“12 Kluster di rumah”. Bila ibubapa jadi ‘frontliner’ melayan karenah kluster di rumah. Tak mudah

Foto yang digunakan hanyalah sekadar hiasan.

Siapa sangka sepanjang PKP dilaksanakan dinegara kita, tanpa sedar wujud golongan ‘kluster’ baru di rumah.

Sepertimana tular di laman sosial, perkongsian dari Puan Sharifah Zuhaifa, mendapat reaksi hangat dari warganet yang mana rata-ratanya terhibur dengan perkongsian yang disampaikan.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian nya telah pun mendapat sehingga 14K shares dilaman Facebook. Ikuti perkongsian nya dibawah.

KLUSTER SUIS

Foto hiasan carian Google

Buka lampu tak reti nak tutup. Buka lampu bilik air, lampu dapur, lampu bilik lepas tu biar je menyala. Buka tv tapi tak tengok. Dah on komputer tak reti nak tutup. Charge hp tapi lepas tu tak tutup suis. Tugas aku siang malam tutupkan semua sampai satu tahap aku dah malas nak layan. Lantak kome lerrr. Ingat ayah kerja TNB bil letrik free ke🀣🀣🀣

KLUSTER PERIUK API

Foto hiasan carian Google

Dari ruang tamu, semua bilik, atas katil hatta dalam bilik air pon bersepah barang mainan. Aku penat2 konon nak landinglah atas tilam sekali aku smackdown barang mainan diorg. Mengelupur aku atas katil tu. Paling sakit jiwa kalo aku terpijak lego. Pergghhh….terus aku jadi diva AA tau. Sakit wehhhhh πŸ₯ΊπŸ₯Ί

KLUSTER BISKUT

Foto hiasan carian Google

Ni jenis buka biskut tu biskut ni pastu biar je terdedah macam tu. Last2 masuk angin. Ehhh…berbulu je aku tengok. Penyudahnya aku nyorok semua biskut. Haaaa….rasakan takde benda nak ngunyah dah.

KLUSTER X RETI PENAT

Pelik aku tengok deme ni. Siang malam main tak henti. Dahlah malam tidur lewat sejak PKP ni. Boleh plak subuh2 dah bangun. Aku kadang tunggu lerrr deme tido awai. Bolehlah aku me time makan coklat ke, kek ke, eskrem ke. Hurrmmmm….sampai kesudah aku telan air liur jela 🀀🀀🀀

KLUSTER MENANGIS

Foto hiasan carian Google

Asyik nak meragam, nak nanges aje. Orang pegang tu dia nak. Orang main tu dia nak. Orang usik sikit nanges. Tak dapat itu nanges. Nak cakap pon nak nanges. Nak tidur nanges, lapo nanges, ngantuk nanges 😭😭😭

KLUSTER MEMERAP

Foto hiasan carian Google

Langsung aku tak boleh bergerak. Aku kat dapur semua kat dapur. Aku masuk jamban semua diri depan pintu buat kuiz ibu tengah buat apa. Aku duduk depan tengok tv, semua berdiri depan tv. Aku masuk bilik baju nak lipat kain, semua ada dalam bakul kain.

Time tidur pon, sedor2 semua dah melekat celah aku, takde ruang aku boleh bergerak dah. Dah macam berlatih tidur dalam kubur…hahaha tapi bila aku cakap jom solat dengan ibu terus semua lesap 🀣🀣🀣

KLUSTER MEMUNGGAH.
Aku baru kemas rumah, 5 minit lepas tu udoh bersepah balik. Aku kutip mainan, deme keluarkan dari kotak. Aku susun buku, deme teraburkan. Aku lipat kain, deme nak sidai kain. Memang maraton dok ngemas siang malam.

KLUSTER SUSAH NAK MAKAN

Foto hiasan carian Google

Tiap kali nak suap makan memang aku jadi tarzan, kingkong, hulk semua. Jenuh terpekik terlolong panggil deme makan. Aku masak bagai nak rak, deme buat nohen je tak terliur nak makan. Tapi kalo aku bagi nasi, telur, kicap 3 pinggan pon licin.

Suami aku cakap baguslah senang kerja ibu tapi aku emo lebih sebab anak orang lain macam2 menu diorg request nak makan. Anak aku tengok buttermilk chicken dia cakap eeeuuwww apa ni ibu 🀣🀣🀣

KLUSTER SINKI

Foto hiasan carian Google

Aku baru basuh pinggan. Sampai berkilat sinki aku kerjakan. Sat je dah penuh balik cawan, pinggan mangkuk. Kerja aku dok basuh pinggan mangkuk je. 10x minum air, 10x lah cawan lain deme guna. Haaa…ko darab lerrr 5 orang anak 🀣🀣🀣

KLUSTER BILIK AIR
Suruh mandi punyalah susah. Dah masuk bilik air udoh tak keluar2 dah. Abeh deme berpesta songkran pula dalam tu. Sabun sebotoi kejap aje abeh. Ubat gigi deme buat pencuci muka….hahaha macam manala mak kome tak jadi your mother is green 🀣🀣🀣

KLUSTER BUKA PETI AIS

Foto hiasan carian Google

Ntah berapa ratus juta kali ntah deme dok buka tutup pintu ais tu. 5 orang dok bergilir pergi buat lawatan sambil belajar ke peti ais tu. Aku pon naik heran kadang tu sekadar buka tengok gitu je then tutup blk….teruk beno angaunya

KLUSTER TV.

Foto hiasan carian Google

Kalo deme dah start ngadap TV, jangan harap lerrr dapat tukar channel lain. Yang lagi geram nyer, remote tu melekat kat tangan deme je. Sampaikan p jamban pon deme bawak takut ibu tukar channel lain. Dok nyorok remote sana sini penyudahnya sampai laaa ni remote hilang. Deme lupa kat mana deme sorokkan 🀣🀣🀣

Paling last sekali KLUSTER KE SANA, KE SINI, KE SANA SINI 🀣🀣🀣. Seminit pon tak dok diam. Ada je kerja deme nak buat tapi bila suruh baca buku terus penat siap tertidur lagi 😁😁

Sumber : Sharifah Zuhaifa

Sungguh terhibur membaca perkongsian puan Sharifah melayan karenah anak-anaknya dirumah. Buat ibubapa diluar sana, semoga bertabah melayan karenah kluster2 di rumah ya 🀣

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *