“Bang…nak sos A ke nak sos B?”. Ingkar PKP, Berpasangan membeli barang, umpama menonton sinetron

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh ditamatkan sekiranya jumlah kes baharu di negara kita berkurangan dan kebolehjangkitan kes dalam komuniti tidak berlaku, selain bergantung kepada penelitian beberapa faktor lain oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini menekankan antara beberapa faktor lain sebelum PKP boleh ditamatkan, termasuk memastikan kesiapsiagaan negara mengawal penularan wbak dan keupayaan makmal serta hospital.

PKP kini telah pun memasuki fasa ke 3. Dengan perintah kawalan masih dijalankan, namun segelintir diantara kita masih lagi ingkar dengan arahan yang dikeluarkan.

Terbaru, perkongsian dari wanita ini tular di laman sosial selepas berkongsi pengalaman melihat masih terdapat individu yang keluar berpasangan ketika membeli barang keperluan.

Umpama menonton sinetron

“Bang…nak sos A ke nak sos B?”

WOW….

Aku perhati je pasangan depan aku ni masa berbaris nak timbang ayam. Si isteri kehulu kehilir cari barang lepas tu datang kat suami yang sedang berbaris tunggu giliran timbang barang kemudian disuruh buat pilihan.

Aku di belakang sedang menonton sinetron ‘Suami Isteri Belanja Barang Dapur Berdua-duaan Di Musim PKP’. Sedap tajuk sinetron tu kan?

Oiii Senah, penuh post di FB suruh Stay At Home, penuh juga di FB kerajaan suruh seorang sahaja keluar untuk urusan penting, penuh juga di FB orang post bahaya nya C0vid-19. Kau nak cakap kau takdak FB? Atau kau nak cakap kau kategori buta huruf?

Ni bukan masa nak pilih sos A atau sos B. Kau datang membeli pun masih suruh suami yang pilih. Baik kau duduk ja di rumah, biar suami kau datang dan memilih sos apa dia nak. Jadilah isteri yang bijak Senah oiiiiii…..

Berlambak kan suami isteri yang keluar berbelanja. Ada yang siap pakej bawa anak! Aku pernah jumpa juga isteri yang mengandung keluar beli barang ditemani suami. Ewah ewah…. Romantik sungguh kau bang! Bawa bini keluar untuk dihadiahkan dengan vrus. Hebat suami begini. Sayang isteri sampai tak sedar menyorong keranda untuk diduduki.

Kenapa tak tegur depan-depan je? Kalau tegur boleh bergaduh…. Kalau tegur, bergaduh, lagi lama aku kat situ. Tujuan aku adalah beli barang dan segera pulang. Itu amanah suami aku kalau dia lantik aku jadi Ketua Rumah Interim bila ada perkara yang tak dapat di elak.

Kalau ikut hati memang aku nak guna siaraya pasaraya tu. Bagi tazkirah kat pasangan romantik yang sedang membeli belah. Aku nak cakap virus ni kalau tengok melalui mikroskop di makmal Sains masa kau Tingkatan 5 pun belum tentu boleh nampak. Sebab apa? sebab dia halus sangat…benda halus ni nak tembus melalui udara senang sangat wei!

Kalau jumpa pasangan-pasangan romatik ni tuan-tuan dan puan-puan, kau pura-pura batuk. Tapi pastikan pakai mask tau! Aku dah try, laju ja dia berjalan pegi kaunter membayar.. Baru kau tahu takut! hahahaha…

Aku rasa musim begini elok pihak DBKK minta makcik yang jaga parking, yang selalu saman orang on-time bila kad parking dah tamat tempoh tu dihantar ke pasaraya. Bawa mesin yang selalu guna untuk print saman tu. Biar dia meronda sambil pakai uniform.

Jumpa je pasangan masuk berbelanja, terus kau print saman. Tak guna cakap banyak… ajar guna undang-undang je bagus sekarang ni.

Aku harap kau, kau dan kau bukan kategori terkutuk ikut suami pegi berbelanja di pasaraya. Aku malu nak mengaku kawan kalau kau spesies macam ni. Banyak lagi cara lain kau boleh buat untuk tambat hati suami kau musim PKP ni selain ikut dia pergi membeli barang di pasaraya. Takde istilah bosan kalau kau isteri dan ibu yang kreatif!

#stayathome

Reaksi warganet

Che Haslinda –Aku pernah jumpa pasangan ni masuk pasaraya berdua laki bini, dah lah kena guna pas hanya berapa orang je boleh msuk. Langsung tak pikir orang lain penat beratur, diorang pentingkan diri sendiri je.

Hafiz Glass Tint –Biasa juga tengok pasangan suami isteri bila saya beli barang, siap bawak anak2 pun ada, bersangka baik jelah, mungkin dia takut bini. Dah bila ramai lambat lah nak masuk kena tunggu giliran ikut kepala.

Saya pun tak kenal juga barang macam jenis ikan, tanya je kalau kat pasar, peduli apa saya, saya yang nak beli nak malu apa. Tak pernah lagi jumpa orang jual ikan gelakkan bila tanya ni ikan apa.

Best tengok orang tesco hari tu jerit maki kuat betul “Wei sudah cakap seorang saja apahal tak faham bahasa!!!” Puasnya saya dan orang lain semua dengar, seronok betul. Garang betul brade tesco tu, terkial-kial pasangan tersebut. Nasib baik la saya tak join jerit sekali “Cait takut bini.

Dext Roslee –Belambak lagi yang macam ni, dekat perak banyak selalu aku jumpa. Teknik dorang keluar untuk lepas roadblock si suami naik moto isteri bawa kereta. Aku perati ja spesis macam ni. Duduk rumah lah oi orang lain pun ada isteri juga.

AinShaz Juahir –Aku kerje kat pasaraya.. Nak tengok laki yang betul sayangkn bini dia, adalah laki yang video call dalam pasarya, pegang list , yang ade siap ada buku dan pen lagi.

Dah dapat barang dia potong. Serius yang tu aku lagi nampak lelaki tu betul2 sayang bini dia, sebab dia bersungguh.

Nak ucapkan tahniah kepada, abang2, bapak2 adek2 yang ikut perintah kerajaan😊

Sumber : Raihan Hashim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *