“Macam nenek2, nampak tua”. Dikatakan kerana ‘pembawakan budak’, muka berubah sejak kehamilan masuk bulan ke 3

Sudah biasa kita dengar andainya ibu ibu yang hamil itu akan mengidam makanan yang bermacam-macam. Bukan setakat selera makan berubah-rubah, emosi dan karakter diri juga adakalanya berhadapan dengan perubahan yang sangat ketara dan ternyata, itu normal.

Apa yang ramai tidak tahu, pasangan kita juga berpotensi untuk terkena alahan “pembawakan budak” meskipun bukan mereka yang hamil.

Tular di laman FB ketika ini, perkongsian dari Puan Nor Shahira mengenai perubahan ketara wajah nya semasa hamil anak ke tiganya. Setakat artikel ini ditulis, perkongsian nya telah pun mendapat 15K ‘Likes’ dan sehingga 14K ‘Share’ di laman Fb. Ikuti perkongsian nya dibawah.

Bermula saat hamil anak ke 3

Maaf terlalu banyak yang pm tentang gambar yang saya up dekat story. Saya jawab dekat sini yer. Tak larat nak balas satu satu.

Muka saya berubah teruk masa mengandung 3 bulan anak ke 3. Muka saya siket siket naik bengkak, sembap, berkedut dan hitam. Awak semua terkejut. Saya berlipat kali ganda terkejut.

Tak pernah pembawakkan budak seteruk nie. Masa mengandung, hari hari stress nak berdepan dengan orang ramai. Saya cuma mampu senyum, tapi dalam hati hancur lebur.

Tapi lepas bersalin, siket demi siket semUaNya hilang. Bengkak mula surut, hidung besar dah mula elok, kulit makin cerah. Jangan tanya saya pakai produk ape. Saya tak pakai apa apa produk pun.

Macam orang tua, macam nenek

Yer ramai kata , terlalu berbeza. Macam orang tua, macam nenek, saya tak boleh menidakkan. Sebab memang itu yang terjadi dekat saya.

Alhamdulilah. Syukur kehadrat ilahi. SegalaNya dah back to normal. Terima kasih pada suami Pendekar Laut yang sentiasa puji saya cantik, walaupun saya tahu sebalikNya. Dia nak sedapkan hati isteri dia.

Para suami, hargailah isteri anda. Pembawakkan baby bukan perkara main main. Emosi tak kuat boleh terkena tekanan perasaan. Ini bukan mitos. Ini betul betul terjadi (pada saya).

Janganlah takut untuk hamil

Kepada yang belum mengandung. Janganlah takut. Sebab ada yang pm kata takut nak mengandung. Takut jadi gini. Nie semua kuasa Allah. Allah tak uji diluar kemampuan hambaNya.

Awak awak nak share silakan. Tapi saya nak bagitahu. Tu bkn penyakit taw. Tu pembawakkan baby. Jangan salah faham erh. Tekejut saya tetiba ramai yang add. Terima kasih sudi baca cerita saya.

Reaksi warganet

Surya Amellia –Rupa tak penting, janji selamat kedua2 nye. Biar hodoh di luar janji cantik di dalam. Allah maha berkuasa untuk segala perubahan makhluk dan hambanya.

Ini lah pengorbanan seorang istri untuk suaminye dan pengorbanan seorang ibu sanggup bergadai diri dan nyawa sendri untuk orang tersayang. Sedih dan hancur diri kite jika di takdirkn suami sendri tidak hargainye.

Syukur alhamdulillah, awak dapat pasangan yang sentiasa ade bersama. Rupa harta kasih sayang boleh hilang sekelip mata jika tiada iman di hati. Tapi percyala Allah setiap saat ade bersama kite. Dan lihatla, kebesaran allah. Berkat sabar, u back to normal after to give birth. Alhamdulillah.

Ardila Mursin –Saya pernah jumpa sis yang macam ni juga. Sama2 warded dengan saya. Muka berubah jadi nenek2. Dia sangat sangat stress sampai BP naik tinggi. Jadi bila kandungan 6 bulan terus warded.

Rsiko kan BP tinggi. Dia bersalin sehari sebelum saya. Lepas bersalin muka dia getting better. Nampak makin berseri. Ruam bengkak semua surut. Alhamdulillah. Katanya sebab h0rmon juga.

Nabilah Izzati –Alhamdulillah semua kembali sembuh, awak seorang ibu yang sangat kuat, tabah, sabar dan Allah bagi ujian kepada hambaNya yang Kuat, alhamdulillah berkat kesabaran😊☺️

Rayyan Rania –Saya ingat tadi gambar edit sampai lah da baca status ni.

Apa apa pun tahniah puan, besar dugaan puan semasa mengandung. Bukan senang dengan bawa perut yang berat, rehat tak cukup, tidur malam yang tak lena, emosi masa mengandung lagi senstif.

Sedangkan saya bengkak kaki dan tangan lepas bersalin sampai 3 minggu tak hilang pun da risau dan fikir macam2.

Sumber : Nor Shahira II

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *