk mandi… jap lagi abah balik bising.. hehehe.. jiran2 dh jadi mak2 kedua kami. Mama kerja jauh selalu sampai rumah dekat maghrib.

Abah kalau nak menegur kami dia mesti guna psikologi. Dia akan cerita apa yang buruk dulu kalau kami buat sesuatu yang salah. Kemudian baru dia bagi contoh yang baik kalau kami tak buat benda yang salah tu.

Selalunya teori ni diguna pakai untuk aku je. Sebab aku anak sulung kena selalu perhati dan contoh adik-adik. Aku banyak berkongsi cerita sekolah dan kawan-kawan dengan abah. Sebab abah macam lagi memahami aku. Tambah pula mama selalu outstation atau balik lambat.

Bila aku masuk kolej, aku selalu merajuk dengan abah. Selalunya bila kena tegur dengan abah aku akan sentap.. merajuk.. tak nak makan satu meja dengan abah. Aku takkan bertegur dengan abah smplah dia pujuk aku balik. dah macam orang bercinta pulak kami anak beranak ni… hehehe.

Sampailah aku sambung belajar di kuala lumpur abahlah yang menangis masa hantar aku masuk hostel. Tiap hari aku akan call abah kat office cerita apa yang jadi apa yang aku makan. Rindu aku pada abah lebih dari segala-galanya.

Sampailah dua hari sebelum ‘fathers day’. Aku pos kad untuk abah konon nak buat suprise. Sebab inilah kali pertama aku sambut fathers day berjauhan dengan abah.

Selama ni walaupun kami saling sayang tapi kami tak pernah cakap. Aku tak pernah cakap aku sayang abah sangat. Cuma masing-masing memahami sendiri ja.

Sehari selepas pos kad tu hati aku tak sedap. Rasa macam ada yang tak kena. Aku keluar ke public phone cuba call rumah. (Masa tu aku tak mampu lagi pakai handphone). Adik aku jawab. Abah ada kat hospital. Demam.

Aku susah hati. Aku terus call paksu aku. Paksu suruh aku balik. Alasan dia mama aku sorang tak sempat nak jaga adik-adik. Terus aku bersiap pergi puduraya dan beli tiket bas. Alhamdullilah aku sempat naik bas terakhir malam tu.

Esok paginya aku sampai terus aku ke hospital. Aku tengok semua sedara mara aku ada disana. Diaorang suruh aku masuk jumpa abah. Mama menangis adik2 sunggul. Rupanya abah aku kat icu.

Aku cuba kuatkan diri. Masuk jumpa abah. Badan abah penuh wayar. Mulut abah ada tiup wayar. Aku tergejut. Abah nampak aku. Aku nampak air mata abah mengalir aku terus menangis. Aku cuma kata.. abah kaklong balik.

Abah mengangguk. Dalam masa yang sama aku nak cita kat abah pasal kad yang aku hantar… tapi ‘takpalah nanti abah akan sihat…bbiar dia balik ambil sendiri’. So aku diamkan je pasal kad tu. Dan aku masih tak cakap aku sayang abah sangat2.

Petang tu abah meninggal setelah 2 kali pernafasan dia terhenti. Aku terdiam. Terduduk. Mama.. adik-adik meraung. Semua orang nangis. Aku???? Menyesal sebab aku tak cakap apa yang aku nak cakap kat abah.

Abah meninggal disebabkan kuman dalam drah. Sudahnya kad yang aku pos tu… aku sendiri yang terima di rumah. Abah tak penah tau pasal kad dan perasaan aku. Menyesal aku tak sudah.

Sejak abah meninggal. Aku hilang arah. Mama down sangat2. Adik-adik dia tak peduli sangat. Asyik berkurung dalam bilik saja. Mama dengan abah memang rapat.

Adik aku yang bongsu alami depress yang kritikal. Langsung taknak bercakap dengan sesapa. Berkurung dalam bilik dan mengaji saja. Petang2 dia akan duduk dikerusi yang abah aku selalu duduk bila dia balik keja.

Hidup aku bertukar 100%. Akulah ketua keluarga sekarang. Aku kena kuat. Aku tak bole nangis bila aku rindu abah. Sebab kalau aku nangis.. satu rumah akan nangis. Aku tak bole mengadu pasal perasaan aku. Aku kena tunjukkan aku kuat untuk pujuk semua orang dalam rumah ni.

Selepas abah meninggal. Tak penah ada orang yang tanya apa yang aku rasa. Tak penah nak tau apa yang aku alami.

Bagi famili aku.. aku yang perlu tahu apa yang diaorang rasa.. selesaikan apa masalah diaorang. Macam abah buat sebelum ni. Tapi tak pelah sebab aku memang janji dengan abah yang aku akan jaga mama dan adik2. Aku akan tepati janji aku.

2 tahun lepas abah meninggal aku bertemu dengan seorang lelaki yang karektor lebih kurang abah. Kami berkawan rapat. Sangat rapat sampaikan orang ingat kami bercinta. Dia tak pernah luahkan perasaan dia sukakan aku. Tapi dalam masa yang sama dia cemburu kalau aku keluar dengan orang lain.

Kami berjumpa setiap hari. Makan malam bersama. Bergayut setiap hari. Dan bergaduh setiap hari.. peliknya bila bergaduh aku akan mintak putus. Padahal kami kawan je.. hahaha.

Selama aku berkawan dengan dia. Dia lah tempat aku meluahkan apa yang aku rasa.. marah.. takut.. minta nasihat. Dia pendengar setia apa yang aku rasa.

Selama 19 tahun ini. Semua masalah kami hadapi bersama. Dialah penasihat aku. Dan aku pun macamtu untuk dia. Segala rahsia dia… kewangan.. aku yang handle. Dia beli tu beli ini dia akan tanya pendapat aku. Sama lah dengan aku.

Aku nak beli itu ini semua berbincang dulu dengan dia. Bab insurans dan investment dia.. dia akan tanya pendapat aku dulu. Begitulah rapatnya kami.

Walau pun pada waktu itu dia dah transfer balik ke kampungnya untuk tinggal bersama parentsnya. Sebabkan dia anak lelaki sulung. Dia rasa dia patut tinggal dengan parents dia.

Lepas dia balik kampung. Diakan datang kesini sebulan skali untuk berjumpa aku. Hari2 kami bergayut. Cerita apa apa yang terjadi. Dalam pada tu kami masih tak bercakap perasaan. Kerana aku pikir. Masing2 faham dan masing2 ada tanggungjawab kepada famili.

Aku mula susah hati bila hampir 2 minggu aku tak dapat bercakap dengan dia. Phone dia off. Mulanya aku merajuk dengan dia sebab dia tinggi suara dengan aku. So aku ingat dia pun merajuk aku terus letak phone malam tu. Last aku cakap.. dia ngadu sakit dada.

Aku bebel kat dia suruh pergi hospital. Pastu dia jerit marah2 kat aku. Tak faham apa dia rasa. Aku kecil hati terus off conversation dengan dia.

Aku tunggu dia pujuk. Tapi langsung dia tak call aku. Smp aku cuba call dia.. phone dia off. Aku ingatkan dia still marahkan aku. Sampailah adik dia mesej aku cakap dia kat icu.. jangkitan kuman dalan paru-paru.

Aku????? Terduduk!! Ya Allah sekali lagi aku kena alami semua ni?? Aku hilang arah.. aku terus ajak member aku teman pergi ke kampungnya. Sampai di hospital sana. Aku tengok benda yang sama. Aku pergi ke icu. Aku tgk badan dia penuh wayar..tiub kat mulut dia.

Dan aku??? Ayat yang sama… “awak saya datang ni”. Aku tengok dia macam tersentak. Dia pandang aku. Aku pegang tangan dia. Cakap berkali2 aku datang… dia dengar suara aku.. dia nangis… aku nampak lagi air mata keluar sama macam abah dulu.. tapi diaorang tak boleh cakap. Sama seperti abah. Sumpah demi Tuhan aku takut.

Disebabkan aku tak bole tunggu lama. Aku terpaksa balik. Hari-hari aku wassap dia walaupun phone dia off. Aku cerita apa yang jadi..apa yang aku rasa… hari2.

Aku harap bila dia sihat nanti dia akan baca dan faham perasaan takut aku ni. Still aku tak ngaku aku sayangkan dia. Sebab aku nak cakap sendiri dengan nya. Aku selalu contact adik dia tanya keadaan dia.

Sebulan lebih dihospital akhirnya dia dibenarkan keluar. Ya Allah aku bersyukur sangatt. Dia sihat. Tapi lepas dia keluar hospital dia macam jauh dengan aku. Call aku kekadang tak jawab. Mesej aku payah nak reply.

Aku cuba sedapkan hati mungkin dia tak berapa sihat lagi. Biar dia berehat dulu. Sebab masa dia di icu dulu dia hampir2 hilang oksigen dalam paru2 dia. Mungkin dia masih lemah lagi.

2 minggu lepas dia dah start keja. Dia dah bermesej dan call dengan aku macam biasa. Cuma dia tak bole cakap banyak semput katanya. Satu malam tu dia video call aku. Aku tergejut tengok dia kurus sangat. Aku suruh dia makan banyak2. Sebab aku nampak dia lain. Kurus sangat.

Dia tak banyak cakap macam selalu. Dia banyak pandang aku je mengangguk apa yang aku cakap. Aku sedih tengok dia macam tu. Dalam hati aku nak tanya.. Dia baca tak mesej2 aku hantar masa dia dihospital dlu. Tapi aku cuba positif dan pikir takper lah biar dia betul2 sihat dulu.

Dia asyik pandang je aku tapi dia tak de cakap apa2 pun. Dia banyak dengar cerita aku saja. Kekadang dia senyum.. kekadang dia kerut dahi dan menggeleng tak setuju cara aku.. itulah keadaan dia malam tu. Dan aku bersyukur dia makin sihat.

Esoknya aku lalui aktiviti aku macam biasa. Aku happy dia dah makin sihat. Malam aku call dia. Dia kat luar. Tak dengar suara aku mgkin line tak elok. Dia mesej aku cakap tak dengar suara aku. So aku pun ok.. ucap selamat malam dan tido.

Esok macam biasa. Aktiviti harian berjalan seperti biasa. Lepas solat zohor aku tenogk miss call dari adik dia. Pelik! Kenapa adik dia call aku. Aku call balik.

Bila adik dia jawab call aku..’ akak… abang dah meninggal’. Haaaa.. ya Allah aku terdiam. Biar betul.. semalam akak baru bercakap dengan dia. Dia jatuh kat office kak.. sekarang myat ada kat hospital.

Sumpah aku tak kuat masa tu. Dugaan buat aku. 2 lelaki dalam hidup aku meninggal dalam sakit yang sama. Cara yang hampir sama. Dan aku sekali lagi tak sempat cakap perasaan aku pada diaorang.

Ya Allah besar betul dugaan aku. 22 tahun hidup aku dengan abah…19 tahun hidup aku dengan ‘kawan’ aku tu. Aku dah sia-siakan peluang aku selama ini. Dan aku juga tak tahu apa perasaan diaorang pada aku.

Tapi.. abah aku percaya perasaan dia terhadap aku. Cuma aku ralat tak menyatakannya. Aku selalu lawan cakap abah. Aku takut dia pikir aku tak sayang dia.

‘Kawan’ aku… ntah lah. Lepas dia meninggal ada adik dia mesej aku… cakap umur abang dia tak panjang.. kalau tak boleh aku jadi kakak iparnya… tapi aku aku still tak pasti apa yang abang dia rasa.

Dan sekarang aku sama macam dulu. Takde tempat aku cerita masalah aku.. perasaan aku. Doakan aku kuat. Sehingga hari ini aku sangat-sangat rindukan lelaki2 aku itu.

Al-Fatihah untuk LELAKI-LELAKI aku.

Reaksi Warganet

Zuraida Awang Mat-
Firstly, saya hampir nak nangis baca cerita awak ni. Rindu yang pedih adalah rindu pada orang yang dah tiada. Ya allah, semoga Allah terus berikan kekuatan pada awak.

Secondly, abah confessor meninggal masa umur dia 22 tahun, then dua tahun lepas tu dia jumpa kawan lelaki tu. Meaning that masa dia umur 24 tahun. 24 tahun campur 19 tahun kenal, mngkin confessor sekarang berumur 43. Ini tekaan aku sahaja.

And I am not surprise pon, sebab confessor anak sulong. Mungkin dia banyak berkorban untuk adik beradik dengan mak dia selepas kematian abah dia. Ada je orang pompuan kahwen lambat.

Lagipon, 19 tahun tu, mungkin masing2 terikat dengan tanggungjawap. Confessor dengan lelaki tu, dua2 anak sulong. Mungkin nak berbakti pada parent. Apa pon, bagi laa semangat instead of kata-kata yang kurang menyenangkan. Huhuhu

Sumber – Miera (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *