“Mak dah pesan, jgn main sorok2”. Kecoh petang tu, Dadung tiba2 hilang. Lps 3 hari, nmpak Dadung bcakap2 bwh pokok ara

Foto sekadar hiasan.

KISAH ini berlaku ketika ketika aku berusia 12 tahun. Musim cuti sekolah telah pun tiba dan seperti biasa keluarga aku akan pulang ke rumah panjang di Kuching.

Perjalanan melalui darat mengambil masa selama 12 jam dan perlu bertolak seawal jam tiga pagi dari rumah. Rasa rindu mula terbit di hati. Rindu nak berjumpa dengan datuk, nenek dan saudara mara lain.

Rumah panjang aku ada banyak kisah mitos dan pantang larangnya. Tak boleh main redah begitu sahaja atau berdepan dengan akibatnya. Rumah panjang kitorang masih mengamalkan tradisi lama.

12 jam kemudian, akhirnya kitorang pun sampai ke destinasi. Ketibaan kitorang disambut dengan meriah oleh penduduk rumah panjang. Sepupu dan kawan-kawan datang menyambut, mereka angkat beg pakaian kami dari kereta.

Kitorang yang geng sekepala ni ada enam orang. Nama diorang Anyan, Dadung, Ebi, Ulem, Icat dan aku. Rumah masing-masing dekat jer.

Rumah panjang pada masa itu masih menggunakan mesin generator sebagai sumber bekalan elektrik. Dengan ketiadaan sumber air dari paip, penduduk mandi di sungai. Air minum juga diperoleh dari air hujan.

Kebiasaannya, kalau ada jiran yang menghidupkan generator diorang lebih awal, mesti ramai yang berkumpul di rumah itu untuk menumpang tengok TV.

Kitorang sampai di rumah panjang masa tu tepat jam 1 petang. Tak sampai dua minit duduk dalam rumah, kawan-kawan dah ajak bermain. Tetapi sebelum keluar, mak dah pesan jangan main sorok-sorok, bimbang disorok pula oleh ‘Hantu Kambak’, hantu yang boleh menyerupai manusia dan menyesatkan mngsanya.

Bila kawan ajak main, aku ikut jer. Budak-budak kan, fikir nak main je kerjanya. Selepas main, makan, pastu tidur. Itu je yang kitorang tau masa tu. (HAHA).

First, Anyan ajak main kejar-kejar. Main punya main, boring pula. Kemudian plan nak main game lain. Dadung pun cadang main sorok-sorok. Tanpa menghiraukan pesanan mak, aku setuju jer terus. Selesai osom, aku kalah dan aku yang kena cari.

Dah puas kira, aku pun cari diorang. Seorang demi seorang aku jumpa tetapi yang menjadi masalahnya aku tak jumpa Dadung menyorok kat mana. Dah hampir sejam kitorang cari tapi tak juga jumpa dia kat mana.

“Wau! Pro amai Dadung tuk bertapuk,” diorang kata.

Bila dah penat mencari, aku pun bercakap dengan suara yang kuat.

“Dadung, aku pulai duluk. Ngai ke mak aku ngiga,” aku kata.

(Dadung, aku balik dulu. Nanti mak aku cari pulak)

Kitorang semua pun balik ke rumah masing-masing. Di fikiran, aku rasa mungkin Dadung dah balik, sebab dia lebih tahu selok belok kawasan rumah panjang ni. Yelah, dia dah lama tinggal kat sini.

Selesai mandi, duduk di ruang tamu. Kebetulan atuk dah hidupkan generator, so bolehlah tonton TV. Rancangan kegemaran hari Ahad jam 5.30 petang, Power Rangers.

Tiba-tiba pintu rumah diketuk. Atuk bangun dan dibukanya pintu. Ayah Dadung bertanya mengenai sesuatu. Aku segera perlahankan volume TV untuk mendengar apa yang diorang bualkan.

Kedengaran seperti Ayah Dadung sedang mencari anaknya. Tetapi atuk beritahu yang anak dia tiada dalam rumah kami. Sebelum datang ke rumah kami, Ayah Dadung ada pergi ke bilik empat lagi kawan yang lain. Jawapannya juga sama, tiada.

Ayah Dadung kemudian memanggil semua penduduk rumah panjang di ruai (ruang legar) dan bertanya ada sesiapa yang ternampak anaknya itu. Jawapan tetap sama, tiada. Tiada seorang pun yang nampak kelibat Dadung pada petang itu.

Selepas itu, kami berlima disoal siasat sebab kami adalah orang yang terakhir bersama dengan Dadung. Maka kami pun cerita dari A-Z di mana Dadung gagal ditemui ketika kami main sorok-sorok.

Mak aku apa lagi, memang habis aku dimarahinya. Sedangkan sebelum itu dia telah berpesan agar tidak bermain sorok-sorok. Akibat tidak mempercayai pantang larang itu, kini Dadung pula yang hilang entah ke mana.

Tiba-tiba ibu Dadung menjerit, “Antu kambak empu kerja tuk!” (Ini mesti kerja hantu kambak). Salah seorang penduduk bergegas masuk ke rumah dan mengeluarkan Gong yang besar diperbuat dari tembaga. Dengar cerita, Gong itu mempunyai semangat dan jiwa serta merupakan warisan turun temurun nenek moyang yang ratusan tahun lamanya.

Gong itu kemudian digantung di tengah-tengah tiang rumah panjang, lalu dipalu tanpa henti.

“Mak, namahal urang maluk gong nyak mak?” aku tanya.

(Mak, apsal diorang ketuk gong tu mak?)

“Nyak meh aku ngelara kitak tadik, anang main berlalai nama ari udah lemai,” kata mak.

(Itulah mak dah pesan tadi, jangan main sorok-sorok kalau dah senja)

Bila dengar mak cakap macam tu, aku pula yang terasa takut. Dalam hati kata, mujur hantu tu tak pilih saya menjadi mangsanya.

Sementara Gong berterusan dipalu, ibu Dadung pergi memanggil manang (dukun), untuk menggunakan khidmatnya.

Tiga hari Dadung hilang dari rumah panjang. Ramai penduduk yang membantu mencarinya di merata tempat tetapi usaha itu tetap menemui kegagalan.

Pada hari itu juga, Icat dan Ebi pergi ke sungai mengambil air untuk keperluan rumah. Sungai itu terletak tidak beberapa jauh dari belakang rumah panjang. Jalan punya jalan sambil membawa baldi, tiba-tiba diorang ternampak kelibat Dadung duduk di bawah pokok ara. Diorang perhatikan Dadung sedang bercakap dengan seseorang, tetapi di mata kasar mereka tiada sesiapa pun dengannya.

Icat dan Ebi segera berlari balik ke rumah panjang. Anyan yang duduk di tangga hairan melihat kelakuan diorang berdua tercungap-cungap sampai di rumah.

“Ya lapa seduai nyu seput-seput berlandak? Ai ga nadai. Ya kini tungak tuju ai seduai deh? Namala seduai berlandak baka digagai babi hutan?” soal Anyan.

(Dah kenapa korang berdua berlari sampai tercungap-cungap? Air pun tak ada, mana air korang? Apa hal korang berdua berlari ni macam dikejar babi hutan?)

“Aaaaku mmmeedaa Dadung ba baruh pun karak tadik,” kata Icat tergagap-gagap.

(Aku nampak Dadung di bawah pokok ara tadi)

Anyan pun bergegas memaklumkan perkara itu kepada penduduk dan diorang semua dengan secepat mungkin pergi ke pokok yang dimaksudkan itu. Ya, memang benar Dadung berada di situ. Ayahnya datang mendukung Dadung lalu dibawa pulang ke rumah sambil menangis kegembiraan.

Waktu itu, aku hanya duduk di ruai memerhatikan Dadung. Keadaan dirinya bersih, tidak kurus, tidak seperti orang hilang selama tiga hari.

“Kini nuan ngelama tuk?” soal ibunya

(Mana kamu menghilang selama ni?)

“Ngau nuan meh mak)” jawab Dadung.

(Saya ikut ibu lah)

Ibunya tidak terkejut, kerana tahu anaknya telah disorok oleh hantu tersebut.

Rasa ingin tahu semakin membara, aku bertanya kepada Dadung apa sebenarnya yang berlaku dalam tempoh tiga hari itu.

Dadung berkata, pada waktu dia hilang itu, dia ternampak kelibat yang menyerupai ibunya lalu bertindak mengikuti kelibat itu dari belakang. Sejenak kemudian, dia ternampak satu tempat yang kelihatan seperti sebuah pekan sedang mengadakan pesta besar-besaran. Ramai kawan yang mengelilingi dia memberikan makanan dan minuman. Malah mengajaknya bermain sehingga dia merasakan tiga hari itu hanya 15 minit sahaja.

Aku masih ingat lagi semasa Dadung ditemui, dia ada membawa balik sebiji buah dari pokok itu yang mana buah itu telah menjadi keras seperti batu. Menurut bapa saudara aku, buah itu adalah pemberian ‘orang’. Boleh digunakan untuk menjadi pelaris.

Beberapa hari kemudian, kami sekeluarga pulang semula ke Miri. Sepanjang perjalanan, telinga aku terpaksa mendengar leteran dari mak.

Sumber: Tan16 via Fiksyen Shasha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *