Foto : Sekadar hiasan carian Google
Tajuk: Dosa Ibu
Penulis: Eddie Dieana
Untuk part 1 dan 2, tekan link dibawah.
“Dosa Ibu”. Menggeletar tubuh Angah dgr penjelasan emak. Terngiang2 ayat emak di telinganya.
Dosa Ibu | Part 3
Angah: Along? kenapa kau diam je..?Lalu Angah letak telefon.. Terduduk Angah memikirkan apa yang terjadi pada Along.. Angah risau jika ada apa2 yang berlaku ke atas abangnya itu.
Angah menangis mendengar semua penjelasan Along.. betapa selama ini Along terlalu mengambil berat perihal Angah. Tetapi dia yang selalu berburuk sangka pada Along..
Sedang Angah terduduk di lantai datang Isterinya memujuk..
“Kenapa abang menangis bang, kenapa dengan Along?”
Angah: “Entahlah sayang, tadi abang berbual dengan Along tetiba Along tak bercakap, tapi line telefon masih belum putus lagi.. Abang risau jadi apa2 dekat Along..”
Isteri: “InshaAllah tak ada apa2 .. abang doa je.. mana tahu line kita takde ke.. kita fikir yang positif je okay..”
Angah: “Hurmmm… Baiklah..”
Angah tunduk tanda setuju.. lalu melangkah masuk kereta.. Isteri Angah pun bertanya,
“Macam mane sekarang ni.. awak nak balik rumah mak ambik handphone atau awak nak terus balik JB?”
Angah: “Entah, saya buntu sekarang ni.. saya risau apa yang jadi pada Along..”
Isteri: “Kalau macamtu kita balik rumah emak.. ambik handphone awak.. nanti kalau awak nak buat kerja dan apa2 urusan penting senang.. lagipun boleh kita tunggu Along dekat sana..”
Angah hanya mengikut apa yang dirancang oleh isterinya.. sepanjang memandu Angah hanya berdoa supaya tidak ada apa2 yang berlaku kepada Along.. Manakala isteri Angah ada cuba menelefon Along tapi tak berangkat..
Tak lama selepas itu mereka pun tiba di hadapan rumah emak.. Angah mengelak untuk masuk rumah emak dan hanya menyuruh isterinya mengambil telefon di dalam rumah emaknya..
Isteri: “Assalamualaikum..”
Emak: “Waalaikumsalam.. Eh, Fiya.. kenapa kami semua call kamu tak angkat? mak semua risau.. mana Angah?”
Sambil bersalaman semula dengan semua yang ada dirumah..
Fiya: “Angah ada dalam kereta mak, Dia suruh saya je yang naik ambik handphone dia..”
Belum pun habis Isteri Angah menjawab.. Emak dah berlari menuju ke kereta untuk bertemu Angah.. Kerana kelam kabut emaknya tersadung kaki waktu turun tangga..kepalanya terhantuk ke lantai simen..
“Allahuakbar” jerit si Ayah..
“Kenapalah awak ni tak sabar2 sangat Kiah, kan dah jatuh..”
Ayah merangkul tubuh emak, banyak drah yang keluar dari kepala emak, emak hampir pitam kerana banyak drah yang mengalir keluar.. Angah yang nampak kejadian tersebut terus berlari keluar kereta dan memeluk emaknya..
Angah: “Ayah, jom kita ke hospital.. banyak drah mak ni?”
Ayah: “Jomlah, tapi bagi ayah pakai baju sekejap..”
Angah: “Baiklah ayah, Sambil memeluk erat tubuh emaknya.. Angah cuba balut kepala emak dengan baju yang di pakai Angah untuk mengelakkan dari drah terus banyak mengalir dan keadaan emak sudah semakin lemah..
Emak: “Ampunkan emak”. Dalam keadaan yang sangat lemah..
Angah: “Emak takde salah apa2 dengan Angah mak, mak jangan banyak cakap ye.. Drah mak banyak keluar ni..”
Sambil mengesat air mata di pipi Angah.. Emaknya berkata lagi.
“Emak tahu kau terluka nak, Ampunkan emak.. Emak dah tak lama lagi boleh tahan ni..”
Angah dan Ayah berlari sambil dukung mak ke kereta.. Manakala si Ucu dan isterinya kunci rumah dan membawa bekalan baju untuk emak dan Angah kerana baju Angah dah buat balot kepala emak yang berlumuran darah.. Mereka bergegas ke Hospital Mersing..
Dalam perjalanan Isteri Angah yang memandu kereta manakala Angah dan Ayah memangku emak di belakang..
Dengan suara yang tersekat2.. Emak berkata kepada Angah..
“Peluk emak erat2 nak, cium emak lama2.. Andai ini kali terakhir emak dapat peluk kau, emak mintak maaf, selama 28 tahun umur kau emak tak pernah peluk kau macam ni..”
Angah: “Jangan cakap macam ni emak.. emak mesti kuat untuk kami semua..”
Emak: “Ucu, kau ambik gambar emak dengan Angah tengah berpeluk ni.. Supaya 1 hari nanti angah boleh buat wallpaper ni di Handpone Angah..”
Sambil menangis Ucu yang berada di hadapan kereta buat seperti apa yang di suruh.. Ucu ambil handphone dan ambil gambar Angah sedang memeluk erat tubuh emak..
Ayah: “Awak jangan cakap banyak Kiah, awak mengucap 2 kalimah syahadat.. banyakkan selawat..”
Tak lama selepas tu emak mula tak sedarkan diri.. bertambah panik semua orang dalam kereta.
Setibanya di Hospital Mersing emak dikejarkan ke bahagian kecemasan.. Emak disahkan koma oleh doktor yang merawat dan doktor minta emak di rujuk ke Hospital Besar Johor segera untuk pemeriksaan lanjut (CT Scan)..
Emak di masukkan ke dalam ambulance bersama pegawai perubatan dan Ucu menemani emak dalam ambulance manakala yang lain semua mengekori dari belakang..
Angah: “Saya menyesal ayah, kalau saya yang naik atas rumah dan ambil handphone.. mesti perkara macam ni tak jadi.. ”
Angah menangis teresak2 sambil memandu mengekori Ambulans.
Ayah: “Tak perlu kau cakap macamtu Angah.. semua ni dah tertulis.. percaya pada takdir”
Angah: “Dah la mak dalam keadaan macamni.. Along pulak tak tahu jadi apa..?”
Ayah: “Kenapa dengan Along kau?”
Angah: “Tadi Angah call dia, tetiba dia diam je.. tapi line telefon tak putus lagi.. Angah takot jadi apa2 je dekat dia..”
Ayah: “Allahuakbar.. dugaan apakah ini.. Ayah harap semuanya baik2 sahaja..”
Semasa kereta melalui Sri pantai mereka nampak kelibat kereta Along berselisih dengan mereka..
Angah berkata kepada isterinya..
Angah: “Sayang, awak nampak kereta tadi tu, kereta Along kan?”
Isteri: “Entah.. nampak macam ye.. tapi tak nampak nombor plat kereta..”
Angah: “Cuba awak call dia semula.. takot betul tu dia, tapi dia tak perasan kita..”
Lalu isterinya mengambil handphone di dalam beg dan cuba menghubungi Along.. Setelah mendail nombor telefon Along handphone di serahkan kepada Angah.. Setelah beberapa deringan berbunyi.. Along mengangkat telefon.
Along: “Hello”
Angah: “Hello, Along.. kenapa tetiba senyap tadi.. kau buat semua orang risau lah..”
Along: “Sorry ngah.. tadi masa aku drive aku kena tahan dengan polis sebab memandu laju dan memotong double line di jalan kampung.. sebabtu aku tak cakap dengan kau… kalau aku cakap nanti tambah saman guna telefon pulak.. Kau dah nak balik JB ke?”
Angah: “Tak lah.. aku tengah follow ambulance depan aku ni..”
Along: “Kenapa pulak dengan ambulance tu?”
Angah: “Mak dalam tu Along, mak koma, jatuh tangga tadi.. sekarang doktor suruh refer ke Hospital besar..”
Along: “Kau biar betul.. Allahuakbar.. kalau macamtu aku pun nak patah balik nanti jumpa dekat hospital.. serius ke tak keadaan Mak?”
Angah: “Nampak gaya macam serius long, mak tersadung kaki lepastu jatuh dari tangga atas terus ke lantai..”
Along: “Ya Allah, kalau macamtu maknanya seriuslah tu..”
Angah: “Allahuakbar.. harap2lah tak jadi apa2 Along..”
Along: “Aminn, takpe Angah.. kita drive dulu.. jumpa dekat sana nanti..”
Angah: “Baik Along. Hati2. Assalamualikum..”
Along: “waalaikumsalam”
Sepanjang perjalanan Angah menangis tak berhenti2.. Kerana dia berasakan dia adalah penyebab emak jatuh tangga.. manakala Ayah dan isterinya mengambil Yassin dan terus membaca sepanjang jalan..
Manakala Along menyesal tak sudah.. sebab dia melayan emaknya dengan endah tak endah sebelum ni.. Niat along hanya nak bagi pengajaran.. tapi tak sangka keadaan jadi macam ni..
Setibanya di Hospital Besar Johor Ambulans membawa emak menggunakan stretcher dan ditemani Ucu.. Manakala Angah dan Ayah berpusing mencari parking…
Emak terus di kejarkan ke Zon Merah bahagian kecemasan untuk pemeriksaan lanjut.. sementara yang lain hanya boleh menanti di luar..
Apabila Along sampai sahaja di luar pintu kecemasan Along terus bersalaman dengan Ayah.. Along peluk Ayah erat2..
Along: “Ayah, ampunkan Along ayah.. sebab bersikap kasar dengan emak sebelum ni..Along buat semua tu sebab nak mak sedar kesilapan emak dan luangkan masa dengan Angah Ayah”. sambil berteriak menangis..
Ayah: “Tak apalah along.. Ayah tak salahkan kau, Angah dah cerita A sampai Z kenapa kau layan mak macamtu..”
Along: “Along anak derhaka ayah.. kalau Mak mati along tak sempat mintak maaf Ayah.. Along anak derhaka Ayah..”
Ayah: “InshaAllah.. doakan mak kau takde apa2.. sambil mengesat air mata yang berjurai di pipi ayah..”
Lalu Along datang kepada Angah yang sedang duduk membaca Yassin.. Di peluknya Angah dengan erat sekali.. Tak pernah dalam seumur hidup Along peluk Angah macamtu.. Mereka berpelukan sambil menangis tanpa berkata sepatah pun.. Hanya air mata yang menemani mereka berdua.. Selepas berpelukan agak lama.. Angah tunduk dan salam cium tangan Along..
Angah: “Maafkan aku long, sebab selama ni aku fikir kau dengan mak tak suka aku.. ”
Along: “Angah, kan along dah cakap.. selagi Along hidup.. Along lah orang pertama yang menyokong kau.. Along lah yang akan amek berat pasal kau..”
Angah: “Terima kasih Along.. Aku je yang selalu buruk sangka dekat kau..”
Along:”Kalau kau nak tahu.. Along ada rahsiakan sesuatu dari kau.. tapi baru hari ni along berani cerita.. Along lah orang pertama yang borong semua produk biskut dan kek kau masa kau mula2 berniaga dulu.”
“Alonglah jugak yang menyuruh kawan2 hospital Along supaya sentiasa beli semua produk keluaran kau dan Fiya. Sebab Along nak tengok kau berjaya.. Along buat semuatu sebab taknak mak pandang rendah pada kau.. tapi hari ni kau berjaya bukan sebab Along, kau berjaya atas usaha kau.. Along hanya bantu modal permulaan dengan cara borong semua barang kau.. tapi sekarang kau jauh lebih berjaya dari Along.. Along sendiri bangga dengan keadaan kau sekarang..”
Angah: “Ya Allah.. kenapa semua ni baru angah tahu hari ni.. terima kasih Along untuk semuanya..Terima kasih yang tak terhingga long..”
“Aku jugak nk mintak maaf long.. Aku lah punca mak jatuh tangga.. Kalau aku sendiri yang naik rumah mesti perkara macam ni tak jadi..”
Along: “Jangan cakap macamtu Angah.. semua ni dah takdir.. Along pun sedih sebab layan mak macamtu sebelum ni.. Along menyesal Angah.. Kalau lah along tahu perkara ni nak jadi.. takkan Along buat mak macamtu.. Sumpah Angah..”
Sedang mereka berbual2 doktor pun keluar..
Along: Bagaimana dengan keadaan mak saya doktor?”
Doktor: “Keputusan CT scan mendapati ada pendrahan di dalam kepala Emak awak dan kini mak awak masih tak sedarkan diri.. Keadaan dia 50/50 dan kita perlu masukkan dia kedalam ICU untuk rawatan yang lebih rapi..
Bersambung..